Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 1hb Safar 1436 @ 24hb November 2014, 09:03:02 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Aku dan lagu..

Hasil karya : citanuryati
Tarikh siar : 16hb Januari 2005, 00:38:29 pagi
No. IP : 203.106.191.:-)
Ikan Di laut Asam di Darat
Dalam periuk gigiku bakar

Ni anak sedara aku si Erin umo 7 tahun nyanyi. Aku yang tengah tidur, pun boleh terjaga dan tergelak dengar dia nyanyi..Sukati hati dia aje ubah lirik akhir, sepatutnya bikin muafakat..isk…..tula anak sedara aku yg ‘bengkeng’ sikit..sian dia asyik kena marah dek mak dia (adik aku)…naik muak jugek aku dengar adik aku leter kat Erin, sampaikan kekadang aku sll menangkan anak sedara aku tu, yala sian dia, memangla degil tapi bukan itu caranya…hm..ntahla..aku belum ada anak lagi, tataw kalau berdepan dgn situasi ada anak yg selalu mebantah macam tu…mintak2 anak aku solehah nanti…aminnn ...heheh….

Tahun ni, Erin masuk darjah satu, sedara2 dia yg lain, masuk kelas pandai sikit, dia plak masuk kelas hujung..huhu…kuat bermain dia tu. Jenuh gak time cuti, lps maghrib ajar dia ngaji, asyik tak ingat aje dia tu….ajar mengeja lagi….peralatan dia dah aku beli sikit2, bantu adik aku..sian dia, bertambah perbelanjaan dia skang ni. Baru aje lepas lahirkan anak pompuan lagi. Skang Erin ada dua org adik, sorang Lisa, dan yg bongsu ni si Anis sebijik macam muka dia.Comel ngan mata yg besar macam Erin. Pagi2 siapla dia akan bangun pepagi lagi negok aku goreng keripap utk dihantar ke gerai sebelah umah, kekedang dia akan jaja keripap tu kat kpg, abis umah kawan dia suma dipaksa beli. Ceh…..mana tak laku keripap aku tu! Bolehla gak buat beli barang2 sekolah Erin. Satu aku puji si Erin tu, dia pemurah yg amat, kalau time bawak dia jejelan, masa aku beli coklet utk dia, mesti dia tengok coklet tu, tanya boleh tak coklat tu dibahagi dua? Utk adik dia jugek…syahdu aku dengar, sbb si Lisa, adik Erin tu kedekut sikit! Time bawak Lisa jalan2 plak, ngan muka dia yg cute sgt mesti buat org sll tanya anak sapa tu? Huhu….aku senyum ajela..dalam hati ,anak adik ni, buat perisai dr dikacau org, tapi terkantoi jugek bila, Lisa sll aje silap panggil aku, acik! Aiseh!

Tu Jugek lagu kegemaran anak akak aku plak si Esad …time lepas siap goreng keripap seawal 5 pagi lps solat subuh, sapan ngan mak,. Aku akan dodoi dia sambil berlagu. Aku plak manala reti berlagu…selalunya kalau nampak aku yg dodoikan dia, mst dia taknak, nak mak aku gak..mak aku acap kali ajar macam mana nak lagu dodoikan budak…isk…cerewet jugek budak tu..kang aku nyanyi lagu blackmetal kang!! Nak tido tidola…nak kena acik dia nyanyikan gak! Ape..dia ingat aku ni radio? Boleh putar2kan lagu? Disebabkan pipi dia temban yg amat, aku suka je cium..ramai2 org yg cium dia, aku gak yg dia suka ‘perli’ biasanya bila aku cium pipi dia, mesti dia gosok pipi dia tanda tak suka..pastu mesti dia suka ajuk muka aku gitu gini….mak abah aku suka je gelakkan aku bila si esad wat gitu kat acik dia ni! Badan dia mak aihh…boleh bengkok2 badan sekeping ni dokong dia..berat yg amat! Hm..masa aku balik Miri baru2 ni, akak aku kol aku kata si Esad demam rindukan aku…taupun..dulu masa acik dia ada, suka aje gigit aku!

Kain buruk buat stokin
Pakaianlah si anak cina
Badanlah buruk lagi miskin
Siapalah orang mahu mengguna?

Hari Panas mejemur baju
Baju dijemur tepi Jeraya (jalan raya)
Tuanlah nenas, saya mengkudu
Samalah kita, banyak mata!

Ya Allah, tuhanku Rabbi
Ambik Pisau potonglah jari
Kalaulah saya jadik merpati
Abangku bawa terbang lari…

Hahaha…Ni plak lagu mak aku penah nyanyikan masa tidurkan Esad. Mana dia dapat lirik tu ntah? Tapi apa yg aku tau, tiap kali dia nyanyi, lain aje lirik dia, ikut keadaan. Kalau time tu dia ps ‘bebel’kan bapak, mst lagu tu tentang bapak..huhu…bapak aku dengar masa kami sama2 sapan, sll bagitau, ‘mak kau sindir bapak tu” Pas tu mulala bapak aku sambung, jadik acara berbalas pantun plak dorang. Dorang ni, tua2 pun masih berpantun, acara malam ahad, dah jadik macam acara dorang sbb selalunya radio Sarawak akan mainkan ‘nopeng’ kira dondang sayang kalau kat semnjung….riuhla bilik dorang ngan berbalas pantun..takleh ganggu tu! Lagu Yang ni plak masa dia tegur aku time cuti aku macam tak lalu makan, mulala dia nyanyi..agaknya mak aku sindir aku gak kot? Sll gak dia kata, jgn pk sgt….huhu….pk apa? Taderlah mak..Cuma tader selera aje..hm..mak mak….rindu betul kat dia….

Pohon Hijau itu, Berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Umpama lukisan hidup…
Utkmu teman bajailah hidupmu
Siramilah hidupmu dgn ketaqwaan….

Yang ni plak lagi kenangan aku ngan bestpren aku. Ntahla, masa aku buat rancangan penggal ni, aku rindukan dia. Rindu yg amat! Hm….Dah 10 tahun persahabatan kami, sehingga aku berasingan ke sini disebabkan luka hati yg parah angkara dia. Tapi demi persahabatan itu, aku cuba ubati hatiku ini, utk lupakan kepahitan, dan kenangkan balik banyak kenangan indah antara kami. Tidak mungkin aku lupa kebaikan dia kerana silap yg setitis itu biarpun cukup melukakan. Hidup ini terlalu singkat utk aku kehilangan seorang sahabat yg cukup baik sehingga kini. Aku dah maafkan kesilapan dia, lama dah… jugek aku ingin penuhkan hidup ini dengan segala yg ceria dan maafkan kesalahan orang. Hidup kita terlalu singkatkan? utk kita laluinya dgn perasaan yg tak best!

Hm….aku ssbnrnya tgh print out rancangan penggal ting 2 ni. Ting. 1 aje blm siap lagi dek bz sgt2.tadik pagi2 meeting dah, dahla meeting tu mcm ampeh aje, yala…penat2 datang tapi bukan macam meeting, macam sesi taklimat plak, ngan belum bersedianya dr pihak ‘atasan’ itu takder ini tader, bila diaju persoalan, takleh jawab dgn yakin, jap itu jap ini..mana tak cikgu2 lain ‘bebel’ kalau kami org bawahan, mesti buat keja ontime dan betul, dorang??

Okies..ni plak lagu aku untuk sapa ek? Nak ogoilah malam ni….nah utk sapa2la…..

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Semua terfikir utk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat utk selamanya pergi...
Jika teringat tentang dikau
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat utk berpisah denganmu...:p

******
Malu rasanya menyatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Kupujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan salawat
Tanda penghargaan seorang umat.

* Karya ini telah disunting oleh citanuryati pada 13hb Mei 2005, 00:13:34 pagi

--------------
terpenjara di sangkar dosa.....

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005