![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 12hb Rejab 1434 @ 22hb Mei 2013, 6:30:54 ptg | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Warkah |
| (Pengendali : Krew) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
Itu Aku..![]() Hasil karya : luvbieyuk Tarikh siar : 14hb Jun 2012, 07:47:27 pagi No. IP : 203.82.80.:-) |
|
14.06.12 Khamis (08.00pm) Mencoret sekali lagi tanpa rasa jemu. Mungkin sekadar santapan bahasa di kala hati ingin mengatakan sesuatu. Terima kasih pada kesetiaan waktu yang menemani hari-hariku. Adakala Kehidupan terlalu indah untuk diharungi walau kelam di waktu yang suram. Berteduh di ruang ini, aku masih menulis..masih mencipta karya. Syukurlah..aku Masih diberi peluang bernafas untuk terus bercerita..ertinya hidup..ertinya Keikhlasan.. Teman bacaku, Keikhlasan sahaja yang mampu menyejukkan marahku. Biar tingginya awan Perasaan sedih, kecewa, bungkam, pilu, sayu menjadi asam garam hidup tapu Keikhlasan mengajar aku makna bersih dalam jiwa. Setiapkali aku mengikhlaskan diri hati tenang..damai dan tenteram. Mendaki bukit kesabaran, mencari dan terus menjumpai...degil untuk memanjat semua halangan..itulah aku.. Berjalan di atas duri-duri kehidupan..degil untuk merasai kesakitan itulah aku... Mengejar semua impian..degil mencabar potensi diri...itulah aku yang tidak boleh berubah menjadi orang lain..aku yang akan terus mencatatkan Permintaan hati di sini.. Sekian dulu coretanku berhenti di sini. Sampai ketemu lagi dengan IzinNya...InsyaAllah -------------- |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |