Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 10hb Rejab 1434 @ 20hb Mei 2013, 1:20:23 tghari
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Cinta Nuklear

Hasil karya : RadenMkamil
Tarikh siar : 17hb Mei 2012, 04:21:30 pagi
No. IP : 202.185.32.:-)
Radiasi cinta
telah membuat proton dan neutron
dalam diriku teraktif
lalu mencapai jisim kritikal!

Ledakan cinta nuklear
telah melebur diriku
ibarat garam dalam air
yang mencari sumbernya ke lautan.

Kerana cinta , Musa (a.s) melebur diri
dalam panahan radiasi cinta Yang Azali.

Kini, cinta nuklear telah tersebar ke seluroh alam
dan keradioaktifannya terus menyebar, dan
telah mentrasmutasikan zulumat kepada nur.

Cinta nuklear telah terpateri di bukit Tursina
untuk insan menghargai Cinta dari Sang Penciptanya.
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005