Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 13hb Rejab 1434 @ 23hb Mei 2013, 04:49:49 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Yang Waliyullah itu

Hasil karya : RadenMkamil
Tarikh siar : 16hb Mei 2012, 10:01:02 pagi
No. IP : 203.82.92.:-)
Yang bernama waliyullah itu
syariat-tarekat-hakikat dan makrifat
dilaluinya setiap waktu.
Dia membaca al musabi'at al'usyr
dan tasbih al mu'tamarnya selalu.
15 ayat sejadahnya dikhatamkan , dan
15 malam yang agong qiyamullailnya.

Yang waliyullah itu
al Qur'an makanannya, dan
doa asma 40 sarapannya.
Fana'nya dalam wudu' , solat dan tilawahnya baqa'billah
minumannya pula dari Kalamullah
dan selawatnya Selawat Ali dan Fatimah.

Yang waliyullah itu
doanya rintihan qalbu
"tiada ketakutan dan kekhuatiran" padanya
baik didunia mahupun akhirat
kerana melaksanakan ayat Baqarah 62,112,262,274,277
seperti dia melaksanakan 5 solat waktunya.
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005