Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 12hb Rejab 1434 @ 22hb Mei 2013, 1:00:56 tghari
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Cinta itu menusuk

Hasil karya : RadenMkamil
Tarikh siar : 03hb Mac 2012, 03:18:55 pagi
No. IP : 202.185.32.:-)
Cinta itu menusuk ke dalam hati
menusuk ke dalam daging dan tulang
lalu menyerap ke semua sendi.

Ia ibarat satu nyawa lain yang datang menerpa
lebih hebat dari terpaan angin ahmar
kerana
lebih hebat keperitannya , ia satu penyiksaan indah
kerana : dalam kesedihan timbulnya harapan
dalam kerinduan dan tangisan timbulnya bayangan dan gambaran
yang merentasi semua dimensi kehidupan dan zaman!

Cinta itu menusuk
tanpa kita sedari (bak jarum yang nanohalus)
ia tertusuk dan terserap
dalam nafas, darah dan jiwa
hingga tetiba kita menangis dan meraung
tanpa sebab , tanpa khabar
- dengan jiwa yang terlalu kosong !

Oleh itu, Tuhanku , tenggelamkan aku
dalam maknawiyah Cinta yang berasal dariMu
agar dapat aku menggapai seruan Ya Habibi
dalam selawat semua malaikat dan manusia!

(Sempena Bulan Mawlid)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005