Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 16hb Rejab 1434 @ 26hb Mei 2013, 4:26:35 ptg
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Tenang dan Lapang

Hasil karya : syauqina
Tarikh siar : 11hb Januari 2011, 7:01:46 mlm
No. IP : 202.60.56.:-)
‘apa yg aku nak sebut disini adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan.. antara suami dan isteri..
byk kali aku sebut bila org pompuan membebel kita kena tengok balik.. sama cam quote member aku yg
review buku tuh.. dia kata.. bila kita rasa org pompuan nih nak ubah kita, itu persepsi org lelaki.. pada
umumnya dia bukan nak ubah kita totally tapi nak tengok improvement dlm diri kita.. hanya kerna cara
dia sebagai pompuan tuh tak match dgn cara lelaki kita kita ambil kesimpulan dgn cepat.. dan yg
memburukkan keadaan lagi kita buat kesimpulan dari perspektif kita sebagai lelaki dan tidak mengambil
kira perspektif mereka..
kita lelaki.. we are king of the house.. we have to make everything in control.. raja yg baik adalah raja
yg dihormati bukan ditakuti.. kita marah isteri, isteri diam.. merajuk berhari2.. muncung berdepa2..
adakah itu sifat raja? raja yg sebenar hanya perlu senyum atau mengunakan lirikan mata utk menegur..
wallahualam..’
Aku suka baca tulisan dia, ni sebahagian lagi ayat cedok dari blog dia .. sekadar kenal nickname saja di
forum ini, sejak zaman gikos dalam MDC lagi, aku suka sangat baca respon dia .. itulah dia pak ucop..
salah seorang pengendali juga tapi realiti memang tak pernah terserempak pun walau sebenarnya aku
pun aktif join gath dalam MDC … pak ucop tak berapa join kot .. heheh .. sekarang ni semenjak tak
jenguk forum dan sudah asyik layan FB , dah kurang baca responnya kat forum, tapi masih lagi aku
membaca tulisan dia dalam blog pula …http://boonchert.blogspot.com … tulisannya banyak yang buat
aku sedar beberapa perkara dan bahasa yang diguna pun simple dan mudah nak faham… aku pun suka
gak menulis ni, dulu ada juga buat blog dek kerana lama sangat tak update address blog pun aku lupa
langsung! Hahhaa … menulis menenangkan jiwa sebenarnya sebab hati ni banyak sangat berkata2,
luahkan pada sekeping kertas terasa lega tapi bila dah wujud aplikasi internet, menulis pada kertas
sudah jadi tak best .. heheh lebih umppp menaip kan cumanya kena carilah pula tempat yang sesuai
kan … macam ruangan PK nih lah.. catatan duka nestapa gembira ceria… walau dah keluar macam-
macam versi format yang lama ini juga aku cari . Banyak sebenarnya yang nak aku coretkan kat sini tapi
semacam ada kuasa magnet menarik tangan untuk tidak menaip lagi .. hai entahlah mungkin juga aku
sudah semakin matang untuk menilai yang mana perlu disimpan saja dalam hati dan yang mana pula
harus ku luahkan (walau sebenarnya rasa nak meletup dada andai dibiarkan hati berkata2 sendirian!) ..
atau mungkin juga sebab aku lebih gemar membaca tulisan insan2 berbakat lain jadi minat untuk
menaip sudah semakin menurun atau mungkin sebab terlalu memikirkan soal hati2 yang perlu dijaga
dan diberi perhatian .. chewah .. hai apa pun sebabnya yang pasti bila sesekali dapat menulis begini
bagai terasa lapangnya dada!

--------------
sAbAr TeMpUhI rAnJaU hIdUp InI

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005