Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 14hb Rejab 1434 @ 24hb Mei 2013, 12:40:43 tghari
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
kasih sayang ii

Hasil karya : mcrose
Tarikh siar : 16hb Ogos 2010, 10:41:31 mlm
No. IP : 202.170.51.:-)
alhamdulillah...
tiada kata secantik bahasa
bertapa gumbiranya hati unsang ini

bagaikan tersenyumnya pak long mak ngah
melopong mulut
tertampak gusi rongaknya

mata tiada kerdipan
tajam memandang sudut jendela lelangit

semata-mata
mendapat balasan puisi mu....
terurai manik rindu

setelah terkejut
lalu terkedu
bergenang air mata
kerana rindu pada mu........

tidak terhempas
tidak juga terlepas
kerana yang mengenggam rindu
bukan tangan
tapi
hati

salam ramadhan dan
salam sepuluh akhir
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005