Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 2hb Muharram 1436 @ 26hb Oktober 2014, 04:37:00 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
..Ku MenCubA..

Hasil karya : luvbieyuk
Tarikh siar : 26hb Mei 2009, 3:31:09 ptg
No. IP : 203.82.79.:-)
26.o5.2009 (SeLasa)
08.03pm..

Hari ini aku mencuba gagahkan hati, cuba untuk tersenyum..cuba menggembirakan hati yang kusut..mendung. Hanya Tuhan yang tahu..tapi hari ini lebih baik dari semalam. Tapi bila aku bersendirian aku akan rasa sebak dan menangis di dalam hati..sakitnya bila menangis di dalam hati..rasa lukanya terpendam. Aku kecewa sangat ke?...aku pun tak tahu apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran aku..tapi yang jelas aku nampak abah..waktu aku drive ternampak-nampak muka abah..apa ni..kenapa abah? Aku masih belum menghubungi abah dan memberitahu tentang keputusan pertukaran yang gagal..aku risau emosinya juga turut terganggu..dah tentu dia akan lebih banyak berfikir dari aku...erm celarunya fikiran aku sekarang..kacau. Aku mendoakan yang baik-baik, aku mohon apa pun yang akan berlaku moga Tuhan memberi ruang dan peluang untuk aku..entahlah beratnya rasa di hati..aku belum bersedia menerima kehilangan. Aku tahu abah keras hatinya..degil..dia tak akan beritahu aku walaupun dia sakit tenat..kalau boleh semua orang pun dia tak mahu beritahu sebab dia pernah memandu sendiri ke hospital di Melaka bila diserang sakit jantung..lepas tu dia admitted dan seminggu terlantar kritikal. Bila dia dapat signal nak sakit dia sendiri akan masuk hospital tanpa memberitahu sesiapapun. Itulah yang selalu membuat aku runsing...kata-kata Pak Uteh menambahkan lagi kesedihanku..bukannya aku tak mahu transfer tapi siapa yang boleh faham kuasa bukan di tangan aku..aku masih mencari hikmah..moga Tuhan melapangkan fikiranku, biar tenang aku terus berjalan.

Dalam hidupku dua kali aku membuat kesilapan..pertama kerana aku menangguhkan rasa untuk menjaga arwah 'ibu' semasa dia di hospital..aku ego..alasan aku..aku tak mahu menangis di depan arwah bila aku menjaganya di hospital..aku tak mahu rasa sedih..aku tak mahu kalah dengan perasaan-perasaan yang boleh melunturkan semangat aku sebab itu aku melengah-lengahkan waktu dan rupanya aku telah menyesal sehingga ke hari ini..Sikap degil aku menyebabkan aku langsung tidak berpeluang walaupun menatap pemergiannya buat kali terakhir. Kalaulah dapat aku ceritakan rasa penyesalan ini kepada semua yang bernama 'anak'...kesal ini masih kukuh menugu di hati. Kesilapan yang kedua ialah rasa kesal kerana aku berdendam dengan arwah nenek. Kebencian yang ada dalam diri aku terhadap arwah nenek menyebabkan aku tidak mahu berjumpa dengannya. Aku cuma berikrar akan jumpa arwah nenek bila aku dah kaya, masa tu aku akan belikan sesuatu untuknya. Aku nak tunjukkan kat arwah nenek aku ni cucu yang paling berjaya..rupanya hajat aku tak kesampaian. Arwah nenek pergi dalam keadaan duduk sedang melipatkan kain. Aku tengok ubat-ubatnya berterabur, aku agak masa tengah lipat kain dia tiba-tiba sakit dan mencari ubatnya..mungkin dia menahan sakit dan tak sempat makan ubat. Aku pernah duduk dengannya..dan aku dah hafal rutin hariannya sebelum tidur, bangun tidur...dia cukup berdisiplin macam abah...(waktu ini tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan abah...erm dasyatkan instinct aku...aku menangis lagi mendengar suaranya...dia tanya tentang keputusan transfer..tanya aku sihat ke tak..tanya bila aku nak balik...sayunya hati..aku tanya dia sihat ke tak..mestilah dia jawab sihat..tapi suaranya selsema...)

--------------
LuV n LoVes, alwayz get HurT in It..

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005