Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 11hb Syaaban 1434 @ 20hb Jun 2013, 05:51:46 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Aku ngan secawan kopi..

Hasil karya : citanuryati
Tarikh siar : 13hb Mac 2005, 11:18:45 pagi
No. IP : 202.188.15.:-)
Berrmulanya cuti-cuti malaysia..!! Yahuu…suka sebab dah cuti, tak suka sebab cuti sambil bekerja…budak2 budak baru habis exam, so kena semak, buat analisis, tov bla, bla bla dan bla!… hm sapa kata keja cikgu ni relax, cuti banyak pun kena buat ‘keja’…memang betul kalau kita pandai menguruskan masa dengan baik, tapi dah try tahun ni, tapi keja datang dan pergi dan datang lagi…dan due date nya kena ontime! Kalau tak siapla…….

Actually semalam dah cuti, tapi panitia aku ada mesyuarat. Sebelumnya, pukul 7 lagi aku kena hantar budak yg ikut kursus deklamasi sajak kat kpsu…ceh! Rupa-rupanya urusetia dia ialah Maliah si ogoi adik aku tu..baru tadik aku jumpa Maliah, sian adik aku tu, dahla cekeding macam aku, makin cekeding dann siannya dia, dia suma yg uruskan pasal kursus tu, dari makanan ke penceramah, dia merangkap segala2nya! Sib baik peserta 7 orang aje, kawan2 dia lain pakat cuti ke Kuching suma…..hm..sian dengar dia kata, sakit tekak dia berceramah start dari 830-2 petang! Huhu…kang cikgu pun kena gitu…sambil seloroh dia kata, beginila cikgu yg keja sepanjang hari kalau kelas dia full, sit in lagi, berdiri sampai berjam2 ngajar, pelajar lebih dari 40 orang! Hm…tahu pun….! Apapun, pandai2lah kita nak ngajar macam mana, kalau kaedah kuliah sepanjang masa, bosanla pelajar, kena pelbagaikan aktiviti…gitulah adik!

Lepas hantar pelajar aku yg dua orang semalam kat kpsu., terus patah balik semula ke sekolah sbb ada mesyuarat kol 8 pagi tu, Ust. Hanif kata dorang dah tunggu aku..huhu..jammed plak pagi tu, Sampai sekolah terus pegi bilik mesyuarat, mulala mesyuarat panitia sampai kol 1 tengahari! Waduh..aku blm sapan dari pagi, dahla gastric, asyik2 aku ngan Us. Saiful kata kami berdua gastric, Us. Hanif kata ok aje rehat sekejap, pastu sambung balik! Erk….takmolah, kang balik kol 2 lbh..sambung ajelah…banyak betul keja dan program yg kena buat. Disebabkan ahli panitia kami cuma 3 orang, program panitia melebihi 5 projek, maknanya sorang satu program. Aku terpaksa jadik pengarah Maulidur Rasul nanti….nak settlekan pakaian seragam budak2 nasyid, kompang, asrama ngan pelajar Islam cuti ni..

Seminggu ni aku pulun suma keja agar tak buat time cuti. Abih aje exam budak2 hari tu, bersengkang mata semak terus, buat pembetulan, analisis, dan sedia bahan sit in utk kursus nanti, settle! Alamak! Bila mesyuarat tu, ada lagi keja! Wadush..takleh jadik ni, terpaksa buat time cuti ni…Dan lepas cuti ni ada mesyuarat kebajikan guru dan kakitangan Islam plak, disebabkan aku pegi kursus, dan tader masa lain utk wat mesyuarat, agaknya mesyuarat tu jadik! Aku dah settle bahagian minit mesyuarat selaku setiausaha dari dulu lagi, dan bagitau ustaz pasal pengurusan surau…hopefully ada tindakan nanti.

Habis aje mesyuarat, aku balik umah jap, Sian kawan aku si Kes nengok aku! Dorang tadik dah habis mesyuarat, aku bagitau kes yg akak dia ni tak larat nak masak, sib baik Kes ada amik mee goreng masa jamuan \mesyuarat dorang tadik, so bedal ajela…gelak plak Kes bila nengok aku macam org kebulur! Abis aje makan mee, Kes bagitau dia nak tengok rumah sewa dia dan nak balik KL! Segalanya tiba2! Wah…..kes rindu kat suamila ni ek? baru seminggu sampai sekolah ni dah balik? Lagipun Kes kata akak dia ni balik Kuching..hm…..so aku bagitau Kes aku kena amik budak2 sajak dulu…terus start kereta aku pi amik budak2 aku tu…Rasanya aku dah yakin sikit driving ni…heheh..alhamdulillah. Budak2 tu plak msg aku kata ajak tengok orang main futsal! Aisehmen..taklehla…cikgu kamu ni bizi! Heheh…

Lepas amik dan hantar dorang ke rumah masing, terus balik sekolah. Bawak Kes ke Pengkalan Lutong plak, hantar barang dia, pastu pi airport. Mudahan2 ada tiket utk dia….Sempat gak usik mengusik Kes dalam kancil tu, tetiba aje nak balik,? Mesti suami dia tersenyum sampai ke telinga ni…sempat ‘ngumpat’ orang lagi. Masa nak sampai ke traffic light kat airport, ternampak keta kat depan..aih! macam kenal aje no plat keta tu….aku pi kat sebelah kereta tu…cis…adik Ampmeter rupanya…serius aje dia..;p dia hantar kawan dia kat aiport gak kot …tapi dia tak kenal….heheh..takpa…lama betul tak jumpa geng mdc tu. Tak jumpa pun dia kat dalam aiport tu, balik terus lps hantar kawan dia kot.

Sampai aiport uruskan tiket Kes..alamak mahalnya..RM 327 aje ada..tupun air asia…so nak taknak beli ajela…Kes balik 555, tunggu dia check in baru aku balik. Ramai gak kawan2 aku bercuti ke Kl ni, bual2 ngan kawan2 aku tu yg sama ngajar, dorang kata lepaskan tensen dgn byk keja kat sekolah! Hm…pas Kes check in aku terus balik dah kol 6 petang tu..seriau aku kalau balik malam2…tapi aku singgah kat pasar malam jap beli barang makanan…sampai umah kol 7 malam, wah! Maknanya dari kol 7 pagi sampai 7 malam baru aku rehat! Paler aku sungguh berat malam tadik macam ada batu dok dalam ni. Mandi dan segalanya akupun tido……………….kol 11 malam bangun lagi buat keja menaip sampai kol 2 pagi! Tido! Lepas motivasi pagi tadik, aku pi hantar budak lagi ke KPSU….

Skang aku kat rumah, tiket balik blm balik lagi. Mak aku dah kol semalam Tanya balik bila…hm..mak…tiket murah tader, yg ada RM175 aje! Nak naik bus ngan tambang RM 85, kang 16 jam dok dalam bus..sakit bontot. So aku masih tersadai kat sekolah ni sorang2..bertemankan..air kopi cap kapal api….hm..minum kopi ni tingat kat Kelipan. Wah…sahabat aku tu nikah hari ni…hm..sepatutnya aku menghadiri kenduri dia, tapi apa boleh buat..budget aku sangat2 lari dua tiga menjak ni….ngan servis kereta, tukar tayar, tukar timing belt suma….insurans…..dan aku pun kena balik Kuching! Mak aku dah rindu tahap cipan, aku pun! Untuk itu, di hari perkahwinanmu Kelipan, semoga kebahagiaan rumah tangga kalian bergermerlap dengan kebahagiaan bak namamu Kelipan!

__________

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana abunya?
Diam diam kusangka benci,
Kalau benci apa ubatnya”
Riang-riang kusangka gembira,
Kalau gembira mana tawanya?
Sayang sayang kusangka cinta?
Kalau cinta apa buktinya?
Semuanya kusangka-sangka
Sangka-sangka bawa perasan
Dari perasan baik ditanya…


Muehehe..ampeh aje pantun yg diciplak dan diedit! Kay,,,nak pi mana hari ni ek? Aiseh…ada msg masuk kata rindu kat aku! Ada jugek org yg rindu kat aku ek? :p

* Karya ini telah disunting oleh citanuryati pada 13hb Mac 2005, 11:21:54 pagi

--------------
terpenjara di sangkar dosa.....

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005