![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 13hb Rejab 1434 @ 23hb Mei 2013, 10:56:20 mlm | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Sajak dan Puisi |
| (Pengendali : daunsirih) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
ayuh sayang![]() Hasil karya : raihan_on7 Tarikh siar : 17hb Januari 2009, 10:16:45 pagi No. IP : 161.139.144.:-) |
|
6 mei 2007 ayuh sayang, kita pergi dari sini, kerana sini yang penuh benci dan dengki bukan tempat kita lagi. ayuh sayang, kita ke bintang-bintang, ayuh ke angkasa kita terbang. di situ aku bisa selalu bersamamu dalam redup sinar matahari ungu selalu berdua engkau dan aku. ayuh berlari di buruj-buruj cinta di ruang kosong antara dunia hitam maya. di situ kita dapat selalu bersatu, berjanji hidup mati kau dan aku. di bulan sepi kasih kita bersemi aku tahu kau pun rasa begitu. ayuh sayang, jangan tinggal lagi di sini, kerana restu bukan pada kita lagi. kerana ibu hanya ada benci. kerana ayah hanya ada caci. kerana kita sudah berjanji mati. ayuh, kita lari terus dari sini, ke bulan bintang cinta yang tak berbelah bagi ayuh ke matahari, marikh dan musytari, dari situ merenung sini dunia keji. tapi sayang, kalau jalan ke bulan itu jauh, kalau menatap bintang itu jenuh, kita tinggal di sini saja, tapi masih memegang cinta dengan satu cara. ke dasar sungai ini, ayuh! kerana dasar sungai ini sama saja dengan angkasa yang kita impi. di sini bisa juga menatap dunia keji, manusia yang dikasihani. manusia yang tak mengerti. di sini ada juga sinar mentari pagi. ada juga buruj cinta sejati. ada juga ruang mengota janji. di sini kita dapat abadi. ayuh sayang, kita bina mahligai bersemadi di dasar sungai ini. -------------- |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |