![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 12hb Rejab 1434 @ 22hb Mei 2013, 9:36:44 mlm | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Diari |
| (Pengendali : PuRe) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
hidup baru![]() Hasil karya : agunnroses Tarikh siar : 22hb Disember 2008, 02:46:14 pagi No. IP : 118.101.254.:-) |
|
detik ini, aya sudah berjaya menggapai impian yang pernah mami angankan selama ini. bergelar seorang pendidik. meskipun ianya bukan lah kerjaya pilihan aya namun aya gembira kerana akhirnya aya dapat menyambung cita2 mami yang tidak kesampaian itu. mami, aya kira saat ini mami sudah boleh menarik nafas lega. kedukaan yang selama ini melingkari hidup mami sudah beransur pergi. sejak abah pergi dari hidup kita, aya lihat mami sudah mampu untuk mengukir segaris senyuman. mami, melepaskan pergi sesuatu yang kita ada selama ini memang sukar tapi sebaik sahaja kita tekad untuk melepaskan pergi milik kita yang paling kita sayang, bermakna kita sudah bersedia untuk memulakan hidup baru. mami, aya kagum dengan mami. tetap tabah dengan takdir yang telah tersurat. hingga kini mami masih lagi berjuang demi mengecap sedetik kebahagiaan. dan InsyaAllah mami, dengan adanya aya di sisi, aya takkan sia2kan mami. kerjaya seorang pendidik,meskipun tidak menjanjikan pulangan yang lumayan tapi aya kira sudah mampu untuk menampung kehidupan kita berdua. mami, perjalanan aya masih lagi jauh. namun aya harap dengan sokongan dan doa restu mami tiap waktu, aya mampu untuk harungi segalanya. -------------- |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |