Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 13hb Rejab 1434 @ 23hb Mei 2013, 6:25:43 ptg
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
K O S O N G . . . .

Hasil karya : amoi
Tarikh siar : 29hb September 2008, 01:26:45 pagi
No. IP : 219.93.95.:-)
Salam....

malam yg indah ini aku terasa sunyi...
sunyi seperti dulu aku lalui....
sunyi yg mengundang seribu perit...
perit yg tak tertanggung dek hati yg keras ini...
kerasnya hati ini kerana dia....
dia yg melupakan aku dari hari ke hari....

hari-hari yg aku lalui terasa kosong...
kosong tanpa ada isi sebagai peneman...
kosong yg aku sendiri takuti...
kosong yg membuatkan diri ini meronta....

mengapa kita perlu sendiri...
sendiri membuatkan hati ini sunyi...
sunyinya hati ini memnyebabkan diri ku buntu..
buntu untuk berfikir...
buntu untuk bergembira....
buntu untuk merasa erti kosong yg aku lalui kini...

andai dapat aku gapai bintang...
akan ku gilap setiap hari...
agar diri ini sentiasa bergemerlapan....
tiada lagi titik kosong.....


********************************************************************************

M_74

assalamualaikum..

apa sahaja..
o atau 0
ia tetap membawa makna
kerana perasaan itu milik yang memahami
perasaan sendiri..

apa sahaja kekosongan
hati itu akan cepat merintih
saat emosi mudah dipengaruhi
saat di mana air mata
mudah dicurahkan
.. saat itu hati perlukan sesuatu untuk membujuk
membelai.. memeluk dan rungkai
bagi melegakan..

teman..
kematangan di ajar dari peristiwa
di situ pengalaman membawa
wajah usia.. tiap kesakitan dan ketindihan
dari sunyi.. adalah fikiran bakal difikirkan

kerana itu, usah berjanji
atau mahu membuat sesuatu
hanyak kerana sebab dan alasan..
seperti mana dahaga mencengkam..
andai ada lautan disitu
mahu dihirup dengan isinya
.. sesekali kosong amat indah dan tenang

.. aku sering terfikir mengapa ada kosong
tanpa sedar, itulah ciptaan Maha Bijaksana..

..

*********************************************************************************

amoi

Amarah

Aku marah... marah sangat...
Tapi aku tak mampu nak luahkan semua marah tu...
Marah aku... tak siapa pun yg faham....
Marah aku... hanya untuk aku...

Kalau aku marah....
Semua marah akan balik pada aku semula....
Tak ada siapa yg mampu tanggung marah aku ini....

Puas aku beristighfar...
Puas aku positif....
Tapi.... aku masih belum puas untuk marah....
Marahku terus membuntutiku...
menetap teguh di ulu dasarnya...
menanti ledakan yg membara...

Marah pada dia..
Marah pada diriku..
Marah pada kawan-kawan..
Marah pada keluarga..
Marah pada mereka yg terlibat..
Marah pada orang sekeliling..

Aku benci pada marah ini....
Kerana ia masih tersirat....
Tak mampu untuk keluar menghambur dunia....
malu tersisip tapi gah meraung....

* Karya ini telah disunting oleh amoi pada 29hb September 2008, 01:33:15 pagi

--------------
ngantuk...!!!

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005