![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 11hb Rejab 1434 @ 21hb Mei 2013, 10:24:38 mlm | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Sajak dan Puisi |
| (Pengendali : daunsirih) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
Ibrahim sebagai Ikon Manusia![]() Hasil karya : RadenMkamil Tarikh siar : 05hb Ogos 2008, 03:59:44 pagi No. IP : 202.185.55.:-) |
|
Tidak kau pernah bertanya " mengapa Nabi Ibrahim itu disebut di dalam tahiyyat?" Tidakkah kau membaca dalam surah An Nur itu tentang: minyak (zaitun) itu bersinar walau tak tersentuh oleh api.... pohon (zaitun) itu juga adalah pohon yang diberkati.......... Bukankah , "minyak yang bersinar walau tak disentuh api" adalah Ibrahim a.s? Kerana api pun tak dapat membakarnya.... hingga , kini bekas tapak kakinya masih bersinar (bersama Hajar Aswad) di depan Kaabah? Tidakkah "pohon yang diberkati" itu juga adalah Ibrahim a.s? Kerana tulang sulbinya muncul para nabi termasuk Nabi Junjungan dan Penghulu kita? Tidak tumbuh di timur atau dibarat , sebab Ibrahim a.s bermastautin di Baitul Muqaddas. Dan Baitul Muqaddas dan sekitarnya adalah " tempat yang diberkati". Maka, renungkanlah wahai manusia, kerana Ikon mu disebutkan dalam setiap Tahiyyat! |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |