Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 9hb Rejab 1434 @ 19hb Mei 2013, 08:23:22 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
BAHAGIA YANG SEMENTARA NAMUN INDAH

Hasil karya : ANUGERAH
Tarikh siar : 13hb Februari 2007, 11:17:19 pagi
No. IP : 203.12.220.:-)
Mentari aku tahu engkau mengikut arus cuaca
dan bayu yang mendesah kehidupan mu
yang terikat pada simpul janji takdir
namun termeterai juga kebahagiaan
walau sementara cuma dalam diri
teguh dalam menongkah kekecewaan
terhasil dari kesilapan diri.

Kita diketemukan dalam ketetapan putaran detik
dan ku mengenali jiwa mu
lewat secebis ungkapan
lewat babak-babak tingkah mu
lewat pancar mata penuh misteri.

Dalam aku menongkah arus kepasrahan
membina segulung anyaman puitis
sesekali gemersik senandung itu membuat aku lena
terbuai oleh khayalan detik mendatang
mungkinkah rasa ini terhenti disini
atau masih ada takdir terpendam.

aku pasrah kini
menenun seindah-indah sulaman mayang
untuk menyelami takdir diri
dalam melihat kilauan mendatang
buat diri ku dan kehidupan ku.

Apakah takdir mentari akan terpancar
kemilaunya dalam helaian diari kehidupan atau sebaliknya.

Namun kini aku harus sedia
menongkah arus mendatang
dalam pasrah, dalam redha
kerana aku telah melihat situasi yang tidak mustahil.
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005