![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 11hb Syaaban 1434 @ 20hb Jun 2013, 08:33:29 pagi | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Diari |
| (Pengendali : PuRe) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
HARI PERTAMA SEKOLAH![]() Hasil karya : ummiaiman Tarikh siar : 03hb Januari 2007, 5:10:54 ptg No. IP : 60.53.28.:-) |
|
Hari pertama sekolah pergh........... teringat aku masa hari pertama sekolah dulu-dulu. Mak sure hantar aku untuk uruskan segala macam yuran. Hari ini aku pulak yang jadi macam mak hantar aiman masuk sekolah cuma yang bezanya segala yuran dan buku latihan telah aku bayar masa 26 dec masa hari suaikenal pelajar baru dan student tahap satu ambil exam penapisan untuk menentukan kelas. Buku2 teks pulak aku dah beli cuma ada tiga buah buku jer yang tak dapat cari lagi coz dah habis stock kat kedai yang aku pergi tu hari nie nak pergi cari kat DBP. cerita pasal ujian penapisan tu ianya adalah ujian yang di arahkan/ditetapkan oleh kementerian pendidikan untuk menentukan tahap mana anak2 kita dapat menguasai 2M iaitu menulis dan membaca. masa nak ambil exam hari tu aku punyalah risau, aku rasakan anak2 orang lain semuanya pandai. Alhamdullilah aiman bolehlah menguasai kesemuanya dan di tempatkan dikelas 1 Arif (1A) punyalah happy anak bujang aku tu, tadi masa aku hantar makanan kat aiman dia tunjukkan result ke dua2 paper tu kira oklah Math 100 dan Bahasa malaysia 99, pertanyaan yang jujur dan ikhlas dari aiman "ummi boleh ke abg dapat mark macam nie" aku senyum jer kat dia dalam hati aku cakap kalau macam nie tiap2 bulan alangkah bestnya. petang pulak aku hantar dia ke kelas kafa, masa kat sekolah tu mak oiiiiiiiiiiii punyalah ramai mak bapak yang baru nak bayar yuran pada hal pihak sekolah dah tetapkan dari 27-30 dec tarikh pembayaran yuran punyalah tak prihatin dia orang maklumlah tu hanya kelas kafa. sampai jer kat sekolah tu aku tanya seorang cikgu kat mana kelas anak bujang aku tu dia cakap kat sekolah lagi satu iaitu kat sekolah pagi aiman, yang bestnya dia cakap puan saya rasa hari nie tak payahlah hantar sbb tinggal satu hari jer sekolah untuk minggu nie so aku tanya boleh ker bawa balik anak bujang aku tu dia cakap bawa jer balik datang minggu depan, baru start sekolah kafa. Punyalah aku boring mana tak nya dahlah aiman balik sekolah pukul 1.05 ptg sampai rumah pukul 1.30pm lepas tu kelam kabutlah anak bujang aku tu mandi then makan lepas tu siap untuk pergi ke sekolah tu. Aku yang tengok pun punyalah penat anak bujang aku tu tak ada rest. Ummi dia pun sama penat, rasa tak cukup nak bernafas tapi tak apalah demi anak aku tak kisash sangat. sekarang nie tengah dok fikir macam mana nak hantar dia ke kelas tuisyen sbb kelas kafa dari hari isnin sampai rabu lepas tu nak hantar kelas renang khamis dan jumaat. kelas tuisyen yg kat sekolah lama dia tu hari selasa dan rabu, hari sabtu dia minta hantar ke kelas art, perghhh padatnya jadual anak aku tu. rasanya aku kena fikirkan balik jadual anak bujang aku nie skip mana yang tak penting. so nanti aku tanya rakan2 yang lain macam mana dia orang aturkan jadual anak2 diorang tapi yang penting aku mungkin tak akan skipkan kelas kafa dia sbb tu penting macam2 belajar kat sekolah agama tu aku nak juga anak bujang aku tu pandai dalam ilmu agama. Aku kena bertindak dgn cepat. -------------- |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |