Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 9hb Rejab 1434 @ 19hb Mei 2013, 06:50:51 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
kata mu ....

Hasil karya : anak_dagang
Tarikh siar : 10hb Januari 2005, 3:05:55 ptg
No. IP : 61.6.50.:-)
kata mu
cinta dalam diam
cinta berbunga hanya di hati
cinta mengalir menjadi azimat
cinta bagai ribut ditengah gelombang
cinta bagai kilat yang memancar
dan cinta datang hanya sekali

kata mu lagi
biar lah cinta itu terus subur
yang datang bersama mimpi
dan jadi menungan di esok nya
sedangkan ...
cinta terus membungai
cinta terus menjadi lambang
suatu kehidupan yang berliku

kata mereka
cinta bagai lampu ajaib
lalu cinta akan terus di gosok
dan dibelai
kerana cinta
ada kekuatan tersendiri
ada cerita dalam lagenda
ada alunan menghiasi tarian
ada lagu dalam kemerduan nya

tapi....
yang aku dengar
cinta datang bersama desir
bersama angin
terkuncah sama gelombang
dan ombak yang ganas
lalu
cinta hanyut bersama ombak
tenggelam dalam arus
lenyap di simpang muara
hanya yang tinggal
kenangan jadi memori
igauan dalam ilusi
dan terluka menyentuh hati
dan cinta hanyut bersama mimpi
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005