|
Syarat Penggunaan Sembang2
Tujuan laman web Melayu.com ini dibangunkan antara lain adalah untuk
memperkayakan khazanah berbahasa Melayu di persada Internet. Ianya dibangunkan
secara sukarela dan kos pembangunannya ditaja oleh beberapa individu.
Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang
diberikan ini.
Segala kandungan, mesej, maklumat dan apa sahaja yang dihantar oleh individu
adalah merupakan tanggungjawab individu berkenaan sendiri. Untuk itu,
pihak Melayu.com tidak bertanggungjawab ke atasnya.
Untuk soal-jawab agama (jika ada), sebaik-baiknya anda merujuk kepada
sumber yang lebih sahih untuk maklumbalas yang lebih tepat. Bagi jawapan
kepada mana-mana persoalan agama, digalakkan untuk anda menyatakan sumber
yang sahih.
Di bawah, adalah larangan dan perkara yang membolehkan topik atau mesej
anda dipadam atau dikunci :
- Topik / Mesej yang dihantar bukan diruangan yang sepatutnya. Sebagai
contoh, jika ahli inginkan pendapat berhubung masalah peribadi, topik
/ mesej tersebut sepatutnya di hantar ke ruangan Sembang Bimbingan &
Kaunseling.
Arahan : Sila ikut kategori topik / mesej 'yang sepatutnya' sebelum
menghantar.
- Topik / mesej berulang. Sebagai contoh, Topik sebelum ini : Tajuk
- MARAH, Topik yang terkini : Tajuk - Kenapa Anda Marah (walaupun berlainan
tajuk tetapi mempunyai maksud dan kandungan yang sama).
Arahan : Sila semak dahulu sebelum kemukakan topik.
- Topik / mesej merapu @ melalut @ diskusi kosong. Sebagai contoh :
Tajuk - 'Rupa Korang macam mana ha?'. Bukankah topik / mesej tersebut
seperti pertanyaan 'yang tak sepatutnya ditanya'. Ahli akan membalas
dengan jawapan yang merapu yakni tiada isi atau sembang kosong.
Arahan : Sila kemukakan tajuk yang bernas, padat dan berilmiah. Dapatkan
balasan jawapan dari ahli dengan jawapan yang boleh membina personaliti
diri. Jika ahli ingin tahu bagaimana rupa ahli-ahli Melayu.com, kalian
boleh menghadirkan diri ketika perjumpaan (gathering) yang dianjurkan
oleh Melayu.com. Bukannya kemukakan soalan terbuka di ruangan ini.
- Topik / mesej yang berunsur seks atau 'double meaning'. Sebagai contoh,
Tajuk - 'Antara cinta dan nafsu... apa ertinya'. Secara psikologi, penghantar
jawapan akan membalas mesej dengan jawapan hasil dari imaginasi perempuan
sebagai simbol seks.
Arahan : Sila patuhi arahan yang telah termaktub ketika mendaftar
sebagai pengguna Melayu.com.
- Topik / mesej berunsur menghina orang @ memperbodoh-bodohkan @ memalukan
orang lain. Sebagai contoh, Tajuk : 'Perempuan Samseng'. Walaupun ahli
yang menghantar topik inginkan pendapat ahli lain berdasarkan petikan
akhbar, tetapi, secara tidak langsung perbincangan tersebut boleh terpesong
dengan menghina kaum perempuan. Perbincangan yang merendahkan martabat
perempuan tidak sepatutnya dikemukakan.
Arahan : Sila kemukakan topik / mesej yang tidak mengaibkan orang lain
atau mempersendakan orang.
- Topik / mesej berunsur pergaduhan @ menghasut @ membenci orang lain.
Sebagai contoh, Tajuk - 'Aku benci ngan infobeat'. Topik ini, cuba menghasut
ahli lain supaya membenci kepada 'si penama tersebut'.
Arahan : Sila jaga ketenteraman ruangan Sembang2 ini, jangan timbulkan
sebarang persengketaan hingga menyinggung dan mengganggu ahli lain.
- Topik / mesej yang berunsur ugutan @ mencabar kewibawaan orang. Sebagai
contoh, Tajuk : 'Lelaki !!! boleh tak jangan ganggu orang perempuan?'.
Bila topik dikemukakan pelbagai jawapan yang diterima dan ini boleh
menimbulkan ketegangan dalam perbincangan antara ahli. Penggunaan bahasa
kesat mula digunakan oleh ahli yang akan merasa tidak puas hati.
Arahan - Jangan menimbulkan sengketa dalam ruangan ini. Sila wujudkan
komunikasi muhibbah antara ahli dan situasi ceria. Bila ini di lakukan
ahli lama dan ahli baru akan merasa ruangan ini benar-benar bermanfaat
untuk semua pihak.
- Topik / mesej berunsur menghina agama @ bangsa lain.
Arahan - Jangan berandaian bahawa semua warga Melayu.com adalah melayu
@ islam. Mungkin ada diantara ahlinya adalah agama @ bangsa lain yang
kita tidak tahu. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sesuatu yang
tidak diingini sila jaga tatasusila dan tatabahasa sebelum kemukakan
topik / mesej. Jika ada kemusykilan tentang agama, sila masuk ke ruangan
Sembang Agama & Cara Hidup.
- Topik / mesej berunsur politik.
Arahan - Sila patuhi undang-undang yang telah termaktub ketika mendaftar
sebagai pengguna Melayu.com.
- Topik / mesej dengan penggunaan bahasa tahap rendah.
Arahan - Berdasarkan kajian, kebanyakkan warga Melayu.com adalah golongan
remaja, amatur dan veteran. Sila wujudkan suasana bersesuaian dengan
umur anda bukannya seperti budak baru belajar.
Maaf sekiranya ada diantara ahli yang merasa tidak puas hati dengan peraturan
dan tindakan tatatertib yang dilaksanakan. Tujuan utama Melayu.com bukannya
untuk menghadkan idea atau pandangan ahlinya tetapi untuk mengelakkan
sebarang sengketa bahasa yang boleh timbul melalui perasaan amarah dalam
sanubari ahlinya.
Walaupun mungkin ahli tidak mengenali diantara satu sama lain secara
bersemuka TETAPI, jika dendam dah tersemat, bila perjumpaan ahli diadakan,
maka pergaduhan boleh wujud diketika itu.
Walaupun anda kemukakan pendapat/pandangan yang membina, TETAPI perlu
diingatkan tidak semua ahli yang sama berfikiran positif macam anda. Rambut
sama hitam tetapi cara berfikir adalah lelain. Tidak semua manusia dijadikan
sama ada yang baik dan ada yang jahat.
Hanya kebijaksanaan dan kewajipan diri anda sahaja yang dapat mewujudkan
suasana ilmiah dalam lingkungan Sembang2 ini. Selamat menggunakan Sembang2.
Sila rujuk sama ruangan polisi Melayu.com
|