Salam sejahtera Ke Panel Login  
 
Sembang2 >> Soalan Lazim

Soalan Lazim Sembang2


Versi terkini Sembang2, apa yang baru?
Seperti aplikasi Bulletin Board System (BBS) lain, Sembang2 adalah forum untuk komuniti Internet berinteraksi. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa sejak Melayu.com dilancarkan pada Januari 1998, Sembang2 telah melalui beberapa perubahan. Jika sebelum ini Sembang2 menggunakan bahasa pengaturcaraan Perl (CGI), versi terkini Sembang2 dibangunkan dengan menggunakan teknologi PHP dan MySQL.

Di mana boleh saya dapatkan kod aplikasi Sembang2?
Kod aplikasi Sembang2 tidak boleh didapati secara percuma dan ia juga tidak dijual. Sembang2 dibangunkan dengan tujuan antara lainnya adalah untuk memperkayakan khazanah berbahasa Melayu di Internet.

Apakah beza aplikasi Sembang2 dengan aplikasi Bulletin Board System lain?
Sembang2 dibangunkan secara keseluruhannya oleh Krew Melayu.com supaya lebih mudah disesuaikan dengan aplikasi-aplikasi lain Melayu.com. Walaubagaimanapun, beberapa elemen kecil seperti ikon dicedok dari aplikasi BBS yang lain.

Apakah kaitan Sembang2 dengan Sembang.com?
Sembang.com dibangunkan oleh pengasas Melayu.com iaitu saudara (selemann) setelah aplikasi Sembang2 satu masa dahulu terpaksa ditutup dari Melayu.com akibat penggunaan bandwith yang tinggi. Ekoran dari sambutan yang begitu hebat dari para pengguna, Sembang.com juga terpaksa ditutup akibat dari masalah yang sama. Kini, ibarat sirih pulang ke gagang, Sembang2 dibangunkan semula dan kembali bertapak di Melayu.com dengan harapan ianya tidak ditutup lagi :)

Bagaimana untuk menggunakan Sembang2?
Di laman utama Sembang2, dipaparkan senarai ruangan Sembang di bawah beberapa kategori. Pilih dan klik pada mana-mana ruangan yang anda gemari. Di laman berikutnya, dipaparkan senarai topik dan nama pemula topik berkenaan. Klik pada mana-mana topik dan anda akan dibawa ke laman mesej. Jika anda berminat untuk menyertai diskusi berkenaan, klik pada butang Balas Mesej. Klik pada butang Topik Baru jika anda ingin memulakan topik lain. Walaubagaimanapun, untuk menghantar mesej atau memulakan topik baru, anda perlu login terlebih dahulu (klik pada butang login di bahagian atas).

Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli?
Untuk menggunakan Sembang2, anda perlu mendaftar sebagai komuniti Melayu.com terlebih dahulu di sini.

Apakah dia Status Sembang2?
Beberapa status untuk pengguna Sembang2 disediakan dengan beberapa fungsi seperti di bawah. Status yang disebutkan di bawah TIDAK BOLEH dipohon. Sebarang permohonan TIDAK akan dilayan sama sekali.

  1. Ahli Baru : Status bagi semua pengguna baru Sembang2 dan diberi secara automatik
  2. Ahli Setia : Status bagi ahli yang telah menghantar sebanyak 200 mesej dan diberi secara automatik
  3. Ahli Senior : Status bagi ahli yang dikenalpasti warga Melayu.com yang telah lama bersama kami
  4. Ahli Aktif : Status bagi ahli yang aktif bersama dalam aktiviti Melayu.com dan telah menyertai sekurang2nya 3 aktiviti rasmi Melayu.com dalam setahun
  5. Orang Lama : Status bagi ahli yang dikenalpasti berusia 30 tahun ke atas dan telah mencapai status Ahli Setia
  6. Pengendali : Status bagi pengguna yang dilantik. Beliau mempunyai kuasa untuk memadam mesej, mengunci dan memadam topik jika ianya didapati menyalahi syarat penggunaan Sembang2
  7. Krew MDC : Status bagi Krew Melayu.com yang bertanggungjawab untuk memantau Sembang2
  8. Tuan Rumah : Peneraju utama Melayu.com

Kenapa ada Senarai Hitam?
Selain status di atas, status Senarai Hitam akan diberikan kepada mereka yang melanggar syarat penggunaan. Mereka yang disenarai hitamkan TIDAK dibenarkan menghantar sebarang mesej atau topik di Sembang2. Walaubagaimanapun, status ini boleh ditukar kembali ke status asal berdasarkan budi bicara pihak Melayu.com. Ahli yang dikenakan status ini boleh memohon kembali status lama dengan menghubungi Tuan Rumah.

Siapakah Pengendali?
Pengendali adalah seseorang individu yang dilantik untuk membantu mengendalikan ruangan Sembang2 secara sukarela. Perlantikan seseorang Pengendali adalah mengikut budi bicara pentadbir Melayu.com dan juga Krew Melayu.com. Secara dasarnya, status Pengendali tidak perlu dan tidak boleh dipohon. Sekiranya Pengendali baru diperlukan, Krew Melayu.com akan menghubungi sendiri individu berkenaan untuk menawarkan status tersebut. Lazimnya, Pengendali adalah seseorang yang telah dikenali secara fizikal dan nyata oleh Krew Melayu.com.

Pengendali mempunyai kuasa untuk memadam, menyunting atau mengunci topik dan mesej sekiranya didapati ianya melanggar syarat penggunaan. Fungsi asal Pengendali selain dari memantau ruangan Sembang2 adalah sebagai pemudahcara. Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menganggap Pengendali sebagai penyelesai masalah anda. Sebarang maklumbalas yang diberikan oleh Pengendali berkenaan dengan isu yang dibangkitkan, adalah hasil inisiatif dan rasa tanggungjawab Pengendali sendiri. Oleh yang demikian, elakkan dari membebankan Pengendali dengan masalah peribadi anda.

Apa ada di Profil Pengguna?
Di ruangan Tukar Profil, anda boleh :

  1. menyembunyikan e-mail anda dari dipaparkan kepada umum
  2. meletakkan alamat laman web peribadi atau laman web kesukaan anda
  3. meletakkan ID MSN Messenger
  4. meletakkan ID Yahoo Messenger
  5. meletakkan tandatangan, ia juga dipaparkan di bawah setiap mesej anda di Sembang2

Kenapa saya tidak boleh menghantar mesej lagi dalam masa 0.5 minit?
Ini adalah untuk mengelakkan bebanan berlebihan pada enjin Sembang2 yang mungkin akan mengganggu pengguna lain. Ia juga untuk mengelakkan penyalahgunaan seperti 'flood' dan sebagainya.

Kenapa saya tidak boleh menghantar topik baru lagi dalam masa 1 minit?
Sama seperti jawapan di atas.

Saya ingin menaja ruangan Sembang2, bagaimana?
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Anda boleh hubungi Krew Melayu.com untuk tujuan penajaan



Sembang2 versi 6.0c
Hakcipta Terpelihara 2002© Melayu.com

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam
Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami