Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Agama & Cara Hidup >> Stiker Keta : Jangan tampal ayat Quran di cermin kereta !!!
(Pengendali : PnAnn, zayed )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Stiker Keta : Jangan tampal ayat Quran di cermin kereta !!!
Mann70

1 . Dihantar pada 03hb Nov 2004 09.15:40 pagi   [Edit]
>Jangan tampal ayat Quran di cermin kereta!!
>>
>>Budaya org melayu..!!
>
Jangan permain ayat Quran pada cermin kenderaan..!!!
>>>> > > Pada masa sekarang dapat kita perhatikan semakin ramai orang Islam
>>>> > > memasang tinted film yang tertera ayat-ayat suci al-Quran pada cermin
>>>> > > kenderaan mereka tidak kira pada cermin depan atau belakang.
>>
>>> >Persoalannya
>>
di sini ialah, adakah amalan ini digalak atau dilarang di sisi Islam
>>
>>> >?Apa
>>
>>>> > > yang jelas amalan tersebut buat masa ini nampaknya dipandang remeh dan
>>>> > > menjadi ikutan pemilik kenderaan. Adakah mereka sedar bahawa ayat-ayat
>>>> > > suci al-Quran sepatutnya perlu dihormati, dan tidak dipergunakan
>>>> > > sewenang-wenangnya atau dipasang sesuka hati?Hasil pemerhatian saya
>>>> > > kebelakangan ini mendapati mereka yang berbuat demikian kadang-kadang
>>
>>> >lupa
>>
>>>> > > dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat
>>
>>> >suci
>>
>>>> > > al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas
>>>> > > terik matahari.Nampaknya, ayat-ayat suci al-Quran hanya digunakan untuk
>>>> > > tujuan melindungi diri daripada cahaya panas matahari, tetapi tidak
>>>> > > dihayati dan dipelajari maksudnya.Ada ayat al-Quran yang dipasang
>>>> > > berkeadaan usang, terkoyak, terhakis dan kotor dimakan hari kerana
>>>> > > kenderaan dipandu ke mana sahaja tidak kira waktu dan cuaca. Pemasangan
>>>> > > tinted film tersebut juga kini telah dijadikan alat untuk mencari
>>>> > > keuntungan oleh peniaga yang berkenaan.Lebih menyedihkan lagi, apabila
>>>> > > memerhatikan kenderaan yang mempunyai tinted film dengan ayat-ayat
>>>> > > al-Quran pada cermin kenderaannya, tidak mencerminkan identiti dan
>>
>>> >akhlak
>>
>>>> > > orang Islam seperti memandu laju dan berbahaya selain tidak mengikut
>>>> > > undang-undang jalan raya.Ini sudah tentu hanya akan mencemarkan imej
>>
>>> >Islam
>>
>>>> > > di mata masyarakat sahaja.Saya telah mengambil inisiatif untuk
>>
>>> >bertanyakan
>>
>>>> > > persoalan ini kepada pegawai di ruangan soal jawab kemusykilan agama
>>
>>> >yang
>>
>>>> > > disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di laman
>>
>>> >web
>>
>>>> > > www.islam.gov.my dan ini adalah jawapan yang telah diberikan mengenai
>>>> > > amalan tersebut dan ingin saya kongsi bersama para pembaca.Jawapan
>>>> > > tersebut menyebut, ``Ayat suci al-Quran mesti diletakkan di tempat yang
>>>> > > tinggi kedudukannya sebagai penghormatan kepada kalamullah''.Oleh itu
>>>> > > berdosa meletakkan ayat suci di tempat yang tidak sewajarnya seperti di
>>>> > > cermin kenderaan dan seumpamanya. Justeru ia merupakan satu ibadah,
>>>> > > ayat-ayat al-Quran hendaklah dibaca mengikut adab dan diamalkan
>>
>>> >ajarannya
>>
>>>> > > serta beroleh pahala membacanya, menambah keimanan, menenangkan jiwa
>>
>>> >dan
>>
>>>> > > hati, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan
>>>> > > seumpamanya.Disebabkan kejahilan masyarakat hari ini dan kurangnya
>>>> > > keprihatinan khususnya kepada orang-orang Islam yang tidak menghayati
>>
>>> >dan
>>
>>>> > > merealisasikan tuntutan serta membudayakan ayat suci al-Quran ini,maka
>>>> > > dengan sewenang-wenangnya ayat-ayat al-Quran yang tertentu dijadikan
>>
>>> >bahan
>>
>>>> > > pameran, jualan dan hiasan malahan ada sesetengah orang menjadikan
>>
>>> >sebagai
>>
>>>> > > azimat atau tangkal untuk melariskan jualan dan
>>
>>> >sebagainya.Ayat-al-Quran
>>
>>>> > > yang selalu dipamerkan adalah dalam surah al-Baqarah: ayat 41 dan 174,
>>
>>> >Ali
>>
>>>> > > Imran ayat 199, 77, 187 dan at-Taubah ayat 9, al-Isra' ayat
>>>> > > 82.Kesimpulannya, ayat al-Quran hendaklah dibaca, dihafaz, dimuliakan
>>>> > > (diagungkan) dan hanya boleh menyentuhnya dalam keadaan berwuduk serta
>>>> > > diamalkan ajarannya sebagaimana Allah s.w.t menyebut dalam firman yang
>>>> > > bermaksud: Al-Quran adalah merupakan pengubatan (hati) kepada manusia
>>
>>> >dan
>>
>>>> > > membawa rahmat sekalian alam.Saya amat berharap agar perkara ini dapat
>>>> > > diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya ayat-ayat suci
>>>> > > al-Quran, tidak dijadikan bahan untuk mencari keuntungan dan
>>>> > > dipermainkan.Umat Islam juga perlu sedar, adalah penting untuk kita
>>>> > > mempelajari dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran, dan mempamerkannya
>>>> > > pada cermin kenderaan sahaja tidak cukup untuk melahirkan umat Islam
>>
>>> >yang sejati



_________________________________________

IP : 192.228.129.114

atoncute

2 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 11.59:39 pagi   [Edit]

la...iyer ke...

IP : 218.111.101.2

abede

3 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 12.57:47 tghari   [Edit]
saya sokong pendapat ini...saya pernah utarakan masalah ini namun saya telah dibedal dengan hebat

IP : 192.55.52.1

adikcomelx

4 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 1.47:34 tghari   [Edit]
saya setuju

IP : 161.142.112.5

izahaz

5 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 1.51:04 tghari   [Edit]
saya pong!

IP : 202.185.111.123

azarazara

6 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 3.27:13 ptg   [Edit]

quote:
tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat
>>
>>> >suci
>>
>>>> > > al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas
>>>> > > terik matahari.Nampaknya, ayat-ayat suci al-Quran hanya digunakan untuk
>>>> > > tujuan melindungi diri daripada cahaya panas matahari, tetapi tidak
>>>> > > dihayati dan dipelajari maksudnya.Ada ayat al-Quran yang dipasang
>>>> > > berkeadaan usang, terkoyak, terhakis dan kotor dimakan hari kerana
>>>> > > kenderaan dipandu ke mana sahaja tidak kira waktu dan cuaca. Pemasangan
>>>> > > tinted film tersebut juga kini telah dijadikan alat untuk mencari
>>>> > > keuntungan oleh peniaga yang berkenaan.Lebih menyedihkan lagi, apabila
>>>> > > memerhatikan kenderaan yang mempunyai tinted film dengan ayat-ayat
>>>> > > al-Quran pada cermin kenderaannya, tidak mencerminkan identiti dan
>>
>>> >akhlak


berdosa ke? apa bezanya yang kat rumah tu? sampai usang atas almari?



quote:
Ayat suci al-Quran mesti diletakkan di tempat yang
>>>> > > tinggi kedudukannya sebagai penghormatan kepada kalamullah''.Oleh itu
>>>> > > berdosa meletakkan ayat suci di tempat yang tidak sewajarnya seperti di
>>>> > > cermin kenderaan dan seumpamanya.


ahahah pengertiannya telah tersasar.


quote:
menenangkan jiwa
>>
>>> >dan
>>
>>>> > > hati, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan
>>>> > > seumpamanya.Disebabkan kejahilan masyarakat hari ini dan kurangnya
>>>> > > keprihatinan khususnya kepada orang-orang Islam yang tidak menghayati
>>
>>> >dan
>>
>>>> > > merealisasikan tuntutan serta membudayakan ayat suci al-Quran ini,maka
>>>> > > dengan sewenang-wenangnya ayat-ayat al-Quran yang tertentu dijadikan
>>
>>> >bahan
>>
>>>> > > pameran, jualan dan hiasan malahan ada sesetengah orang menjadikan
>>
>>> >sebagai
>>
>>>> > > azimat atau tangkal untuk melariskan jualan dan
>>
>>> >sebagainya.Ayat-al-Quran



ahahah bagaimana ia boleh menenangkan jiwa? menjadi petunjuk jika tak faham...?


IP : 60.48.18.106

kizz

7 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 12.01:08 tghari   [Edit]
memang benar apa yang diutarakan tapi bagi saya dimana sekali pun terpandang ayat2 suci al-quran itu...pahala bagi mereka yang membacanya....apalagi disertakan dengan maksudnya sekali...

sekurang2nya apabila terpandang ayar qursi di cermin kereta orang tu saya akan membacanya....kadang2 saya nak tahu sangat apa ayat yang ditampalnya...

yang penting niat mesti suci,murni dan jujur untuk tujuan pelindung diri dari malapetaka bukan pelindung diri dari matahari....

apapun kita wajib muliakan dan amalkan ayat2 suci Allah ni...menjaganya dengan elok walaupun secarik kertas....

IP : 219.93.247.254

azarazara

8 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 12.07:18 tghari   [Edit]

persoalanya kat sini berdasarkan kepada cut and paste Man70.

dimana beza tampal kat keta ayat jadi buruk makan dek panas dengan siapa yang simpan Al-Quran kat umah sampai berabuk?

dan man itu jag aada bertanya?

quote:
dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat
>>
>>> >suci


ada beza ?

IP : 202.58.80.18

CAM51

9 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 12.14:23 tghari   [Edit]
ye.. saya sokong.. sama jugak ngan org-org yg tertentu dtg rumah minta sedekah.. minta derma.. dengan menunjukkan keratan-keratan atau stiker ayat-ayat alkuran..

penah ada sekali mika dtg opis minta derma untuk buat mesjid di sebelah selatan thailand... yg geramnya dahla dtg berjubah tapi bila suruh baca ayat2 dalam sticker yg dibawahnya .. semua dia tak tau.. saya tanya nape nih.. takkan tak tau.. dia kata baru belajar.. terus saya bawak dia ke balai dan polis tahan dia kerna minta derma tanpa kebenaran dan surat dari JAIS tu didapati palsu..

IP : 202.184.143.243

pisces1978

10 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 12.33:07 tghari   [Edit]
azarazara....
saya rasa kan, elok awak penuhkan ilmu di dada dengan banyak membaca sebelum mempertikaikan sesuatu..... cara awak ni mcm saja nak bikin panas je la

IP : 203.106.229.132

Arman754

11 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 2.13:36 ptg   [Edit]

Azarazara

Aku boleh faham apa yang kau nak ajukan.Memang betul ramai yang menjadikan AlQuran sebagai hiasan dinding daripada menjadikannya sebagai panduan, pedoman hidup maupun undang2 yang mengikat akhlak seorang muslim. Tapi pendekatan sinis bukanlah pendekatan yang baik dalam berdakwah maupun menasihati orang. Ia serupa dengan tok2 imam kat kampung aku yang dulu2 yang menganggap semua orang kampung jahil dan tak tau apa apa. Belajarlah menulis secara berhikmah. Ambillah contoh bagaimana Rasulullah menangani arab badwi yang terkenal dengan kasar, jahil dsb.Belajarlah semua itu.

IP : 219.94.125.57

azmans

12 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 3.48:49 ptg   [Edit]

quote:
Tapi pendekatan sinis bukanlah pendekatan yang baik dalam berdakwah maupun menasihati orang

saya setuju dgn Arman, kita boleh menegur tapi biar dengan lebih berhemah bukan untuk menyakiti hati orang lain.

IP : 211.24.44.249

adikcomelx

13 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 4.00:03 ptg   [Edit]
quote:
kita boleh menegur tapi biar dengan lebih berhemah
mudah untuk dilentur..
kalu keras..susah sket arr..
sebab dah berkarat..wakakkkaa

IP : 161.142.112.5

abede

14 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 4.00:45 ptg   [Edit]
quote:
memang benar apa yang diutarakan tapi bagi saya dimana sekali pun terpandang ayat2 suci al-quran itu...pahala bagi mereka yang membacanya....apalagi disertakan dengan maksudnya sekali...


benar ada pahala apabila membaca Al-quran namun dlm hal begini kita perlulah bijak dlm menentukan apakah yang perlu diberi prioriti. Menjaga kehormatan dan kemurnian ayat-ayat kalimah Allah ataupun pahala utk membacanya? Terdapat kaedah yang lebih afdal untuk membacaanya.
Islam juga mempunyai cara yang lebih berhikmah dan baik untuk sentiasa memgingati Allah..iaitu dengan cara berzikir..kat mana-mana pun boleh dlm kereta ka..tersangkut dlm traffik jem ka apa pun boleh..tak payah tunggu kereta depan lekat ayat suci baru nak ingat..

quote:
yang penting niat mesti suci,murni dan jujur untuk tujuan pelindung diri dari malapetaka bukan pelindung diri dari matahari....


Tidak terlaluan jika saya katakan pendekatan begini adlah amat bahaya dan amat tidak sihat kepada kepada kesihatan akidah..

wallahualam

IP : 192.198.147.96

israfil

15 . Dihantar pada 06hb Nov 2004 5.47:27 ptg   [Edit]

Rasanya saya pernah sentu bab tajuk ni...seingat saya kat bab tatu...saya juga sependapat dgn saudara2 semua..kita harus menghormati ayat suci al quran..sebagaimana yg kita tahu..kitab al quran adalah kalamullah yg harus di baca diikuti dan di amalkan serta menempatkannya di tempat yg tinggi...

IP : 219.93.186.130

azarazara

16 . Dihantar pada 08hb Nov 2004 08.40:15 pagi   [Edit]
quote:
azarazara....
saya rasa kan, elok awak penuhkan ilmu di dada dengan banyak membaca sebelum mempertikaikan sesuatu..... cara awak ni mcm saja nak bikin panas je la


ehehe saya minta maaf

IP : 60.48.18.106

DiValliVilla

17 . Dihantar pada 08hb Nov 2004 08.48:55 pagi   [Edit]
Ayat-ayat tuh takyah simpan atau lekatkan keta, kat umah tak apa lak...
Baca, hayati..tu semua memanglah..tapi kalu tampal kat keta ayat kursi tuh takleh ke??? Gantung kat dinding umah tak ada yang pertikai plak.

Alaaah susah-susah tampal je gambar mata pompuan yang besar tuh...tak ada orang pertikai.

Kat dalam keta plak, cari sticker MU ker, atau Liverpool ker, Universiti Malaya ker...kan aman.

IP : 203.106.242.226

Mann70

18 . Dihantar pada 08hb Nov 2004 4.07:34 ptg   [Edit]
Hangat gak topik nih yek...

tapi ada kah antara kalangan kita yg berdebat ni bertanyakan pada org yg lebih ariff, ustaz-ustaz atau mufti ?

kita hanya berdebat dlm ni, tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya...

cuma pada saya, kenapa kita gantung ayat kursi di rumah ?
kenapa kita tampal doa naik kenderaan dlm kereta ?
kenapa kita hias cantik-cantik ayat suci..?

adakah utk baca atau utk hiasan semata-mata atau sekurang-kurangnya menunjukkan kpd umum kita ada penganut agama Islam ?

IP : 61.6.157.111

eyzlyn

19 . Dihantar pada 08hb Nov 2004 7.18:15 ptg   [Edit]
abg mann,

lin pun nak tahu juga, fasal gantung ayat Al Quran kat dinding rumah.. especially yg tulisan khat tu dan yang ader gambar masjid kat Maakah... bukan aper... sebab org bagi, kita pun ambil, so lin gantung jer lah kat rumah.. adakah sama dgn menampal ayat Al Quran kat kereta?

sebenarnya benda ni pernah kami aju pada seorang ustazah masa dia mengajar, first week dia cakap berdosa... terkejut kami semua dibuatnya... lin pun cuba tanya lagi sekali pada minggu kedua... dia cakap dia salah faham.. sebenarnya tak berdosa.. dia pun dengar atas dengar org cakap.. itu masalahnyer... penjelasan yg dia beri, benda tu bukannya berdosa tapi satu pembaziran... nasib baik dia mengaku salah dia.. kalau tak, kesian pada kami semua yg mendengar...



IP : 216.148.246.89

eyzlyn

20 . Dihantar pada 08hb Nov 2004 7.19:57 ptg   [Edit]
sebab itulah kita kena kena bertanya sampai kita faham.. jangan terima bulat-bulat ajer... yalah.. ustazah pun manusia juga...macam kita semua.. yg masih belajar... dan terus belajar sampai ke liang lahad...

IP : 216.148.244.89

Wallaby

21 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 2.53:56 ptg   [Edit]
apa dosanya tampal kereta dgn ayat2 alquran nih?
pada saya, kereta yg camnih.. macam kereta mayat jer.

IP : 219.95.14.167

usoPkuChai

22 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 7.57:44 ptg   [Edit]
quote:
pada saya, kereta yg camnih.. macam kereta mayat jer.
elok gak macam kete mayat.. barulaa pemandu2 yg bawak kete cam org gila tuh insaf beberapa saat.. teringat mati dan takut mati.. sama cam arak org tak posa naik keter mayat.. insaf kejap..

IP : 222.124.10.195

sultan

23 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 4.49:53 ptg   [Edit]

bg sy ia bukanlah mencemarkan kesucian ayat Al-Quran tu....sebenarnye ye...sy nk bg cth...Tidak salah jika kite meletakkan ayat al_quran di kocek belakang seluar kite coz memang kocek tu gunenye utk menyimpan brng.... so samelah ngan stiker yng gunanye utk ditampal/../...

IP : 161.139.89.1

adikcomelx

24 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 6.05:57 ptg   [Edit]
quote:
Tidak salah jika kite meletakkan ayat al_quran di kocek belakang seluar kite coz memang kocek tu gunenye utk menyimpan brng....
muskil la adik, sapa-sapa yang terer tolong bagi penjelasan yang ni.. iskkhh

IP : 161.142.112.5

abede

25 . Dihantar pada 26hb Nov 2004 02.54:03 pagi   [Edit]
quote:
Tidak salah jika kite meletakkan ayat al_quran di kocek belakang seluar kite coz memang kocek tu gunenye utk menyimpan brng



macam-macam adaaa...

donia donia...

IP : 192.198.147.96

azarazara

26 . Dihantar pada 26hb Nov 2004 07.53:35 pagi   [Edit]
quote:
Tidak salah jika kite meletakkan ayat al_quran di kocek belakang seluar kite coz memang kocek tu gunenye utk menyimpan brng

memang tak menjadi salah...tak mencemarkan dan berdosa pun -- kerana Al-Quraan itu hanyalah petunjuk yang membawa pelajaran. yang mencemar ayat2 Allah itu adalah di suruh tapi tak ikut. itu ia mencemar namanya menghina pun ia juga.

tapi tak baguslah. kalau boleh biarlah di elakkan. menghormati sebab ayat2 tu turun dr langit - ayat dr Allah. menghormati juga tak berguna tanpa perlaksanaan. emmmm marilah kita berfikir.

* Mesej ini telah diedit oleh azarazara pada 26hb Nov 2004 08.04:31 pagi

IP : 60.48.18.106

wan8282

27 . Dihantar pada 27hb Nov 2004 12.23:01 tghari   [Edit]
pada pendapat saya,al-quran merupakan satu mukjizat atau kelebihan yang paling besar yang Allah berikan kepada nabi Muhammad S.A.W.Oleh itu, kita sebagai umat Nabi Muhammad sepatutnya menjaga dan menghormati kesucian al-quran.kalu bab meletakkan ayat al-quran di kocek belakang seluar saya rase tak berape elok laa,sebab kekadang tu bila kita duduk,ayat al-quran itu akan berada di bawah punggung dan ia seperti kita menghina kesucian al-quran. sedangkan bantal pun orang tua2 tak kasi duduk inikan pula al-quran. samalah kita menjaga kesucian al-quran di samping mengikuti segala ajaran yang terkandung dalamnya.

IP : 219.93.8.5

braveheart

28 . Dihantar pada 27hb Nov 2004 4.12:16 ptg   [Edit]

alah bende camtu yg kau kecoh...kite sokong pendapat azarazara..kalau camtue tak payah ler kite gantung quran kat umah..ende kecik camtu tak aper..sebab kalau org yg terlihat mungkin diorg terbaca dapat juga kat kite pahala.bende yg baik teruskan...pasal excident tue kite nak tanye tul ker semua xcident yg terjadi dijalanraya tue disebabkan berlumbe?pendapat kite ler asal xcident jer pemabuk lah racing haram lah dan macam2 lagi cube kite berbaik sangka..cam asal xcident je mesti org tue tertidur sekejap ker,,terleka ker dan sebagainye asalkan ianye tidak menjadi fitnat mane lertau org yg xcident tue meninggal ker.kesian kat die katakanlah bende nie kite yg alami..camne ler mayat kite..kan..kan.
BERBAIK SANGKALAH PADA SESAMA MAKHLUK ALLAH SEMUGA TERBIT KASIHSAYANG SESAMA MUSLIM.

IP : 210.187.7.70

mar1skha

29 . Dihantar pada 28hb Nov 2004 12.52:57 tghari   [Edit]
Saya sokong pendapat yang mula2 yang tidak menggalakkan menampal ayat2 quran sbg pelindung cahaya/matahari kat kereta. Sebab ayat2 tersebut perlu dihormati, dihafaz dan diamalkan. Ada juga sesetengah menganggap pelekat ayat quran tersebut sbg suatu macam azimat dan bila terlepas musibah accident, mereka berkata 'nasib baik ada lekat ayat ini'. Yang penting, diri sendiri mau rajin baca quran dan doa2 sebab 'doa itu adalah senjata orang mukmin'.

IP : 219.95.240.147

salsham

30 . Dihantar pada 29hb Nov 2004 10.42:27 pagi   [Edit]
akum, nk mencelah, x paham dgn ayat nie...kalau niat nak selalu ingati allah@kematian tu camner lak?

quote:
Hasil pemerhatian saya kebelakangan ini mendapati mereka yang berbuat demikian kadang-kadang lupa dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat suci al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas
terik matahari.

aku budak baru belajar..

IP : 202.190.183.179

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "