Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Agama & Cara Hidup >> Doa : Ustazah Siti Norbahyah
(Pengendali : PnAnn, zayed )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Doa : Ustazah Siti Norbahyah
GoOdDay

1 . Dihantar pada 07hb Mei 2004 12.47:01 tghari   [Edit]
A'kum

Sapa tengok motivasi pagi hari Jumaat, 7 May 2004? Ustazah Siti Norbahyah ada bagi doa ringan jodohkan. ada tak sapa2 yg sempat salin doa tu ke atau memang tau. buKan apa.. nak bagi kat kakak aku tu.

Terima Kasih. Wassalam

IP : 202.188.20.131

cheq

2 . Dihantar pada 07hb Mei 2004 4.19:41 ptg   [Edit]

Saya ada tengok tadi kebetulan pagi-pagi selalu saya buka tv. ok doa nya ialah surah yusof ayat 4.bangun pagi2 sebelum mandi bacakan ayat tersebut dan sapukan kemuka jadikan amalan setiap pagi. kemudian kalau hari birthday tu puasa la sunat dan sembahyang hajat sekali dan amalkanlah bacaan surah al'fhaj.

IP : 219.93.81.254

ustazizzat

3 . Dihantar pada 09hb Mei 2004 10.08:16 pagi   [Edit]


quote:
surah al'fhaj.

salah ejaan. yang betul al-hajj (Surah Haji). betul tak, cheq?

IP : 219.93.200.237

potpetpotpet

4 . Dihantar pada 09hb Mei 2004 12.49:38 tghari   [Edit]
GoOdDay menulis ..
quote:
.. doa ringan jodohkan. ada tak sapa2 yg sempat salin doa tu ke atau memang tau. buKan apa.. nak bagi kat kakak aku tu ..
cheq menjawab ..
quote:
doa nya ialah surah yusof ayat 4 ..
Ulasan Potpetpotpet: Surah Yusuf ayat 4 itu ayat pengasih dan bukannya do'a ringan jodoh! Do'a pengasih dan do'a ringan jodoh adalah dua perkara yg berbeza .. tujuan yg berbeza .. kesan yg berbeza .. hasil yg berbeza .. walau pun seolah-olahnya macam sama. Tolong hati-hati dlm penggunaan ayat 4 surah Yusuf krn sbg ayat pengasih maka ianya perlu kpd kawalan. Tanpa kawalan maka dibimbangi ianya mendatangkan kesusahan kpd org lain bahkan diri sendiri. Kekadang do'a spr ayat 4 surah Yusuf ini boleh diibaratkan spr pisau .. bukan semua org semua masa dan semua keadaan yg kita boleh serahkan pisau .. jika nak serah pun kena pastikan ianya diserahkan ke tangan yg dpt memanfaatkannya dgn betul pd masa yg betul tempat yg betul dan dlm keadaan yg betul .. jika tidak niscaya ianya boleh mengakibatkan mudharat sama ada kpd org lain bahkan kpd diri sendiri! Lagi sekali .. pls gunakannya dgn berhati-hati .. okay!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah diedit oleh potpetpotpet pada 09hb Mei 2004 12.50:13 tghari

IP : 219.95.32.114

cheq

5 . Dihantar pada 10hb Mei 2004 11.07:44 pagi   [Edit]

saya minta maaf kepada semua sekiranya saya tersalah tulis surah al'fhaj. kalau tak silap saya ustzah sebut al'fhaj. mengenai surah yusof ayat 4 tersebut boleh digunakan sebagai ayat untuk meringankan jodoh dan ayat pengasih contohnya untuk suami, supaya suami kasihkan isteri.

IP : 219.93.81.254

ustazizzat

6 . Dihantar pada 10hb Mei 2004 11.25:39 pagi   [Edit]
mungkinkah surah al-fajr?

surah al'fhaj tak ada dalam al-quran.

IP : 219.93.200.237

cheq

7 . Dihantar pada 10hb Mei 2004 11.40:44 pagi   [Edit]

potpet, merujuk kepada ulasan yang saudara hujahkan tersebut, sebagai mana kita sedia maklum ayat al-quran itu terlalu halus pengertiannya, saudara/saudari potpet jangan SALAH FAHAM berkenaan ayat 4. surah Yusuf sebagaimana yang dikatakan meringankan "Jodoh" adalah juga pengasih. Ia hendaklah diamalkan sendiri oleh yg mencari jodoh..dan yg sedang atau yg berat jodoh..supaya akan timbul rasa kasih dan seterusnya sayang dan kiranya ada jodoh mungkin diizinkan tuhan...itu saja..persoalannya sekarang janganlah kita menyalah gunakan..kalau tujuan yang baik saya rasa InsyaAllah tuhan perkenankan. dan sekiranya orang yg sudah berkahwin mengamalkan nya akan dikasihi oleh suami/isteri/ipar duai rakan taulan sanak saudara dan siapa saja bergantung pada niat hati ini.. tuhan MAHA MENGETAHUI apa yg tersirat dihati ini apabila kita mengamalkan sesuatu mentera..atau pun doa kerana dalam apa-apa hal pun kita akan mulakan dengan niat. saudara/saudari potpet kena faham maksud atau tujuan mengamalkan doa. Bukan setakat baca dan amalan saja tanpa niat sebenar.

IP : 219.93.81.254

potpetpotpet

8 . Dihantar pada 10hb Mei 2004 2.16:41 ptg   [Edit]
Sila cheq baca semula dan fahamkan apa yg tersirat dlm posting # 4 Potpetpotpet di atas.

Sila semak juga ayat 4 surah Yusuf, tafsir berkaitan serta sumber-sumber kompilasi do'a terutamanya yg lazimnya digunakan dlm ilmu perubatan dan perdukunan.

Ibarat yg mudah utk digunakan bagi memahami 'perbezaan dalam persamaan' adalah spr mana 'perbezaan dalam persamaan' yg ada pd pedang, keris, kerambit, pisau dapur, pisau raut dan pisau cukur .. semuanya adalah berbentuk bilah (i.e. blade), semuanya pun tajam dan semuanya pun boleh digunakan utk menghiris, memotong serta menikam .. namun niat pembuatannya lain, bentuknya lain, cara aplikasinya lain, objek sasarannya lain dan hasil yg dicapai pun lain!

wa-(A)llowhu-aa'lam

IP : 202.187.110.146

cheq

9 . Dihantar pada 10hb Mei 2004 4.16:00 ptg   [Edit]
((((Ibarat yg mudah utk digunakan bagi memahami 'perbezaan dalam persamaan' adalah spr mana 'perbezaan dalam persamaan' yg ada pd pedang, keris, kerambit, pisau dapur, pisau raut dan pisau cukur .. semuanya adalah berbentuk bilah (i.e. blade), semuanya pun tajam dan semuanya pun boleh digunakan utk menghiris, memotong serta menikam .. namun niat pembuatannya lain, bentuknya lain, cara aplikasinya lain, objek sasarannya lain dan hasil yg dicapai pun lain!))))


potpetpotpet...apa yang awak maksudkan ni...awak kena mendalami dan memahami ayat tersebut...apa kene mengena pedang, keris, kerambit, pisau dapur, pisau raut dan cukur apa semua ni...tak masuk sabit, cangkul, gunting ke...!!!!! benda yang mudah jgn jadi susah..sedangkan ISLAM ITU AGAMA YG MUDAH.......sekiranya kita mengetahui..wassalam.

IP : 219.93.81.254

potpetpotpet

10 . Dihantar pada 10hb Mei 2004 10.47:01 mlm   [Edit]
quote:
.. potpetpotpet .. apa yang awak maksudkan ni .. awak kena mendalami dan memahami ayat tersebut .. apa kene mengena pedang, keris, kerambit, pisau dapur ..
OK-lah Cheq .. disebabkan Cheq tidak dpt menyelami apa yg Potpetpotpet maksudkan .. maka molek rasanya kita hentikan ulas mengulas ini. Kepada Cheq Potpetpotpet mohon maaf sekiranya ulasan Potpetpotpet dlm posting # 4 dan # 8 itu dirasakan oleh Cheq sebagai menyinggung Cheq. Ulasan yg Potpetpotpet poskan itu hanyalah sekedar apa yg si dhaif Potpetpotpet ini perolehi dlm pengajian tafsir. OK Cheq .. kita close issue antara kita berdua! Allowhumma-sholli-'aalaa-Muhammad-wa-'aalaa-aali-Muhammad!

Warga MDC semua .. ayat 4 surah Yusuf yg dimaksudkan adalah: "Iz-qola-yuusufu-li-abiiehi-yaaa-abati-innii-raaytu-ahada-'aasharo-kawkaba(n)-wa(al)sysyamsa-wa(a)lqamaro-raaytuhum-lii-saajidiin(a)" yg mafhumnya: (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah ku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan; ku lihat semuanya sujud kepada ku". Ayah Nabi Yusuf AS adalah Nabi Ya'qub AS anak kpd Nabi Ishaq AS anak kpd Nabi Ibrahim Khalilu-(A)llowh AS. Pada muqaddimah tafsir Baidhowi ada disentuh mengenai faedah surah Yusuf antaranya sebagai mendatangkan kasih. Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir menafsirkan ayat 4 surah Yusuf ini dgn padat .. itu pun dlm lebih kurang 1 1/2 halaman. Dalam Tafsir Al_azhar Buya Hamka menafsirkan ayat 4 surah Yusuf ini dgn panjang lebar sekali dan tidak ketinggalan menerangkan issue ru'yah atau mimpi dgn penekanan mengenai ru'yah solehah.

Menurut ilmu hikmah ayat 4 Surah Yusuf ini adalah ayat pengasih. Apabila diamalkan maka insyaa-Allowh pengamal nya akan dikasihi, disayangi, disenangi bahkan mendatangkan berahi .. bergantung kpd jenis org yg terkesan olehnya. Ianya boleh diamalkan dgn ditujukan khusus kpd seorg individu shj, ianya juga boleh diamalkan dan ditujukan ke atas sekumpulan org dan ianya juga boleh diamalkan dgn ditujukan keatas setiap dan semua org yg melihatnya. Ada cara membacanya yg tersendiri di mana ianya tidak dibaca dr pangkal ayat. Ada cara memperkuatkan pemasangan ayat sebagai pakaian diri pada sebutan-sebutan tertentu. Demikian juga ada cara menujukannya kpd sesiapa yg ditujukan pd sebutan-sebutan tertentu. Ada saat tertentu yg terlebih aula utk memulakan dan mengulangi amalan. Demikian pula ada alat-alat tambahan sebagai pelengkap yg digunakan semasa mengamalkannya. Sebagaimana ubat maka ada cara, ada dosage dan ada masa yg sesuai utk memakannya.

Walau bagaimana pun itu semua adalah kaedah khusus. Secara amnya .. secara yg mudah .. ianya boleh dibaca begitu sahaja dan ditiupkan ke dua telapak tangan dan disapukan ke muka pengamalnya. Boleh juga dibaca dan ditiupkan ke air dlm kolah atau dlm baldi atau dlm kendi sebelum digunakan utk mandi. Kombinasi kedua-dua kaedah yg tersebut juga boleh diamalkan serentak atau berselang-seli. Ulangan membacanya boleh dibuat sebanyak 1 x atau 3 x atau 5 x atau 7 kali menurut keperluan. Wanita yg dalam tempoh haid hendaklah membacanya atas niat do'a dan bukan atas niat membaca Alqur_an.

Apabila telah mengamalkan .. sila peka .. pantau keadaan dgn perihatin .. tentunya Warga MDC tidak ingin melihat rumahtangga org kucar kacir akibat suaminya sentiasa teringat-ingat wajah kita .. tentunya Warga MDC tidak ingin mendengar khabar 2 atau 3 org lelaki bermasam muka atau bersengketa hanya kerana kita seorg .. tentunya Warga MDC juga tidak ingin sentiasa diekori lelaki yg tidak dikenali dan jika yg mengekori itu adalah jenis lelaki yg kurang Agama maka dia boleh jadi bertindak di luar batasan hukum! Maka jika ada keadaan-keadaan kurang terkawal yg sedemikian .. eloklah berehat .. tinggalkan amalan berkenaan buat sementara.

Harap maaf kerana hanya mampu menyampaikan sekedar sedikit maklumat yg Potpetpotpet telah pelajari atas maksud perihatin demi keselamatan dan kesejahteraan semua Warga MDC!

wa-(A)llowhu-aa'lam

IP : 219.95.245.244

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "