Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Agama & Cara Hidup >> doa : ada tak doa untuk permudahkan jodoh
(Pengendali : PnAnn, zayed )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : doa : ada tak doa untuk permudahkan jodoh
julajuli07

1 . Dihantar pada 22hb Jan 2004 10.58:42 mlm   [Edit]
, hi semua, ada tak korang tau apa-apa doa untuk permudahkan mendapat jodoh, jula dah tengok dalam tafsir alquran, tapi tak jumpa, bukan apa , pertama risau gak umur dah banyak tapi calon pun tak dak,hari tu ada gak,tapi bila nak masuk meminang jee, adee je yang menghalang, sembahyang hajat dah buat, cam na yek supaya benda baik ni dapat dipermudahkan.

IP : 210.195.222.152

monica

2 . Dihantar pada 26hb Jan 2004 5.09:11 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,....

Julaluli07, Asalah pulak ni??? dah terlalu tua ker awak tu, saja nak ingatkan jgn terlampau terburu didlm hal ni, nanti susah........ Ada member yg mengamalkan surah Yusuf yg dibaca didlm sebaldi air, air tu buat mandi.... utk ringgankan jodoh.

IP : 218.208.18.131

mann_rahul

3 . Dihantar pada 27hb Jan 2004 11.51:15 pagi   [Edit]

Hai jula-juli..ko ni berapa umur? Nak permudahkan jodoh tak? Amal doa ni ok...Cinta kerana ALLAH…

“Ya ALLAH...
Jadikanlah aku mencintaiMu,
Jadikanlah aku mencintai RasulMu,
Jadikanlah aku menyintai orang yang mencintaiMu,
Jadikanlah aku dicintai kerana menyintaiMu.
Jadikanlah aku apa-apa yang boleh menyebabkan aku cinta padaMu.”

“Ya ALLAH…
Sekiranya dia yang dijadikan untukku,
Dia yang terbaik untukku,
Permudahkanlah jalan kami.
Sekiranya dia bukan dijadikan untukku,
Bukan yang terbaik untukku,
Buangkanlah dia dari hati ini ke satu daerah,
Yang aku sendiri tidak tahu di mana.”

“Ya ALLAH…
Sekiranya ini yang terbaik untukku,
Untuk agamaku,
Permudahkanlah ia untuk ku,
Sekiranya ini buruk untukku,
Untuk agamaku,
Dan buruk kesudahannya untukku,
Jauhkanlah aku darinya.
Sesungguhnya kau yang maha mengetahui akan sesuatu.”

“Ya ALLAH…
Sekiranya ditakdirkan dia dijadikan untukku,
Bukakan pintu hatiku untuknya,
Dan pintu hatinya untuk menerima ku seadanya…”


*Sekiranya menyintai seseorang itu didasarkan kerana ALLAH,
Maka cintailah orang itu, apabila dia menyintai ALLAH,
Dan tinggalkan dia, apabila dia berpaling dari ALLAH.


ok amalkan ok...

IP : 202.184.226.18

cempaka_SERI

4 . Dihantar pada 27hb Jan 2004 3.13:36 ptg   [Edit]
wall lahhh... nk print la...

IP : 202.189.60.1

nozie

5 . Dihantar pada 27hb Jan 2004 4.27:11 ptg   [Edit]
Amalkan ayat-ayat ni.....kita berusaha, yang lelain serahkan pd Dia...
1. Doa seribu dinnar (3x)
2. Surah Yusuf; ayat ke-4 (baca lisajidin sebyk 7x dlm satu nafas)
3. Surah Yassin; ayat ke-36 (amalkan sblm kuar umah 3x dimulai melangkah ngan kaki kanan)

IP : 202.146.72.162

julajuli07

6 . Dihantar pada 27hb Jan 2004 10.44:43 mlm   [Edit]
, hi semua,
monica, jula takla tua sangat, baru 20-an, tapi pelik sangat sebab banyak aral yang merintang dalam hal-hal yang macam ni, tu yang nak minta permudahkan tu
mann rahul, thank you. tapi dari mana sumbernye yek??
Nozie, Thank you for you too. Jula akan cuba.

* Mesej ini telah diedit oleh julajuli07 pada 27hb Jan 2004 10.47:58 mlm

IP : 210.195.222.195

fydos2003

7 . Dihantar pada 27hb Jan 2004 11.19:06 mlm   [Edit]


Daripada : Md Firdaus b Hamzah

Kepada : julajuli07

Saya ada terbaca dalam akhbar tentang tentang tertib berdoa ni. Kira ada kaitan jugak kalau saya sebutkan kat sini sebagai panduan. Penulis tu tulis yang Doa yang kita minta pada Allah swt akan tergantung antara langit dan Bumi jika semasa berdoa tu tak diselit dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ok selamat mencuba. Wallahualam


IP : 219.92.158.11

maira70

8 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 6.17:31 ptg   [Edit]
Man rahul,

Ayat tu memang indah lah...camne ada buku yang selit ayat tu..boleh maira beli..

IP : 161.142.112.8

Sham2002

9 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 7.39:45 ptg   [Edit]
saya fikir Doa yg mann_rahul beri tu cukup baik dibaca selepas solat hajat/Istikharah.

IP : 203.106.213.203

EvaJaque

10 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 8.24:31 mlm   [Edit]


julajuli07... i was in your condition when my mum kept saying ' kau nie memanglah anak dara tua.. bila la kau nak kawin? adik kau dah beranak! kau nie sapa la nak?? ishhh dah belajar tinggi2 nanti jadik calon andartu jugak la nie'

first of all bila orang ckp gitu of coz kita akan sedih...dan kita sendiri berfikir kenapa org tak caya ngan takdir Tuhan??? so satu hari sorang abg angkat tolong Eva.. dia kata camnie eiks...

kalau nak buat jodoh dipermudahkan tu.. first u solat hajat dan mintak kat Allah dgn hati yg berharap 100% kepadanya.. sayang Eva tertinggal kat Mesia cara nak buat hajat tu.. tapi lebih kurang camtu la... sebelum niatkan hajat tu dia suruh baca syahadah pastu.. 'Aku Tiada Menyekutukan Mu dengan lain Ya Allah.. kuserahkan semuanya kepadaMu' pastu baru baca niat hajat sembahyang solat..pastu solat hajat mcm biasa.. time sujud tu ada bacaannya.. tapi Eva lupa..tapi hajatnya mesti satu saja.

Nantilah Eva check balik kat diary mana tau ada Eva tulis kat sana...

tapi solat nie dulu Eva buat semasa Ramadhan.. .. seminggu kemudiannya ermmm org yg nak Eva lama dulu contact balik dan ajak nikah... ameen jadik jugak hajat hamba

IP : 62.252.128.14

celina

11 . Dihantar pada 30hb Jan 2004 3.58:38 ptg   [Edit]
jula.. cuba amalkan ayat dibawah

KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)

Ayat 36 dr Surah Yaasin - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 82 - Untuk Hajat
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
Baca pada air (100x)
Dan berdoa apa sahaja hajat

IP : 61.6.38.132

salsham

12 . Dihantar pada 30hb Jan 2004 5.02:40 ptg   [Edit]
yg aku tau, kalau nak cepat jodoh, selalulah amalkan baca surah Thahaa...wallahualam.

IP : 202.190.183.29

julajuli07

13 . Dihantar pada 02hb Feb 2004 11.28:21 mlm   [Edit]
,
Hi semua, jula dah buat dah mandi air Surah Yusuf yang monica bagitau ari tu, memang ada kelainan, rasa macam ringan dan hati pun dah tenang, alhamdulilah.
Celina, maksud awak ayat 82 tu surah Yasin ke? sembahyang tahajud 3x berturut-turut atau 3 malam berturut2? clarification please..
kawan-kawan yang lain tq kerana sudi berkongsi ilmu

IP : 210.195.222.167

EvaJaque

14 . Dihantar pada 03hb Feb 2004 09.37:03 pagi   [Edit]
juli... mintak doa dr parents... insya Allah menjadi.

IP : 62.252.128.14

sEnDipO

15 . Dihantar pada 04hb Feb 2004 3.10:03 ptg   [Edit]

jampi serapah nak cari jodoh

Kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah....

Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku...

Kalau dia tidak bole di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku....

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan
kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku ...

IP : 61.6.39.138

cikrosess_it

16 . Dihantar pada 04hb Feb 2004 4.41:54 ptg   [Edit]
sEnDipO ,
Waaa..main jampi serapah pulak. Jampi serapah nih cam pentingkan diri sendiri jek. Patutnya doakan dia dapat jodoh yang baik kalo takde jodoh ngan kita. Sama la kita. Jika dia tak baik jadi jumpakanlah dengan jodoh yang lebih baik dari dia.

IP : 202.189.48.232

EvaJaque

17 . Dihantar pada 04hb Feb 2004 9.54:58 mlm   [Edit]
sEnDipO

tu dah kes gila bayang...
ermmm bahaya la sendipo.. takut2 nanti gila bayang tak tertahan gilernya bleh menyebabkan kita termasuk ke tanjung rambutan..

IP : 62.252.128.14

julajuli07

18 . Dihantar pada 04hb Feb 2004 10.35:50 mlm   [Edit]
, sendipo , kemain lagi ngko , main jampi plak ni, ganash betolllaa..
, eh kekawan ni ada satu lagi masalah ni, kalau dah amal semua ni tetiba datang orang tapi kite tak berkenan plak cam na yek? atau kite WAJIB terima pasal tuuu laa yang dianggap terbaik untuk kite(setelah bersusah payah cam ni)konfius gak ni

IP : 210.195.222.164

teluki

19 . Dihantar pada 05hb Feb 2004 10.26:48 pagi   [Edit]

evajaque ingatlah apa kandungan doa yang perlu dalam solat hajat tu...telukipun nk tahu jugak coz masuk kali ni dah 2x putus cinta ni...tapi cinta kedua ni betul2 buat teluki sasau...dan masih menaruh harapan agar ada jodoh antara kami nanti...insyaALLAH.

IP : 219.94.94.218

Islamalay

20 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 05.10:51 pagi   [Edit]
KEPALA BAPAK KORANG....ASYIK BACA DU'A...ADAB DU'A KORANG AJARQ AAK KAT DIA??

ya anisaa' jula al juli....tempat paling baik nak mintak du'u masa...SUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUD!

ko nak tau pasai apa??? PASAI TIME TULAH SEOARANG HAMBA PALING DEKAT DGN RABBUHUM.
{infact..kalo ko btoi btoi concentrate...Allah angkat hijaab diantara ko dgn dia..ko sujud btoi btoi kat 'kaki' dia.}

mintak la apa nak mintak...MINTAK! HA MINTAAK!!

dan masa sujud orang TAK BACA ayat quran. MASA KO SUJUD TUH MINTAK SUAMI YG MUKMIN YG BERANI TEGAS DAN ADIL LAGI BERAKAI...dan apa apa lagi yg ko idamkan... DAN JGN LUPA, MINTAK YG TAK TAKUT NAK TARBIYYAH KO JADI POMPUAN SOLEHATU WA MUKMINAH. sujud brapa lama ko nak{tapi jgn plak time solat jama'ah..itu ada tatacara da tertibnya - satu langkah dibelakang imam}. Afdal..buat solat sunat..masa sujud akhir tuh..mintak...mintaak....jgn tak mintak.

ya anisaa' monica...kawin muda la bagusss...banyak energy nak main acilut hambat dgn suami.

IP : 219.95.207.159

lofier

21 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 08.45:28 pagi   [Edit]
Islamalay,
adakah anda mempunyai masalah mental yg kronik? sila la ke kedai2 ubat yg berhampiran kediaman anda utk mendapatkan ubat batuk cap kapakkkkkkkk....

IP : 202.185.111.122

Islamalay

22 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 3.08:06 ptg   [Edit]
ko penah cucuh mancis, lepaih tuh padam dgn jari ko mancis tuh sampai mancis tuh jadi sejuk?? brapa batang ko boleh buat??

aku buat.. sampai hari nih aku tak sanggup ulang.

NARULLLAH TUH KO TAU APA TAK? ko nak tau...pi main dgn sekotak mancis dgn jari ko.

* Mesej ini telah diedit oleh Islamalay pada 26hb Feb 2004 3.20:58 ptg

IP : 219.95.207.159

pogolix

23 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 3.38:36 ptg   [Edit]
saya tgk tuan islamalay nie tegur kami yg jahil nie secara kasar.. banyak menggunakan bahasa yg kasar.. dengan ucapan 'haram jadah', 'kepala bapak', dan macam2 lagi saya tgk cuma saya nak tau.. adakah cara tuan menegur kami nie cara yg baik

IP : 202.188.127.61

RedTomato

24 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 3.47:14 ptg   [Edit]
fuhhh....kasarnyer bahasa....
takut aku......

IP : 210.19.80.2

Islamalay

25 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 4.01:38 ptg   [Edit]
tak reti cara baik.

IP : 219.95.207.159

pogolix

26 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 4.08:33 ptg   [Edit]
hehehe, mungkin cara tuan tue..
mungkin sebab saya nie bukannya org baik pun..

emm saya nak bertanya.. kenapa tuan tak setuju ngan sufisme??

IP : 202.188.127.61

Islamalay

27 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 4.12:07 ptg   [Edit]
bukan anaa dah jawab ka benda nih?

MUJAHIDIYN TAK SUKA, AKU TAK SUKA.

IP : 219.95.207.159

pogolix

28 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 4.19:48 ptg   [Edit]
quote:
MUJAHIDIYN TAK SUKA, AKU TAK SUKA.
APA MUHYDIN TAK SUKA, HANG PUN TAK SUKA..
MUHYDIN PENANG MANA.. KEKEKEKE

ok.. nanti saya cari jawapan tuan..
terima kasih..

* Mesej ini telah diedit oleh pogolix pada 26hb Feb 2004 4.46:17 ptg

IP : 202.188.127.61

abede

29 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 4.42:22 ptg   [Edit]
mintak maaf la kawan-kawan...ini pendapat saya saja:
quote:
terus terang aku cakap puas hati dengan ilmu yang ada pada islamalay dan cara dia menghuraikan setiap permasalahan ahli-ahli MDC dengan ilmu..sebab tu sekarang aku lebih banyak berdiam biasla setelah sekian lama berpenat ada gak orang seperti islammalay datang menolong dengan membawa ilmu-ilmu yang terang dan senang faham...

cuma..ala biasala caranya tu mungkin kurang berhikmah dan susah diterima(kasar) pada sesetengah orang dan pada sesetengah tempat dan sesetengah masa tapi walaubagaimanapun pada pendapat saya setakat ini aku tak nampak lagi pembawanya yang terbabas dari al-quran dan sunnah. Aku boleh terima walau apa cara.... ganas atau lembut asalkan masih berlandaskan teras akidah ASWJ dan selari dengan pendapat keempat-empat mazhab..

ini cuma pendapat aku saja, aku no hal ganas pun ok gak kekadang pada sesetengah kes kena gak ganas tapi..aku memang tak reti la...biasala terlalu nak menjaga hati kut..

Aku cuba menerapkan berdakwah dengan cara yang paling berhikmah...namum jika dilihat baginda rosul berhikmah hanya deng kuffar "ajos" tetapi keras dengan kaum muslimin..

wallahualam

tapi maki-maki tu aku tetap tak stuju la....islamalay..tukag la stail sikit..tune sikit lagi musti cantik...kurengkan maki kat muslimin kat kuffar tak pa la..

* Mesej ini telah diedit oleh abede pada 26hb Feb 2004 4.43:40 ptg

IP : 192.198.147.96

Islamalay

30 . Dihantar pada 26hb Feb 2004 4.50:45 ptg   [Edit]
krik...zttt...Insyarat di terima....kzzzt..brtt..over

tapi bagi time skit la....mana ada benda siap tarbiyyah satu hari. Kecuali khalifah muhammad bin abdullah al-mahdiy la. SATU HARI...SESSSIAP!!!{sifat...bukan wujud}.

IP : 219.95.207.159

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "