Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Agama & Cara Hidup >> sunat : KUCING
(Pengendali : PnAnn, zayed )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : sunat : KUCING
jua

1 . Dihantar pada 23hb Jan 2003 8.40:58 mlm   [Edit]
as'kum...
saya ade dengo cite...
kalau kite sunatkan kucing kene bayar zakat...
betui ker....
dan lagi....
ape hukumnye menyunatkan kucing jantan...
hanya kerana kucing tu suka kencing...
merata2 dan kerap sangat....
tolong jawab ek....

dan lagi kalau kite dapati ade kencing kucing...
di sesuatu tempat...
adakah memadai hanya mengelapnye beberapa kali?

IP : 203.106.198.45

jua

2 . Dihantar pada 24hb Jan 2003 2.29:18 ptg   [Edit]
as'kum mdc...
sape2 yg kenai mana2 ustaz...
atau ustazah...
atau yg sama waktu dengannye...
tolong tanyakan bab menyunat kucing jantan ni ye...
bantuan and semua diharapkan sesangattt...

IP : 210.186.173.10

azieey

3 . Dihantar pada 24hb Jan 2003 3.45:24 ptg   [Edit]
as'kum...

tak penah dengor pun kes sunat kucing ni.....isyh..kalolah terjadi betul2 sapalah to mudimnya..

bagi kita lah tak baik naya kat dia...rasanya tak der hukum sunat kucing ni...

tang soalan lap kencing kucing tu..kan ke najis tu termasuk dalam najis mutawasitah...so kena lap dan bersihkan tempat yang terkena najis tu sampai hilang, warna bau dan rasanya..
lagi satu dalam fekah menyatakan bulu kucing tu haram dibawa solat..so hati2lah pada sapa2 yang bestfriend ngan kucing tuh...

IP : 202.188.81.37

jua

4 . Dihantar pada 26hb Jan 2003 7.07:19 ptg   [Edit]
bulu kucing haram dibawa solat?
maksdnye...w/pun bulu tu hanya melekat pada baju...
iaitu baju yg dipakai ketika sembahyang....
bukan melekat pada anggota tubuh...
dikira tak sah lah ye...?
tolong bagi detail tentang ni ye...
TQ

IP : 210.187.129.184

azieey

5 . Dihantar pada 26hb Jan 2003 9.28:06 mlm   [Edit]
ya bulu kucing yg melekat pada baju dan anggota tubuh kita, itu menurut fekah yang saya belajar dulu...
mana tahu kalau ada ustaz ustazah yaang boleh ditilkan....saya tak berani nak ulas panjang tapi tu lah yang saya tahu

IP : 161.142.100.81

jua

6 . Dihantar pada 27hb Jan 2003 10.40:51 pagi   [Edit]
jadiknye....
sebelum mayang kene check lah ye....
nak selamat pakaian semayang kena asing...
tu la pasal..besfren aku dah tentunye kucing2 ku itu..
kadang aku rajin gak dukung....
sbb kucing ni paham tuan....
tu yg aku sayyyyyang sesangat kat dia....

IP : 210.186.173.17

zaty

7 . Dihantar pada 30hb Jan 2003 10.50:12 pagi   [Edit]
tolong upkan.....
sbb byk berlaku kes cam ni sekarang...tapi hukum tak tau lak

IP : 161.139.113.8

mizanina

8 . Dihantar pada 30hb Jan 2003 11.50:33 pagi   [Edit]
sekadar yang mizan tahu.....

1.tak pernah ada proses berkhatan haiwan ni.....ni first time dengar....
2.kalau kucing kencing di sesuatu tempat, najis kucing ni termasuk dalam najis yang perlu dibasuh, dilalukan dengan air dan dilap....yang pastinya, bukan sekadar mengelap beberapa kali......kerana masih ada bau dan rasa yang tertinggal pada tempat najis/kencing tersebut....
3.kucing dalam solat haram? sapa pernah terbaca kisah Rasulullah hendak bersolat dan ada kucing sedang tidur di atas kain alas solatnya (sejadahnya)...Baginda menginjakkan sedikit jaraknya agar tidak terkena kucing itu ketika sujud dan meneruskan solatnya seperti biasa.....

IP : 202.190.80.250

jua

9 . Dihantar pada 31hb Jan 2003 5.29:13 ptg   [Edit]
mizan...
a-ah pernah dengar cite Rasulullah tu...
Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. hanya...
alihkan kucing tu kan...
so....camne yg pasal bulu kucing melekat pada pakaian...
yg kita bawa solat....
sape2 tau detail....explainlah lagi....mizan?teruskan

IP : 202.188.150.110

jua

10 . Dihantar pada 31hb Jan 2003 5.32:54 ptg   [Edit]
tambah lagi...
mizan...sunat tu istilah sebutan umum je...
sunat sama ngan 'kasi' atau mandul haiwan....
rasanya mizan tau kan 'kasi' tu...
yg betina di'kasi'kan agar tidak membiak...
yg jantan plak agar dia tak kencing(atau 'pancut') merata2.....
kalo saya salah kata...tlg betulkan ek...

IP : 202.188.150.110

suriawan

11 . Dihantar pada 15hb Mei 2003 9.49:10 mlm   [Edit]
kes ni masih tergantung.....
tolong selesaikan.....

mana ustaz ni.

IP : 210.186.172.191

annisak

12 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 1.06:48 tghari   [Edit]
Betulke jua..Tak pernah dengar pula..Nanti kena tanya ustazah ni..

IP : 210.186.183.56

zaila79

13 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 2.53:45 ptg   [Edit]
teringat plak kisah zaman Rasulullah,..
berkenaan sahabat baginda..Abu Hurairoh....
seorang yang penyayang pada kucing sampai di gelar sedemikian....

* Mesej ini telah diedit oleh zaila79 pada 16hb Mei 2003 2.54:02 ptg

IP : 202.185.110.118

YesDear

14 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 3.25:33 ptg   [Edit]
aku tak faham dengan soalan ini.

IP : 200.76.240.26

jua

15 . Dihantar pada 18hb Mei 2003 10.20:51 mlm   [Edit]
zaila..
ape cite ttg Abu Hurairah tuuu...
org nak la tau citenye...

YesDear..
gini...
kan ke kucen betina cepat membiak...
kucen jantan plak suka 'pancut'...
atau kencing merata2....
soalannya...
'apakah hukumnya kalo kite menyunat kucen'...
atau kdgkala org sebut 'memandulkan' atau 'kasi'...

a-ah soalan ni masih 'hang'...
sape2 dpt elaborate amat dialu2kan...
tengkiu...

seperkara lg...
ade bbrp org bgtau...
bile kite 'sunat' kucen2 tu..
kene bayar zakat....
hah...satu kemusykilan ni...tulun jwb

* Mesej ini telah diedit oleh jua pada 18hb Mei 2003 10.22:30 mlm

IP : 203.106.195.182

citanuryati

16 . Dihantar pada 19hb Mei 2003 07.30:04 pagi   [Edit]
waalaikumsalam wrh wbk..

erm..

pasal citer Abu Hurarirah r.a. yg suka kucing:

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kuching. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a..

Hukum bulu kucing yg dibawa dalam solat:

Mazhab Syafi'i dan Hanbali : bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Terpijak bulu kucing atau najis tidak membatalkan wudhuk kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk (memadai kita basuh tempat terkena najis tersebut : ikut cara kalu najis mutawasitah kita basuh bersih sehingga hilang bau warna dan rasa, kalu najis mukhafafah pulak memadai percikkan tempat yg terkena najis tersebut dan begitulah seterusnya...). Tentang membawa najis dalam solat, akan menyebabkan solat kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah solat ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.

3.hukum mengkasi binatang:
yg ni tak tahu hukumnya....heh...tapi kan pernah terjadi dahulu penjaga Baitullah pernah dikasi..entah sebab apa ntah...(mintak pandangan org yg arif)...disebabkan ada muslahat ketika itu...kalu tak silap saya hukumnya harus, bergantung kpd kemuslahatannya, kalu lebih byk mendatangkan keburukan dari kebaikan..maka haramlah hukumnya contoh menyakitkan binatang (hukum menzalimi tuh dah haram)...yg nih tolong ya sapa yg lbh ariff..

adakah dikenakan zakat kalu mengkasi binatang:
Yang ni pulak tak pernah dengar sebabnya zakatkan ada dua bahagian sahaja : zakat fitrah dan zakat harta..macam buah2han, haiwan ka..apa ka...sebab cukup syarat2nya spt cukup nisab dan haul (tempoh) dan tak pernah pun ada zakat dikenakan atas syarat bila kita mengkasi binatang...

setakat tuh ja dulu...apa2pun sapa yg lbh arif tolong perjelaskan dan perbetulkan jika ada yg silap....

wallahu a'lam

IP : 210.186.123.159

citanuryati

17 . Dihantar pada 20hb Mei 2003 8.39:21 mlm   [Edit]
assalammualaikum wrh...

nih ada sedikit penambahan....yg saya terima dr kawan (suh dia carik hadith pasal nih...dia carik gaks, sian dia..apa2pun syukran kat dia krn sudi tlg solve this problem....) jazakallahu khairan kathira adik akak..cayang dia...

pasal hukum sembahyang ngan bulu kucing... tak ape.. tak payah qado...kalu terkena....

Hujah:

1. hadis kabsyah binti kaab . nabi bersabda.. Ia(kucing) bukan najis, ia adalah binatang yang selalu berada disekeliling kita.. (diriwayat oleh lima muhaddis, disahhihkan oleh imam bukhari dan lainnya serta iman atturmizi mengatakan hadis ini hasan sohih.

2.hadis aisyah. nabi bersabda, Ianya(kucing) bukannya najis, ia seolah ahli keluarga. (hadis riwayat ad-darqutni dan al-hakim)

hukum kucing yg kene kasi yang kene keluar zakat memang ada... tapi apabila kucing tu diniagakan.. kene la bayar zakat perniagaan.. ahehe.

okiess...tuhja ya....ada sapa nak tambah...?

* Mesej ini telah diedit oleh citanuryati pada 20hb Mei 2003 9.00:32 mlm

IP : 202.188.45.48

jaysis

18 . Dihantar pada 23hb Mei 2003 00.35:51   [Edit]
Setahu aku, biasanya kucing tidak disunat, tapi dikembiri. Neutered, or spayed, dalam bahasa Inggeris.

Setelah dikembiri, kucing atau apa2 haiwan takkan boleh membiak lagi. Setelah organ pembiakannya seperti testes telah dikerat, apa yang boleh dilakukannya lagi?

Bagi aku, ini perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lebih baik dibunuh sahaja binatang itu dari biarnya hidup menderita.

IP : 219.95.29.117

neo81

19 . Dihantar pada 23hb Mei 2003 3.07:11 ptg   [Edit]
emmm...betul ke bulu kucing takleh bawa utk solat?.....saya ada dengar pasal kisah Rasulullah ngan kucing...bukan ke kucing itu sahabat nabi.....bole tak sesapa beri lebih detail ttg hadis yg mengaitkan bulu kucing ni? sbb saya takut gak...sbb saya bela kucing gak.....

IP : 219.93.90.146

sharmkidd

20 . Dihantar pada 23hb Mei 2003 9.03:26 mlm   [Edit]
Salam..
Pernah saya dengar dalam satu rancangan kat tv, (kalau salah tolong betulkan)kucing yang ada tu tak najis. Sebab tu Rasulullah cuma alihkan dia sikit waktu baginda solat. Tapi bulu kucing yang dah tetanggal dari badan dia tu yang tak boleh dibawa solat sebab diconsiderkan najis.Wallahualam.

IP : 210.187.216.83

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "