Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Agama & Cara Hidup >> Tareqat Sufi : Nakkan kepastian ttg joint tareqat...
(Pengendali : PnAnn, zayed )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Tareqat Sufi : Nakkan kepastian ttg joint tareqat...
HikayaT

31 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 2.52:03 ptg   [Edit]
Kalimah Allah dalam "tulisan Kufi" ker Miskin?

Beginilah... jelaskanlah sesuatu itu menurut asalnya. bab2 sabdu itu tambahan saja. Kerana apa... lebih selamat menjelaskan sesuatu itu berdasar apa2 yang dijelaskan Nabi, sahabat, tabiin, tabiit tabiin.

bab2 alif titik ba... sabdu.. bab2 tambahan saja oleh orang2 kemudian.
Kalau boleh tahu... siapa yang mula terangkan bab2 alif titik ba, sabdu?

Bab titik itu ditambahkan dalam mushaf untuk mencegah kekeliruan dalam membaca oleh ulama kemudian (sila baca sejarah riwayat penulisan mushaf)

Ilustrasi:
bacaan nusyran ("angin yang bertiup ke segenap penjuru") dalam 7:57, yang dibaca antara lain oleh Ibn Amr dan Ibn Katsir,
dibaca busyran ("khabar gembira") dalam bacaan Hafsh dari Ashim.

Kerana itu ditambahkan titik sehingga jelas mana "ba" dan "nun" di dalam mushaf.
=========

Namun tak dinafikan... ramai orang seronok belajar dari tulisan huruf kufi ini. Makna ayat ia bezakan dari mudzzakar dan muannas...etc.
It's up to you.... tiada yang melarang.

Nabi yang tak pandai tulis baca pun tak pernah terangkan perkara2 ini. Bab ini pulak kerana tuduhan orang... keluar pulak jawaban nabi bukannya tak pandai tulis baca... tetapi Quran itu tak berhuruf dan bersuara dan tak ada tulisan yang tepat etc... Again... wrong answer!

Tak ingatkah dalam perjanjian Hudaibiyah... Nabi menyuruh Ali bin Abi Thalib menulis surat perjanjian itu. Bagaimana status Rasulullah di hilangkan berganti dengan tulisan Muhammad bin Abdullah saja?
====

So.. it's up to you... nak ikut jawaban yang tak jelas asal mulanya... or nak ikut jawaban yang ada nashnya.

IP : 202.52.204.129

miskin

32 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 3.06:51 ptg   [Edit]
Ada huruf dan ada suara adalah seperti kita yg sedang bercakap2 .Ada suara dan huruf2nya sekali. Ada huruf dan tiada suara adalah seperti kita bercakap didalam hati .Ada huruf tapi tiada suara. Tiada huruf dan tiada suara seperti kita berjanji dengan kawan kita untuk pergi ke tempat A, dalam perjalanan kita bertemu dgn kawan kita yg lain mengajak kita ke tempat B.Maka pergilah kita ke tempat B.
Bukankah niat yg dibaca didalam hati masih belum lagi dikatakan sempurna niat.Niat anak2 seperti kita mula belajar niat dahulu.Tapi kira niat jugalah.....
Datangnya gurisan2 dalam hati itu adakah dari kita yg mengusahakannya...?kerna dari gurisan itulah datangnya niatkan..?

Tiada huruf & tiada suara bukanlah jawapan saya terhadap Qur'an ,tapi nak menerangkan itupun dikira benda baharu ,jadi bagaimana mengaitkan kalammulah dgn bunyi dan lafaz .itu saja...sorilah pengolahan bahasa tidak sempurna..
Tentang sabdu pada kalimah ALLAH memang kita melafaz dengan bunyi sabdu.Kalau tak bunyi telor je kan....perlu dibaca sabdukan..

* Mesej ini telah diedit oleh miskin pada 30hb Dis 2002 3.37:32 ptg

IP : 202.248.149.130

miskin

33 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 3.26:33 ptg   [Edit]
Memang banyak pelajaran yg disusun oleh mereka yg cerdik pandai dan tak ada dizaman sahabat2 yg terdekat. Tapi kalau kita meninggalkan itu semua adakah kita akan berjaya menjalani jalan yg selamat.
Disusun kemudian dari zaman para sahabat , meninggalkanya bererti juga menempah kesengsaraan bukan.....

IP : 202.248.149.130

HikayaT

34 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 3.49:51 ptg   [Edit]
Betul... memanglah di baca sabdu... kerana itu ditambahkan dalam tanda dalam mushaf, untuk mencegah kesalahan baca.

Bab tulisan huruf dan suara kalau dalam tamsil di para 32.. memang itulah realiti logik nya.

Dan memang sebagaimana kita sebut dalam para 26.... it's too risky sembang secara online bab2 ini.
Satu, kita bukan ahli dan tak pandai betul kaidah tulis baca Arab.
Kedua, saya cuba sampaikan maksudkan ini... yang lain bermaksud itu.
=============

Point saya:
1. Ada baiknya pernah melihat mushaf utsmani yang awal. Lihat baik2 bagaimana mushaf itu.. huruf2nya
2. Bab sejarah penulisan mushaf.. dan penambahan2 seperlunya untuk mencegah kekeliruan membaca.
3. Pertanyaan di jawab dengan jawaban semestinya. The right Answer on the right question.
Sebab apa? kerana semua punya akal dan hawa nafsu. Kalau ikut akal.. macam mu'tazilah berdiskusi agama. Ikut rasa... macam qadariyah. Berlebih2 pulak ... gelak sakan iblis.

Bab2 huruf dan suara...bab2 sabdu itu bukannya barang baru.. Zaman dulu, golongan Mu'tazilah sudah mulakan... dan kalau boleh saya kata... soalan mereka lebih dalam dan tajam dari setakat soalan yang pernah dihantar di MDC.

Apalagi bab2.. takhalli, tahalli, tajjalli, wihdatul wujud etc. Perdebatan ini sudah ada sejak lama. Hanya yang buat saya musykil... orang dulu jelaskan dan tuliskan A itu A..... mengapa sampai di kita... memandai merubah perkataan mereka.

Contoh tafsir Ibnu Abbas surah az Zariyat 56 di para 20 yang saya bantah di para 21.

Yang tak eloknya lagi.. kita sama2 tak pernah baca kitab dan mendengar syarah aslinya... hanya dapat sepotong2 kalimat dalam kitab tersebut, tetapi berlagak pandai dan paham... Hanya dengar sana sini... tapi tak pernah baca kitab asli atau duduk belajar.

Dan lebih tak elok... kita kutip satu "statement" dan cuba nisbatkan pada seseorang.. sedangkan orang tersebut tak pernah jelaskan statement itu.
Inilah cara borak orang kedai kopi.... setakat mengisi waktu menghabiskan sisa malam.

Itu mengapa penting, sumber, bukti2, nash, riwayat... dari siapa bermula soalan ini itu. Setakat jawab ikut akal dan rasa... semua orang pandai... berkilah, bersilat lidah dah sebati dengan orang Melayu.

That's why kena lah tempat dan masa yang sesuai. Sesuai maqam bicara di mana.

IP : 202.52.204.129

HikayaT

35 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 4.24:48 ptg   [Edit]
ahakss... seronok gaks... baiklah saya ikut akal jer, sebab saya sebetulnya engineer... tak lah paham sangat bab2 detail soalan agama. Kerana itu dulu soalan saya kepada Guru sering disenyumkan saja; memanglah berlebih2... nak ikut logik akal katakanlah. biar terlihat intelek gitu.

di para 33 miskin menulis
quote:
Memang banyak pelajaran yg disusun oleh mereka yg cerdik pandai dan tak ada dizaman sahabat2 yg terdekat. Tapi kalau kita meninggalkan itu semua adakah kita akan berjaya menjalani jalan yg selamat.
Disusun kemudian dari zaman para sahabat , meninggalkanya bererti juga menempah kesengsaraan bukan.....

Bagaimana akan di sembangkan... statement di atas saja sudah bias, tidak fokus dan tidak tajam. Jadi jangan harap ada the right answer sebab the question saja sudah mengundang pertanyaan. Entah kot pertanyaan retorik saja yang tak memerlukan jawab.

Memang banyak pelajaran yg disusun oleh mereka yg cerdik pandai dan tak ada dizaman sahabat2 yg terdekat. Tapi kalau kita meninggalkan itu semua adakah kita akan berjaya menjalani jalan yg selamat. <-----
Bias.. tidak fokus... meninggalkan pelajaran apa?? kalau di jawab A.. nanti berkilah.. yang dimaksud meningalkan B. Pelajaran itu banyak... yang mana satu. Pelajaran berternak itik kah?

meninggalkanya bererti juga menempah kesengsaraan bukan<--- kata siapa? Asumsi saudara miskin kah?
====

Oklah... memang tak mudah merangkai dan mengolah kata2 jadi sebuah pertanyaan. Sama ada ahli sastera pun. Mengapa alif itu ditulis tegak lurus? mengapa tidak miring saja? siapa yang mula tuliskan huruf alif? Banyak lagi soalan yang akal dan hati kita sentiasa bertanya2. Pertanyaan2 yang berlebih2 sehingga memberatkan diri sendiri seperti kaum Yahudi berlebih bertanya.

Bukan mereka tak tahu... tetapi kerana enggan melaksanakan perintah Allah. Dalam logik akal Yahudi.. apalah Musa ini.. kita disuruh mencari lembu... tak der lagi ker barang selain lembu yang lebih bertuah.. keramat selain mencari seekor lembu. Yahudi itu berpikir ini merendahkan intelektual akalnya... menjatuhkan gengsi mereka kerana mereka berjaya membangun piramid. Ini pulak di suruh cari lembu.. binatang yang bukan susah di cari di zaman itu... mereka berternak lembu pun. Kerana itu mereka berpikir.. ini mesti lembu yang susah dicari... so bertambah2 pertanyaan... sehingga bertambah berat.. hampir2 mereka tidak dapat menunaikan syarat2 lembu tersebut.

====

Ikutkan akal? Mari...

Dalam Quran itu ada asal kata tarekat dan shirath.
Tetapi mengapa kita diajarkan meminta dalam surah al Fatihah yang dibaca berulang-ulang... minta Allah menunjuki shirathal mustaqim.... bukannya tareqat??????

Secara harfiah ertinya tarekat dan shirath.. ambil saja erti sempit "jalan"

Tak usah lah bertanya dulu tentang kepastian join tareqat. Mulalah bertanya mengapa selalu berdoa mohon ditunjuki shirathal mustaqim.

IP : 202.52.204.129

miskin

36 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 4.26:47 ptg   [Edit]
Tak ada apa yg nak saya katakan lagi....
Cuma saya kira bila di tolak jalan ini maka sukarlah untuk dicari "awal itu mengenal ALLAH".Saya pasti suatu hari nanti bila datang suara dari dalam diri yg mengaku dirinya Tuhan ,maka payah benarlah kita...seperti yg pernah saya alami....
Sekian. Terima Kasih.

IP : 202.248.149.130

HikayaT

37 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 9.18:11 mlm   [Edit]
... macam inilah... biar kaji teratur.. senang pembaca lain nak simak. Sebab kita ini... diskusi melompat-lompat.. hehhehee

Sejarah ringkas penulisan mushaf.

Nabi memerintahkan beberapa sahabat untuk menuliskan kalam ilahi. Ada yang ditulis di pelepah korma, tulang etc. Semua itu ditulis teratur. Namun belum berbentuk mushaf. Ada juga sahabat2 lain yang menuliskan Quran itu dan menyimpannya sendiri.

Kemudian di zaman Abu Bakar, dimulailah mengumpulkan tulisan yang bertabur itu untuk dikumpul dalam satu mushaf. Mushaf ini selepas wafat Abu bakar disimpan oleh Umar bin Khattab.. kemudian selepas Umar wafat disimpan Hafshah binti Umar (puteri Umar)

Di zaman Uthman bin Affan, mushaf tadi diminta dari tangan hafshah untuk diperbanyak. Maka dibentuklah team yang beranggota Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Saad bin Ash dan Abdurrahman bin Al Haris bin Hisyam.

Lepas dari kontroversi selama penyusunan mushaf ini.. etc (malas nak sembangkan... nanti panjang pulak cerita). Mushaf yang diperbanyak itu tidak bertitik dan belum dibariskan hurufnya
=====

Kemudian di zaman Muawiyah bin Abu Sufyan memerintahkan Abul Aswad Ad Duali untuk memberi tanda baca (i'rab) pada tiap kalimat dalam bentuk titik untuk menghindari kekeliruan membaca.

Di zaman Abdul Malik bin Maswan, memberi tugas kepada Hajjaj bin Yusuf agar mushaf tadi lebih mudah dibaca dan menghindari kekeliruan membaca dengan memberi titik pembeza antara satu huruf dengan huruf lain. (ba diberi satu titik di bawah, ta di beri dua titik di atas, Dzho diberi satu titik pembeza dengan tha etc). Hajjaj minta bantuan Nashr bin Ashim dan Harj bin Ya'mar.

Kemudian Khalil bin Ahmad al Farahidy meletakkan baris atau tanda baca (i'rab): dammah, fatah, kasrah dan sukun.
Waw kecil di atas untuk tanda baris hadapan, huruf alif kecil untuk tanda baris di atas, huruf ya kecil untuk tanda baris di bawah, ha' untuk tanda sukun, kepala 'ain untuk hamzah.
========

Itulah perkembangan sejarah penulisan mushaf seiring dengan perkembangan kaidah bahasa arab.

Bab Alif ghaib itu memang ada dalam kaidah penulisan bahasa arab. Ketika satu kata di sambung dalam kalimat... huruf alif itu ghaib (tidak dituliskan)... umpama al kafirun... dalam kalimat ditulis kafirun.. etc.

The point is.... the right answer on the right question.

Kita tahu lah.. bab alif ghaib ini.. dicuba dibawa ke arah lain menjelaskan "sesuatu"... sedangkan asalnya hanya untuk kaidah tulisan.

Bahkan lebih jauh... huruf2 itu dianggap sebagai simbol "something". Ya untuk ini.. waw untuk ini... ada khasiatnya. Bab2 jodoh... dicuba dituliskan dalam tulisan kufi... dijelaskan ini itu..

Inilah kerja orang2 yang tidak menempatkan sesuatu pada tempatnya.
=======

Oklah .. kita berandai2...
Seandainya Quran itu tidak dimushafkan dalam tulisan kufi, tapi dalam huruf latin.... dimana huruf alif.. di mana huruf ya?

Seandainya Hajjaj bin Yusuf tidak memberi titik pada huruf ba... lalu bagaimana menjelaskan alif ghaib di titik ba????

Seandainya ada anak kecil hafiz Quran... dengan tartil dan fasih membaca ayat2 suci Al Quran.. tetapi ia tidak kenal tulisan kufi.. tak paham kaidah tulisan bahasa Arab, bagaimana menjelaskan????

Kita memanglah tak pandai kaidah tulisan bahasa arab... tetapi janganlah mentang korang belajar bertahun2.. mencuba mendistorsi apa2 tulisan awal orang dulu. Tauhid berubah jadi kenal???
============

quote:
Ada huruf dan ada suara adalah seperti kita yg sedang bercakap2 .Ada suara dan huruf2nya sekali. Ada huruf dan tiada suara adalah seperti kita bercakap didalam hati .Ada huruf tapi tiada suara. Tiada huruf dan tiada suara seperti kita berjanji dengan kawan kita untuk pergi ke tempat A, dalam perjalanan kita bertemu dgn kawan kita yg lain mengajak kita ke tempat B.Maka pergilah kita ke tempat B.
Bukankah niat yg dibaca didalam hati masih belum lagi dikatakan sempurna niat.Niat anak2 seperti kita mula belajar niat dahulu.Tapi kira niat jugalah.....
Datangnya gurisan2 dalam hati itu adakah dari kita yg mengusahakannya...?kerna dari gurisan itulah datangnya niatkan..?


Logika berpikir di atas.. bagi sebagian orang.. kira ok.. logik. Tapi bagi kita.. banyak yang dipertanyakan.

Kerana apa.. kerana logika itu hasil akal. Tiap hasil akal... orang lain boleh membantah dengan argumen yang lebih bernas.

Teori Filsafat Wihdatul Wujud itu dalam perkembangannya ada 3 teori. Tiga2nya saling bertolak belakang. Teori Wihdatul Wujud Ibn Farabi di bantah oleh teori wihdatul wujud Suhrawardi etc. Ketiga2 teori itu untuk menguatkan pendapatnya disandarkan pada nash2 Quran dan Hadith sesuai pemahaman mereka. Cara berpikir yang terbalik: Mendahulukan akal.. kemudian baru memakai wahyu ilahi.

Taruh sesuatu pada tempat semestinya

IP : 202.155.77.126

miskin

38 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 08.25:19 pagi   [Edit]
=====================================================
Lepas dari kontroversi selama penyusunan mushaf ini.. etc (malas nak sembangkan... nanti panjang pulak cerita). Mushaf yang diperbanyak itu tidak bertitik dan belum dibariskan hurufnya
=====================================================
Terima Kasih buat HikayaT dgn penjelasannya itu dan saya menerimanya.

Tareqat banyak melibatkan amalan zikir.Mengasak zikir ke dlm hati.Benda2 terpenting dlm tareqat terdiri dari Nafas ,Denyutan Jantung,Benda2 yg bergerak dlm tubuh itu.
"wafi an fusikum afala tub' siru".ertinya "tidakkah kamu melihat pd diri kamu".Pd tareqat ertinya "Tidakkah kamu melihat Aku dlm diri kamu".
Apakah makna sebenar ayat ini....?

* Mesej ini telah diedit oleh miskin pada 31hb Dis 2002 10.53:25 pagi

IP : 202.248.149.130

bebudak

39 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 09.40:23 pagi   [Edit]
yg sebaiknya kita lengkapkan syariat yg asas dulu sebelum nak join tareqat ke mendee ke.. solat bagi cukup dan di sempurnakan dengan amalan sunat, jaga akhlak, jaga adab, jaga pergaulan.. bataskan dengan lelaki ngan pompuan.. hidup dalam keadaan yg cool jek.. ingat Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya..

bukan nak kata tariqat ni tak baguihh.. tapi tak ke kita nampak dah macam membezakan islam, sedangkan kita semua umat islam dan bernaungan di bawah lembayung Allah..

cari guru yg berkelayakan, jgan nampak je org macam baguih terus je nak buat guru.. selidik elok2..

kalau nak ikut dari zaman Rasulullah lagik dah banyak berlaku perpecahan di kalangan umat islam ni, ader yg taasub dengan wafatnya rasulullah, dan ader gak yg tak mengakui kebolehan sahabat Nabi.. sebab tu kita kena kaji, jgn main ikut2 jek..

bab pompuan nak ikut tareqat ni.. aku syorkan tok sah laa.. baik gi masjid, dengo org baca kita hari ahad, tak pun gi belajo ngaji weekend... yg tu aku kompom guru yg berkelayakan..

p/s dengor buleh , tp ikut jangan...

IP : 202.190.181.168

HikayaT

40 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 1.51:59 tghari   [Edit]
1. Dalam tajuk si annass ini... kita komen masalah kaidah bahasa arab saja.
Apa yang tertulis dalam tulisan asli tafsir ibnu abbas... tauhid atau makrifat.
Boleh kah makrifat diertikan mengenali sahaja?

Dalam bahasa untuk orang awam sah2 saja, no problem. Tapi bagi orang terdidik semacam ada distorsi.. ada pengurangan2 makna.

Ok2 saja berkata syurga untuk erti jannah... tapi makna syurga berbeza dengan makna jannah... kerana syurga adalah konsep orang Hindu. Nanti marah pulak orang Hindu kerana cerita syurga yang mereka pahami berbeza dengan konsep Islam.

2. Terkomen pulak bab alif ghaib di titik ba. Kalau tak silap ini dibincangkan dalam kalimah basmalah.
Dulu kalau tak silap ada tajuk: Al Bismillahirrahmanirrahim.
Bab2 alif lam ini kan pembeza antara asma Allah dengan sifat makhluk. Jika ditulis Ar Rahman maka ia Asma Allah. Jika rahman saja maka sifat makhluk. Itu mengapa dalam kalimah basmalah, alif lam ini ditulis namun ia tidak dibaca.
Tapi jangan selepas itu keluar surau.. cerita ke orang kampung, beza Allah dan makhluk terletak pada Alif Lam... kena tetak leher nanti. Bab ini hanya dalam kaidah bahasa Arab.

Bacaan Bismillahirrahmanirrahim itu tidak di dahului alif lam.. kerana itulah adanya dalam Kalam Ilahi dan hadith nabi. Sila... nak ikut pendapat ahlul kalam (ahli bahasa) atau nak ikut Quran dan Sunnah.

Lebih power lagi... dari kaidah bahasa ini.. mulalah ada orang berkata.. kata bismillah terdiri dari 7 huruf (ba sin mim alif lam lam ha). Tiap huruf ini kunun katanya mendiami 7 Qaf di alam jabarut malakut yang puncaknya Al Arsy. 7 Qaf (bukit atau lembah pegunungan) itu iaitu Qaf Thalab (pencarian), Qaf Isyq (cinta), Qaf Istighna (kepuasan), Qaf Hayrat (kekaguman), Qaf Faqr (kemiskinan), Qaf Ma'rifah dan Qaf Fana. Tiap 7 huruf dalam kalimah basmalah itu kunun kunci menuju lautan rahsia Allah.

Banyak lagi lah.... janji power lah kalau ahlul kalam bercerita...

Apakah ini dilarang? Menakik huruf demi huruf... mencuba mengajarkan hikmah yang diperoleh dari pendalaman bahasa?

It's up to you.
Bagi kita peribadi... kita ikut Quran dan pemahaman Nabi dan generasi awal saja. Dah dijanjikan itulah pusaka yang tak kan tersesat selama-lamanya. Nabi berkata sedikit.. tapi berkahnya banyak.... ahlul kalam kalimatnya bertabur di mana-mana.. tapi sedikit berkahnya.
Biarlah rezeki sedikit.. tetapi karunia berkah melimpah berbanding rezeki banyak.. tetapi kurang berkahnya (entah lupa pulak di mana pernah menaip beza rizki dan karunia).

Bab-bab lain itu kira pelengkap saja, ibarat dia tahu.. kita pun tahu. Jadi sama2 tahu sajalah. hehhehhehe

IP : 202.52.204.129

miskin

41 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 3.52:47 ptg   [Edit]
Tentang bab Basmalah nampaknya kita kenalah bersetuju dgn HikayaT. Terperinci jugak.Beroleh fahamlah kita tentang Al Bismillah. Kalau tak dibincang2kan terkeliru jugak sendiri.
Dan satu lagi semasa kita mengangkat takbir ,benarkah kita melafazkan kalimah ALLAH .Dua huruf Lam & Lam pd tangan kiri & kanan yg mengangkat takbir.Huruf Alif pd batang tubuh yg berdiri tegak.Dan Huruf Ha pd kepala kita...adakah sumber tentang ini atau disusun kemudian oleh ahlul kalam..

* Mesej ini telah diedit oleh miskin pada 31hb Dis 2002 3.58:24 ptg

IP : 202.248.149.130

HikayaT

42 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 9.46:40 mlm   [Edit]
Sepanjang yang saya tahu.. di para 41 itu.. tiada sumber dari hadith, keterangan sahabat, tabiin dan tabiit tabiin yang terkemuka.

Agaknya ia adalah perkataan ahlul kalam dan tidak diketahui secara pasti dari siapa bermula. Dan ia boleh jadi dah tokok tambah.

Semacam inilah... kalau ada orang baca al Quran.. kemudian menghitung jumlah kata "Muhammad" ada 25x disebut. Kata "Isa" ada 97x disebut. Si A menghitung di zaman sekian.. si B di zaman sekian.

Namun tak eloknya... ada orang non Muslim berkata... Nabi Isa lebih lebih populer, lebih terkenal daripada Nabi Muhammad.

Konon kata mereka lagi.. setiap sastera klasik Arab selalu habis di bagi angka tertentu. Namun Quran tak habis dibagi (pembaginya 19).
Nah ada dua komen...
1. membuktikan Quran bukan karya sastera yang dikarang manusia..
2. Quran bukan karya sastera Arab Klasik Termahsyur (karya manusia yang tak terkenal)

Soalnya.. seperti yang saya kemukan di awal
The right answer on the right Question

Jika ada tuduhan, fitnah.. kepada sebarang perkara agama... maka jawablah sesuai tempatnya. Jangan dipakai barang2 baru semacam jumlah huruf dan sebagainya.

Nanti semacam sebuah kisah... seorang guru agama yang ahli hakikat dan kalam... berpindah agama kerana termakan janji. Ia bertaruh dengan seorang Pendeta... debat masalah Tasauf. Jika ia menang berdebat... Pendeta masuk Islam, jika ia kalah.. ia murtad keluar Islam. Rupanya ia tak tahu.. Pendeta barat ini.. seorang Orientalist.. banyak membaca karya sastera Arab.. kitab2 Arab... dan pendalaman Pendeta akan bahasa melebihi ia. Apalah.. malanglah nasib dia, kerana tak menaruh sesuatu pada tempatnya.
=========

Jadi banyaklah perkara2 baru hasil nukilan ahlul kalam.
Nabi dah pesan... dua pusaka Kitabullah wa sunnaturrasul. Dalam Quran kan dah kata.. Islam itu sudah sempurna... dengan turunnya surah terakhir, Di jamin tak kan berubah. Bahkan sangat banyak perintah Quran dan Sunnah yang belum kita amalkan.. termasuklah saya.. pandai berkata berimamkan Quran dan Sunnah.. tapi sunnah witir, dhuha.. jarang dibuat.

Ini pulak akan mengikut sesuatu yang baru... yang sudah sedia ada saja belum sempurna... tepatlah pepatah.. Yang dikejar tak dapat.. yang digendong berciciran.
=========

Bab huruf Allah (Alif lam lam ha) ini selain di atas ada yang berkata:
Huruf Alif yang tegak lambang kekuatan Tuhan dan prinsip dimana asal segala sesuatu.
Huruf Lam dalam bentuk seperti mata kail, memperingatkan manusia berhati-hati terhadap pancingan Iblis, dan juga bererti menolong orang lain untuk tersangkut hatinya dan ditembus oleh kehadiran Tuhan.
Huruf Ha itu ekspresi dari satu Tuhan yang dipresentasikan dalam berbagai macam bentuk dalam satu bulatan yang menutup, menggengam kesemuanya.

Banyak lagi yang lain...
Namun ada yang lebih baik.... bagaimana melafazkan dengan lisan kalimat takbir itu sehingga ertinya benar. Mesti Kena makhraj, tajwid etc
Sebab jika salah ertinya jadi kalimat bertanya, atau gendang atau berkilauan.

Kesemua itu nukilan ahlul kalam dan ahlul qurra. Pandai2 kita saja memilah.. kerana tiada jaminan dari mereka.
Maklum... mereka berkata A.. dengan maksud A.
kita yang setuju mereka kata A... tapi kita bermaksud B.

Tak usah jauh2... lihat saja huruf jawi... satu kata kambing, kembang, kumbang.. di tulis sama... Kerana itu kenalah belajar kitab dengan ahlinya sehingga tahu makna mana yang di maksud.

Kekekkeke.. kita pun tak paham kaidah bahasa arab, hanya hairan saja mengapa yang paham bahasa arab tak letak sesuatu pada tempatnya. Al maklum kita lidah melayu... kalau nasi tak berteman santan... dimana lazatnya? tambah cili api sikit... oklah.. kan makan dulu...

IP : 202.52.204.129

fakir29

43 . Dihantar pada 02hb Jan 2003 5.33:25 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,

Puji dan syukur keHadrat Allah S.W.T yang menguasai diri ini dan setiap sesuatu. Semoga saudara anass dan saudara-saudara lain berada dalam Makrifat Allah S.W.T, isyaAllah.

Saya ini orang baru, baru dalam segala hal. ilmu yang saya ada pun sangat jauh untuk mencapai ceteknya ilmu. Cuma ingin berbual dengan saudara anass dan saudara-saudara sekelian.

Berkenaan Tareqat nie, dari pemahaman saya ialah jalan. Selalunya tareqat ini wasilah sampai kepada para sahabat dan seterusnya kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Zikir yang diamalkan juga diambil dari wasilah ini, diturunkan dari generasi ke generasi dengan mengambil ijazah dari guru tareqat itu sendiri.

Jika ia tidak ada wasilah terus kepada Rasuullah S.A.W, contoh zikir yang datang dari mimpi misalnya, ia dipanggil Aurad. Boleh diamalkan jika kita kaji makna zikir tersebut dan yaqin akan ia. Tetapi keyaqinan itu akan terbatal dengan kebenaran. (contohnya jika kita yaqin telah masuk waktu subuh dan kita mendirikan solat, setelah salam, kedengaran azan subuh, maka keqakinan kita berkenaan telah masuk waktu subuh itu terbatal dan wajib la kita mendirikan solat semula.)

Sebelum, kita ceburi tareqat ini, eloklah kita sama-sama mendalami ilmu. Saya cadangkan agar saudara anass berguru kepada guru yang mengajar kitab lama seperti Siyarus Salikin & Minhajul Abidin, seterusnya bolehlah belajar kitab Al-Hikam dan bila diri telah diukur, dengan izin guru, bertareqatlah (joint).

Tareqat pun banyak, kadang-kadang kita sendiri pun pelik melihat orang yang bertareqat ini. Bagi diri saya eloklah kita berperangsangka baik. Lagipun, Saidina Ali r.a pernah berkata jika dihuraikan ilmu yang ada pada dirinya, nescaya akan dihalalkan mata pedang untuknya. Ada ilmu itu rahsia yang kita ini belum boleh tahu (kerna Allah tidak memberinya). Jika tugas kita sebagai hamba untuk dengar dan taat, buatlah yang itu , Apa jua rahsia ilmu itu haq Allah, kerja Allah, jangan la kita campur. insyaAllah, Allah itu maha pengasih kepada Hamba-hambanya.

Macam saya ini barulah peringkat mubtadi, jadi saya ini masih menuntut, insyaAllah sama-sama kita menuju kearah mutawasid dan muntaha. insyaAllah.

Saya mohom maaf jika tidak tepat atau tidak berasas nukilan saya ini. Jika saudara-saudara lian ingin betulkan silalah, saya amat bersyukur. Buat saudara semua salam perkenalan dari saya.

Jazakallah

IP : 192.228.143.32

usoPkuChai

44 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 2.47:43 ptg   [Edit]

aku tanak komen bab huruf alif ba ta nih..
aku cuma nak kongsi ilmu yg disampaikan pada aku..
psal bagaimana nak memilih tariqat yg betul..

sahabat aku berkata dlm mencari kita kena betulkan niat..
atas niat apa kita mencari? kerana Allah kan?
insya-Allah niat itu akan menjaga kita..
bila nanti sapai kita tersesat.. Allah akan mencuit hati kita..
dan kita bakal kembali ke pangkal jalan..

sepertinya kita memikir ttg wujudnya diri..
pikir punya pikir akhirnya sapai kepada soalan..
wujudkah Tuhan? apa yg akan berlaku?
kita akan terus beristighafar.. dan mengucap..
bertaubat dan kembali pada Islam..
dgn izin Tuhan.. insya-Allah..

wallahualam..

==============================================

terimakasih miskin dan hikayat atas perkongsian ilmu anda..
very refreshing..

fakir.. dah terlanjur sebut psal wasilah tuh.. ceritalah lagi..

IP : 61.14.34.251

Sham2002

45 . Dihantar pada 04hb Jan 2003 3.28:01 ptg   [Edit]
Assalamualaikum....

Sebentar tadi semasa saya merayau-rayau secara tak sengaja terjumpa artikel ni. Saya harap ianya dapat membantu buat saudara annas , diri saya dan sahabat-sahabat semua...

http://suluk98.tripod.com/thoriqsufi1.html

atau Home pagenya. http://suluk98.tripod.com

http://www.bicarasufi.com

Saya rasa Laman ini amat sesuai untuk dijadikan garis panduan bagi 'Pencari' jalan ini. Juga untuk saling bertanya dan berbincang bagi mereka yg dianugerahkan 'faham'.

Bertanya dan berbincang itu lebih baik dari berperasangka buruk dari sesuatu perkara yg kita tidak tahu dan tidak faham.

Wallahu 'alam...

* Mesej ini telah diedit oleh sham2002 pada 05hb Jan 2003 7.38:52 ptg

IP : 210.186.57.24

abg_rider

46 . Dihantar pada 05hb Jan 2003 00.03:57   [Edit]
jng join tarekat..bahaya...ramai yg sesat
lebih baik buat yg basic je...
jaga zikir,..buat tahajud, ...jaga tilawah quran,..
n cuba menangis bila bertaubat..insyaallah..hati akan bersih..
tak payah join tarekat de...bahaya sebab kita ni kurang ilmu..ok

IP : 210.195.122.154

fakir29

47 . Dihantar pada 06hb Jan 2003 10.33:06 pagi   [Edit]
Assalamualaikum,

Segala puji dan syukur keHadrat Allah, semoga kita semua berada dalam lingkungan makrifatnya. Saya setuju dengan saudara saya syam. laman web tersebut memang la bagus untuk mereka yang menjurus ke jalan ini. walaubagaimana pun, berguru itu yang terbaik.

untuk abang rider, jangan la cakap begitu. Tuan Abg Rider, fakir yang hina ini tahkikkan kata-kata wali Allah yang agung Sidi Asy-Syeikh Ibrahim Ad-Dasuki, yang mana maksudnya

" Menuntut ilmu Tariqat dengan berguru adalah wajib keatas seseorang murid yang mengikuti jalan kearah kemenangan Akhirat, walaupun ia dari kalangan sebesar-besar ulama (yang berpengetahuan dengan ilmu selain ilmu Tasawuf)"

Begitu jugalah peristiwa, yang terjadi kepada Al Imam Al-Ghazali, yang membuang jubah kemegahannya dan memilih jalan sufi. Kalau ada mana-mana kata-kata fakir yang hina ini tidak molek, fakir mohon ampun dan maaf, fakir juga insanuldaif. Tiada kuasa diri ini melawan ketetapan Allah.

Jazakallah.

IP : 192.228.143.32

Sham2002

48 . Dihantar pada 06hb Jan 2003 11.14:07 mlm   [Edit]
Assalamualaikum.....

Maafkan saya kalau penjelasan saya mengelirukan....Terima kasih saudara Fakir..

Apa yg saya maksudkan laman tersebut amat baik utk dijadikan garis panduan kerana keterangan dan olahan bahasanya lembut dan ringkas tetapi padat.

Cuma ada perkara- perkara yg dibincangkan dgn secara mendalam yg mana Guru yang Mursyid amat diperlukan untuk membimbing. Terutama mereka2 yg masih hijau dlm jalan ini seperti diri saya sendiri.

Harapan saya apabila sahabat2 semua bertemu suatu persoalan yg mengelirukan atau sukar difahami...tangguhkan dahulu persoalan tersebut dan bertanyalah kepada yg 'Ahlinya' apabila berpeluang.

Ada kalanya persoalan hari ini, kita menerima jawapannya yg memakan masa bertahun (bersabarlah). Yg mana jawapan tersebut dapat disahkan dari Guru atau orang yg 'Ahli' dlm bidang ini dan keyakinan jawapan tersebut terhunjam kemas didasar sanubari dan tidak akan bergoyah lagi....Insyaallah.

Wallahu 'alam

* Mesej ini telah diedit oleh Sham2002 pada 07hb Jan 2003 00.10:41

IP : 210.186.57.149

nurain5

49 . Dihantar pada 10hb Jan 2003 00.51:01   [Edit]
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatu,

Adakah Nabi Muhammad SAW membawa sesuatu tareqat??
Adakah Nabi Muhammad SAW bermazhab??

Tidak kah Baginda membawa kesemua nya Syariat, tareqat, Haqikat dan Ma'rifat??

Kenape kah perjalanan2 tareqat menyalahkan satu sama lain??
Kenape kah Islam tidak dapat bersatu??
Kenape kah tidak rujuk kembali kepada Al Quran??
Wal Quran nil Hakim

Fikirkan....

* Mesej ini telah diedit oleh nurain5 pada 10hb Jan 2003 00.51:42

IP : 202.166.126.227

fakir29

50 . Dihantar pada 11hb Jan 2003 08.59:09 pagi   [Edit]
Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh diri ini dan KebesaranNya mentadbir semua hambanya.

Buat abg Sham,

salam perkenalan, saya jua tidak begitu arif dari segi tareqat ini, walaubagaimana pun insyaAllah dengan bantuan Allah dan sokongan dari Abg Sham, kita usaha untuk membincangkan yang terbaik, insyaAllah.

buat saudaraku nurain 5,

Janganlah nurain 5 berperangsangka pada tareqat ini. Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, lain soalnya, Allah telah meletakkan baginda di kedudukan yang paling tinggi, maqam baqo'billah. untuk sampai ke maqam ini orang biasa seperti kita perlulah menjalani peringkat-peringkatnya. syariat, tareqat, hakikat,makrifat.

Rasulullah S.A.W, telah bersabda diakhir zaman akan berpecah umatnya kepada 73 pecahan. kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah salah satu daripadanya yang terselamat. Biarpun ada pelbagai mazhab semuanya beriktikad pada yang satu.

dalam kitab "Kasyafulasrar" karanagan As Syeikh Mohd Sallaeh bin Abdullah Mengkabau r.a, menyatakan:

Syariat itu menjadi perkataan Rasul,
Tarekat itu menjadi perjalanan Rasul,
Hakikat itu menjadi kediaman Rasul,
Makrifat itu menjadi kelakuan Rasul.

Setahu saya, jika tareqat itu betul wasilahnya, pasti ia tidak akan menyalahkan antara satu sama lain. melainkan ia tidak termasuk dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Begitulah serba sedikit, maaf jika tersalah.

IP : 192.228.143.36

sekafu

51 . Dihantar pada 11hb Jan 2003 10.37:13 pagi   [Edit]
untuk usup sahaja......................aku dah buang semua buku aku......................rupa-rupanya buku untuk menyedapkan hati saja.......tapi belum tentu menyedapkan rasa...............

IP : 210.195.72.178

nurain5

52 . Dihantar pada 12hb Jan 2003 02.19:32 pagi   [Edit]
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatu,

Janganlah nurain 5 berperangsangka pada tareqat ini.
---
Saya mohon maaf terlebih dulu, saya tidak berpersangka pada tareqat hanya yang menjadi tanda soal adalah kenape orang2 yang mengambil jalan tareqat kebanyakan Mengagung-agungkan guru nya?

Ada juga pejalan tareqat percaya sheik nya itu adalah Rasulullah, tetapi maseh berpegang pada hadith. Jadi apakah ini??

Tidak kah kita fikirkan di-dalam Al Quran itu banyak ayat2 yang menerangkan bahwa "kamu hanyalah seorang yang membawa berita gembira dan memberi peringatan"??

Adakah Nabi Muhammad SAW itu mengajar???

===

Rasulullah S.A.W, telah bersabda diakhir zaman akan berpecah umatnya kepada 73 pecahan. kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah salah satu daripadanya yang terselamat. Biarpun ada pelbagai mazhab semuanya beriktikad pada yang satu.
----

Tolong keluarkan ayat dari Al Quran yang menyatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah salah satu daripadanya yang terselamat.


dalam kitab "Kasyafulasrar" karanagan As Syeikh Mohd Sallaeh bin Abdullah Mengkabau r.a, menyatakan:

Syariat itu menjadi perkataan Rasul,
Tarekat itu menjadi perjalanan Rasul,
Hakikat itu menjadi kediaman Rasul,
Makrifat itu menjadi kelakuan Rasul.
------

Fikirkan ayat yang jelas ini:

2:79
Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.

Maaf kata, siapakah diantara kita mengikut orang2 yang di-celakakan??
Apakah Al Quran itu maseh diragukan??

====

Setahu saya, jika tareqat itu betul wasilahnya, pasti ia tidak akan menyalahkan antara satu sama lain. melainkan ia tidak termasuk dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Setahu saya pula dari 73 golongan, kesemua nya dipimpin oleh Ulamak dan sekira nya kesemua nya tidak bersalahan, Islam tidak akan berpecah kepada 73 golongan cuma yang ada hanya satu golongan saja dan itulah yang benar.

Kenape kah Islam berpecah??

Fikirkan ayat 2:79

Wassalam

IP : 202.166.126.226

sekafu

53 . Dihantar pada 13hb Jan 2003 09.02:54 pagi   [Edit]
nurain.........kalau kau tak agungkan guru .........mana mungkin kau tahu dimana Allah.

Kalau kau tak agungkan guru ...........siapa lagi yang akan menerangkan kepada kau rahsia Allah.

Kalau kau tak mahu agungkan guru maka eluklah kau tanya sami Buddha atau sami kuil.Mereka pun tau rahsia Allah tapi kau tak perlu hurmati dia sebab dia bukan orang Islam.

Kau perlu sabar keran nak belajar bukanb semudah dapat dxegree di Universiti.Dapat tips solan boleh lulus periksa.

Maaf yer kasar sikit.

IP : 210.186.28.179

fakir29

54 . Dihantar pada 13hb Jan 2003 6.12:19 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,

Segala pujian bagi Allah S.W.T yang menguasai seluruh alam. Semoga Dia melingkungkan kita dalam taufik dan hidayahNya.

Saudaraku nurain, saya tidak sama sekali hampa jika saudara tidak ingin mengikuti cara-cara mereka yang bertarekat ini. Cuma saya terkilan bila saudara menyatakan mereka (yakni Ulama') yang menulis kitab ini sesat. Firman Allah 2:79 mungkin bermaksud pada mereka yang cuba memesongkan Al-Quran. Jika para ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah saya rasa tidak bermaksud untuk memesongkan Al-Quran tetapi lebih kepada memberi faham kepada kita orang-orang awam tentang rahsia yang terkandung didalam Al-Quran. Manakan sanggup saya, menyatakan Al-Imam Al-Ghazali r.a itu menipu didalam kitab-kitabnya, Manakan sanggup saya menyatakan As-Syeikh Abdul Qadir Jailani r.a karangan kitabnya itu tidak benar. Kitab yang saya rujuk itu juga diambil isinya dari kitab-kitab besar karangan ulama'-ulama' terdahulu.

Kenapa Islam berpecah dan Nas yang menunjukkan terselamatnya Ahlul sunnah wal Jamaah, tiada dapat saya nyatakan, Allah sahaja yang mampu membantu saya. Saya tidak menafikan 73 golongan itu dipimpin oleh ulama, tetapi perhatikan hadith dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud

"Selain Dajjal, ada yang lebih takut aku keatas kamu daripada Dajjal sendiri." Maka ditanya"Siapakah dia wahai Rasulullah?" Maka jawab Rasulullah " Ulama yang jahat".

Bagi saya sendiri saya cuma berpegang pada Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud, "sesiapa yang meringankan gurunya, nescaya diturunkan bala oleh Allah Taala kepadanya dengan tiga perkara:

Diberi kesempitan rezeki
Dilupakan ilmunya oleh Allah Taala
Allah Taala mengeluarkan dari dunia ini dengan menanggalkan imannya (Nauzubillah). dari itulah saya tetap dengan guru saya insyaAllah.

Tentang Rasulullah mengajar itu bagi saya pastinya ada. Baginda mengajar dari akhlak baginda yang mulia.

Buat saudara sekafu, janganlah saudara cepat melenting sesama kita. saya menyokong saudara disamping itu marilah kita kasih antara satu sama lain.

Buat saudaraku nurain, saya memohon maaf yang amat sangat kerna membuat saudara berperang sangka buruk kepada huraian saya. Saya memohon ampun dan maaf kerana saya, saudara berperangsangka, sedangkan berpperangsangka itu tidaklah baik. Jika saudara nurain tidak setuju, saya mohon nyatakan sahaja, dan saya akan diam dan berlalu. inysaAllah kita semua akan dibimbing Allah S.W.T hendaknya.

Jazakallah.

IP : 192.228.143.36

usoPkuChai

55 . Dihantar pada 13hb Jan 2003 7.59:45 ptg   [Edit]
utk sekafu saja..
buku mmg cuma penyedap hati..
dan lagi.. toksah laa ko dera mental bebudak tuh..
kang sakit mental lak..

takmo ikut tarekat takut sesat..
tapi dah betul je jalan kita tuh tak sesat?
ke kita lebih sesat dr org yg kita kata sesat..

IP : 202.152.30.10

Sham2002

56 . Dihantar pada 13hb Jan 2003 10.52:06 mlm   [Edit]
..........

IP : 210.186.59.56

annass

57 . Dihantar pada 13hb Jan 2003 11.57:07 mlm   [Edit]
Assalamu`alaikum wbt...

1st of all syukran jazilan saya ucap pada seme ataih keprihatinan menjawab soalan ana memula sekali tu, alhamdulillah... sedikit sebanyak pengetahuan saya ttg amalan tareqat ni saya fahami sikit2...

Sebenarnye gini... saya asyik2 terfikir seseorang yang joint tareqat ni (tareqat yang halal lah maksud saya...), tertanya2 mengapa mereka ni nak tukar2 tareqat sedangkan sebelum ni diorang dah joint tareqat yang lain...

Ok... makna kata cam ni lah yer... Katakan seseorang tu joint tareqat Naqsyabandiyyah... Kemudian dia beralih arah pada tareqat Ahmadiyyah atau apa2 sahaja tareqat yang tak sesat. Alasannya kerana tareqat yang ni mudah sikit cara zikir dan amalannya dan yang sebelum ni payah sikit...

So, soalannya buleh ke cam tu sebab kan ke tareqat ni matlamatnya hanyalah satu iaitu untuk menyucikan diri dan mendekati Rabbul Jalil...? I mean kalau main lompat2 tareqat itu ini boleh ker? Saya tak beranilah nak kata boleh ker tidak sebab saya tak pasti benda nie... Harap boleh jelaskan kedudukan yg sebenarnya...

Ok, tu aje kali ni... Yang baik dtgnya dr Allah swt dan yang dhoif tu adalah dari kejahilan saya sendiri. Minta diri dulu... wassalamu`alaikum wbt...

Man Jadda wa Jada, wa Man Kasala Fashala...

IP : 219.93.207.10

nurain5

58 . Dihantar pada 14hb Jan 2003 01.50:45 pagi   [Edit]
nurain.........kalau kau tak agungkan guru .........mana mungkin kau tahu dimana Allah.
------

Tanya guru tu boleh ke-dia jamin diri kamu di-akhriat. Kalau dia jamin kamu teruskan mengagungkan guru itu.

--
Kalau kau tak agungkan guru ...........siapa lagi yang akan menerangkan kepada kau rahsia Allah.

Tanya guru itu lagi, dari Al Quran, siapa kah yang membenarkan apa yang ada pada nya.

-----
Kalau kau tak mahu agungkan guru maka eluklah kau tanya sami Buddha atau sami kuil.Mereka pun tau rahsia Allah tapi kau tak perlu hurmati dia sebab dia bukan orang Islam.

Jangan lah kita berandaian, cuba rujuk ayat ini dan fikirkan baik2,

2:62
Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati
--

Kau perlu sabar keran nak belajar bukanb semudah dapat dxegree di Universiti.Dapat tips solan boleh lulus periksa.

Memang benar wajib sabar bukan saya anti sangat guru2 tareqat tetapi saya junjung Al Quran itu lebih kerana ia nya terkandung Kalimat2 dari Allah. kalau nak tau jawapan dari Allah rujuklah Al Quran baca lah pelahan2 dan mohon pertunjuk. Cuma ramai yang malas dan tidak kah ini satu dari petanda Qiamat??
---

Saudaraku nurain, saya tidak sama sekali hampa jika saudara tidak ingin mengikuti cara-cara mereka yang bertarekat ini. Cuma saya terkilan bila saudara menyatakan mereka (yakni Ulama') yang menulis kitab ini sesat. Firman Allah 2:79 mungkin bermaksud pada mereka yang cuba memesongkan Al-Quran. Jika para ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah saya rasa tidak bermaksud untuk memesongkan Al-Quran tetapi lebih kepada memberi faham kepada kita orang-orang awam tentang rahsia yang terkandung didalam Al-Quran. Manakan sanggup saya, menyatakan Al-Imam Al-Ghazali r.a itu menipu didalam kitab-kitabnya, Manakan sanggup saya menyatakan As-Syeikh Abdul Qadir Jailani r.a karangan kitabnya itu tidak benar. Kitab yang saya rujuk itu juga diambil isinya dari kitab-kitab besar karangan ulama'-ulama' terdahulu.

Apabila saya baca kitab2 mereka tampa merujuk pada Al Quran saya tidak sedar. Tetapi apabila saya baca ayat 2:79 itu saya terfikir, berapa jauh kah jarak zaman Iman Ghazali dan As-Syeikh Abdul Qadir Jailani r.a dengan kita. Dan sekira mereka juga merujuk Al Quran pasti mereka akan menemu pada ayat 2:79 dan memahami nya seperti apa yang saya faham. Pendapat saya yang logik adalah anak2 murid merekalah yang telah mengumpulkan kata2 atau surat2 mereka dan menjadikan buku. Berapa tahun sudah berlalu pasti juga banyak diubah. Buku yang mengunakan nama2 mereka adalah untuk melariskan penjualan nya.


Buat saudaraku nurain, saya memohon maaf yang amat sangat kerna membuat saudara berperang sangka buruk kepada huraian saya.

Adakah saya berpesangkaan atau saya berfikir apa yang ramai tidak fikirkan??

Tidak kah kamu fikirkan??

Wassalam

IP : 202.166.126.233

sekafu

59 . Dihantar pada 14hb Jan 2003 10.37:51 pagi   [Edit]
Guru yang paling saya agungkan sehingga kini ialah guru yang mengajar saya mengajif Alif,Ba, Ta, Sya,Ja.

Kalau tak ada dia mana mungkin saya mengetahui isi al quran.heheheeh hahahaahahahahaahah

Nurain saya bukan jenis andaian.......................................

usup nak kena cendul mamak pulak .........

IP : 210.195.72.89

Fakir29

60 . Dihantar pada 14hb Jan 2003 4.59:18 ptg   [Edit]
Assalmualaikum,

Segala Puji bagi Allah yang mentadbir sekelian makhluk. Allah yang menguasai diri ini seluruhnya.

Saudara-saudaraku .

saya mohon maaf jika kerna saya terbitnya perdebatan ini. Saya mohon tarik diri.

"Man arofah nafsahu, Faqad' Arofah Robbahu, Wa man Arofah Robbahu,
Fasadaljasdu."

"Ilahi' anta mak'sudi, wa redho'ka matlubi"

Ya Allah, janganlah Kau tunaikan segala permintaan ku, bahkan Kau serahkan padaKu pada jua yang telah Kau tetapkan padaku. aku redho akan ketentuanmu Ya Allah.

IP : 192.228.143.36

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "