Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Pelajar & Remaja >> Pendapat : Pendapat Tentang Remaja & Edisi Siasat ntv 7
(Pengendali : RedTomato, mardau )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Pendapat : Pendapat Tentang Remaja & Edisi Siasat ntv 7
jejaka79

1 . Dihantar pada 09hb Sep 2003 10.07:30 mlm   [Edit]
>> kebelakangan ini ntv 7 sering menayangkan kepada umun tentang sikap buruk dikalangan remaja dan anak muda pada zaman sekarang. segalanya terbongkar dalam edisi siasat.contohnya buat projek kat tangga di flat astana KL, dekat Hulu Yam dan macam-macam lagi..
>> Bagaimana agaknya kita nak membendung daripada perkara ini terus berterusan agar supaya bangsa dan agama kita tidak dicemari oleh mereka-mereka ini.saya rasa terkilan dengan remaja zaman moden ini.Remaja alaf baru katakan...
>> adakah anda setuju jikalau edisi siasat teruskan siarannya dan terus membongkar rahsia-rahsia sosial dikalangan remaja?? ada individu tertentu membantah agar Finas mengharamkan tayanngannya tapi kita kena fikir dengan adanya edisi siasat, boleh mengurangkan aktiviti itu kerana ada remaja yg berasa takut untuk buat projek kerana port mereka mungkin jadi sasaran edisi siasat.so ....apakah pendapat anda semua..??

IP : 210.186.74.98

aliakoo

2 . Dihantar pada 10hb Sep 2003 10.04:07 pagi   [Edit]
hmmm... perbuatan dorang tu menjatuhkan maruah... tapi ko prasan tak? majoriti yg buat keje tak senonot tu pakai tudung..... hish.... tak tau ar apa nak kata.... suma crita yg edisi siasat tunjuk suma org pakai tudung.... yg terbaru kat melaka tu... aiyok!!! terbuka lagi tu..... hey...

aku heran ar napa ar edisi siasat chinese tak pun tunjuk benda2 yg tak elok tentang org chinese?? sumanyer kita jer yg tak elok.... edisi siasat chinese tunjuk pun pasal rumah setinggan...

aku sokong kalo edisi ni di teruskan.... coz dorang takkan braninyer nak buat lagi.... takut masuk tv.... kan... kan...



LiU xInG yU

IP : 202.184.17.249

langsuir80

3 . Dihantar pada 10hb Sep 2003 10.39:28 pagi   [Edit]
Ntv7
edisi skodeng anda...

IP : 61.6.126.173

anizma

4 . Dihantar pada 10hb Sep 2003 11.06:19 pagi   [Edit]
jejaka79
aniz sokong pendapat awak.......
memang patut pun perkara nie di tunjukan pada umum......
bagi Aniz kebaikannya di sini ialah bila semua tu dipertontonkan masyarakat kita akan lebih prihatin dengan masalah sosial remaja sekarang.

aliakoo
entahlah tak tahu nak cakap macam mana......pasal bab bertudung nie sukar untuk dipersoalkan......ada yang pakai sekadar ikut trend semasa....ada juga yang pakai just tangkap muat je......kalau dulu imej seseorang dapat menunjukan beberapa peratus keperibadian orang itu tapi sekarang dah berbeza......

IP : 219.93.59.194

ezy1

5 . Dihantar pada 10hb Sep 2003 11.12:43 pagi   [Edit]
jom skodeng.........

IP : 202.188.127.61

ilma

6 . Dihantar pada 10hb Sep 2003 11.47:48 pagi   [Edit]
hampeh....x senonoh betul laaaaa......

IP : 61.6.54.163

aliakoo

7 . Dihantar pada 10hb Sep 2003 12.12:38 tghari   [Edit]
aku sokong ko anizma.... kekadang dorang pakai coz ikut trend atau ikut kwn... itu ar manusia.... mcm2 ghupa.....



LiNg XiNg Yu

IP : 202.184.17.249

jejaka79

8 . Dihantar pada 10hb Sep 2003 9.51:38 mlm   [Edit]
>> berkenaan ngan edisi siasat chiness, buat apa dia nak tunjukkan bangsa cina yg lakukan maksiat coz dalam bangsa diaorang maksiat tak wujud.so mungkin maksiat tue takde ape-ape bagi diorang lagipun majlis agama atau pencegah maksiat takkan tangkap mereka yg berdua-duaan..bangsa mereka lebih popular dengan kongsi gelap.

>> Dulu penampilan seseorang mencerminkan keperibadian seseorang sekarang sangat susah untuk kita memilih yg mana suci dan yg mana tidak...tapi harus diingat masih ada yg sempurna so,tak semua org bertudug macam tue...

Penjejak Awan II Melaka

IP : 210.186.74.178

dante

9 . Dihantar pada 11hb Sep 2003 04.17:14 pagi   [Edit]
kenapa diorg tu x g usha kat disko2 ke..chow kit ke..byk lagi org melayu yg x bertudung buat bende2 x senonoh..tunjuk2 pusat la..ishh..

IP : 203.106.134.142

aliakoo

10 . Dihantar pada 11hb Sep 2003 09.02:54 pagi   [Edit]
aaa... banyak lagi org malay p disko... tak pun p....

IP : 202.184.17.249

comeydokada

11 . Dihantar pada 11hb Sep 2003 1.34:44 tghari   [Edit]
erm mmy org melayu yg lebih maju tentang tuh....malunye..mintak2 dijauhkan...amin..

aku yg macho

IP : 202.184.17.249

LAMPOR

12 . Dihantar pada 11hb Sep 2003 3.08:11 ptg   [Edit]
NIAT NTV TUH DAH BAGUS..TAPI MELAMPAU2..
KURANG2 REMAJA DAH TAKUT NAK BUAT KERJA TAK SENONOH COZ KAMERA SEMBUNYI SENTIASA SPY DIORANG...BUT KLU DAH MASUK ISU BUDAK U (NTAH BETUL NTAH TIDAK BUDAK U) NIH DAH LEBIH.. APA PANDANGAN MAK BAPAK YANG NAK ANTAR DAN DAH ANTAR ANAK2 GI U..MESTI TERENCAT AKAL SEKEJAP PUNYA... WALAU BETUL SEKALIPUN.. TINDAKAN NTV TUH TERNYATA NAK JATUHKAN MARUAH BUDAK U. BANYAK LAGI BUDAK2 BUKAN U YANG BUAT KEJE TAK SENONOH BUT APSAL BUDAK U YANG DISENSASIKAN.. SIAN LA KAT BUDAK2 U SEKARANG NIH.. DAH LA PRESSURE STUDY PASTU TERPAKSA LAK LAYAN KUTUKAN ORANG KAT BUDAK U..AKU SEBAGAI BUDAK U TAHU CAMNE PERASAAN BUDAK U..AKU BUKAN NAK BACK-UP BUDAK U..YELAH BENDE NIH BAIK NAK BAGI PENGAJARAN.. TAPI KLU NTV BETUL2 NAK SOLVE THIS PROBLEM DAN BUKANNYA NAK MERAIH PERHATIAN UNTUK MENDAPATKAN RATING YANG TINGGI..APA SALAHNYA NTV PANGGIL TNC/BHEM OR CANSELOR SENDIRI TENGOK PERLAKUAN STUDENT DIORANG..BARU LA BERADAB SKIT..NIH TIDAK NTV MAIN REMPUH JER..NAMPAK SANGAT NAK SOKONGAN..AKU SEKARANG PUN DAH MALAS NAK TENGOK NTV..KECUALI GAME SURVIVOR,. HARAPAN AKU PADA NTV CONTOHI TV3..CAMNER DIORANG BUAT LIPUTAN..LENGKAP, TIADA KERAGUAN.. MINTAK PENDAPAT ORANG ITU, INI..MENTERI ITU, INI..HA NAMPAK BERHEMAT SKIT..OK!!

IP : 210.187.110.110

aliakoo

13 . Dihantar pada 11hb Sep 2003 3.17:45 ptg   [Edit]
betul tu lampor..... betul tu lampor....


LiU xInG Yu

IP : 202.184.17.249

ayushamza

14 . Dihantar pada 12hb Sep 2003 4.08:36 ptg   [Edit]
yup..
sokong lampor
tapi kita sebagai remaja, harus terima kenyataan...

IP : 202.184.236.2

anakdara

15 . Dihantar pada 12hb Sep 2003 6.42:58 ptg   [Edit]

cuma nak komen....
memalukan orang islam.
kalo kok ye pun, dia ingat tak ada orang nampak aktiviti dia, kan ke Allah tu Maha Melihat...
memang budak2 sekarang tak takut Tuhan!

IP : 202.190.180.225

qurra

16 . Dihantar pada 15hb Sep 2003 12.23:34 tghari   [Edit]
rasanyer kan ni sume impact dr sekularisma...
kebykan remaja tu ada family problem dan ada gak terikut2 kawan...
mcm edisi siasat yg terbaru ni...pasal mat motor vs bohsia...ibubapa mana yg sanggup anaknya dikekahkan?tul tak?tp dr pengakuan mat2 motor tu sendiri...diorang(remaja pempuan) pun tak kisah kena kekah...abih tu nak wat cam ner??
last mth sya tunggu hubby's friend kat Shangrila...kat sana lagi piaww!!pulak tu dpt borak2 ngan security(malay)...dia rasa sedih sebab kebanyakan pelacur perempuan adalah dr org melayu dan umur dlm awal 20-an...
edisi siasat wat cam gitu bukan nak malukan kita org melayu tp nak bongkar kisah sebenar yang setengah orang tengok sebelah mata...selain family,pemimpin kena wat sesuatu lah..
tul ker tak lah aku tulih ni..tp lbh kureng cam tu ler...

IP : 192.91.75.29

Mael

17 . Dihantar pada 15hb Sep 2003 1.14:04 tghari   [Edit]
aku rase la kan mmg patut NTV7 siarkan mender2cam tu coz bg sedar sikit.
ye la kalo nak sangap sangat cari la port sembunyi skit,
takkan korang tak malu org skodeng dah tu siar kat TV lak.
aku pas ni korang cari la port baik skit.
aku bkn suruh korang buat mender cam tu tapi adat la org couple skang
tak sah kalo tak buat kan.
ok lah cou...

IP : 219.93.199.92

Zulnarwareen

18 . Dihantar pada 15hb Sep 2003 2.31:35 ptg   [Edit]
aku tengok komen korang nie,macam suka je ngan perkara sebegitu

IP : 161.139.72.83

milya

19 . Dihantar pada 15hb Sep 2003 6.04:46 ptg   [Edit]

ada hikmahnye ntv7 wat camtu
tapi skang nih remaja malaysia dah pandai
zaman intelek larrr katakan...
biler buat kat luar org curi2 record
dorang buat kat hotel...

tapi mungkin sesetgh nyer ader yg dah insaf
maksudnyer biler tgk camtu
dorang jadik takut
sekaligus sedar diri....

IP : 202.184.226.18

Mael

20 . Dihantar pada 16hb Sep 2003 2.12:24 ptg   [Edit]
HI...ZULNARWAREEN...
mmg la kiter tak suker wat kejer cam tu
tapi org yg bertudung litup boleh inikan pulak yg tdk.
bknnyer aku suruh buat tapikalo kener ngan caranyer pun jadi gak kan...

IP : 219.93.199.197

UstazMalaya

21 . Dihantar pada 22hb Sep 2003 00.19:12   [Edit]
hmm..
korang tgk betul2 tak edisi siasat versi vista angkasa?
denga die cakap satu2?

ade yg cakap ntv7 skodeng...
ok..
yg ntv7 buat rakaman langsung tak mendedahkan identiti individu..
rakaman dak yg pki bj ngn tudung purple tu.. BUKAN ntv7 punye keje..
dah dekat sebulan bende ni kua kat internet baru kua kat tv..
tak caye??

masuk jiwang.org
rasenye ade yg dah tgk kat situ..
dalam bulan 6 jiwang siarkan artikel x-pose die..

itu ntv7 yg rakam ke??

rakaman asal ustaz sendiri dah tgk beb.. bukan best pon..

so.. dalam hal ni takyah nak salahkan sape2 la..
sendiri buat, sendiri tanggung..
padan muke..
wassalam..

IP : 219.95.209.143

ajib

22 . Dihantar pada 22hb Sep 2003 05.00:24 pagi   [Edit]
akoo pernah nampak diorang nih kat KLCC...
terbantut la niat nak...

IP : 219.94.48.146

NuRieYaNa

23 . Dihantar pada 22hb Sep 2003 4.55:58 ptg   [Edit]
Baguslah
ader program
Cam Edisi Siasat tuee....
So..Kira takutlah bebudak lain
nak buat perkara tak sesonoh camtue.....

IP : 219.95.169.152

akuadalahaku

24 . Dihantar pada 22hb Sep 2003 9.55:00 mlm   [Edit]
secara perbadi saya tak bersetuju dengan edisi siasat ini..

pertamanya.. mereka kata mereka nak bongkar dari akar umbi.. tp hakikat yg nyata apa yg dipaparkan bukan dari akar umbi..

contohnya mcm yg baru tadi.. kesnya buang bayi.. kata nak bukak dari akar umbi.. adakah dengan perbuatan yang bercumbu-cumbuan itu akar umbinya?.. bukan.. tetapi undang-undang kitalah yang salah.. kalau kena tangkap khalwat ataupun bersekedudukan hanya kena denda RM600 - RM1000 saja... lepas tu pihak berkuasa tempatan dengan sewenang2nya melepaskan tanggungjawab dengan tidak mengawal keadaan di tempat macam nih.. takkan nak tunggu jais @ jawi serbu kot..

sorrylah kepada orang2 kerajaan.. aku bukan nak berpolitik tetapi inilah kenyataannya.. kalau edisi siasat buat benda nih memang aku sokong 100%..

keduanya... mereka tunjukkan dengan jelas perbuatan yang 'orang2' nih buat... apa motifnya? nak suruh orang buat sama ke?.. sedangkan orang yang buat pengakuan tuh tak pula ditunjukkan muka.. betul ke orang yg buat pengakuan tu adalah orang yg buat.. ataupun dah dibayar utk bercakap yg macam tuh... .

cuba fikir balik.. nak buat apa nak sebarkan benda2 tuh.. nak bagi malu konon.. bagi aku lebih baik masa tangkap gambar tuh.. pergi tegur dan sound direct... pastu bawak pergi jabatan agama terus.. ini tidak ... apa yang dia orang buat adalah siap sempat tengok dan sempat rakam.. maknanya dah bersubahat tuh.. dan biarkan je benda tuh macam tu.. tanpa ada tindakan.. dalam Islam kalau yang bersubahat maknanya dia dikira buat sama... MasyaAllah...

ketiganya... yang aku cukup hairan kenapa tak paparkan aktiviti anak2 muda kita kat bukit bintang tuh? kenapa tak war2kan aktiviti anak2 muda kita kat up-town tuh?... kenapa tak disiasat kenapa masih ada kelab2 malam @ disko bukak lebih daripada waktunya.. dan yg lebih penting... kenapa kerajaan bagi lesen dia orang bukak bisnes?.. why?...

hah.. kalau betul edisi siasat.. inilah kerjanya.. bukan tergantung setakat itu.. nampak sangat nak gunakan benda tu sebagai tarikan orang tonton ntv7..

MasyaAllah...

IP : 202.184.17.249

akuadalahaku

25 . Dihantar pada 22hb Sep 2003 9.56:09 mlm   [Edit]
ini artikel aku yang aku tulis tapi tak tahu bila nak hantar.

‘Money Boy’ adalah salah satu di antara bermacam-macam isu yang telah diketengahkan oleh sebuah stesen TV yang agak terkenal dewasa ini iaitu NTV7. Melalui slot siarannya Edisi Siasat yang disiarkan pada setiap hari sabtu dan ahad jam 8.00 malam. Pada peringkat awalnya, rancangan ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Tidak kiralah sama ada dari golongan dewasa mahupun remaja. Ramai yang menyambut baik rancangan ini kerana peringkat awalnya berani mendedahkan satu persatu permasalahan yang jika dibendung akan memberi impak yang buruk kepada negara.



Tetapi sejak akhir-akhir ini, timbul pula pelbagai persoalan dan tanggapan. Sejauh manakah kebenaran sesuatu isu itu berjaya dibongkar? Adakah tindakan susulan yang telah dibuat? Benarkah mereka bermaksud untuk menyiasat masalah tersebut atau sekadar mengisi slot waktu itu untuk dijadikan daya tarikan kepada penonton? Baru-baru ini, keluar satu artikel di salah sebuah akhbar utama negara. Artikel tersebut telah mempersoalkan beberapa perkara yang mungkin kurang disedari oleh para penonton rancangan tersebut.

Artikel ini merujuk kepada segmen-segmen yang disiarkan sejak kebelakangan ini yang sentiasa menyentuh isu-isu sensitif yang tidak sepatutnya disiarkan pada waktu-waktu primier sebegitu. Seperti mana yang diketahui, waktu-waktu primier sebegitu adalah waktu santai keluarga dan sudah semestinya ada di kalangan mereka adalah di bawah umur. Persoalannya kini, tidakkah ini akan memberi impak yang cukup besar kepada kanak-kanak di bawah umur ini. Bayangkan kalau selepas menonton siaran Edisi Siasat itu anak anda yang berumur 5 tahun bertanya "Mak, apa makna seks?" atau “Ayah, beromen tuh best tak?”. Cuba renungkan sejenak, anak-anak anda yang masih kecil sudah bijak berkata demikian. Dan anda sebagai ibu bapa bertanggungjawab memberi maklumat pada mereka yang memang tinggi benar sikap ingin tahunya pada awal-awal tempoh pembesaran. Beranikah anda menyatakan kebenaran?.



Sebenarnya bukan isu ini saja yang menimbulkan permasalahan tetapi isu-isu lain yang pernah disentuh sebelum ini juga telah menimbulkan ketidakpuashatian sesetengah pihak. Ini kerana stesen TV berkenaan dengan lantangnya menyatakan pendapat mereka tanpa mengkaji secara total tentang sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Antara isunya adalah rasuah di kalangan pegawai atau badan penguatkuasa.



Saya sedar dan faham bahawa imej sesuatu badan penguatkuasaan itu atau pertubuhan, atau persatuan juga turut bergantung kepada tingkahlaku anggota-anggota dan ahli-ahlinya. Apatah lagi jika mereka membuat salahlaku dengan menyalahgunakan kedudukan mereka, ataupun dengan dakwaan berbuat demikian untuk jabatan atau pertubuhan mereka.



Cuma, kita juga perlu sedar betapa hebat pun gerakan pembersihan anggota-anggota yang tidak bersih, rasuah, salah laku dan sebagainya ini dijalankan, ia masih berlaku. Jika anda membuat sedikit kerja rumah atau kajian, pastinya anda sedar betapa telah ada tindakan-tindakan diambil ke atas anggota-anggota polis, tentera dan sebagainya dari pelbagai pangkat kerana masalah disiplin dan salah laku mereka.



Yang pailng saya tidak setuju ialah apabila kita secara sewenang-wenang nya terus menyatakan `Polis Rasuah', atau `BPR Korup' dan pelbagai kenyataan negatif terhadap badan tersebut sedangkan individu yang bersalah melakukannya bukan kerana ia melakukan bagi pihak badan-badan tersebut, sebaliknya kerana dirinya sendiri yang menyalahgunakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya.



Dan kita sebagai ahli dalam masyarakat juga mempunyai peranan dalam perkara-perkara ini. Agak aneh jika kita mengeluh mengenai rasuah dan VCD lucah dan menuduh kerajaan gagal atau jabatan kerajaan terlibat, tetapi dalam masa yang sama mencari-cari bekalan VCD lucah dan cetak rompak untuk ditonton bersama isteri atau teman-teman. Sampai bila pun masalah sedemikian takkan selesai.



Elok kalau kita tahu di mana sumbernya, laporkan pada polis dan juga pihak berkuasa tempatan, dan insya-Allah kita juga mendapat pahala di samping dapat menyelamatkan generasi kita dari gejala yang tidak sihat.



Selain daripada kedua-dua isu yang telah saya nyatakan tadi, ada juga isu yang dikemukan telah mengaibkan saya dan rakan-rakan mahasiswa/i yang lain. Sudah pasti anda yang peka dengan senario semasa tahu tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini. Isu “Pelajar U.M buat seks di tepi tangga”, kerana isu inilah mahasiswa/i tidak kira dari institusi mana pun dihentam dan sentiasa diperbualkan. Seolah-olah perlakuan kedua-dua mahasiswa/i tersebut telah menggambarkan keseluruhan tindak tanduk dan perilaku mahasiswa/i di seluruh negara.



Selalu saya mendengar dari mulut-mulut orang yang tidak berlapis ini dan juga melalui ruangan ‘cyber forum’ yang dengan sewenang-wenangnya menghentam mahasiswa/i tanpa mengira masa dan tempat. Apabila terlihat adegan-adegan yang tidak sepatutnya yang melibatkan muda-mudi, dengan mudah mereka mengatakan “Itulah mahasiswa/i zaman sekarang. Merugikan duit mak bapak saja menghantar ke sekolah. Tapi akhirnya buat maksiat di taman-taman bunga.”.



Wahai orang-orang yang mengaku prihatin terhadap semua ini, ingin sekali saya ajukan satu persoalan kepada anda semua. Adakah anda tahu dan bertanya kepada mereka yang membuat angkara itu bahawa mereka itu adalah mahasiswa dan bukannya anak anda atau anak saudara anda?. Mampukah anda menjawab persoalan itu?. Jawapannya tidak, bukan?. Memang itulah jawapannya, kerana apa? Kerana anda semua hanya berkata di atas angin tanpa ada alasan dan landasan yang kukuh.



Kepada stesen tv yang kononnya begitu prihatin, ingin sekali saya mengajukan 3 persoalan kepada anda semua. Semoga anda mampu menjawabnya dengan tenang dan mudah agar ia jelas lagi nyata. Agar tidak timbul sebarang kekeliruan yang maha dahsyat tentang apa yang kalian cuba paparkan.



Pertamanya, benarkah anda ingin membongkar sesuatu isu itu dari akar umbi? Bagi saya tidak, tetapi hakikat yang nyata apa yang dipaparkan bukan dari akar umbi tetapi pelaris kepada siaran anda saja.



Lihat saja contohnya seperti yang baru diterangkan tadi. Adakah dengan perbuatan yang bercumbu-cumbuan itu sudah cukup menggambarkan itu adalah akar umbinya? Bukan. Tetapi kitalah yang salah. Kerana walaupun telah kita melihatnya, tetapi kita tidak mahu menegurnya. Malah kita asyik leka mengata dan mengumpat saja. Sedarkah kita itu bukannya menyelesaikan masalah?.



Keduanya, mereka tunjukkan dengan jelas perbuatan yang 'orang-orang' ini lakukan. Apa motifnya? Adakah anda bermaksud untuk menyuruh orang lain untuk buat sama? Cuba fikirkan kembali, untuk apa disebarkan semua ini? Kononnya untuk memberi malu kepada pasangan yang melakukan. Tidak pula ditangkap gambar mereka secara jelas dan terang-terang tetapi hanya dari jauh saja. Seperkara lagi, bukankah lebih baik masa yang digunakan untuk menangkap gambar itu, digunakan untuk. pergi menegur pasangan tersebut. Da jika keterlaluan, mengapa tidak dibawa pergi ke jabatan agama terus. ini tidak, apa yang mereka buat adalah merakam adegan-adegan tersebut di samping menonton wayang percuma atau ‘skodeng’. Jika di dalam islam, itu dikira bersubahat. Dan jika biarkan begitu saja, tanpa ada tindakan maknanya mereka telah dikira membuat sama perlakua terkutuk itu.



Ketiganya, yang menghairankan saya adalah kenapa tidak dipaparkan aktiviti anak-anak muda kita di bukit bintang? Kenapa masih ada anak-anak muda yang merupakan bakal pimpinan akan datang, yang terkinjal-kinjal macam beruk kena belacan tanpa ada tujuan dan bercamur gaul lelaki dan wanita?. Kenapa tidak disiasat kenapa masih ada kelab-kelab malam atau pusat hiburan yang beroperasi lebih dari waktu yang diizinkan. Contohnya pada malam kemerdekaan semua pusat hiburan ini telah beroperasi sehingga ke jam 5.00 pagi. Mengapa hal ini boleh berlaku? Mengapa tidak disiasat?.



Saya bukanlah berniat untuk menunjukkan saya adalah betul, tetapi saya khuatir jika matlamat dan objektif sebenar Edisi Siasat ini tidak tercapai. Tetapi Edisi Siasar menjadi medan anak-anak muda menonton wayang free tanpa batasan ini. Saya bimbang kanak-kanak yang masih kecil akan terpengaruh dengan bahasa-bahasa kasar yang digunakan. Berubahlah, tidak salah berubah. Jika ia untuk kebaikan.

IP : 202.184.17.249

dyzah

26 . Dihantar pada 22hb Sep 2003 10.29:41 mlm   [Edit]
assalamualaikum dan salam sejahtera. ehmm.. b'bincang ttg tajuk ni, mmg saya amat bminat utk m'utarakan pandangan saya, nampaknya ntv7 telah banyak membongkar kegiatan2 remaja alaf sekarang nie, dan kita secara umumnya pun tak tahu sejauh mana hal ini adalah benar dan adakah ia akan berpanjangan sehingga bertahun2 lamanya. namun begitu, tentunya segelintir ibu bapa di luar sana tidak bersetuju akan penayangan LIVE di stesen tersebut. kerana budak2 belasan tahun sekarang lebih ADVANCE dan keinginan ingin tahu tentang perkara itu tentunya melonjak2 dan ini boleh menyebabkan mereka terjebak ke dlm kancah yg tidak sihat itu. apapun pendapatnya, tindakan NTV7 ini mempunyai hasil yg + dan -. terpulang pd penonton utk menilainya..

IP : 161.142.112.8

kitty_chan

27 . Dihantar pada 23hb Sep 2003 12.11:20 tghari   [Edit]

assalamualaikum..

kitty setuju ngan padangan dyzah yg siaran edisi siasat tu
ada kesan positif dan negatifnya. tp rasa kitty lebih byk negatif kot..
yg positif tu bila org yg tengok tu insaf betapa buruknya perangai
org skang ni, so berusaha baiki diri..jaga anak bini ngan kaum kerabat.
tp kalo remaja yg blue ni bila tengok..teringin lak nak mencuba sama..
maklum le selalu satu2 adegan tu ditayang berulang2 dan bahasa yg tak
sedap didengar tu pun diulang.. macam lah tak de ulasan lain nak dibuat.
kitty pun heran gak apesal diorg tak tegur orang yg buat maksiat tu
tp terus je buat rakaman. tak ke itu bersubahat dan mengambil kesempatan
namanya...lain la kalo depa dpt rakaman tu dr org lain.. ini krew sendiri
terlibat.. masyaallah.
skang ni ramai org nak tengok edisi siasat sebab nak tengok adegan2 panasnye..it ke matlamatnya???

IP : 202.75.191.18

LAMPOR

28 . Dihantar pada 23hb Sep 2003 12.26:30 tghari   [Edit]
AKU, DYZAH DAN KITTY...

SECARA TOTALNYA PENDAPAT AKU SAMA NGAN KORANG SPERTI YANG AKU UTARAKAN SEBELUM NIH...

1.JELAS SEKALI NTV MAHU MENDAPAT RATING YANG TINGGI DENGAN MENARIK PENONTON DENGAN ISU2 SENSITIF..

2.ISU YANG SELALU DIPAPARKAN BIASANYA BERKAITAN DENGAN SEKS DAN DADAH SEDANGKAN BANYAK LAGI ISU LAIN SEPERTI PENCEMARAN, PENYELEWENGAN DLL YANG TIDAK DISENTUH


IP : 202.184.17.249

akuadalahaku

29 . Dihantar pada 23hb Sep 2003 5.09:44 ptg   [Edit]
aku memang suka orang2 yang membongkar isu2 macam nih..
tapi kalau cara yang dia buat tuh tak betul, memang aku pantang...
kalau satu2 perkara itu dah jatuh haram @ dosa..
maka haramlah ia, dosalah ia..
tidak kira apa jua..
melainkan dalam keadaan darurat....

aku teringat satu hadis Nabi S.A.W.

"Jika kau melihat kemungkaran cegahlah dengan tanganmu(kuasamu), jika tidak boleh, cegahlah dengan lisan(menegur) dan jika tidak boleh juga, cegahlah dengan hatimu. Dan itu adalah selemah-lemah iman."

"Dan itu adalah selemah-lemah iman", makna di situ orang yang paling lemah iman pun sepatutmya mencegah hatinya. Tapi NTV7 mencegah kemungkaran dengan tumpang sekaki skodeng dan merakamkannya untuk santapan umum.

cayalah NTV7. Bilalah petir nak menyambar yea?

IP : 202.184.17.249

fieyda

30 . Dihantar pada 28hb Sep 2003 1.18:08 tghari   [Edit]
tapi pade pendapat aku lah kan. tayangan tu tak sepatutnya dipertontonkan kat siaran umum camtu. korang cube pikir, macam maner ler kalo bebudak kecik tengok. kan ker siaran untuk umum tu dah jadik siaran lucah pulak! memangler kite yang dah beso ni paham. tapi kalo bebudak yang tengah mentah lagi tengok siaran tu mmg tak patut. kang dorang tanye kat tv orang tengah buat ape? haaaa....... sape nak jawab..... lagi-lagi edisi yang kat tangge tu....

IP : 161.139.37.249

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "