Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Sukan & Aktiviti >> Gymnasium : Pengamal fitness, ahli gym & peminat BesI
(Pengendali : betterman )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Gymnasium : Pengamal fitness, ahli gym & peminat BesI
malique

1 . Dihantar pada 20hb Apr 2004 12.36:23 tghari   [Edit]


Hai buat rerakan mdc semua. semoga sihat senantiasa. Topik ni dibuka bertujuan untuk mengumpulkan ahli-ahli, pengamal fitnes serta para peminat besi di gym.

Semoga kita semua dapat berkongsi pengetahuan tentang aktiviti kesihatan yg melibatkan sukan besi. Yang mana tak berminat juga digalakkan bersuara disini. Pada semua ahli sukan mdc yg mempunyai pengetahuan serta skill utk dikongsi bersama elok kiranya mengutarakan hujah seberapa banyak mungkin.

harap-harap kita semua sama berbincang mengenai teknik serta kaedah, faedah dan segalanya mengenai sukan serta tidak tertakluk hanya pada sukan besi ni kerana sukan di gym ni luas scope pengertiannya. Yang mana golongan hardcore bab besi ni aku cabar utk turut serta.

Saya sendiri dlm beberapa jangka masa ini akan cuba menyiapkan beberapa article mengenai sukan ni dan juga akan cuba berkongsi pengalaman serta menterjemahkan secara ringkas hasil dr buku rujukan Hatfield : a scientific approach

harap semua dpt join. majulah sukan utk mdc & diri sendiri. hehe, wassalam

IP : 202.157.192.162

Lee_peccan

2 . Dihantar pada 22hb Apr 2004 12.06:58 tghari   [Edit]
hmmm...bagus..bagus..aku suka seme jenis besi..

IP : 192.228.219.13

bell

3 . Dihantar pada 22hb Apr 2004 4.51:28 ptg   [Edit]
untuk pompuan aerobic, fitball tak de ke?

IP : 219.95.149.93

malique

4 . Dihantar pada 24hb Apr 2004 1.37:02 tghari   [Edit]

hai... utk aerobic pun mungkin ada. Tapi agak terhad sumber skrg ni.
Apa pun siapa yg ada pengetahuan aerobic boleh ceritakanlah skali.
Termasuklah melibatkan pemakanan.

ironman! nama pun dah iron tu, takkan tak nak kongsi besi.

IP : 202.157.192.162

malique

5 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 6.30:03 ptg   [Edit]

Muqaddimah...
maaf lama sangat. bz skit.

first step
-kita perlu menguasai perkara asas berkaitan gym, sekurang2nya melalui ingatan kita.

*medic check up
-ini perlu dilakukan sebelum menyertai aktiviti yg baru diceburi kerana segala senaman yg bakal dilakukan adalah bergantung kepada umur individu tersebut.

*bodybuilding exercise
-boleh dilakukan seperti menggunakan free weights (barbell or dumbell and free weight machines). sebagai lankah permulaan/asas, individu boleh bermula dengan latihan bench pressing pada berat 40pound & akan ditambah kepada 1 1/4, 2 1/2, 5, 10, 15, 20, 25 & 50.

*faktor keselamatan
-jika latihan beratan dijalankan dengan teratur serta mengikuti garis panduan asas ia akan menjamin kepada keselamatan.

*berikut adalah cara melakukan workouts dengan selamat.
- jika melakukan bench press dalam keadaan extreem/ berat, ia perlu diawasi oleh partner bagi memastikan keselamatan yg terjamin & tidak boleh meninggalkannya sehingga diberi isyarat ok.

-sentiasa menggunakan khidmat training partner apabila melakukan squat. lakukan dengan perlahan, low position. ketiadaan partner mungkin akan menyebabkan kecederaan bahagian belakang.

-kesemua perlatan mesti diperiksa sebelum digunakan serta pastikan aktiviti bench press yg dilakukan bersesuaian dengan berat badan.

*sets and reps
-didalam istilah bodybuilding language setiap bilangan set yg dilakukan disebut seperti 3*10. 3 membawa makna set yg dilakukan. 10 membawa makna jumlah ulangan didalam setiap satu set.

-untuk peringkat beginners, bilangan set yg perlu dilakukan ialah diantara 2-3 set.

-untuk peringkat advance, ia melibatkan 4-8 atau lebih set per exercise.

bersambung....

IP : 202.157.192.162

cenango

6 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 9.55:21 mlm   [Edit]
buat le paperwork.tubuhkan kelab membesikan diri sendiri.
bukak le jim incik malikkue.aku dah lame nak join jim nih, tapi takde tempat yg best.kalo ada pon tak lengkap.yg lengkap pulak tak ada.

selain jim,aerobik,apa kata kalo buat ballet skali.
tapi ballet aku tanak masuk, aku suka tengok pompuan terkinjal2

kalo ada tempat2 yg sesuai mempraktikkan ilmu2 yg incik turunkan, rekemenkan le utk kengkawan

IP : 202.157.192.162

malique

7 . Dihantar pada 19hb Mei 2004 2.47:19 ptg   [Edit]

aku tak rasanyer....coz utilities tempat aku kerja ni dah sediakan segalanya utk membelasah besi besi.

kalau area bangsar.. rasa macam takde. tapi kalau kat brickfield adala kelab sukan DBKL. yg kelab pun ada gaks.
Pastu kat titiwangsa, gombak kat all star gym, melawati, batu caves, fitness first kat PJ, & sweat club kat MDvAlley.
yg lain tu aku tak pasti.

IP : 202.157.192.162

whitecabai

8 . Dihantar pada 19hb Mei 2004 3.46:34 ptg   [Edit]
Opis akunyer gym india arr yg trainernyer.... so dia ajar dan layan india jek... hampeh... pepandai ko ler masuk dan bawak diri ... aku belasah jek la pakai.. buat yg basic jek lagik Pon bukan nak buat body berketul2 pon... ..

Lepas raya sok nak masuk Kick boXing class ler... hehhehehhe.. kuhnunnnnnnn... kang rajinnyer 2 minggu jek lepas tuh Monteng manjanggggg.....

IP : 202.184.114.253

malique

9 . Dihantar pada 27hb Mei 2004 11.02:05 pagi   [Edit]

ni hau ma semua... session ini akan diisi dengan maklumat terbaru tak lama lagi. sekarang ni tengah sibuk dengan training tarik tali. harap sesape yg ada yg leh kongsi ilmu...boleh masukkan article

IP : 203.115.226.151

UnderAge

10 . Dihantar pada 27hb Mei 2004 11.13:46 pagi   [Edit]
hmm:
aku biasa tarik bantal ngan tarik selimut jerk...ada article tak pasal tu ...

IP : 219.93.8.5

uglysister

11 . Dihantar pada 27hb Mei 2004 11.18:48 pagi   [Edit]
eryn:
serius ke mau masuk kick-boxing?
jom. gua dah lama tak menyepak orang ni.. ahakss
kalau dedulu sepak orang.. skang sepak punching bag pon jadik laaaa.. lepas geram

IP : 219.94.125.123

EyeS

12 . Dihantar pada 27hb Mei 2004 11.47:46 pagi   [Edit]
ermm.. sape tau mana ada gym kat area shah alam nie?

IP : 219.93.238.150

maria03

13 . Dihantar pada 27hb Mei 2004 2.00:00 ptg   [Edit]
dedulu tahun 2000 ada satu gym kat Sek. 18 shah alam..

IP : 219.95.214.60

malique

14 . Dihantar pada 09hb Jun 2004 10.28:34 pagi   [Edit]


Warming Up
Ia adalah untuk meregangkan otot2 dan amat penting sebelum melakukan sebarang exercise. Terdapat pelbagai kaedah tntuk melakukannya. sebagai contoh untuk bench press, jika dlm keadaan normal dibuat pada berat 150 pounds untuk 3 set...berat utk proses warmup ialah pada 75 pounds.

Aktiviti lain juga boleh dilakukan seperti 'rope jumping, bike riding, stair climbing atau running in place'.

IP : 202.157.192.130

malique

15 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 6.35:58 ptg   [Edit]

ruangan ini akan up balik. apa pun aku cuba masukkan sebanyak mungkin artikel tak kira dr mana sumber yg aku ada.
cuma utk berkongsi pengetahuan. insyallah

IP : 61.6.163.24

pegoretti

16 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 6.45:05 ptg   [Edit]
malique:
Aku ada member la main angkat besi nih.Dulu badan dia kurus cekeding jer tapi skang ni pegh! berketul2 badan dia aku tengok.Mmg cantik la shape dia.Tapi dia ni main pil..steroid apa suma dia telan.Ubat2 tu semua datang dari Thailand sebab kat M'sia punya tak cukup dos.Nak tanya sikit..ada effect ke pil2 steroid tu pada badan kita ikut jangkamasa panjang?

IP : 203.106.85.13

MatBoo

17 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 6.46:52 ptg   [Edit]
pego

ader!!!...
cam aku ni lah..
kulit aku makin menggelebeh...

IP : 219.95.130.140

pegoretti

18 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 6.52:41 ptg   [Edit]
matboo:
ko makan steroid buat apa?
nak kata main gym tak
nak kata athlet pon tak gak
takkan main gitar makan steroid kots

IP : 203.106.85.13

MatBoo

19 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 6.55:56 ptg   [Edit]
pego

masa sekolah lah..dulu badan aku x camni..
besar..gemuk..dah tu aku diwajibkan main
besi masa kat SM King George dulu...so, ada lah
org ulur sikit2 benda tu..mmg berkesan..
2 bulan jer badan dah naik mcm yg dikehendaki lah..
habis skolah aku x der masa nak gi gym..
badan susut habis..yg tinggal kesan2
lemak pecah kat badan aku jer...

IP : 219.95.130.140

pegoretti

20 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 7.01:42 ptg   [Edit]
steroid untuk bodybuilder dengan steroid untuk athlet ni sama ke?ke dia ada banyak jenis.Yang paling aku nak tahu steroid jenis EPO.boleh tak sesapa terangkan?

IP : 203.106.85.13

malique

21 . Dihantar pada 25hb Ogo 2004 12.29:49 tghari   [Edit]


Untuk makluman rakan rakan sekelian, penggunaan steroid adalah tidak di galakkan. kesannya boleh jadi 2. Jangka panjang atau jangka pendek.
Kalau nak diikutkan disiplin dalam sukan gym ni, segala pengambilan bahan perangsang tak elok. Steroid ni ibarat masuk gym sentuh skit skit je besi tu. Kira boleh dinamakan macam org malas la.. selebihnya bergantung pada pil, suntikan dan lain2.
Performance yg diinginkan ialah, asli bebas dari steroid.
Bila kekuatan yg kita ada bergantung sepenuhnya pada aktiviti gym tanpa kebergantungan pada bahan tersebut... tu power kita mau. Steroid ni akan buat nampak macam power, tapi bila tak ambil,,,dah jadi semput laks.. stamina tak mampu nak kekal.

IP : 202.157.192.162

Abg_Jaws

22 . Dihantar pada 25hb Ogo 2004 12.42:29 tghari   [Edit]
steroid? banyak jenis...
tapi biasanya org yg angkat besi ni mmg makan benda yg macam ni kan. selain tu suppliment macam mana dia org makan?

IP : 202.171.43.34

safa2020

23 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 11.04:27 pagi   [Edit]


ermm sape2 nak join fitness first...jom ler..leh safa kenalkan dengan personal trainers yg bagus...

IP : 202.185.111.123

pegoretti

24 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 11.06:02 pagi   [Edit]
mula2 sekali nak tanya..yuran dia mahal tak?

IP : 203.106.85.13

safa2020

25 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 11.31:18 pagi   [Edit]
pegoretti

if u want to know detail about the fees...call this number..012-3411152 (mr. izham) salah sorang personal trainer at fitness first...

IP : 202.185.111.123

Abg_Jaws

26 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 11.46:56 pagi   [Edit]
fitness first mana ni... budak opis aku ramai yg amik kat summit nye branch. yuran dia leh tahan gak.

IP : 202.171.43.34

safa2020

27 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 12.19:35 tghari   [Edit]
fitness first dekat subang jaya...

IP : 202.185.77.38

malique

28 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 1.28:37 tghari   [Edit]

aku pernah masuk gak fitness first kat menara axis sebelah crystal plaza... kalau tak silap harganyer RM 160.00
facilities best... tapi harga boleh tahan juga.
tu aku guna pas member aku...

IP : 61.6.163.24

domino

29 . Dihantar pada 27hb Ogo 2004 03.26:21 pagi   [Edit]
tumpang lalu.....
sebagai permulaan dan langkah awal, 1st minat, 2nd semangat ,,, aku nak kata lama ngan dunia gym...ni tak ler lama baru 4 tahun. Awas...!!! gym pun ada hantu nya (addict)..macam ngan korang main takraw jugak...kalau hujan sanggup gi mop court. Macam tu jugak lah dengan gym. Apabila minat dah ada ..semangat pun kekal... percayalah korang takkan hang out tempat lain selain dari gym. sampai satu tahap dia akan datang rasa ketagih kepada workout...kalau hari yang sepatutnya rehat...mesti nak datang jugak...dapat buat biceps pun jadi lah. Itulah penangan kalau dah minat ngan besi ni. Tapi sekurang-kurang nya kita tak lepak tempat lain...dan badan sihat. Apa yang lebih penting kita akan semakain sayang dengan setiap inci tubuh badan kita...hatta kita seolah-olah boleh bercakap dengan setiap ruang otot yang ada..... betul. Org yang dah selalu workout dan jaga badan...spt ni....kita akan tau masa bila...otot kita lapar dan perlu makan, nutrien apa nak ambil.... kabo dah cukup ke utk hari ni, protein lak nak tambah lagi berapa kj, gula cammana ...air lak camana....perghhh korang boleh rasa setiap nutrien itu diperlukan dan diserap. itulah kuasa otak...subconcious mind. Pada sesiapa yang belum pernah workout...cubalah.... akau pun tak pernah impikan badan sebesar ronnie, segagah arnold...... sekurang-kurangnya utk sihat...dan bonus nya korang akan dapat figure badan yang menarik. Pekara pertama yang aku rasa masa memula aktif dulu...otak aku sihat.... stress kurang....betul percayalah...(ct), tidur lena.......(pergghhhh tapi tidak pada 2 minggu pertama), pekara 3..... baru aku tahu ada benda....yang namanya amino acid dalam dunia ni ..muahahahahaha. sebelum tu aku tak pernah ambil tahu...pun B complex, amino acid, Lecitin, BCAA, ishh banyak lagi....

Cuba lah.........

IP : 218.208.227.147

roze

30 . Dihantar pada 06hb Sep 2004 2.23:49 ptg   [Edit]
kat opis roze ada gym opis punya, ttp takutlah nak guna tak pandai takut t'cedera
roze pun tengah cari kelas aerobic kat sekitar KL, opis roze sebelah KLCC je, ingat nak jogging kat klcc je ttp selamat ke takut kena culik lah
kalau boleh nak join lepas opis hour,
pls inform ye siapa yg tahu


IP : 202.187.110.146

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "