Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Sastera & Budaya >> Pantun : Seloka Pantun
(Pengendali : Aki, DaniaAlia )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Pantun : Seloka Pantun
invisible

1 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 2.51:51 ptg   [Edit]
asalamualaikum
bertemu lagi di seloka pantun:

Petik kecapi di tengah dusun,
Paluan gendang rentak senada,
Sepuluh jari sudah ku susun,
Memohon ruang menyisip kata.

Meliuk lintuk kiambang biru,
Daunnya lebar akar tak jejas,
Gadis duduk di ambang rindu,
Merenung debar halangan dilepas.

IP : 161.142.100.81

zaila79

2 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 3.19:36 ptg   [Edit]

rindu hati tidak terkata
ibarat pungguk rindukan bulan
ucap selamat hari raya
sedihnya hati berlalunya ramadhan


indah pandangan di pagi raya
terukir manis nan senyuman
salam syawal buat semua
maaf di pinta atas kesilapan.....

IP : 202.185.110.118

Gor_don

3 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 4.24:47 ptg   [Edit]

Dalam tak sedar ia pergi
terasa pantas Ramadhan berlari
Harapanku agar ketemui lagi
Ramadhan muncul untuk sekian kali

Kembang mekar di awal pagi
mawar sendirian berteman duri
Ramadhan kini kian pergi
Syawal pula semakin hampiri

Terasa sayu selubungi hati
kau merangkak berlalu pergi
mampukah aku bertahan lagi
sesungguhnya aku pun tak pasti.

Sinar Syawal menyinari
setiap jiwa kudus insani
menadah tangan mengadap ilahi
ku pohon hidupku dirahmati.

amin.

IP : 202.188.246.191

invisible

4 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 6.43:38 ptg   [Edit]
salam:

zaila79

enak sungguh buah peria
banyak ditanam di Sungai Keladi
bermaaf maafan d hari raya
lupa semua sengketa terjadi

Gor Don

ikan buntal si ikan bawal
banyak dijual di pasar Pagi
senyum ceria menyambut syawal
Biarkan derita berlalu pergi

makasih kerana hadhir

IP : 203.106.170.111

dinni

5 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 10.45:08 mlm   [Edit]
Pasang pelita dekat pokok kelapa
Kanak-kanak asyik main bunga api
Zakat fitrah janganlah dilupa
Semoga hidup kita diberkati

Indah sungguh malam tujuh likor
Hingga tak sedar masa berlalu
Rezeki tahun ni kenalah bersyukur
Semoga hati riang selalu

IP : 210.186.9.169

invisible

6 . Dihantar pada 29hb Nov 2002 01.25:21 pagi   [Edit]
dinni

Kalau ke hutan jangan lah resah
hutan tebal di Kampung Beserah
beramal berbakti pada yang susah
bersihkan diri membayar fitrah

batang titi dari kelapa
teguh dan kuat sudah tersedia
Usah gusar menjadi papa
Sedekah harta amalan mulia

salam

IP : 203.106.169.218

dinni

7 . Dihantar pada 29hb Nov 2002 10.44:05 pagi   [Edit]
sayup-sayup takbir bergema
menghilang ramadhan syawal menjelma
kumohan maaf kepada semua
kalau ada salah bahasa

Genap sudah sebulan berpuasa
tibalah kini nak sambut hari raya
Marilah kita bersyukur ke hadrat yg esa
Atas kurniaan rahmatNya

IP : 61.6.64.98

zaila79

8 . Dihantar pada 29hb Nov 2002 2.00:11 ptg   [Edit]
invisible

rasa tak sabar balik kampung
ingin bertemu sanak saudara
bukan niat sajer termenung
kenangan semalam tiba menjelma



tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
terdengar suara terasa sesak
aluanan takbir berakhir ramadhan......

IP : 202.185.110.118

zaila79

9 . Dihantar pada 29hb Nov 2002 2.11:53 ptg   [Edit]
dinni......

sayup-sayup takbir bergema
menghilang ramadhan syawal menjelma
kumohan maaf kepada semua
kalau ada salah bahasa


salah dan silap tentulah ada
kerana kita insan biasa
bermaaf-maafan sesama kita
ukhuwah terjalin untuk selamanya

Genap sudah sebulan berpuasa
tibalah kini nak sambut hari raya
Marilah kita bersyukur ke hadrat yg esa
Atas kurniaan rahmatNya


gema takbir di pagi raya
hati sayu tambah gembira
bersyukur tanda ingat pada Nya
itulah cara paling mulia.....

* Mesej ini telah diedit oleh zaila79 pada 30hb Nov 2002 08.29:21 pagi

IP : 202.185.110.118

invisible

10 . Dihantar pada 29hb Nov 2002 2.22:51 ptg   [Edit]
salam buat Dinni

Hari minggu ramai ke pekan
Hajat nak cari si buah nangka
sama bermaafan akui kesilapan
hindarkan dari salah dan sangka

enak sungguh kueh srikaya
bila di makan diwaktu pagi
Riuh menyambut tiba nya raya
Kueh dan lemang tak tinggal lagi

zaila79
terima kasih kerana menjawab pantun danni

Kueh bungkus kueh baulu
buat juadah orang di Rembau
Kampung halaman sedang menunggu
sambut pulang nya orang merantau

ngeri sekali lihat siluman
sedang melintas ditepi paya
terasa sedih mendengar alunan
ucapkan salam di pagi raya

salam

* Mesej ini telah diedit oleh invisible pada 29hb Nov 2002 6.02:10 ptg

IP : 203.106.169.75

dinni

11 . Dihantar pada 29hb Nov 2002 9.46:54 mlm   [Edit]
invisible & zaila79 nama diberi
kenalan baru di maya ini
terima kasih tidak terperi
kerana sudi membalas pantun dinni

IP : 210.186.9.222

invisible

12 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 00.39:05   [Edit]
dinni

pucuk muda di kampung seligi
tempat helang membuat sarang
jangan lupa datang lah lagi
sepi terasa jika menghilang

IP : 203.106.169.250

mardau

13 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 02.08:31 pagi   [Edit]
burung belatuk terangguk-angguk
sambil bersiul berlagu raya
saya baru datang menjengok
harap terima seadanya saya...

gadis tersipu bersopan-santun
duduk didapur cukuplah lama
seloka kita seloka pantun
bergurau senda bermesra bersama

IP : 210.186.220.44

invisible

14 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 04.17:27 pagi   [Edit]
salam buat mardau
dengarkan:

gantang tuan gantang berumbut
dalam gunung di tepi pakir
datang puan datang bersambut
silakan minum kopi secangkir

ketika gelap jangan lah resah
cari lah pelita letak di tepi
jika ada silap dan salah
jangan disimpan didalam hati


IP : 210.186.114.77

zaila79

15 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 08.27:13 pagi   [Edit]
dinni, invisible, mardau

kasih terikat janji terpaut
tanda ikatan buat selamanya
sembah salam pasti ku sambut
walau hanya ku kenal nama


sungguh damai suasana desa
kasih terikat rindu menerpa
walau hanya ku kenal nama
ikhlas persahabatan tak kira siapa

IP : 202.185.110.118

zaila79

16 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 08.37:10 pagi   [Edit]
salam....

hening pagi menggamit jiwa
dalam hati terasa resah
rasa sepi tiba menjelma
biar pun ku tau sepi itu indah....


usah di rayu pada yg tak sudi
kelak jiwa pasti merana
sepi itu indah bagi yg mengerti
terselit rindu entah di mana.....

IP : 202.185.110.118

dara_pahang

17 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 2.39:50 ptg   [Edit]
salam buat tuan rumah dan teman teman..


lama sungguh dara tak berkunjung disini..
izinkan dara berpantun barang serangkap cuma.


*************************************

indah sinaran warna kesuma
cantik warnanya tumbuh didesa
hari lebaran kita bersama
ceria hendaknya bertindan sentosa



dara makin berkarat
tak pandai pula nak hasilkan
yang best

hmmm



dara
kL


*************************************

IP : 161.142.100.81

invisible

18 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 5.30:29 ptg   [Edit]
salam buat zaila79

waktu sore pergi ke huma
pergi ke huma menunggang kuda
meski pun kenal sekadar nama
terasa mesra bersama canda

sejuk sekali air di perigi
mandi manda enak sekali
jangan lupa kemari lagi
berbalas pantun ceriakan diri


dara pahang
tahniah atas pertukaran
tentu seronok sakan beraya nanti

Lari ke pantai berlumba lumba
bawa bekal si air leci
salah silap waktu bercanda
jangan disimpan didalam hati








IP : 203.106.170.147

star

19 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 9.19:30 mlm   [Edit]
ziarah menziarahi sanak saudara
amalan mulia di hari raya
boleh kah hamba tumpang bersama
berpantun gurindam juga berseloka

salam perkenalan buat semua....

buah cempedak di luar pagar
kalau jatuh jgn dipedulikan
hamba orgnya baru belajar
kalau silap tolong tunjukkan....

IP : 202.71.100.78

dinni

20 . Dihantar pada 30hb Nov 2002 11.16:35 mlm   [Edit]
malam indah disinari cahaya
nampak cantik si pokok sena
tak sabar rasanya menanti raya
kawanku semua bagaimana?

Berkumpul semula ngan rakan sebaya
Ramai yg berubah selepas bekerja
tentu gembira bila dapat duit raya
hujung bulan senyum sahaja

IP : 210.186.9.105

invisible

21 . Dihantar pada 01hb Dis 2002 00.36:19   [Edit]
salam seloka pantun:

star

pergi ke hutan cari berangan
berangan lemak dari Sandakan
terasa kecil si tapak tangan
padang bola hamba sediakan

buah ciku di luar pagar
ambil sebiji bawa ke hutan
Baik lah kita sama belajar
sama sama kita betulkan


dinni

putera mati di hujung badik
ditikam panglima muka berbelang
rindu ayah, ibu dan adik
rasa hendak terbang pulang

sapa minat pakai hot pank
nampak kemas diwaktu terang
jangan lupa simpan di bank
buat belanja untuk hantaran




IP : 203.106.170.208

giGi

22 . Dihantar pada 01hb Dis 2002 12.36:52 tghari   [Edit]
ingat-ingat ketika berbelanja..
shoping sakan tak ingat dunia
ketupat rendang enak tersedia...
kemana kita dihari raya?

IP : 199.40.206.3

star

23 . Dihantar pada 01hb Dis 2002 11.11:12 mlm   [Edit]
invisible: padang bola buat aper??

takde idea laa nak berpantun mlm ni..cedihhh...

IP : 202.71.100.76

zaila79

24 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 08.32:49 pagi   [Edit]
gigi

ingat-ingat ketika berbelanja..
shoping sakan tak ingat dunia
ketupat rendang enak tersedia...
kemana kita dihari raya?

]jimat berbelanja semat di jiwa
amalan baik di masa depan
ziarah-menziarahi sanak saudara
pada yg tiada jangan lupakan

IP : 202.185.110.118

invisible

25 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 11.07:46 pagi   [Edit]
gigi:

pagi pagi tanam peria
tanam peria di tepi kuala
Pagi pagi sembahayang raya
lepas tu ker rumah bunda


star:

padang bola tu nak sambut kedatangan
anda ke Kota Bharu
nak tadah dengan tapak tangan
mungkin tak sesuai

star: jangan marah, cuma bergurau ... maaf

)


zaila79:

makasih kerana jual pantun pada gigi


salam yup

IP : 161.142.100.86

dinni

26 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 11.33:51 pagi   [Edit]
gigi:

Balik Ganu ikut highway karak
Gembira sokmo tak boleh nak kata
Dinni & family beraya kat Perak
Bersama hubby & baby tercinta

IP : 61.6.64.98

zaila79

27 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 4.10:40 ptg   [Edit]
gemersik suara menggamit perasaan
tatkala rindu tiba bertandang
sayu di hati bukan mainan
ikut hati nak pulang terbang

ingin berbicara tiada teman
jiwa ku resah entah mengapa
hati teringat kampung halaman
ayah bonda jauh di mata




IP : 202.185.110.118

invisible

28 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 8.56:05 mlm   [Edit]
dinni

enak terasa si air tebu
tebu di tanam di Kampung Langat
berhati hati sewaktu memandu
biar lambat asalkan selamat


zaila79

mengail udang di Pekan Rasah
dapat banyak terus di panggang
rindu ke kampung membuak resah
rasa nak pulang segera bertandang

IP : 203.106.170.220

zaila79

29 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 08.53:16 pagi   [Edit]
invisible...

hati teringat mulut menyebut
rindu di hati tak siapa tahu
hajat hati rasa nak sambut
tapi sayang terasa malu

damai nan indah suasana desa
keriangan cengkerik tak lekang kedengaran
hidup perlu berbudi bahasa
pasti di kenang sepanjang zaman



IP : 202.185.110.118

dinni

30 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 09.32:08 pagi   [Edit]
Indah sungguh syawal menjelma
Rasa gembira tak terhingga
terima kasih atas nasihat diterima
invisble pun sama juga

* Mesej ini telah diedit oleh dinni pada 03hb Dis 2002 09.33:16 pagi

IP : 61.6.64.98

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "