Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Bimbingan & Kaunseling >> Kebersihan : Tips kemas bilik cepat & mudah
(Pengendali : pompuan )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Kebersihan : Tips kemas bilik cepat & mudah
izu

1 . Dihantar pada 15hb Mei 2004 10.22:53 pagi   [Edit]
Bilik merupakan tempat yang dihuni oleh kebanyakan manusia. Adakah anda mempunyai bilik. Adakah anda mahu bilik yang kemas dan bersih? Adakah bilik anda bilik idaman? Adakah anda gemar kemas bilik? Adakah itu adakah?




Sesape yang ade skills berguna tu, sama-samalah kongsi kat sini. Poning den memikoukannye...

IP : 202.190.179.195

tijoo

2 . Dihantar pada 16hb Mei 2004 12.50:29 tghari   [Edit]
buang jer barang2 yg tak beguno tu kat lam tong sampah

IP : 219.95.178.38

rusila69

3 . Dihantar pada 17hb Mei 2004 10.40:41 pagi   [Edit]
Kalo boleh, dlaam bilek cuma ada meja solek, almari baju, katil, dan bakul sampah...

Alas tilam biarlah yg fitted punya...supaya tak payah nak kemas pagi-pagi... Bila bangun pagi tuh..sebelum turun dari katil, terus lipat dulu selimut.... susun bantal dan siap... dah kemas...

Kalo guna meja solek...ada tisu, terus chow dalam bakul sampah, jgn letak kat tas tu aje...tu yg buat nampak semak...

Yg pastinya...hubby aku cukup pantang bilek tak berkemas...

IP : 219.93.48.77

pulut_dakap

4 . Dihantar pada 17hb Mei 2004 12.25:38 tghari   [Edit]
skill takde, tapi satu sikap yang mesti ada..jangan bertangguh bila nak berkemas..senang kata lepas buat apa2 kerja terus kemas..so takyah la nak spend 1 day untuk kemas semua...

IP : 219.95.3.113

rusila69

5 . Dihantar pada 17hb Mei 2004 12.31:43 tghari   [Edit]
pulut,

Setuju......!!!!!!

IP : 219.93.48.77

syura72

6 . Dihantar pada 17hb Mei 2004 2.26:56 ptg   [Edit]
,
Bilik Syura tak banyak yg perlu dikemas sebab tak berserak sangat lah...cuma sapu aje...agar segala habuk tidak membanjiri hidup kita.Janganlah hidup dengan habuk kerana ia mendatangkan habuk.Syura juga seperti kata pulut.Dah pakai sesuatu benda tu terus simpan(tak suka tangguh2 kerja nanti kerja berlambak,kita yg susah).Bilik Syura juga tak banyak barang sebab Syura tak suka simpan banyak2 barang lah...rimaslah...

IP : 203.124.2.13

syura72

7 . Dihantar pada 17hb Mei 2004 2.28:41 ptg   [Edit]
EHH..sorrylah semua salah type pula...
Sebenarnya begini.Janganlah hidup dengan habuk kerana ia mendatangkan penyakit.Sorry!!!!

IP : 203.124.2.13

Lynnda

8 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 08.54:04 pagi   [Edit]


tips dr saya

amalkan teknik 'clean as u go'
teknik ni saya blajar sms bekerja di restoran kenny rogers
so, bilik dan rumah saya sentiasa bersih

caranya mudah aja, setiap kali berjalan/lalu kat mana2 area dlm bilik/rumah, pandang dan perhati kat semua tempat, kalau nampak benda kotor atau tak tersusun, kemas la sebelum ia semakin melarat.. cara kemas bukannya lama, just capai dan tak perlu stay kat tempat tu lama2

tentang meja solek pula yg selalu byk brg, saya asingkan setiap barang dan masukkan dlm bakul2 kecil dan cute bakul rotan yg bertangkai dan dihias cantik dgn riben ke bunga2an ke agar hati senang memandang

contohnya, semua jenis bedak dlm satu bakul , semua jenis perfume dlm satu bakul, semua jenis ubat2an dlm satu bakul.. jadi atas meja solek tu takde apa yg tinggal sebab semuanya tersusun kemas dlm bakul. jgn lupa hiaslah dgn sejambak mawar merah di atas meja solek... cantik....

tentang almari baju pula, gunakan hanger/penyangkut baju yg sama warna

contoh, hanger warna biru utk baju T, hanger warna hijau utk baju kurung, hanger warna merah utk kemeja dan slack.. cara begini memudahkan saya cari baju dgn pantas setiap pagi

tentang set cadar, gunakan fitted bed sheet utk alas tilam dan lapiskan dgn comforter nipis (bukan setebal Narita/TOTO) sebagai penutup atas tilam... jadi tilam tak nampak comot

jadikan bilik tidur anda sebagai syurga dunia... ehhehehe

* Mesej ini telah diedit oleh Lynnda pada 18hb Mei 2004 08.55:21 pagi

IP : 218.208.18.131

sabrinaz

9 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 12.02:30 tghari   [Edit]

oo..macam tu...
bolehlah aku praktikkan...
selalunya kalau gi kerja tu...
katil aku selalu berselerak...
ntah apa2 ntah...
balik keje baru nak kemas...
haru tul la...

IP : 219.95.144.50

danialhafis

10 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 12.07:16 tghari   [Edit]

sila pergi ke kedai mamak.., beli malay mail/utusan..sila buka halaman iklan..sila semak iklan "JAWATAN KOSONG/PEMBANTU RUMAH DIPERLUKAN" ambil talipon dan terus dail nombor tersebut

IP : 219.95.215.123

jijiaiman

11 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 12.21:20 tghari   [Edit]
salam : )

heheh bangun pepagi tu terus la lipat selimut, dan susun bantal...
yang berat2 seperti sapu sampah, habuk semua tu, buat la... weekend...ke,
perkara asasi je tu

IP : 210.187.14.202

ikhlasonline

12 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 5.14:57 ptg   [Edit]


korang kena attend kursus 5S Practice.... anjuran NPC



kalau payah2 jangan guna barang2 tu semua tengok jeeeeee... jadi idak la bersepah tak tentu hala.... siap cover ngan plastic lagi tu...

IP : 210.186.222.207

kams

13 . Dihantar pada 18hb Mei 2004 5.22:00 ptg   [Edit]


Sis Lynnda

bagus tips dr akak tu........
leh dipraktikkan.....
tak perlu lama sgt for mengemas......
klu org bujang (lelaki) perkara kemas mengemas nih langsung tak dihiraukan ..... mcm den nih.... ....
tp yg penting bg saya adalah kebersihan and kekemasan.....



IP : 219.92.111.10

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "