Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Negeri , Kelab & Jejak Kasih >> Jejaki Kawan Lama : Ex Students Sek Sultan Badlishah, Kulim, Kedah.
(Pengendali : )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Jejaki Kawan Lama : Ex Students Sek Sultan Badlishah, Kulim, Kedah.
nakib

1 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.16:59 ptg   [Edit]


Kepada semua MDC members..Sesiapa ex students Badlishah, Kulim, Kedah..sila angkat tangan...

Masuk mai pekenai diri kita hubung balik ikatan lama...Sila...o..sila...

Tak kiralah tahun berapa anda jadi student Badlishah, sama ada zaman SBS ka, SSB ka, SMSB ka ataupun SMKSB..semua boleh masuk.

Kita nak kumpul seramai mungkin ex Badlishian pas tu buleh pakat buat Himpunan Perdana Ex Badlishians...Amacam???

IP : 218.111.1.176

OrangMinyak

2 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.19:22 ptg   [Edit]
ko kenal anuar tak.. dia sekarang kat UM

IP : 219.94.110.170

nakib

3 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.24:45 ptg   [Edit]
anuar tu taun bila dia masuk/keluar? u pun badlishian jugak ka?

IP : 218.111.1.176

zurina77

4 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.25:10 ptg   [Edit]

Saya masuk sekolah badlishah sebulan je masa lower 6 taun 1995.

IP : 202.161.129.58

eynda

5 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.27:47 ptg   [Edit]
Kita dulu pernah masuk badlishah masa form 1 tapi 3 hari je . Home sick .


IP : 219.95.18.18

nakib

6 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.32:10 ptg   [Edit]
Zarina & eynda...tak pa, sari ka 3 bulan ka kira laa, kira ex badlishian gak la tuu.

IP : 218.111.1.176

OrangMinyak

7 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.35:37 ptg   [Edit]
nakib
kalau tak silap 98 kut

IP : 219.94.110.170

jasmyra

8 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 5.37:22 ptg   [Edit]
Isshh...ramai gak ekk ex-badlishians kat MDC nih ekk...
Myra bukan ex-badlishians...tapi hosmet myra yg ex-badlishians...nanti aa myra soh dia masuk sini...dia ahli MDC gak...

IP : 219.93.124.230

mamanisa

9 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 11.35:57 pagi   [Edit]
my best friend ex badlishah..sampai form 3.Tahun 1994 kalau tak salah..tak sure kau kenal dia tak..

IP : 218.111.181.155

shaliana

10 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 12.59:29 tghari   [Edit]
my hubby ex-badlishah....

shaliana ex-ibrahim....

IP : 219.95.15.233

ngah_2

11 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 2.49:26 ptg   [Edit]


En Nakib- dgn bangganya Ngah angkat tangannnnn....ngah zaman SMSB...1987-1991....sonoknya rasa....mana la kawan2 Ngah...dah lost contact habih dah...lps form 5 pindah balik Penang terus la...lagi susah nak contact kawan2 tapi ngah ada jugak p Kulim tu, dah lain kan...sek kita tu pun dah lain...zaman sekolah ni paling enjoy, paling best. En Nakib org Kulim ka ?....harap2 jumpa la sorang 2 kawan kat sini....

IP : 82.3.32.71

nakib

12 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 5.15:00 ptg   [Edit]
jasmyra :
suruhla kawan myra tu join sini, nak kenai2 laa, mana tau sekelas pa dulu di badlishah.

shaliana :
hubby u x-badlishian? tahun bila, kirim salam kat dia suruh laa dia join sama.

ngah_2 :
1987-1991 I dah tak dak d badlishah daah. ya laa bila lalu depan badlishah terkenang zaman persekolahan dulu. seronok tak terhingga. buat apa pun seronok, cikgu marah pun seronok, buat bagi cikgu marah laagii seronok kan?

IP : 218.111.1.176

ngah_2

13 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 6.38:08 ptg   [Edit]


En Nakib- nak kata nakal tidak, baik sgt pun tidak...tapi bab buat nakal paling best la...ngah dulu ada x suka dgn cikgu laki sorang tu...dah lupa nama tapi x ingat nama dia...selalu lepak2 kat tepi toilet bila masa dia...saja lambat2 masuk class...syyy...diam2 tau

* Mesej ini telah diedit oleh ngah_2 pada 22hb Sep 2004 6.38:44 ptg

IP : 82.3.32.71

nakib

14 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 08.23:15 pagi   [Edit]
Angah_2 : Besa laa macam tu kan?...I dulu pun pernah buat cam tu, masa Form 5. Tuang kelas BM (cikgu Faridah = form teacher) dgn 2 kawan lain, bukannya sengaja pun. Kami dok sembang ralit kat belakang science lab (tempat bertapa Mr Rao), sedar-sedar dah masuk period lain lak. Bila masuk kelas monitor (la ni lecturer kat UiTM Shah Alam) bagitau cikgu nak jumpak kami ber3. Pi la kami ni kat staff room jumpak dia. bukan main lagi dia marah (pasai kami ber3 ni memang terror BM laa...kunun hehehehe). Beleter panjang laa dia kat kami. Malu tu Tuhan ja yg tau, kena beleter depan ramai cikgu lain dlm staff room tu...sampai la ni tak leh lupa..Bila terjumpak dgn cikgu Faridah kami teringat cerita tu.

IP : 210.187.192.33

shaliana

15 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 10.01:53 pagi   [Edit]
nakib,

hubby shaliana form 4 & 5 jee kat badlishah
tahun 1992-1993....pas tu dia sambung kat uia....

nakib tahun brape yea? nanti sha tanya kat hubby....mana tahu kenal...

IP : 219.95.24.202

nakib

16 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 11.11:37 pagi   [Edit]
mai oo mai....mana lagi ex-badlishian kulim???...mai laa bagi ghamai.

shaliana
i ni grad badlishah lamaa dah 74 dulu...masa tu sha dok tang mana ya??...hubby pun mungkin tak kenai pasai dia dah masuk era 90-an. anyway kirim salam kat dia, kalau buleh minta dia cari kekawan same batch dgn dia pasai i cadang nak buat himpunan ex badlishians secara besar2an kalau ada respons laa..

batch form 5 (73-74)pernah buat gathering kat sekolah. mula2 geng science classes (bebudah cina la) depa buat 1999 dulu, i join sama. lepas registration kat sekolah kami tour seluruh kawasan. hmmmmm....nostalgia lama menjelma tetiba..syok laa... pas tu pi diner kat Kulim Golf Club di HiTech sampai 12.30 mlm. Beberapa guru lama masa era 70-an dijemput sama. meriaah. Pas tu raya tahun 2000 kami geng bebudak melayu lak buat gathering. mintak izin nak buat kat dewan shamsudin tapi HM suruh buat kat hostel. Malam tu kami himpun 45 org ex badlishian! bayangkan setelah 25 tahun berjumpak tetiba jumpak, gempaq habih, ada yg menitiskan airmata....kami berjumpa sampai 12.30 gak ada yg tanya: Why must we wait for 25 years to meet again?..tu pasal dok plan nak buat sekali lagi.

IP : 218.208.225.6

shaliana

17 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 11.33:23 pagi   [Edit]
sha lahir 1976....so, tak wujud lagi sha masa 1974..hehehehee....

eeeiii....best nya buat gath camtu.....meriahnye....
sha dgn geng Ibrahim..rajin jugak buat gath....time raya laaa...selalunya pasal semua kg kat sini...semua balik kg....
seronokkan lepak sembang reramai.....macam2 perkembangan terbaru kita tahu.....kdg2 boleh buat kerjasama projek business bersama.....

mai la.a..kita buat gath....perjumpaan Anak Kedah MDC..

IP : 219.95.24.202

ngah_2

18 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 2.41:11 ptg   [Edit]


alamak En Nakib, kita 2 org saja ni...mana p yg lain. Ngah ingat lagi kawan2 Ngah especially yg dr form 1 sampai form 3 pasal rasa mcm kami rapat sgt...3 tahun satu kelas lps tu semua melayu....bila masuk form 4, ngah masuk kelas sains...byk budak cina & india...mcm kureng la sikit tapi sib baik masuk form 5 masuk hostel pasal family pindah balik penang, wow....lagi best dok asrama...byk kawan...time menakal dok asrama lagi best......

1974 En Nakib dah form 5, Ngah baru nak tgk dunia

best la dgr buat gathering mcm tu...nanti ada peluang boleh la ngah join...masa ngah Pengetua Harun Rejab. Garang tapi baik...camno tu ? Bagi Ngah dia garang ada sebabnya tapi dia senyum manis gitu....

IP : 82.3.32.71

nakib

19 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 3.45:31 ptg   [Edit]
Angah & Shaliana memang la tak dan merasa dok badlishah zaman 70-an dulu. masa tu tak sama dgn zaman angah & sha mengaji. masa saya dulu belajaq semua BI kecuali subject BM & Agama ja. Saya mai dari sekolah kpg. kena masuk Remove Class 1 tahun. Jadi saya dok badlishah 6 tahun la, dari 1969 - 1974. Bayangkan selama 72 bulan bertapa di badlishah. masa tu bangunan yg ada pun cuma Bgn Utama (atas Pejabat HM, bawah Library). Dua bgn di sebelah tu tak dak lagi. Depan bangunan utama padang, belah kiri bangunan ada store simpan alatan sukan & tempat tunggu bas. Belah kanan bangunan utama ada court sepak takraw dan rumah HM, laluan ke hostel. Masa tu hostel pompuan tak dak lagi. Bebudak Sabah ada dekat 20 org masa tu dari Form 1 sampai Form 3.

IP : 218.208.225.6

shaliana

20 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 4.06:52 ptg   [Edit]
oooo...dulu ada bebudak sabah study kat Badlishah yea?

IP : 219.95.24.202

nakib

21 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 5.21:58 ptg   [Edit]
ramai bebudak sabah kat badlishah, under Sabah Foundation Fund. depa dipilih dari keluarga pendalaman la, SFF bantu depa hantar mai semenanjung untuk belajaq. bukan badlishah ja, kat ibrahim pun ada, kolej sultan abd hamid alor setar pun ada gak...sekolah2 terpilih ja laa.

tapi depa tu jadi lebih hebat daripada anak tempatan, pasai depa dok asrama makan free, senang ikut aktiviti sekolah. sukan depa sapu bersih laaa....jeles gak pasai ada ramai budak pompuan syok kat depa....hehehhehehe.. kami jadi 2nd class students laa masa tu.

IP : 218.208.225.6

ngah_2

22 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 05.40:43 pagi   [Edit]


En Nakib- bagus la zaman dulu belajar dlm English. English ngah kureng la...dulu azam balik dr uk ni nak pandai cakap english...ni dah nak sethn kat sini mcm tu jugak...lagipun ramai sgt org m'sia d sini...ada 2 thn lagi...kena belajaq jugak ni...

Waa...siap boleh describe bangunan lagi, caya la...zaman ngah pun ada budak sabah lagi...siap ada mat saleh sorang...apalagi...famous sakan la dia...

IP : 82.3.32.71

nakib

23 . Dihantar pada 26hb Sep 2004 11.30:53 pagi   [Edit]
semua

Angah la ni dok UK ka?. Study bidang apa kat sana? Baguih laa cam tu. Belajaq sungguh2 na.?

Nak sambung ceghita sikit lagi. Zaman 70-an, kantin kat bgn sebelah Sek Tunku Malik. Ada dua block lagi di situ, Remove Classes dan Industrial Arts workshop. Masa tu ada subject IA (Industrial Art, belajar macam kemahiran hidup jugak la). Kantin laa ni tu, dulunya dental clinic dan classrooms. Masa tahun 70 kat situ Form 1 Hijau, 1 Koko & 1 Ungu. Saya kat block C (sebelah Dewan Shamsudin) Form 1 Biru. Kelas lain kat block ialah Form 1 Merah & 1 Putih. Tahun tu HM Mr Augustin. Sapa tuang house training kelmarin sure kena rembat serotan pasai tiap-tiap pagi dia round tiap-tiap kelas, tanya sapa tak mai training. Dia memang sportman. La ni dah meninggal dunia dah perasan. Masa tu saya dalam Haliday House (hijau). Yang lain Sultan House (kuning), Syed Omar house (ungu), Shamsudin house (Merah) & Chrisite House (biru). Seronok bukan main masa tu kalau Sports Day, meriah sungguh!!!

IP : 218.208.227.195

shaliana

24 . Dihantar pada 26hb Sep 2004 12.38:12 tghari   [Edit]
fuuuhhh! nakib...caya laaa...boleh ingat semuanya....

shaliana ikut jugak perkembangan badlishah...pasal...hubby dulu ex-ibrahim..form 4-5 dia kat badlishah....
masa shaliana form 5 team kriket ibrahim....kalau lawan ngan team badlishah shaliana mesti serba salah...nak sokong yg mana....
pasal...ibrahim sekolah shaliana
hubby (dulu b/f) team badlishah....

IP : 219.95.12.109

nakib

25 . Dihantar pada 26hb Sep 2004 3.56:36 ptg   [Edit]
hmmm....dah tu sha sokong mana satu?? badlishah ka ibrahim?...

ooo....masa time sha tu ada criket team ya?..dulu time saya tak dak criket. yg lain ada laa.

saya dulu tak dok hostel, tak tau pasai apa tak dapat. walhal org susah, dok kpg pendalaman pulak tu, tapi tak dapat pun. jadi saya & 3-4 org kawan senasib sewa rumah kat kpg syed sheh. tau dak tang mana kpg tu?...tuu belakang sekolah tu laa. sha ingat dah ada kedai depan jalan nak masuk ke sekolah tunku malik tu? haa dulu ni kedai tu la tempat saya & kekawan minum ais kacang, best oooo...



IP : 218.208.227.195

shaliana

26 . Dihantar pada 26hb Sep 2004 4.03:46 ptg   [Edit]
tau....shaliana tau kg tu....dulu hubby sha pun sewa kat kg tu jugak...kat belakang sekolah kan....? hubby form 4 dok asrama , form 5 dia sewa kat luaq.......kedai ais kacang tu...sha tak berapa perasan laaa...
rumah sewa tu sha tau pasai...baru2 nie kami pi makan kenduri kat kulim.....hubby bawa pi ronda2 kat sekolah dia...tunjuk rumah sewa...dia.....
mengimbas kenangan lalu dia kata......

* Mesej ini telah diedit oleh shaliana pada 26hb Sep 2004 4.04:25 ptg

IP : 219.95.12.109

nakib

27 . Dihantar pada 28hb Sep 2004 01.06:40 pagi   [Edit]
Shaliana:
husband u la ni kerja mana?

hmmm....tak dak dah ka ex badlishians kat sini? macam mana nak buat Himpunan Perdana tahun ni??

IP : 210.187.192.128

ngah_2

28 . Dihantar pada 28hb Sep 2004 4.08:29 ptg   [Edit]


En Nakib, Shaliana- Ngah dulu duduk Kg Syed Seikh la...blkg sek saja. Lagi 5 minit loceng nak bunyi baru keluaq rmh. Kelas Ngah merata...maklumla dr form 1-5...sebelah dewan samsudin pun ada...tu lagi best...dekat sgt dgn rumah...form 5 baru ngah masuk hostel pasal pindah balik kg abah d Penang...kira pekan Kulim tu ngah dah tawaf dah...masa tu ada minat, yawata, hari2...balik tuisyen beli jeruk mempelam yg dia juai sebijik2 tu...mmmm...lps tu nagh suka makan mee hailam + ABC dekat market lama tu...kalau keluar pekan asyik makan tu saja. Rugi rasa kalau order benda lain...

En Nakib, ngah rmh Samsudin...best wooo...warna merah...dlm 5 tahun tu, sekali saja naib johan, tahun2 lain tu...JOHANNNNNNN....ngah bukan atlet tapi sekadar penyumbang mata saringan...tapi ngah paling suka hias rumah sukan...tiap2 tahun menang wooo...kreatif gitu...

IP : 82.3.32.71

nakib

29 . Dihantar pada 29hb Sep 2004 3.14:49 ptg   [Edit]
Ngah....dulu dok Kg Syed Sheh ka?? Tang mana aar?? I dulu pun sewa kat situ jugak. tapi kalau kata belakang sekolah, rasa2nya tau jugak laa. Rumah mana satu aar?..Dulu ada rumah kawan satu batch dok belakang tu.

IP : 218.111.0.141

ngah_2

30 . Dihantar pada 29hb Sep 2004 3.58:16 ptg   [Edit]


En Nakib- rumah betul2 depan kedai runcit. Rumah sewa saja. Kalau dr kantin tu, lps selekoh sikit saja, rumah 2 tingkat...atas papan tu...

-Ngah ikut hubby saja kat uk ni. Husband ngah yg study, ngah unpaid leave saja. Ingat dulu kalau ada peluang nak juga study kat sini tapi bila tgk kosnya ribuan ringgit satu semester, tarak berani la...

IP : 82.3.32.71

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "