Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Maid : Nak cari maidlah
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Maid : Nak cari maidlah
ZEKZEK

1 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 2.23:21 ptg   [Edit]
Assalamualaikum .. ZZ nak tanya ader tak sesiapa yang tahu di mana ZZ boleh dapatkan maid (agensi). Berapa kossnya pengambilannya & peraturannya? Selain dari itu cara pembayaran gajinya camna ...
Kalau ader dikalangan chatters yang tahu boleh tak contact ZZ di email "HZAM@MAXIS.COM.MY"

IP : 202.75.160.219

Wallaby

2 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 2.46:32 ptg   [Edit]

try kat nestle..

IP : 219.95.24.40

khanur962004

3 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 3.12:08 ptg   [Edit]
tak brape selesa ngan adenye maid. macam2 cerita dengar pasal maid. ada yg baik, lebihnye tidak.

IP : 203.127.232.55

avanza

4 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 3.56:07 ptg   [Edit]
zekzek
maid memang perlu bila anak kita sudah melebihi 2 orang

Procedure,
Mcm avanza..cari sendiri tanpa mengunakan agen. Taklah semahal seperti menggunakan khidmat agen. RM500.00 sudah mencukupi untuk dokumen (pass,medical check-up..etc) dari Indon ke malaysia. Bila sampai kat stulang,jb another RM1000 diperlukan untuk dokumen (permit...etc) tapi maid tu tak boleh dibawa balik terus, kastam akan uruskan permit dan selepas tu baru maid diserahkan pada kita..duit permit dan medical check-up akan ditolak pada gaji mereka..
Setiap bulan kalau maid minta baru bagi gaji kalau tak minta avanza simpan sampai dia nak balik Indon baru bagi tapi selalunya maid avanza minta half(RM150) another half simpankan untuk dia kat dalam bank.

Setakat ni dah hampir 3 tahun avanza guna maid syukur maid seorang yang rajin dan tak bermasaalah..pendek kata serba-serbi pandai, anak-anak pun suka. 4hb ni maid avanza akan pulang ke surabaya untuk berhari raya selama sebulan...every year my maid akan balik bila hari raya..memang avanza yang suruh sebab dia ada anak dan suami kat sana..kalau ikutkan dia kena stay 2 tahun baru boleh balik tapi atas belas kasihan 3 tahun berturut-turut dia balik surabaya atas izin avanza.

Bukan senang nak cari maid sekarang ni lagi yang baik..so pikirkanlah

IP : 211.24.145.10

khanur962004

5 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 4.03:58 ptg   [Edit]

avanza
bos misali kot. bukan senang maid dpt balik hraya tiap2 thn. syukur avanza dpt yg baik.

IP : 203.127.232.55

avanza

6 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 4.09:31 ptg   [Edit]
khanur962004
ye kot..bukan apa kalau garang sangat pun takut dia apa-apakan anak-anak kita so apa salahnya buat dia macam kawan tengok pun tak pijak kepala kita so okey jelah.

IP : 211.24.145.10

Arri_sya03

7 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 4.34:28 ptg   [Edit]
avanza pegi ke indo cari sendiri ke? risya pun tengah cari org gaji juga ni.....

IP : 202.185.32.141

avanza

8 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 4.47:52 ptg   [Edit]
Arri_sya03
Avanza tak pergi sendiri kebetulan akak avanza punya bibik ada kawan yang nak kerja kat malaysia so masa raya tu bibik akak avanza yang tolong bawakan maid avanza ke sini.

kalau guna agen ni terlalu mahal hampir RM3000 lepas tu banyak kes bibik tu tak sesuai dgn majikan most of them ada perangai tersendiri..banyak kawan avanza terkena.

Ada tu hempas-hempas baranglah..asyik bergayut bila majikan tak adalah macam avanza kat rumah memang tak ada fix line semua guna h/phone termasuklah maid sebab takut pekara tak diingini berlaku..maid pun top-up beli sendiri bila nak call avanza, just missed call nanti avanza call back....itu lagi selamat so pandai-pandailah kita

IP : 211.24.145.10

IRONMAN

9 . Dihantar pada 30hb Okt 2004 00.09:48   [Edit]
avana..i suka cara u uruskan utk mendapatkan maid
may be u boleh kasi details kat mana nak berurusan utk buat all the documentation.

dan masa kat stulangjb tu..kita kena tunggu ke?...
overall brapa u sepend to get yr maid.

IP : 210.186.38.128

edlevida

10 . Dihantar pada 30hb Okt 2004 00.43:19   [Edit]

Kos pengurusan maid Vi RM2750. Tapi RM2000 tu tolak kat gaji dia. Maid Vi dijamin oleh agensi (kalau lari atau tak suka dalam masa 6 bulan) dan semuanya settle cuma perlu hantar dokumen yang perlu kat agensi. Memang agak mahal tapi tak susah dan pening kepala.
Sebab maid pertama Vi lari dari rumah sebab adik dia hasut suruh kerja kilang (konon gaji besar). Untuk dapatkan pengganti kena tambah sikit dan kena bayar denda (imigresen). Kali ni Vi belajar, tak nak beri maid duit. Bukakan akaun untuk dia (nama dia) di bank dan masukkan gaji kat situ. Kalau dia perlu sangat, baru boleh keluarkan atau hantar terus balik kampung.
Macam adik ipar Vi dia cuma bayar RM1000 kat agensi tapi pengurusan imigresen kena buat sendiri. Lepas tu bila maid sampai dari Medan naik kapal (di Penang), dia sendiri kena pegi sana ambil maid tu.
Ambil maid atau pekerja (tempatan), mengikut pengalaman Vi sama saje. Kalau nasib baik dapat yang baik alhamdulillah. (Bapa Vi dulu ada ambil pembantu restoran, kerja bagus sampai bapa biarkan dia yang uruskan restoran, dia buat kira-kira dan serahlan keuntungan kat bapa Vi dan dia bekerja selama 6 tahun). Sebagai pengurus, (Vi dan suami) kami pun pernah beberapa kena tipu dengan pekerja tempatan.

IP : 210.195.144.71

IRONMAN

11 . Dihantar pada 30hb Okt 2004 01.02:46 pagi   [Edit]
thanks for your info..rasanya nak tunggu avana reply kat sini...lagipon saya nakke JB tak lama lagi...
cara u tu ok..tapi ya laa...mana mana risky...

IP : 210.186.38.128

avanza

12 . Dihantar pada 01hb Nov 2004 10.52:32 pagi   [Edit]
IRONMAN
Mesti lama tunggu avanza reply..bukan apa kalau kat rumah memang jarang berforum ..yelah kejap sorang nak main game..sorang offkan computer..ada jek aktiviti budak-budak tu..so kat tempat kejalah tempat melepaskan geram.

Dah balik JB ke??

okeylah macam ni procedure yang avanza buat tu pun ada yang dah terlupa dah 3 tahun..

Mula-mula sekali avanaza bagi RM500 kat bibik yang tolong carikan maid avanza tu, kat sana mereka uruskan
1) dokumen perjalanan / passport sementara
2) Medical check-up

Bila sampai kat Stulang,JB (RM1300)
1) kena tunggu mereka
2) Jumpa kastam yang sudah sedia ada kat sana submit form untuk permit mereka..tu je
3) bibik ditempatkan kat tempat sementara sampai permit siap (1 hari boleh siap kalau buat sendiri kat imigresen) kalau tunggu mereka tak tahu pulak berapa lama
4) permit siap boleh bawa bibik balik

Senang tak?? bukan apa kalau nak ikut agen memang double senang tapi yang tak tahan takut kena charge mcm-mcm dari agen dan imigresen kalau tak sesuai atau lari. Tapi kalau ada duit terlebih apa salahnya

Macam avanza kebetulan ada orang nak carikan .. so husben bab mengurangkan pengeluaran duit ni memang sanggup so we just proceed. Dapat pulak yang ok..syukur sangat

Baru-baru ni suruh maid balik naik flight (air asia) sebab takut dia sampai lambat sebab kalau naik feri + bus lebih kurang seminggu baru sampai tapi tak nak katanya 'takut dirompok kat jakarta'.. tapi banyaknya barang dia beli(cerek,iron,toster,periuk nasi..etc) tak tahulah nak bawa macam mana nanti..anyway hope iromnam dapat sedikit info dari avanza ..key

IP : 211.24.145.10

PnAnn

13 . Dihantar pada 01hb Nov 2004 11.03:12 pagi   [Edit]

Daripada pening kepala fikirkan kerenah maid from Indon..bagaimana kiranya guna khidmat maid from Patani or Kemboja @ Orang Asli (Bumiputra) Malaysia..

IP : 210.19.241.4

usoPkuChai

14 . Dihantar pada 01hb Nov 2004 12.43:15 tghari   [Edit]
Ann..
ko asik acah dari kemaren2 bab maid patani@org asli.. meh laa bagitau aku camna nak amik.. byk dok tanya dah nih..

IP : 202.47.196.68

PnAnn

15 . Dihantar pada 01hb Nov 2004 1.27:40 tghari   [Edit]
Usop

Orang Asli..saya pernah ceritakan..kalo ada sesiapa yang nak, mungkin boleh pergi terus perkampungan orang asli. Berjumpa dengan Tok Batin (Ketua Kampung) mereka.

Patani ~ suami ada saudara yang tinggal di Kelantan. Atas rekomen sepupu suami (yang bertugas sebagai guru besar di salah sebuah sekolah di Kelantan), maka kami ke sana mencari pembantu rumah (tahun lepas) setelah sepupu mendapat tahu dari salah seorang anak muridnya sendiri. Kami ambil gadis kampung dari keluarga yang susah (muslim), pandai cakap melayu tetapi..slanga Kelantan.

Bagus juga kerjanya, pandai urus anak-anak dan mengajar anak-anak kami mengaji..malangnya tak lama bekerja dengan kami, sepupu suami, berkenan plak dengannya sewaktu datang kerumah kami. Akhirnya sepupu berkahwin dengannya.

Caranya, saya sendiri tidak tahu..Apa yang menyebabkan kami mudah dapat maid semuanya atas rekomen rakan-rakan suami dan saudara mara..seperti maid Orang Asli dan Gadis Pattani..

* Mesej ini telah diedit oleh PnAnn pada 01hb Nov 2004 1.28:40 tghari

IP : 210.19.241.4

OoooD

16 . Dihantar pada 01hb Nov 2004 3.56:46 ptg   [Edit]
lepas nih kalo maid skang buat hal, bleh carik pnn ann yerk...
od perlu maid yg sayangkan budak2 unt jaga anak istimewa od..

IP : 192.228.129.114

usoPkuChai

17 . Dihantar pada 01hb Nov 2004 10.46:32 mlm   [Edit]
Ann..
apa yg aku perlukan adalah contact ko.. tok batin mana yg ko jumpa.. dan tok guru mana yg ko jumpa kat patani tuh.. itu saja.. the rest aku tau laa camna nak buat..

IP : 222.124.10.195

ZEKZEK

18 . Dihantar pada 02hb Nov 2004 10.42:48 pagi   [Edit]
.. avansa nanti boleh call ZZ @ 012-2049405 for further information .. call lepas pukul 5.30 petang ye ...

IP : 202.75.160.219

aysar_naylah

19 . Dihantar pada 02hb Nov 2004 11.00:38 pagi   [Edit]


PnAnn, macam menarik jugak kalau nak amik maid dari area kelantan/patani...tapi .. sekarang kawalan agak ketat di sempadan..macamana nak dapat org ye?....kalau org asli pulak...mcm takut je...

IP : 202.190.182.37

avanza

20 . Dihantar pada 02hb Nov 2004 11.19:09 pagi   [Edit]
Ok kalau tak lupa..

IP : 211.24.145.10

PnAnn

21 . Dihantar pada 02hb Nov 2004 1.34:50 tghari   [Edit]
Usop
nanti saya tanya hubby..coz dia yang berurusan..

IP : 210.19.241.4

PutriAntasha

22 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 1.45:18 tghari   [Edit]
Pn Ann,

Putri pun nak jugak tau..

IP : 203.106.229.132

ashra

23 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 1.56:08 tghari   [Edit]
Pnn Ann

Ash pon berminat dgn Maid dari Pattani nih..Tp kalau boleh nak full info..Satu lagi dpt yg beragama Islam dan pandai ckp melayu lagi ok..Tentang gaji yer pulak camner ye?Berapa sebulan tuh

IP : 203.78.194.18

avanza

24 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 2.05:16 ptg   [Edit]
pagi tadi baru hantar maid balik cuti raya..lepas ni kenalah basuh pinggan..basuh baju..iron baju..mop lantai..mandikan budak-budak..semuanya kena buat sendiri selama sebulan ni..

Tak nak balik rumah boleh tak??? hihihi

IP : 211.24.145.10

ashra

25 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 10.44:42 pagi   [Edit]
Up sket..Mane Pnn Ann nih

IP : 203.78.194.18

hazdi

26 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 12.43:30 tghari   [Edit]
PnAnn

Saya pun nak tahu lebih lanjut nih....
Email kat saya yer kalau ada information

d_yusop@yahoo.com




IP : 61.6.163.24

PnAnn

27 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 4.22:39 ptg   [Edit]



Ini ada salah faham ni..untuk makluman..saya bukan Agen Pembantu Rumah..makanya saya tak dapek nak nolongnya..saya pun di tolong oleh kawan suami dan Pakcik Saudara.

Saya cuma sampaikan info alternatif berkenaan pembantu rumah.

Dengan alkisah itu, mungkin kalian boleh cuba sendiri pergi ke Patani.

IP : 210.19.241.4

amir12m13

28 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 10.54:25 pagi   [Edit]

Saya juga tgh carik maid ni....
ade sesiape bole recomend kan.....

IP : 203.82.66.11

usoPkuChai

29 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 5.23:16 ptg   [Edit]
quote]Dengan alkisah itu, mungkin kalian boleh cuba sendiri pergi ke Patani.
padan muko korg![

IP : 222.124.10.195

jamd

30 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 11.07:44 pagi   [Edit]
jamd pun cari maid sendiri...cost dlm RM500 untuk duit levi & stamping fee....tu jelah...duit passport, medical check up, tambang semua dia buat sendiri sebab makcik cleaner nie introduce anak sedara dia kat jamd tu yg leh dapat murah...jamd ada gak contact no akak yg kat indonesia yg boleh tolong carikan maid nie tapi tak tanya lagi berapa dia charge.....nanti jamd tanya & bagitahu semua...yelah kot2 dapat murah sikit dari agen kan....

IP : 61.6.163.24

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "