Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Tahukah Anda? : Pil perancang - Cara penggunaan penting
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Tahukah Anda? : Pil perancang - Cara penggunaan penting
farmin

1 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 10.07:17 pagi   [Edit]
Pil perancang - Cara penggunaan penting
Oleh Roslah Othman

MEMILIH kaedah merancang keluarga penting kerana ia adalah pengetahuan dan pendedahan yang perlu di ketahui oleh setiap pasangan suami isteri.

Antaranya, cara penggunaan kaedah tertentu, sejauh mana ia selamat, berkesan dan keselesaan, faktor usia, tahap kesihatan serta tindak balas pasangan.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Ipoh, Dr. Adillah Ahmat, menggunakan alat pencegah kehamilan dalam uterus (IUD), kaedah implan yang diletakkan di bawah kulit antara kaedah merancang keluarga, selain dari pemakaian kondom dan membuang air mani di luar.

``Berbanding kaedah-kaedah lain, ramai wanita berpendapat mengambil pil perancang yang dipakej mengikut aturan kalendar amat mudah digunakan.

Cara tersebut dikatakan kaedah pencegahan kehamilan paling berkesan, malah mudah diamalkan,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menyentuh mengenai sejauh mana pengetahuan wanita Malaysia mengenai pil perancang, Adillah berkata, tinjauan tahun 2001, menunjukkan bahawa pil perancang merupakan kaedah pencegah kehamilan paling diketahui dan sering digunakan.

Katanya, walaupun terdapat kesedaran mengenai penggunaan pil perancang, masih ramai wanita yang keberatan untuk mengambil pil perancang hanya kerana salah tanggapan mereka.

``Antara yang paling kerap kita dengar ialah masalah berat badan, kulit menjadi kering, kasar, juga perubahan kepada sikap dan emosi,'' ujarnya.

Tanggapan yang mengaitkan pil perancang dengan penambahan berat badan kata Adillah sememangnya berlaku, bukan sahaja di negara ini, bahkan di seluruh dunia.

Katanya; ``Tanggapan ini telah wujud sejak pil perancang mula diperkenalkan kira-kira 40 tahun lalu.

``Pada awalnya, pil perancang mengandungi lebih 150 mcg estrogen, iaitu hormon yang digunakan di dalam pil perancang.

``Estrogen secara teorinya, mendorong kepada pengekalan air di dalam badan, dan dari pemerhatian didapati terdapat kesan penambahan berat badan dengan pengambilan pil perancang jenis lama yang mengandungi estrogen yang tinggi'', jelas Adillah.

Namun ramai wanita tidak menyedari bahawa generasi pil perancang berdos rendah mengandungi kandungan estrogen yang amat rendah.

Mercilon contohnya, hanya mengandungi 20 mcg estrogen.

``Walaupun mungkin terdapat segelintir wanita mengalami kesan estrogen pada tahap rendah ini, sebahagian besar dari wanita tidak akan mengalami apa-apa kesan sampingan terhadap berat badan,'' jelasnya.

Sebaliknya, kata Adillah, mereka mungkin mengalami kesan yang berlawanan. Di dalam kajian tersebut, di antara 615 wanita yang mengamalkan pengambilan pil perancangan seumpamanya secara berkekalan selama setahun didapati terdapat pengurangan berat badan secara purata sebanyak 1.4 kilogram.

Purata berat badan yang dicatatkan sebagai 59.1 kilogram pada awal kajian telah turun kepada 57.7 kg setahun kemudiannya.

Pun begitu kata Adillah ini tidak bermakna tiada langsung penambahan berat badan dengan pengambilan pil perancang berhormon.

``Hakikatnya, walaupun terbukti terdapat pengurangan berat badan dengan pengambilan Mercilon dalam jangka masa panjang, ramai pakar berpendapat wanita harus diingatkan bahawa terdapat kemungkinan sedikit perubahan pada berat badan di dalam beberapa kitaran haid terawal ekoran penyesuaian tubuh mereka terhadap perubahan hormon.

``Ini sangat penting kerana ramai wanita tidak memberikan masa untuk penyesuaian, sebaliknya mereka terus menghentikan pengambilan pil perancang,'' katanya.

Adillah memberitahu, banyak faktor lain yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Antaranya, kurang bersenam, pengambilan makanan serta gaya hidup yang tidak sihat.

``Apa yang perlu diketahui juga, peningkatan usia juga turut mempengaruhi kadar metabolisme, selain kurang aktif,'' ujarnya.

Beliau berkata, pil perancang berdos rendah seperti Mercilon juga dapat menjaga kesihatan dengan mengurangkan risiko barah ovari, barah uterus, kehamilan luar rahim serta endometriosis.

Selain itu ia dapat mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat atau berminyak.

Katanya; ``Kajian mendapati Mercilon berkesan mengurangkan masalah tersebut, malah ada segelintir wanita menggunakannya khusus untuk mengawal masalah kulit wajah''.

Bagaimanapun katanya, wanita perlu mendapatkan penerangan lanjut daripada pakar perunding sakit puan mengenai cara penggunaan dan kesan sampingan berikutan ada segelintir wanita menghadapi alahan selepas mengambil pil perancang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mercilon, mereka boleh mengunjungi laman web www.mercilon.com.my

IP : 219.95.111.235

eyzlyn

2 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 10.36:20 pagi   [Edit]
para isteri

nak makan pun, rujuk pada Dr keluarga anda.. maksud saya, personal dr anda.

IP : 66.119.33.167

eynda

3 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 10.52:53 pagi   [Edit]
Dulu ada baca dlm paper, kajian kat luar negara tentang pil perancang. Penambahan berat badan tidak berpunca dari memakan pil perancang tetapi dari cara pemakanan seseorang individu. Kalau ada masalah penambahan berat badan pun hanya minor sahaja.

Member eynda terpaksa berhenti makan pil perancang sebab berat badan turun dari 50kg ke 43kg tanpa diet. Kakak ipar eynda makan pil perancang, hampir 6 tahun, badan masih slim.

Rasanya bergantung kepada tubuh badan jugak le. Ada gak yg naik berat badan lepas makan pil perancang coz katanya bila makan pil perancang, selera makan bertambah-tambah....ntah le...


IP : 219.95.18.26

Farzana

4 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 11.28:53 pagi   [Edit]

ini pengalaman aku le lepas bersalin 2 tahun lepas aku jumpa doktor pas tu dia suggest kan aku pil perancang yang tidak ade effect apa-apa maksud aku pening, berat badan dan sindrom-sindrom lain name pil tu MINULET harganye memang mahal tapi dah 2 tahun guna memang tak ade apa....okey je...pening pun tak de.....badan maintain je malah boleh gak turun....so itu terpulang pade budget masing-masing nak yang mahal atau murah.....kalau murah memang banyak risiko......

IP : 202.95.80.70

katakhuduh

5 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 11.31:01 pagi   [Edit]
ada kaedah yg masukkan pada lengan tu. apa ntah nama dia. lagi mudah. tak payah makan ubat.

IP : 210.187.105.137

eynda

6 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 11.33:15 pagi   [Edit]
quote:
ini pengalaman aku le lepas bersalin 2 tahun lepas aku jumpa doktor pas tu dia suggest kan aku pil perancang yang tidak ade effect apa-apa maksud aku pening, berat badan dan sindrom-sindrom lain name pil tu MINULET harganye memang mahal tapi dah 2 tahun guna memang tak ade apa....okey je...pening pun tak de.....badan maintain je malah boleh gak turun....so itu terpulang pade budget masing-masing nak yang mahal atau murah.....kalau murah memang banyak risiko......



Eynda pun makan MINULET & pengalaman eynda sama macam Farzana. Dah 3 tahun makan.....

IP : 219.95.18.26

buazo

7 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 11.41:04 pagi   [Edit]
eynda
MINULET tu berapa harganya..
buazo skrg guna pil NORIDAY..
badan still maintain lg..
nafsu mkn cam biasa jer..

IP : 218.111.101.2

mustika78

8 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 12.01:00 tghari   [Edit]
minulet tu berapa harga? boleh ke utk yg menyusu badan? rasanya norriday je yg utk menyusu badan..
buazo norriday berapa harga dia?? takde effect ker?? mus takut nak makan pil ni takut berat naik.. ni pon tak turun sepenuhnya lagi ni

IP : 203.115.208.214

Farzana

9 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 12.07:43 tghari   [Edit]
mustika78
biar aku jawab pade yang menyusu aku tak tau le pulak baik tanye doktor dulu....MINULET tu kalau kat klinik swasta regenye RM22.50 tapi aku biasa beli kat farmasi je cuma RM16.50......member aku ramai gak cuba yak nie dulu dia orang makan jenis yak murah berat dia orang naik mendadak.....mase aku jumpa doktor tu dia cakap siang2 yak aku nie kalau makan yak murah boleh naik mendadak badan coz mase lepas bersalin aku berisi le jugak....so dia cakap MINULET nie memang dibuat khas untuk tak nakan berat badan dan risiko2 yang lain......

IP : 202.95.80.70

ummie_76

10 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 12.33:40 tghari   [Edit]
Eynda & farzana..

samala kite pun. Memang takde effect langsung. badan pun maintain je. Tapi Farzana, murahnya u dapat MINULET. Selalu ummie beli paling murah pun RM18.00.

IP : 211.24.141.70

Liz_Dee

11 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 12.45:07 tghari   [Edit]
Liz makan Mervilon. So far tak gemuk. Malah tambah kurus.

IP : 202.75.160.212

eynda

12 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 12.48:11 tghari   [Edit]
Minulet kalau kat Guardian RM20.00. Kalau kat klinik dekat rumah ni jual RM22.00. Ada lagi satu farmasi jual RM18 lebih.

Eynda nyusu badan sepenuh masa, sampai sekarang anak dah masuk umur 3 tahun. Doktor cakap boleh makan. Macam cakap Farzana maybe ada benarnya, pil yg murah akan menaikkan berat badan.


IP : 219.95.18.26

mrs.yus

13 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 1.22:32 tghari   [Edit]
Camana lak dengan pemakaian alat IUCD...?

Siapa yang ada pengalaman atau sedang memakainya...???

Minta pendapat pls...



IP : 219.93.1.84

mustika78

14 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 1.27:50 tghari   [Edit]
mus nak makan pil tapi hubby tak bagi .. sekarang mus selalu bisng takut.. sebab tak period lagi.. anak mus 3 bln skrg.. masa hari yg ke 44 lps bersalin mus dah abis darah nifas.. so mus mandilah.. tup2.. dalam 3 hari lps tu.. darah kuar balik dalam seminggu.. mcm period.. org ckp period.. tapi sekarang kalau dulu tu period suppose mus dah datang tapi tak datang2.. dah lewat 2 minggu.. mus guna test utk pregnancy tu.. result -ve, dah 2 kali dah.. mcm mana ni.. mus takut sgt.. any explanation??

IP : 203.115.208.214

LeiLa04

15 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 1.45:49 tghari   [Edit]
quote:
Camana lak dengan pemakaian alat IUCD...?

Siapa yang ada pengalaman atau sedang memakainya...???

Minta pendapat pls...



doktor buat kita tak sedar, tau je dah siap..tak rasa apa pun..period le masalah skit masa 3-4 bulan pertama lepas pakai tu...period lama skit.

IP : 202.188.127.61

icecreamgirl

16 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 1.56:18 tghari   [Edit]
hi..
saya lak mkn Diane 35. Dr. kat Pusrawi yang kasi. So far..takdelah badan naik. Mantain jerk.. Side effect pun takdak.

IP : 161.142.112.5

adikcomelx

17 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 2.05:57 ptg   [Edit]
quote:
Camana lak dengan pemakaian alat IUCD...? Siapa yang ada pengalaman atau sedang memakainya...???
Minta pendapat pls...

..procedure lebih kurang Pap Smear..period akan keluar 2 kali ganda pada hari 3-4...some times adik kena tukar pad every 3 hours..adik akan gunakan jenis yang panjang/overnight... and kebersihan di tutt amat dititik beratkan untuk mengelakkan infection bakteria/fungus..... so far dah gunakan 2+ tahun..

oops..nak citer gakk..dua offimate hubby..wife dia pun gunakan IUCD..tapi terobos la pulak...

So keberkesanan adalah 99% tertakluk juga bentuk rahim individu...

Some info:

How does it work?
The main way it works is by stopping sperm from entering an egg. It can also make an egg move around more slowly along the fallopian tube or stop the egg from settling in the womb.

The IUD is a T-shaped device, inserted into the uterus by a doctor. It has a thin thread that hangs down from into the vagina, and allows the woman to ensure it is in place. The IUD contains copper (or the hormone progestin,) and creates a reaction that prevents an egg from being fertilized. It can be left in place for up to 3 years, depending on the type of IUD. Using an IUD can increase your chances of developing Pelvic Inflammatory Disease (PID,), which can lead to infertility. You must also be careful to note any condition, such as a change in menstruation or an abnormal discharge, which could indicate a need for medical attention. The IUD is not prescribed to women who have previously had STIs, or who are at an increased risk of STIs. An IUD provides no protection against STIs.

Type:
1. Mirena intrauterine System (hormonal)
2. Progestasert IUD (hormonal)
3. ParaGuard Copper T IUD (hormone-free)

Pros
-It works as soon as you put it in.
-You don't have to think about contraception for as long as it is in place.
-It works for three to ten years depending on type
-It doesn't interfere with sex

Cons
-Periods may be heavier, longer, or more painful
-There is a chance of getting an infection during the first 20 days of fitting
-You are still at risk of getting an STI (sexually transmitted infection)
-The IUD can be pushed out of place by womb expulsion.
-Rarely an IUD can go through your womb or cervix and cause pain
-If you do become pregnant while using an IUD there is a small chance of ectopic pregnancy.
-Not everyone can use an IUD due to their medical history.

* Mesej ini telah diedit oleh adikcomelx pada 15hb Okt 2004 10.28:07 pagi

IP : 161.142.112.5

buazo

18 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 3.05:51 ptg   [Edit]
quote:
buazo norriday berapa harga dia?? takde effect ker?? mus takut nak makan pil ni takut berat naik.. ni pon tak turun sepenuhnya lagi ni

noriday regenya RM10 ..tu pun beli kt Sg. Besi..
jenuh gak nk cari..lama2 jumpa gak..
wat masa nie takde effect apa2 pun..ok jer..
apa2 pun kalu mus takut naik berat badan..better tanya doktor dulu..

IP : 218.111.101.2

eynda

19 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 3.19:26 ptg   [Edit]
Ramai kat topik ni cerita pengalaman makan pil perancang tak menaikkan berat badan. Takde ke sesiapa yg nak kongsi pengalaman makan pil perancang ni menaikkan berat badan plak? Teringin nak dengar cerita.....


IP : 219.95.18.26

zainafiq

20 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 3.38:24 ptg   [Edit]
Ni nak cerita sikit pasai pil perancang ni, lepas I bersalin anak no. 2, tahun 2001 terus ambik pil mercilon, sebab Dr. kata pil ni tak mengemukkan. Tapi lepas makan pil ni badan bagaikan dipam-pam siap dengan double chin lagi. Makan pil ni memang rasa macam berselera. Kalau control tak makan rasa macam pedih perut. Pikiaq balik tak boleh jadi lepas tu tahun 2002 terus pi pasang IUCD, tapi tak confident pulak pasai ada kes yang termengandung. So dalam celah tu kena pakai baju hujan jugak takut terpregnant coz belum bersedia, lagipun dah dua kali 'c-sar' takut la jugak.

IP : 210.187.123.250

maria03

21 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 3.48:59 ptg   [Edit]
nak tanya, pil perancang ni MINULET ke NORIDAY ke dijual kat farmai tu ade berapa tablet?
utk sebulan punya stok ke? maria x pernah lagi tgk cemana rupanya pil2 perancang ni..

IP : 219.95.62.230

buazo

22 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 3.56:38 ptg   [Edit]
maria03
pil NORIDAY ade 28 tablet..kena mkn tiap2 hari..
pil nya kecik jer...

IP : 218.111.101.2

mustika78

23 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 3.58:20 ptg   [Edit]
sebulan berapa budget tu pil perancang ni??
nak tanya kalau kita check guna urine pregnanct test tu 2 kali dan result dia -ve betul ke tak result tu?? takutlah dah 2 minggu lewat ni..

IP : 203.115.208.214

Farzana

24 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 4.04:35 ptg   [Edit]
kalau minulet lak ade 21 pil bermakna 7 hari cuti tak yah makan pil dan dalam mase nie le datangnye haid biasa kalau aku hari-4 baru datang tapi setelah masuk hari ke-8 mesti ambil balik.....aku bukan tak nak cuba IUD tu tapi hubby tak kasi dia kata takut le macam-macam yang dia baca effect nye so dia suruh teruskan makan pil nie......sebenarnye kalau ikutkan kos lagi bak pasang IUD coz cuma bayar sekali masa pasang tu, kalau pil nie RM16.50 X 12 bulan dah berapa setahun tapi tak palah janji hubby selesa......

IP : 202.95.80.70

buazo

25 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 4.43:01 ptg   [Edit]
mustika78
baik check ngan doktor..
ataupun awak tunggu lg beberapa hari

IP : 210.19.203.115

cha

26 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 5.18:15 ptg   [Edit]
Adik comel
yg pakai kat lengan tu namanya IMPLANON. yg ni mahal skit ler... kalau tak clinic swasta kos dia RM500... tapi kalau kat hospital kerajaan, kosnya RM350... efektif utk tempoh 3 tahun.

masa pakai tu, tak der la sakit sangat... cam kena gigit semut jer... coz sebelum implanon dipasang, doc akan injek bius dulu...

selepas tempoh 3 thn, ianya tak efektif lagi... so dinasihatkan ianya dikeluarkan... kalau nak continue, kena insert yg lain...

ni ler gambar implanon yg diinsert kat lengan tuh

more infor leh ler surf kat sini..
http://www.organon.com

* Mesej ini telah diedit oleh cha pada 14hb Okt 2004 5.42:22 ptg

IP : 202.185.186.6

atoncute

27 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 5.43:43 ptg   [Edit]

kita mmg dah lama tertunggu2 topik ni kuar.....kita blum plane lagi nak pakai apa...ingat nak cuba ambik pil perancangler..ataupun gunajer alat implanon tu..ok apa dlm rm350kan...utk 3 tahun takyahler ari2 nak kena makan ubat...cause kita nie jenis yg culas utk makan ubat..apa pendapat korang...cha?? kat clinic mana u suggest bagus nak guna alat implanon tu??

IP : 218.111.101.2

adikcomelx

28 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 5.45:11 ptg   [Edit]

Pengalaman guna Implanon berapa lama?..kat mana cha buat implan hormon nie... okey tak ?

* Mesej ini telah diedit oleh adikcomelx pada 14hb Okt 2004 5.46:26 ptg

IP : 161.142.112.5

cha

29 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 5.49:58 ptg   [Edit]
atoncute
mana2 clinic yg ada kepakaran tentang pemasangan implanon nih...

tapi kalau sesiapa area kajang/serdang/bangi/putrajaya... better wat kat HOSPITAL PUTRAJAYA jer... setiap hari SELASA ada khidmat pemasangan implanon nih... RM350 tu adalah harga implanon tuh... khidmat pemasangan oleh Dr adalah percuma... tapi better sesapa nak wat implanon nih call dulu hospital coz takut takda stock implanon ni.. ye la kerajaan tak bekalkan implanon nih, so pihak hospital pun tak beli stok bebanyak...

khidmat untuk mengeluarkan implanon pun percuma jer if wat kat hospital... but if wat kat private clinic, cost nyer RM150.

IP : 202.185.186.6

asmaan

30 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 5.51:35 ptg   [Edit]
as pun nak tumpang tanya la ...

as mmg tak pernah lg makan pil perancang nie .. cumanye sejak 2 menjak nie malas lak nak menghitung ari... & as tak pernah pregnant & belum lg bercadang nak ade baby dlm tempoh yg terdekat nie .. paling awal pun nak dlm thn 2006. setahu as mmg ade effect kalau belum pregnant makan ubat nie & percent nak dpt baby pun tipis .. so tak de ke cara yg membolehkan as makan pil perancang nie ?

IP : 219.95.233.217

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "