Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Ragu2 : Pendarahan Semasa Mengandung.
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Ragu2 : Pendarahan Semasa Mengandung.
maria03

1 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 3.15:40 ptg   [Edit]
Assalamualaikum semua..

(dah ade di Sembang Agama..mungkin x sesuai so xder yg membalas)

Minta maaf kiranya topik yg sama pernah ada..

Saya sekarang berada di dalam situasi yg agak mengelirukan..

Pada minggu sudah (13/8/04)saya telah mengalami pendarahan sedangkan pada waktu itu saya sedang hamil 9 minggu.. akan tetapi saya tidak mengalami keguguran..

Darah yg keluar umpama darah haid, 2 hari
selepas itu warnag darah tersebut semakin keruh atau cair seperti di akhir akhir atau awal2 haid..

Saya keliru berkenaan solat, sama ada saya boleh mengerjakannya seperti biasa atau menunggu hingga cairang yg keluar menjadi jernih semula dah perlu mandi wajib?

Saya ada bertanya pada ibu mama saya dan katanya saya x perlu solat sehingga cairan benar2 jernih.. akan tetapi apabila saya pulang kerumah mertua semalam ipar memberitahu mungkin bole solat andainya darah sedikit sahaja..

Minta sangatlah pertolongan forumer di luar sana yg lebih bepengetahuan...

IP : 219.95.210.248

Syiran

2 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 4.51:40 ptg   [Edit]
Maria, ini mengikut apa yang Syiran rujuk dalam buku agama tentang masalah haid wanita. Memang ada wanita yang mengalami haid meskipun sedang hamil. Kakak Syiran pernah mengalaminya. Mengikut mazhab Syafi'e, darah wanita yang keluar sewaktu hamil digolong sebagai darah haid asal tidak kurang sehari semalam dan tidak melebihi 15 hari. Dan juga warna darah yang keluar itu adalah kelihatan sama seperti darah haid. Sekian, harap Maria faham dan maklum. Saya pun hamil juga lebih kurang 8 minggu.

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 217.144.3.10

maria03

3 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 5.02:10 ptg   [Edit]
huh...letih tunggu org jawap..yg jenguk punya ramai...ehehehhehe..

maknanya mmg xleh semayang lah yer..so kalo dah melebihi 15 hari dibolehkan solat lah yer..

Tahniah syiran..anak ke 3 kan?
lama x dgr cerita..

Maria ni baru 10 weeks..

IP : 219.95.210.248

Syiran

4 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 5.28:25 ptg   [Edit]
Actually, anak ke 4 la maria. Tahniah kepada maria juga. Jaga kandungan baik2 ye...

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 217.144.3.10

eternal_beau

5 . Dihantar pada 25hb Ogo 2004 01.15:49 pagi   [Edit]
maaf sekadar mencelah..
setau saya..
biasanya first baby yang bermasalah spt itu..
kerana saraf2 dalam badan kita jadi tegang dan mengembang untuk support kandungan...
masalah ni biasa jer..
satu lagi pendarahan juga boleh berlaku bila buang air besar ..
banayk atau sikit tu bergantung pada pendarahan dalamanya..
tapi kalu dah 4th. tu saya agak la...
jarak..
jarak antara baby..
berapa umur yang last tu?
mungkin dah terlalu lam pencen kut..
so menda ni kemungkinan berlaku...
sebab badan kita dak mengecut dan mengebang balik..

maaf ya..tak tau la boleh paham ke idak ni..





IP : 82.41.68.58

chin_chin

6 . Dihantar pada 25hb Ogo 2004 5.47:12 ptg   [Edit]
Saya turut mempunyai problem sebegini.Ini first baby saya,masuk 7 mgu dah.Org tua2 kata, bunting pelanduk.Tp saya dh alami pendarahan 11 hr dan belum berhenti lg. Harap2nya ia tk berlanjuntan berbulan2...Bila scan janin okey dan bkn kandungan luar rahim.
Mmg musykil nk solat, tp bila dh confirm bkn gugur dan bkn darah haid, saya tetap solat.
Ada tk sape2 yg ada prob mcm ni?
Mmg normal ke gini?
Saya ada tya dr,dia kt mmg ada org yg mcm ni, sbb kandungan masih awal dan tk kuat lg.Bergantung pd rezeki...50-50 ktnya.
Dokan kita okey....

IP : 210.187.216.60

just4fun

7 . Dihantar pada 25hb Ogo 2004 6.04:44 ptg   [Edit]

tak mustahil bagi wanita yg mengandung utk datang haid.
maria dah jumpa doktor?

off topic!
eb, apa khabar?

IP : 218.208.230.91

eternal_beau

8 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 00.29:47   [Edit]
Tp saya dh alami pendarahan 11 hr dan belum berhenti lg. Harap2nya ia tk berlanjuntan berbulan2..

yang saya citer kat atas tu pengalaman sendiri dan apa yang midwive (bidan ) bagi tau kat saya...
dalam bulan pertama tu saya memang sakit gila..
pendarahan tu bukan lagi takat macam darah haid..
tapi saya terpaksa duk kat atas manguk jamban...

menitis darah kuar..
pas tu la baru jumpa doktor...

..hi citer pasal ngangung ni dah tak larat rasanya..
tu pasal la macam nak tutup kedai jer..


just4fun
off topik jap;

hai kabar baik..
apa cd terbaru..
majalah ke..
ha apa lagi nak story ni..
email kita kalau free...
saya ni free manjang...

IP : 82.41.68.58

chin_chin

9 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 10.42:00 mlm   [Edit]
e_b...
Boleh citer tk berapa lama pendarahan yg e_b alami?
Adakah selamat melahirkan kandungan tu?
Dh dekat 2 mgu tp tk nampak mcm nk berhenti pun, ni yg saya risau...
Dr suruh dtg sebln lg utk tgk perkemb janin.
Harap respon...
T.q

IP : 210.187.216.224

eternal_beau

10 . Dihantar pada 27hb Ogo 2004 01.58:42 pagi   [Edit]
chin..
tak brapa ingat..
tapi tak sampai sebulan..
lagi pun awak ni first baby..
biasanya takan ambil masa yang lama...
tapi kalu dah terlalau lama sanat tu jumpa dokter je..
satu lagi..
jangan terlalu lasak sangat lagi pun kandungan tu tak brapa kuat lagi..

saya rasa ok..
tak der masalah untuk bersalin..
kejap jer tu insyallh..

p/s;maklum ler first baby ni..banayk benda yg. tak tau kan..
so cuba tenagkan fikiran...
sebab emosi boleh mengganggu kesihatan baby...
tahniah untuk awak..

IP : 82.41.68.58

chin_chin

11 . Dihantar pada 27hb Ogo 2004 4.10:56 ptg   [Edit]
e_b...

TQ kerana respon.
Harap2 begitulah.Nk buat mcm mana ,perkara luar biasa, tk boleh tidak susah hati jugak memikirnya.
First baby ni mmg byk bend yg tk tau..jd saya byk kan membaca.
Tima kasih byk2 okey...

IP : 210.187.216.117

eternal_beau

12 . Dihantar pada 27hb Ogo 2004 6.06:44 ptg   [Edit]
chin..
tak kisah ..
kalau nak sare pengalaman ni banyak sangat..
my first baby dapat kat uk..
maklum ler orang kata first baby ni kita kalah..
so terima aje la..
dari awal bulan sampai hari nak gi spital..
muntah gila2..
sayaa sakit manjang ..kat sini bukannya ada bagi apa2 supliment..
apa nak buat bertahan je le..

sampai ari bersalin pun kami berdua la..
saya tak der pengalaman langsung dengan baby
(tak de adik kecik dan ank sedara)
dah la masa tu seminggu lagi hubby nak exam..sedara mara mana da datang..jauh sangat..

tapi alhamdulillah bidan kat sini bagi tunjuk ajar..
macamna nak mandikan baby..
tukar lampin ..
nak nyusu..
macam2 la boleh kata..

hope awak banyak bersabar...

IP : 82.41.68.58

eternal_beau

13 . Dihantar pada 27hb Ogo 2004 6.12:23 ptg   [Edit]
kebetulan terbaca ;
nak sare dengan mak2 baru kat sini...


quote:
First trimestertiga bulan pertama)
Zaman ni orang kata dan ahli perubatan kata agak kritikal bagi org yg mula2 mengandung dan jenis badan kurang ketahanan.
Risiko dan kondisi tubuh pada peringkat ni dan perkara yang perlu diambil perhatian:
* simptom seperti mual, loya dan 'kemengantukan' yang bertambah pada peringkat ini

* keguguran mudah berlaku pada peringkat ini seandainya berlaku hentakan yang kuat,dab faktor rahim kurang kuat....Hmmm..ada orang kata takleh makan nenas, kawan fong dia makan buah peach sekilo, pastu gugur, sebab buah peach tu kulit dia tajam..orang tua2 kata jangan makan menda2 keras..dimaksudkan makan di sini pada ijtihad fong jangan makan berlebihan, dan rasanya makan nenas seulas dua, atau durian tu takde masalah...

* perubahan fizikal tubuh tidak terlalu ketara. Cuma, elakkan dari mengangkat benda terlalu berat dan untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti mual dan muntah pada waktu pagi, elakkan 'melompat' dari katil selepas bangun tidur pagi...bangun tidur, relax2 dulu baca doa bangun tidur, buat senaman stretch sket baru bangun dari katil...
*petua doktor sebelum mengandung dan bulan2 pertama mengandung amalkan asid folic untuk pertumbuhan otak bayi dan juga untuk tubuh ibu
*sesetengah ibu juga sudah mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah , so, kerapkan gosok gigi dan JANGAN sekali2 gosok2 menggunakan berus gigi hard, lebih baik guna soft...banyakkan makan sayur, buah dan yogurt..

*keadaan bayi, ye bayi boleh di ultra scanningkan masuk minggu ke-12 dan insha Allah buleh diketahui jantinanya pada minggu ke-16, tetapi bergantung bagaimana baby itu berada, menelentang ke kanan atau ke kiri. dan adalah satu perkara normal uri berada di bawah pada peringkat ini, dan ia akan berada di atas selepas bulan2 pertama..tetapi awas!! seandainya uri berkekalan berada di bawah, pembedahan kemungkinan besar akan dilakukan kerana uri menghalang bayi untuk keluar dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kematian.....

IP : 82.41.68.58

EvaJaque

14 . Dihantar pada 27hb Ogo 2004 10.17:03 mlm   [Edit]
maria - thaniah kerana bakal mendpt anak.. ada certain perempuan memang haid ketika mengandung.. salah seorgnya adalah my sis.. tapi dia bleeding pon ikut hari seperti biasa... 7 hari..
dulu time ngandung eva memang bleeding.. i tot it was for few days.. dan akan stop seperti biasa.. so tunggu sampai darah tu kering.. eva pon tak solat sama seperti org haid.. but bleeding tu berpanjangan sehingga 16 hari dan kemudian 3 weeks dan akhirnya kandungan eva gugur.. tambah lagi 2 weeks bleeding... during 3 weeks bleeding tu eva still sembahyang seperti biasa ....

quote:
Saya pun hamil juga lebih kurang 8 minggu

kak syiran tahniah.. nak dpt org baru lagi.. mesti shahiran happy.. sbb ada kwn nak lawan gusti

IP : 62.252.128.15

maria03

15 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 10.48:02 pagi   [Edit]
Hi semua..thanks kerana respon!

Maria baru start keje setelah 2 weeks MC.. admit hospital for D&C..sakit gak..

Maria keguguran..tapi not a normal pregnancy..its a mollar (kandungan anggur)..and thank god ianya kuban cancer..

so kalo ade sesiapa yg bole share cerita pasal kandungan anggur di persilakan..

so sekarang maria kena wat weekly check up kat spital..sehingga hormon level HCG turun ke paras normal..maybe it will takes a fe months..mmmm..so doc advise supaya maria x pregnant utk 6 month to 1 year period..

IP : 219.95.211.236

whitecabai

16 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 10.54:53 pagi   [Edit]


gugur ker dik? patut arr lama tak nampak...
sabarlah yek.. MUga cepat sembuh.. jgn bimbang.. maria muda lagi InsyaAllah ada rezeki nanti.. jaga diri baik-baik.. jangan runsing2 .. tenangkan diri.. think positif.. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan... aminn..

IP : 202.184.114.253

maria03

17 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 12.36:42 tghari   [Edit]
yes kak eryn..
dah xder rezeki..tapi xpela..bole animun or melaram sakan utk 6 bulan ni..ehehehhe...maklumlah berdua..dah bole saving lebey sket...

akak bila bersalin nih?

IP : 219.95.211.236

whitecabai

18 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 12.51:56 tghari   [Edit]
Ada hikmah disebaliknyer tuh...

Akak punyer due date 23 Sept nih .. Menghitung Hariiiiii bak lagu Kris Dayanti...

arr.. lepas nih boley la g AnimOnnnnn.. ajak cik abg tuh jugak2 toksah wat dalih.. hehehhehehe...

IP : 202.184.114.253

ashra

19 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 1.30:43 tghari   [Edit]
maria gugur yek...sabar la yek..semoga sehat hendaknya
macam mane doc leh saspek kandungan maria kandungan anggur tuh?ape simpton2 dia yerk..isk risau gak ash sebab ash pon mengandung sebaya gan maria 4 bulan nih

IP : 203.78.194.18

whitecabai

20 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 1.35:51 tghari   [Edit]
rajin la plak harinih nak mencari artikel yg menarik...



TANDA-TANDA KANDUNGAN BERMASALAH

KEHAMILAN KEHAMILAN merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk wanita. Bahkan bagi wanita itu sendiri, kehamilan yang dinantikan merupakan saat yang paling membahagiakan. Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Rawatan Islam, Dr Habibah Abdul Ghani, sebab utama berlakunya komplikasi ialah kerana berlakunya perubahan-perubahan hormon dalam tubuh ibu yang hamil ini.

Kehamilan menyebabkan banyak berlaku perubahan fisiologi pada tubuh si ibu. Perubahan yang disebabkan oleh pertukaran hormon ini menjadikan kebanyakan sistem dalam tubuh ibu yang hamil juga turut berubah.

Ada sesetengah ibu yang mampu mengadaptasi kadar perubahan sistem dalam tubuh ini dengan mudah dan tidak kurang juga sebaliknya. Kadar mengadaptasi ini di kalangan ibu-ibu hamil juga berbeza antara satu sama lain.

Bagi sesetengah ibu, tubuh mereka dapat menerima perubahan ini dalam waktu singkat dan tidak kurang ada juga yang memakan masa yang panjang sehingga hampir saat kelahiran.

"Kesukaran si ibu mengadaptasikan sistem tubuh mereka dengan perubahan-perubahan ini menyebabkan berlakunya komplikasi sepanjang kehamilan ini. Namun demikian, rawatan yang awal akan dapat menyelamatkan ibu dan kandungannya," jelas Dr Habibah lagi.

PENDARAHAN

Komplikasi yang jelas dan perlu mendapat perhatian ialah pendarahan di awal kehamilan. Sebarang titisan darah yang keluar dari vagina perlu dilaporkan kepada doktor seberapa segera. Biarpun ia mungkin hanya radangan biasa, namun ia jangan diambil ringan. Pendarahan tahap pertama berlaku di awal kehamilan ini merupakan ancaman pengguguran. Ancaman pengguguran ini boleh jadi disebabkan oleh konsepsi yang tidak normal. Ada kalanya ia boleh menyebabkan kandungan terus gugur.

Selain daripada itu pendarahan juga mungkin disebabkan oleh:

* masalah keguguran yang kurang sempurna iaitu gugur yang tidak habis.
* 'missed obortion' iaitu darah turun sedikit demi sedikit menyebabkan si ibu tidak jadi mengandung.
* mengandung di luar rahim ( ectopic pregnancy)
* mengandung kandungan anggur ( molar pregnancy) iaitu keadaan di mana kandungan si ibu tidak menjadi fetus sebaliknya ia wujud seperti tiub-tiub berselerakan yang dipenuhi bendalir yang tidak berguna.
Selain daripada itu, komplikasi lain yang dapat dikesan ialah kontraksi yang terlalu awal. Biasanya berlaku sakit bersalin yang terlalu awal (pre-mature labour) kerana si ibu itu sendiri ada masalah kesihatan. Misalnya si ibu mungkin menghidap kencing manis ataupun ada masalah-masalah lain.

"Kadangkala komplikasi ini teriadi kerana rahim si ibu itu sendiri tidak dalam keadaan yang normal. Misalnya seperti kes pintu rahim terbuka. Jarang berlaku tetapi memang ada kes pintu rahim yang tidak boleh ditutup dan menyebabkan berlakunya pendarahan," jelas Dr Habibah.

Keadaan ini dikenali sebagai 'cervical incompletence', boleh dirawat dengan mengikat pintu rahim tersebut pada peringkat awal mengandung. Apabila kandungan sudah berusia lapan bulan, ikatan ini akan dibuka untuk mengeluarkan bayi tersebut.

PUCAT/ANEMIA

Pucat ataupun dikenali juga sebagai anemia juga merupakan salah satu komplikasi yang sering melanda ibu hamil. Kurang darah dan pucat ini adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan daripada biasa.

Pucat ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah. Sewaktu mengandung keperluan hemoglobin untuk si ibu dan anak adalah melebihi daripada biasa. Sewaktu mengandung, tahap kepekatan hemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang dari 11 gram. Kekurangan darah sewaktu hamil memberi akibat yang buruk kepada kandungan jika ia tidak di atasi dan diberi rawatan. Antaranya, kemungkinan si ibu akan mengalami keguguran ataupun melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Bayi dalam kandungan kecil dan lahir dengan keadaan tidak cukup berat badan.

Keadaan kurang darah dapat dikesan melalui pemeriksaan awal semasa mengandung. Untuk mengatasi masalah ini, siibu akan diberi tambahan darah dan vitamin sampingan seperti zat besi. Si ibu akan digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah seperti hati atau limpa.

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi memang sering berlaku sewaktu mengandung. Biasanya apabila kandungan tiba di tahap usia lima bulan ke atas. Tekanan ini berlaku kerana biasanya si ibu tidak dapat mengadaptasi dengan perubahan fisiologi tubuh semasa hamil.

Ia lebih mudah menyerang kepada ibu yang hamil pada usia yang lebih dewasa (lebih 35 tahun) ataupun ibu yang masih terlalu muda (usia 17 tahun kebawah).

"Jika ada salah seorang ahli keluarga si ibu yang mengidap penyakit ini, kemungkinan menghadapi tekanan darah tinggi semasa hamil lebih tinggi," terang Dr Habibah. Ibu yang sememangnya menghidap penyakit ini, biasanya di beri perhatian dan pengawasan yang rapi semasa mengandung untuk memastikan siibu dan janin selamat.

Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan 'eclampsia' atau lebih dikenali sebagai sawan.

"Serangan sawan semasa hamil sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kedua bayi dan ibu meninggal jika tidak dirawat dengan sempurna," tegas Dr Habibah lagi.

Tekanan darah tinggi semasa hamil ini sukar di elakkan kerana ia bermula dari dalam tubuh. Namun dengan pemeriksaan awal, tekanan darah tinggi dapat ini di kesan dan diatasi.

Untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini, ibu yang hamil akan diberi rawatan 'anti-hypertension'. Melalui rawatan ini, siibu akan diberi ubat untuk mengurangkan dan menstabilkan tekanan darah.

Kebiasaannya, tekanan darah kembali normal setelah siibu melahirkan.

KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL

Perubahan hormon sewaktu kehamilan akan menyebabkan tahap penyerapan insulin oleh buah buah pinggang berkurangan. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan pertambahan insulin yang berlebihan kerana kadar penyerapan yang berkurang.

"Masalah ini perlu di kesan awal kerana ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat. Jika ia dapat dikesan dengan lebih awal, kandungan gula dalam air kencing akan dapat di stabilkan. Oleh yang demikian, perlu bagi siibu mengandung mengawasi diet mereka untuk mengelakan komplikasi kencing manis semasa hamil," tegas Dr Habibah lagi.

Jika masalah kencing manis ini tidak serius, ia boleh dikawal dan dirawat melalui diet seharian.

Sekiranya tidak boleh diatasi dengan diet, biasanya mereka akan diberi rawatan terapi insulin.

SERI DEWI & KELUARGA, JUN 1996, M/S 88-89

* Mesej ini telah diedit oleh whitecabai pada 09hb Sep 2004 1.48:17 tghari

IP : 202.184.114.253

maria03

21 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 2.14:16 ptg   [Edit]
TQ ash, kak eryn..

Maria dah baca artikel tu...ehehehheh dan yg sewaktu dgnya..pagi tadi tros surf net cari info...

Ash..antara simptom die ialah...mabuk yg teruk tapi maria x alami yg and thats why doc fikir my kes intresting..dan juga berlaku bleeding or spotting masa 1st trimester..warna cekelat2 & berlanjutan..

InsyaAllah...lepas ni nak cuba lagik...after 6 months ni la kalo xder aral...

by the way nak makan ape ek kasi tambah darah? selain kerang?
coz sejak asik kena amik darah ni kan... cepat benor lebam kat badan neh..;.

IP : 219.95.211.236

Syiran

22 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 3.21:25 ptg   [Edit]
Maria ..mm, sedih Syiran dengar. Takpe la, lepas ni cuba lagi ye. 6 bukan tak lama, pejam celik dah boleh cuba. Anyway, kalau nak tambah darah makanlah hati ayam, hati lembu, limpa, paru dan sayur bayam merah. Elok Maria makan folic acid 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung lagi.

Off topik, Eva thank you. Syahiran lately ni selain asik nak attach dengan akak, dia asik ajak akak bergusti. Alahaiii..layan je la. Kot tak kang, dia bantai merajuk pulak.

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 217.144.4.21

adique78

23 . Dihantar pada 10hb Sep 2004 11.54:59 pagi   [Edit]
,

Maria, just nak tanya you, masa memula bleed tu dia just drop yang bewarna ke coklatan atau terus keluar macam darah period... takut ler pulak.. saya ni pregnant for 6 weeks,
sebelum ni dah ada history gugur 2 kali...

Kalau Molar pregnancy ni, scan nampak apa? Sebab usually kalau dah 6 weeks dah boleh nampak sack baby dan 8 week dah nampak jantung dia berdegup... you punya experience cemana pulak...? Since you start bleed masa minggu yang ke-9....

IP : 218.208.32.230

maria03

24 . Dihantar pada 10hb Sep 2004 12.05:25 tghari   [Edit]
adique,
1st time bleed masa tu maria tgh baring2 penat kemas rumah..mmg penat & stress coz baru gado ngan hubby..tetiba rasa cam something keluar..bila cek rupanya darah..fresh blood..sikit jek, about 4-5 drops gitu..pehtu immediately ajak hubby pi klinik..doc x buat ape pon cuma kasi ubat kuat rahim & tommorow morning tu scan baby still ok means still ade lam karung tapi heartbear mmg takde coz baru 9 weeks..pastu darah ade keluar lagi..kaler merah pekat pula..tapi tu la..xderla banyak..die keluar sekali lalu..pehtu buat seminggu selepasnya ade keluar spotting jek kaler coklat2 gitu..

pehtu on 25th masa kat ofis tetiba darah keluar banyak..laju..just blood bukan ketulan darah/daging..

masuk wad 3 hari for D&C..

i think my case was differ from yours..sebab molar pregnancy..bila scan masa 25th tu nampak cam gugusan anggur..tisu2 placenta..bila preggy yg besar patutnya baby not placenta (uri)..

u dah 2 kali gugr yer..please take a very good care of ya self k..

my fren kat ofis ni pon 2 kali gugur..baru jek seminggu melahirkan baby die..kandungan ketiga..die mmg sgt berjaga terutamanya dari segi pemakanan..die minum anmun dan segala bende yg berkhasiat..baby die....3.9kg! besar kan?..ehehehhehe normal lak tu..sihat semuanya..insyaallah ada rezeki u nanti..

IP : 219.95.211.236

adique78

25 . Dihantar pada 10hb Sep 2004 12.24:15 tghari   [Edit]
Maria,

masa memula pregnant tu pun, ada sedikit kecoklatan keluar, pergi klinik, doktor bagi jap dan dupahston, alhamdulillah stop dah lepas 3 hari, tapi masa tu baru about 4 week pergnant so bila scan memang tak nampak apa-apa....

bila baca your situation ni takut pulak, but then memang saya beri extra attention to this 3rd time pregnancy, dah tak sanggup nak lalui 3rd time DNC. Dengar cerita kawan you lepas 2 kali gugur, then berjaya lahirkan anak... alhamdulillah.. hopefully my time will come.Insyallah...

IP : 218.208.32.230

chin_chin

26 . Dihantar pada 10hb Sep 2004 7.21:19 ptg   [Edit]
Tidak semua bleeding diperingkat awal kehamilan menyebabkan keguguran.
Cuma tindakan awal perlu di ambil utk mengatasi masalah tersebut dengan merujuk kepada doktor.Alhamdulillah setelah hampir 4 minggu saya mengalami pendarahan, kini masalah tersebut telah hampir pulih.Bedasarkan respon dr yg merawat saya, masalah tersebut berkaitan dengan uri.Dan memang gejala ini melanda sebahagian wanita diperingkat awal kehamilan.
Tapi kita mmg sah2 lah risau dan tension memikirkan masalah ni.
Bila dh scan sekali lg,alhamdulillah janin membesar dan ada denyutan jantung walaupun peringkat awal Doktor ramal 50-50.
Alhamdulillah doa2 kan selamat.
Dlm Metro Ahad mgu lepas ada rencana ttg kehamilan dan masalah pendarahan ni.

IP : 210.187.216.208

buazo

27 . Dihantar pada 11hb Sep 2004 11.10:39 pagi   [Edit]
betul kata chin_chin tu...tak semua org sama..dulu buazo pun ader gak bleeding sampai jumpa doktor panel..maybe dia kata keguguran..dia pun tak pasti n suggest suruh jumpa doktor pakar..bila jumpa doktor pakar kt Taipan..alhamdulillah..baby ok..jantung dia pun berdenyut2..
n utk maria..bersabarlah..InsyaAllah rezeki tu akan tiba lg..

IP : 210.19.203.100

maria03

28 . Dihantar pada 11hb Sep 2004 11.35:09 pagi   [Edit]
Memang pon..
Ada individu yg mmg mengalami bleeding ketika preggy dan xder apa2 masalah..

But, seperti kata doc. kalo 1st trimester tu elok berjaga jagalah kan..kita ni manalah tahu dalam badan tu kondisi die cemana kan..

Kalo yg jenis kuat..Alhamdullilah...

IP : 219.95.34.29

ngah_2

29 . Dihantar pada 13hb Sep 2004 06.08:45 pagi   [Edit]


Maria- sabar je la ye...blm ada rezeki lagi. Kawan Ngah pernah preg anggur ni...tapi lps tu dia preg semula, x sampai setahun pun. Dia hilang sebelah rahim, Maria pun camtu jugak ke ?

-mcm Maria ckp
quote:
Memang pon..
Ada individu yg mmg mengalami bleeding ketika preggy dan xder apa2 masalah..

But, seperti kata doc. kalo 1st trimester tu elok berjaga jagalah kan..kita ni manalah tahu dalam badan tu kondisi die cemana kan..

Kalo yg jenis kuat..Alhamdullilah...


-betul tu...Dr Ngah ckp apa tau, jgn nak bandingkan org dgn kita @ jgn nak bandingkan dgn pregnancy kita yg lps2...sentiasa berjaga2....bukan senang nak pregnant...hubby Ngah cakap...'ingat senang mcm buat karipap ke ?..he..he..

-Ngah yg 2nd preg bleeding, pasal jln jauh...from KL ke Kuantan...baru 3 bln masa tu...Dr x kasi ubat pun, cuma dia kasi cuti suruh rehat...kalau leh kurangkan gerak, Dr pesan kat hubby, kalau Ngah x reti dok diam ckp dgn dia...kasi masuk wad

-lagi satu pasal bab Dr suruh gugurkan kandungan baby ni...better minta 2nd @ kalau perlu 3rd opinian...bukannya apa, kawan Ngah dah 2,3 org kena...p klinik biasa, Dr tu senang2 jek suruh cuci bila bleeding...then bila dia org chk dgn Dr lain, suruh rehat, tunggu dulu...chk semula...alhamdulillah...ada lagi...

-ok Maria...insyaAllah ada la rezeki nanti, sekurang2nya dah tahu yg Maria mampu preg kan. Lain kali hati2 ye...jgn tension2...bila tahu dah preg tu...rehat2 dulu...biar je rmh tu berterabur...nah munge...

IP : 82.3.32.71

EvaJaque

30 . Dihantar pada 13hb Sep 2004 08.16:30 pagi   [Edit]
quote:
-betul tu...Dr Ngah ckp apa tau, jgn nak bandingkan org dgn kita @ jgn nak bandingkan dgn pregnancy kita yg lps2...sentiasa berjaga2....bukan senang nak pregnant...hubby Ngah cakap...'ingat senang mcm buat karipap ke ?..he..he..



ngah 2.. kalau mcm buat karipap senang la eva nak plan . Me and hubby pon terpaksa merancang sbb ari tu eva gugur kira mengejut la jugak. Sian hubby tengok eva tak larat. Insya Allah try bila eva btol2 sehat

IP : 62.252.128.15

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "