Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Anak : Telinga Bernanah - Cara Mengatasinya
(Pengendali : usoPkuChai )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Anak : Telinga Bernanah - Cara Mengatasinya
wansha

1 . Dihantar pada 09hb Ogo 2004 11.38:34 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Saya mempunya seorang anak perempuan berumur 1 tahun 3 bulan. Dia sering mengalami masalah telinga bernanah dlm sebulan sekali. Saya telah pergi pakar telinga tapi masih sama. Doktor mengatakan kemungkinan masuk air atau selsema boleh menyebab telinga bernanah. Masalahnya saya sangat berhati2 ketika mandi supaya air tidak masuk ketelinga. Tapi masih keluar juga walaupun bukan tiap2 hari, tapi cukup merisaukan. Cuma dlm sebulan atau dua bulan sekali. Yang merisaukan saya apabila nanah tu nak keluar anak saya akan menangis dan badan panas. Bila dah mengalir keluar baru dia ok atau lega balik.

Yang kedua kulitnya sangat sensitif tidak boleh kena nyamuk langsung jika tidak akan membengkak keesokkanya baru surut kemudia meninggal kan parut.

Harap sesiapa yang arif tentang hal ini dapat membantu saya. Terima kasih.

* Mesej ini telah diedit oleh wansha pada 09hb Ogo 2004 11.40:49 pagi

IP : 202.188.228.245

sofea_aki

2 . Dihantar pada 09hb Ogo 2004 11.52:31 pagi   [Edit]


masa kecik2 dulu, telinga aku memang bermasalah macam ni
dan sampai sekarang bila dah besar ni, telinga aku memang tak berapa 'sihat'
kengkadang tiba2 je boleh jadi sakit n menanah walaupun tak seteruk masa kecik2 dulu

pengalaman aku:
masa kecik2 dulu, memang tiap2 bulan aku demam sebab sakit telinga nih(mak aku cakap)
jadi, memang tiap2 bulan kena gi jumpa doktor
bukan doktor biasa, tapi doktor pakar
pastu nanti dia akan bagi ubat cecair--kena titis ubat tu dalam telinga
aku paling benci nak letak ubat tu, sebab rasa macam minum racun
ubat tu akan lalu kat tekak kan..tu pasal terasa macam minum racun tu

anak nko mungkin akan menangis masa letak ubat, tapi ko kena la pujuk2 dia
memang pedih bila ubat tu masuk kat dalam telinga

banyak lagi pengalaman aku pasal penyakit nih
kalau nak tau, tanya la ye!!

IP : 219.96.202.128

wansha

3 . Dihantar pada 09hb Ogo 2004 12.02:14 tghari   [Edit]


Terima kasih. So sampai besar ni bernanah gak doktor tak cakap ape-ape ker. Tak effect ape2 ker ? Risau sebenarnya sebab dia kecik lagi. Doktor tak cakap sebab ape ? Tak ubat tradisional ker ?

IP : 202.188.228.245

sofea_aki

4 . Dihantar pada 09hb Ogo 2004 12.14:14 tghari   [Edit]
Bila dah besar nih...dalam setahun/2 tahun sekali telinga tu jadi sakit balik
tapi tak la seteruk macam masa kecik2 tu

Terbaru pergi check kat doktor, dalam 2 tahun yg lepas kot
dia cakap gegendang telinga dah berlubang
memang takde jalan dah, selain pasang gegendang palsu tu utk tutup kebocoran tu
tapi, oleh sebab mahal, maka aku tak pasang pon...hihi
telinga yg rosak, belah kiri je
memang tak berapa nak dengar sangat
takpe la..redha je

sebenarnya, punca telinga aku menanah masa kecik tu, sebab abang aku pedajal kat aku
dia sembur telinga aku dengan air paip
tu yg buat telinga jadi sakit tu

doktor pesan, tak buleh masukkan air langsung dalam telinga
sebab nanti kuman akan makin membiak kat gegendang tu
mula2 aku cover gak telinga time mandi, tapi sekarang memang tak cover dah
susah wooo nak cover

pasal perubatan tradisional:
rebus akar pokok orkid(bahagian yang gemuk macam bunting padi tu)
pastu perah air akar tu kat telinga
mak aku memang selalu buat macam tu kat aku dulu
ko cuba la ekk!




IP : 219.96.202.128

nurul02

5 . Dihantar pada 09hb Ogo 2004 10.06:38 mlm   [Edit]


kalau anak telinga benanah bolehlah cuba minyak habbatusaudah...keluaran de classic life DCL.Dari pengalaman kawan baik saya minyak ini sungguh berkesan untuk penyakit ini.Ini jelas terbukti apabila anak kawan saya ini berusia 4 bulan mengalami penyakit ini selama 3 minggu tidak baik2 walaupun telah diberikan ubat oleh doktor.
Namun dengan izin Allah die mencuba minyak habbastusaudah dan disapukan kedalam telinga anaknya.pada keesokan harinya...telinga anaknya telah kering.

cubalah.....mudah-mudahan akan meyelesaikan masalah puan.

IP : 161.139.250.114

selina

6 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 11.17:33 pagi   [Edit]
wansha,
dulu anak buah saya pun pernah kena macam ni. masa tu umur dia lebih kurang umur anak wansha la. apa yg saya tau kakak bawak dia pergi ke hospital besar specialist bahagian telinga and then kakak cerita doc kat situ buat a few test pada anak buah saya. antara test yg dibuat oleh doc tu menurut kakak, anak buah saya diletakkan dlm satu bilik dan doc telah buat ujian dgn membuat bunyian dari pelbagai arah dan dari situ doc memperhatikan samada anak buah boleh menangkap bunyi tersebut atau tidak. selebihnya anak buah saya dibekalkan dgn bermacam2 jenis ubatan, tp alhamdullilah sampai sekarang dah tiada masalah cuma badan nye sahaja bersaiz besar sedikit mungkin kesan dari ubat-ubatan yg telah lama dimakan.
nasihat saya bawalah anak berjumpa dgn pakar ye...insyaallah tak de apa2

IP : 219.93.224.222

wansha

7 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 11.39:15 pagi   [Edit]


Terima kasin atas nasihat u all semua. Memang saya telah membawanya berjumpa pakar cuma kelmarin ada keluar balik, tetapi sudah kering malam tadi. Cuma yg merisaukan takut berulan kembali. Faktor yang meyebabkan ia berulang saya tidak pasti. Tapi ubat doktor masih saya teruskan sehingga saya benar2 pasti ia sudah pulihh.

Minyak habbastusaudah tu kat mane saya boleh dapat ?

IP : 202.188.228.194

yusmar

8 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 12.42:56 tghari   [Edit]
Anak kedua saya selalu mengalami masalah telinga tersumbat. Tahi telinga kering.Tahun ni saja dah tiga kali pegi klinik cuci.Seminggu 2 kali kena titis kan ubat telinga untuk melembutkan tahi telinga tu.

Paling teruk sekali bulan lepas sampai tutup gegendang. Kena titiskan ubat setiap hati selama seminggu.Itu pun degil nak keluar.Titiskan lagi selama 1 minggu lepas tu cuci.

Sekarang ni sampai fobia bila check telinga dia.Sekarang ni saya tak boleh lupa titiskan ubat tu kalau tak mulalah dia jadi kering.

Ada tak sapa2 yg menghadapi masalah yg sama atau ada cara yg lain utk mengelakkan ia terjadi lagi.

IP : 141.11.194.4

yusmar

9 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 12.25:56 tghari   [Edit]
takde sapa2 ke yg boleh berkongsi pengalaman?.Risau gak nampak dah nak mula kering, Camne!.

IP : 141.11.194.4

atoncute

10 . Dihantar pada 11hb Sep 2004 3.39:01 ptg   [Edit]
anak aton pun sama gak, umur dia 3bln++..baru isnin lepas kenanyer...asalnyer camnie kita nengok telinga dia tu banyak sangat tahi kita gunakanler cotton buds utk korek...esoknyer nampak cam nanah dan ada cam tanda2 nak demam (bau nanah agak busuk)...pegi panel dr..tak bawak dia skali cuma tanya dr jer...dr suruh i bawak sendiri anak...dia kata kalo bengkak telinga sampai demam tu bahaya skit...takut infection.ptg tu jugak kita bawak dia...dr beri ubat demam & bengkak, lepas 3 ari tak baik lagi makin nanah kita bawak lagi jumpa dr...dr titiskan ubat kat telinga dia...meraungler dia..lepas tu lega kot...terus dia diam...dr bagi skali antibiotik...dr suruh dtg ari nie...maleh nak bawak dia cause tengok dah clear dah telinga...tengokler kalo minggu depan tak ok baru bawak lagik...serius jugak nanah nie yer...apa punca sebenornyer???masuk air atau infection??? my secretary kat office nie kata her daughter pun kena jugak...dia avdice me to refer kat specialist dia cakap kadang2 punca susu yg kita bg tu panas utk badan dia...i pun rasa gak cause anak i nie i kurang bg air suam...camne pendapat korang...nak kena refer kat pakar ke...

IP : 210.19.203.100

atoncute

11 . Dihantar pada 11hb Sep 2004 3.39:02 ptg   [Edit]
anak aton pun sama gak, umur dia 3bln++..baru isnin lepas kenanyer...asalnyer camnie kita nengok telinga dia tu banyak sangat tahi kita gunakanler cotton buds utk korek...esoknyer nampak cam nanah dan ada cam tanda2 nak demam (bau nanah agak busuk)...pegi panel dr..tak bawak dia skali cuma tanya dr jer...dr suruh i bawak sendiri anak...dia kata kalo bengkak telinga sampai demam tu bahaya skit...takut infection.ptg tu jugak kita bawak dia...dr beri ubat demam & bengkak, lepas 3 ari tak baik lagi makin nanah kita bawak lagi jumpa dr...dr titiskan ubat kat telinga dia...meraungler dia..lepas tu lega kot...terus dia diam...dr bagi skali antibiotik...dr suruh dtg ari nie...maleh nak bawak dia cause tengok dah clear dah telinga...tengokler kalo minggu depan tak ok baru bawak lagik...serius jugak nanah nie yer...apa punca sebenornyer???masuk air atau infection??? my secretary kat office nie kata her daughter pun kena jugak...dia avdice me to refer kat specialist dia cakap kadang2 punca susu yg kita bg tu panas utk badan dia...i pun rasa gak cause anak i nie i kurang bg air suam...camne pendapat korang...nak kena refer kat pakar ke...

IP : 210.19.203.100

chetam

12 . Dihantar pada 14hb Sep 2004 3.52:40 ptg   [Edit]
atoncute
Anak chetam pun pernah berair telinga dia masa umur 2/3 bulan.....bawa pi klinik kesihatan kat jalan semenyih....doktor cuma kasi ubat minum saja..tak ada ubat titik. Doktor kata berair sebab jangkitan kuman. Alhamdullilah...sekejap dah baik bila makan ubat doktor tu. Lagi satu, kemungkinan besar, telinga berair kerana suami chetam cuci telinga anak ngan cotton bud. Bapak chetam pesan....jangan sekali-kali korek telinga baby sebab jangan sensitif...nanti terkena gegendang telinga. Cuma cuci bahagian luar saja sebab bapak chetam cakap, tahi telinga tu akan kering dan keluar dengan sendiri.

Memang betul cakap bapak...........berdebuk keluar seketul tahi telinga..............kita yang baru jadi ibu ni kena banyak belajar dari orang2 lama yang berpengalaman.

IP : 203.121.87.75

ikhlasonline

13 . Dihantar pada 14hb Sep 2004 5.02:56 ptg   [Edit]


Kata orang tua-tua... kasi minyak wangi sikit kat telinga tu.. ditambah ngan selawat 3 kali...

Jangan lak kasi minyak wangi yg gie kerja tu...

IP : 210.186.220.41

yusmar

14 . Dihantar pada 14hb Sep 2004 6.48:46 ptg   [Edit]
quote:
kasi minyak wangi sikit kat telinga tu..

Minyak apa tu?.

quote:
berdebuk keluar seketul tahi telinga.....

Tahi telinga tak mau keluar, melekat kat dlm.Sbb anak saya bukan telinga berair, tapi kering .Itu yg kena titiskan ubat utk mengelakkan kering.
Tak tau lah cara lain.Seminggu titiskan sekali, kalau tak takut melekat kat
gegendang.

* Mesej ini telah diedit oleh yusmar pada 14hb Sep 2004 6.50:46 ptg

IP : 141.11.194.4

tafit

15 . Dihantar pada 17hb Sep 2004 7.34:30 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,
Pada adik-kakak yang telinga anak ada masalah, kalau tinggal kat area Penang, pergilah kat Dr Santokh Singh, Jln Sri Bahari dekat dengan Penang Road. Memang nama dia macam pemain bola sepak Malaysia tapi dia still the best. Dia ni memang pakar Hidung & telinga. Bayaran tak mahal sangat, biar kita habis duit masa ni sebab kalau anak-anak kita ada masalah pendengaran, bila dia sekolah dan dewasa lagi akan timbul masalah besar (kurang dengar dan ejekan budak lain, kesian anak ).Cubalah adik-kakak ye..terima kasih sebab sudi baca.

IP : 219.95.103.129

sitizulieani

16 . Dihantar pada 17hb Sep 2004 9.00:17 mlm   [Edit]
sekadar kongsi petua tradisional

org tua2 bakar daun lidah biawak, titis dlm telinga,

IP : 219.95.154.219

NoorMasri

17 . Dihantar pada 17hb Sep 2004 11.58:32 mlm   [Edit]
Selalunya telinga bernanah sebab infection so doc akan bagi antibiotik..kadang2 baby yg demam selsema byk hari boleh dpt infection kat telinganya. Dulu baby kawan akak camtu la, lepas doc bagi antibiotik terus baik. Kalau telinga anak bernanah jgn tunggu lama-lama pi terus jumpa doc dan jgn titis ubat sembarangan tanpa nasihat doc sbb gegendang telinga kawasan yg sensitif.

Anak2 akak semua akak bersihkan telinga depa guna cotton bud cuma pastikan cotton bud tu atau tangan kita masa pegang cotton bud tu bersihlah takut jangkitan kuman lak. Kalau korek dgn cotton bud jgn la sampai ke dalam bahagian2 luar dah la..sbb kalau tak bersihkan telinga nampak taik telinga meleleh kawasan luar tu nampak cam parents tak jaga kebersihan anak2 lak, tu pendapat akak lah

IP : 195.92.67.208

lilo_stitch

18 . Dihantar pada 18hb Sep 2004 00.57:53   [Edit]
wansha,
lilo ingin berkongsi pengalaman. Anak lilo ke 3 (5 thn) pernah beberapa kali menghadapi masalah yg serupa. Normally bila pergi ke klinik biasa, depa akan bagi ubat titik untuk keringkan nanah. Until one day, anak lilo kena lagi so, this time lilo bawa jumpa pakar ENT. Waktu tu keadaannya tak teruk sgt, doktor berikan dia antibiotik & ubat titik di samping membersihkan & mengeringkan nanahnya. Alhamdulillah, dia sembuh.

Kemudian akhir tahun lepas, sekali lagi telinganya bernanah kalau dulu cuma air berwarna sedikit keruh, kali ini agak kecoklatan spt darah. Sekali lagi lilo bawa jumpa pakar ENT yg sama, oleh kerana kali ini dia mempunyai rekod di sana, thorough check dibuat... Doktor found out yg selain nanah, ada sedikit tisu berwarna putih. Doktor suspect dia menghidap penyakit bernama cholestoma & nasihatkan lilo buat further check up & treatment utk anak lilo. Langkah pertama yg perlu dibuat ialah membersihkan telinga anak lilo. Oleh kerana badan anak lilo agak besar sedikit dan akan meronta kerana sakit sewaktu Dr bersihkan, lilo minta anak lilo diberikan anaesthetic dan Dr bersetuju.

Oleh krn tidak tau apakah penyakit choalestoma dgn lebih lanjut, lilo surf di internet... Ya Allah, Nauzubillah... betul2 menakutkan. Jika lambat dirawat, boleh menyebabkan pesakit kehilangan deria dengar. Paling menakutkan, boleh menyebabkan kerosakan pada otak & hilang ingatan. Malah ada support group & yahoo group di internet yg membantu pesakit2 dan keluarga mereka menghadapi hari2 akan datang.

Berbalik pada kisah anak lilo, akhirnya Dr selamat buat minor operation & membersihkan telinganya. Alhamdulillah, setakat ni dia tak menghidap cholestoma. Cuma Dr nasihatkan lebih berhati2, jgn biarkan air memasuki telinga dan segera dirawat dan jgn biarkan dia menghidap selesema berlanjutan. Dan alhamdulillah juga hampir setahun dia menjalani minor operation tersebut, hingga kini dia tidak lagi mengalami masalah telinga berair/bernanah. Dan lilo akan check telinganya dari masa ke semasa.

Nasihat lilo pada wansha or sesiapa juga yg menghadapi masalah anak telinga bernanah, pergilah berjumpa dgn ENT bukan Dr biasa. Biar kosnya tinggi, agar kita tak menyesal kemudian hari bila anak kesayangan kita kehilangan deria dengarnya... Nauzubillah..

* Mesej ini telah diedit oleh lilo_stitch pada 18hb Sep 2004 01.01:44 pagi

IP : 210.195.12.86

cik_donna

19 . Dihantar pada 20hb Sep 2004 3.08:22 ptg   [Edit]
Aku selalu korek telinga anak aku.. emmm tak apa ke? Sebab aku suka telinga dia bersih, hidung dia bersih, badan dia bersih. Emm.. takut lak.. harap2 takda apa-apa.

IP : 219.93.8.8

adikcomelx

20 . Dihantar pada 20hb Sep 2004 3.19:34 ptg   [Edit]
quote:
Nasihat lilo pada wansha or sesiapa juga yg menghadapi masalah anak telinga bernanah, pergilah berjumpa dgn ENT bukan Dr biasa. Biar kosnya tinggi, agar kita tak menyesal kemudian hari bila anak kesayangan kita kehilangan deria dengarnya...
..Satu tindakkan yang bijak!
.. berjumpa terus kepada doktor pakar yang khusus bidang-bidang mereka adalah penting..kerana doktor pakar lebih ariff dalam pengkhususan yang dirawat..
..doktor pakar ada prosedur dan peralatan yang khusus untuk melihat dan mengkaji/ujian lab penyakit yang dhidapi pesakit dapat dianalisa..

IP : 161.142.112.5

jen

21 . Dihantar pada 20hb Sep 2004 4.15:46 ptg   [Edit]
pernah baca somewhere, antara mende2 nak elak ear infections kat budak2:

1) minum susu jgn terlentang
2) jgn guna pacifier

IP : 219.93.8.5

aloya

22 . Dihantar pada 23hb Sep 2004 2.02:29 ptg   [Edit]
haah...betulll .. jangan bagi anak minum susu sambil baring...

dulu anak akak pun cam gitu gak... sentiasa telinga dia bernanah masa umur bawah 2 tahun... boleh dikatakan tiap bulan mesti kena infection ni.. risau memang risau sesangatt... jumpa dr, kata tak de pepe...

alhamdullillah.. sekarang ni dia dah masuk 4 tahun, telinga dia tak bernanah dah tak rosak...

IP : 210.186.18.223

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "