Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> CONFUSE&NEEDHELP : Pregnant kah aku?Pandangan ahli MDC PEREMPUAN, pls
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : CONFUSE&NEEDHELP : Pregnant kah aku?Pandangan ahli MDC PEREMPUAN, pls
noridz

1 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 4.39:45 ptg   [Edit]


kengkawan tolong lah noridz ni...tak tau samada noridz pregnant ke tak sebab noridz dah buat urine pregnancy test 2x (satu sendiri dan satu lagi doct klinik, minggu lepas) tapi keduanya negative. masalahnya noridz dah lama tak period ni sedangkan tak pernah jadik macam ni. utk pegetahuan, noridz dah kahwin dekat 8 bulan tapi tak pernah period lwat selalunya mesti on time. ada kawan kata suruh scan sebab dia dulu pregnant 2 bulan tapi urine pregnancy test tu still negative dan bila dia scan, ada budak kat uterus-positif ler...

dan satu lagi, ada ke doct klinik tu kata kalau tak period jugak, dia bagi ubat kasi period? sedangkan setahu noridz kalau contohnya pregnant, dan di beri ubat tu, means benda tu boleh gugur dan kalau tak abis digugurkan boleh tertinggal kat rahim dan kena kikis pulak (D&C).
Geram betul kat doct tu sebab dia tak gtau cara2 lain nak kesan pregnancy cthnya SCAN. jadi sekarang ni, noridz ingat nak gi scan. tapi nak tanya sama ada kengkawan pernah mengalami sebegini dan sebenarnya anda pregnant sedangkan UPT tak menunjukkan kepositifannya?
thankssssss

IP : 203.106.36.54

dowry

2 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 4.47:53 ptg   [Edit]
laa..kesianya noridz..tak dapat dowry nak tolong sbb tak ada pengalaman mcm ni..errr apa kata pi jumpa dr lain ? Jgn la ambil ubat utk period tu dulu..

IP : 192.228.129.114

Liz_Dee

3 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 5.15:20 ptg   [Edit]
Setahu liz, jarang kes mcm kawan noridz tu..

Yang selalu dengar bila buat pregnancy test, peratusan tepat dia ialah 99.99%

IP : 202.75.160.254

HafDanHarSha

4 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 5.32:43 ptg   [Edit]


mcm kes my sis in law plak...buat UPT 2x positif but bila pegi scan doc kata tak nampak/tak de..then bleeding for 3 days pastu stop...lepas 2 minggu kene p check balik...tunggguuu!

for your case...baik p jumpa doctor lain...yg bagus/pofular sket...kengkadang silap..maklumlah manusiaa...jgn susah ati sgt...kang tak jadi plak kang..senang ati sgt pun x bleh gak...relax & cool jer ok...all the best!

IP : 203.106.8.2

Liz_Dee

5 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 5.38:08 ptg   [Edit]
Noridz, boleh tanya, dah berapa hari lambat tu?

IP : 202.75.160.254

abgsir

6 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 5.40:04 ptg   [Edit]
abgsir malas komen, walaupun abgsir tak period, dan klu lebih bulan pun tak pregnant juga...hanya lebih aje.

* abgsir nak2 yg pregnant

* Mesej ini telah diedit oleh abgsir pada 06hb Ogo 2004 11.21:09 pagi

IP : 219.93.199.140

asmaan

7 . Dihantar pada 05hb Ogo 2004 7.17:20 ptg   [Edit]
noridz

dah bape hari lewat kalau under 2/3 minggu mmg la tak nampak sangat lg .. & selalu urin test akan tersalah... tunggu la lagi ... biar dah cukup sebulan baru la test balik k...

IP : 219.95.6.191

irdhani

8 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 08.59:16 pagi   [Edit]
Try jumpa doktor pakar sakit puan, kot la ada penyakit lain pulak... macam kawan dhani sorang tu, 4 bulan tak period! Instinct dia kata, dia pregnant... tapi doktor test, negative... scan pun negative... dia pi jumpa doktor pakar sakit puan, doktor syak dia ada penyakit... test itu, test ini (dia elakkan ambil sebarang ubat sebab dia still yakin yang dia pregnant)...

Lastly, doktor suruh dia balik dan datang bulan depannya... doktor kata, kalau bulan depan tak period gak, doktor akan bagi dia ubat untuk period... yang kelakar, bulan depannya pi check (scan & urine test), sah positive... dah 5 bulan!!!! heheheheheeee...

IP : 203.115.226.151

bungakertas

9 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 09.29:45 pagi   [Edit]
noridz

MUngkin pregnant..kot? pengalaman akak, bf baby. selama setahun 5 bulan tak period2. tapi tak kisah sbb dr. kata biasa. then,dah period plak bulan berikutnya. (dah 1 1/2 tak period). pastu tak period pulak. suspens. akak pi lah check dr dan test sendiri. langsung negative. tapi dalam masa 3 bulan selepas tuh akak rasa sakit badan dan asyik demam. makan pun muntah2. ingat keracunan. pi check .. alhamdulillah dah nak masuk 4 bulan. hehe.. rezeki...

IP : 161.142.92.203

locengpuasa

10 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 10.01:16 pagi   [Edit]
asm, pengalaman saya pulak.

Miss period seminggu saya check sendiri - negative.
Miss dua minggu check kat klinik - negative
Miss 4 minggu check sendiri - positive
The next day gi check kat klinik - positive

Kdg2 kalau terlalu awal, hormon tu tak dpt dikesan. Kalau urine test kata negative, cuba buat blood test, insyaALlah lebih accurate selain scan.

Lagi satu, buat test tu guna first urine. Maknanya urine masa awal2 pagi sbb hormon masih pekat dlm urine. Kalau dah petang2, hormon dan cair susah nak dpt result sebenar.

IP : 202.185.38.122

eynda

11 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 10.04:09 pagi   [Edit]
He!He!He! Takde pengalaman macam tu. Eynda dulu miss period 1 hari je, esok tu bila ambik urine test dah pregnant 1 bulan setengah .

IP : 219.95.20.112

maria03

12 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 10.09:29 pagi   [Edit]
Uiks?
Eynda, lewat sehari preknen 1 bln setengah?
maria lak lewat sehari di kira preknen sebulan..

Tapi mmg betulla sesetengah org x accurate hormon die, even dah 2 weeks delay pon still line tu x clear sgt tapi nampakla, ade yg langsung x nakpak..kena tunggu sebulan baru nampak..

org kata kalo period lambat ni tapi die tetap dtg maknanya bulan seterusnya tu nak lekatlah..WAllahualam..

IP : 219.94.81.90

eynda

13 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 10.15:45 pagi   [Edit]
maria,

Itu yang doktor cakap . Eynda pun memang tak sangka nak pregnant, siap sehari sebelum tu angkat air penuh dlm baldi . Menyesal pulak, kalau tahu dah pregnant takde la buat kerja berat-berat. Selalunya period ni bagi sign jugak kalau nak ngandung. Kalau sebulan dua tu period datang sikit-sikit, atau colour dia berbeza dgn period biasa, mungkin nak pregnant.

Ada jugak yg datang period setiap bulan, tapi bila rasa sakit dlm perut, doktor sahkan mengandung 5 bulan. Yang ni pun risau jugak, mana le tahu dok amalkan ubat diet ke tiba-tiba baru tahu pregnant. Bahaya tu....

IP : 219.95.20.112

Sunflower79

14 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 2.08:11 ptg   [Edit]


noridz,
pengalaman saya la, lewat period 70++ hari lebih, check urine test memang negatif. After 4x check still negatif, then buat scan pun still dr kata x nampak.. yg ada cuma pocket of angin..

frust memang frust.. dr bagi ubat utk keluarkan period, tapi hubby x bg mkn.. then the next day, pg jmpa bidan kg, mtk pendapat dia, dia pun pegang la perut sunflower, dia ckp ada tp kecil lg.. agak2 1 1/2 bln..

Masa tu memang confuse gile.. x tau nak caya kat sapa.. hati dok cakap makcik tu tipu.. tapi lepas seminggu, badan dah mula rasa lain, kepala dah mula berat, hubby ajak g klinik tp sunflower x nak.. hubby belikan test kit tu lg, pagi 1st urine check, memang ada 2 line tu.. clear sgt.

Sunflower g jumpa dr dia pun terkejut.. lucky x mkn ubat yg dia bg.. One thing, jgn risau sgt.. tenangkan hati.. ingat tuhan bebanyak.. doa selalu.. buat solat hajat mtk di murahkan rezeki.. insyaallah ada la tu.. kalau bukan ari ni mungkin esok, mungkin lusa..

sekarang ni sunflower dah masuk 7 bln lebih.. insyaallah middle of Oct ni due..
Cuba amal kan doa ni:
"Ya Allah, aku bermohon pada mu, berkatilah doaku, kurniakan kepada ku zuriat yang terbaik."

* Mesej ini telah diedit oleh Sunflower79 pada 06hb Ogo 2004 2.14:04 ptg

IP : 219.95.91.55

Lynnda

15 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 2.17:28 ptg   [Edit]


legaaa baca stori korang....

IP : 218.208.18.131

cheq

16 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 3.03:57 ptg   [Edit]



Dah berapa hari lambat?

IP : 219.93.81.254

rsdsp29

17 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 3.18:42 ptg   [Edit]
noridz...akak rasa elok gi jumpa doktor lain...kita ada hak ape...tapi lewatnya berapa lama.. kalau setakat seminggu beza tu,biasa aje...Jangan banyak berfikir yg tidak-tidak...fikir yg baik-baik manalah tahu ada rezeki...tentu seronokkan....

IP : 202.188.40.137

Mrs.Noris

18 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 3.36:18 ptg   [Edit]
Noris pun dah byk kali kena camtu...paling worst bulan lepas ...dah 11 hari tak period...tetiba ada tu frust giler sbb first time check urine ada line 2 wlwpun second line tak clear..frust amat2 masa tu, sampaikan cancel pi conference kat sabah sbb takder mood.

bulan ni lak, masih lewat lagi dah 7 hari...pening ngn muntah mmg ada tp yg ketara pening, pagi td awal pagi check urine test...tp takder gak..tak la frust sgt cam bulan lepas...sbb takut utk mengharap wlwpun dah mencuba gegila punya..

tp noris masih pening, kdg2 rasa berpusing semua bende, cam mlm semlm sampai tak leh angkat, sampai hubby kena papah sbb bergerak jer pening..
check doc dia kata hilang imbangan dlm badan la, stress la, too much keje la...too much tgk pc la..mcm2.

ntah la dah takut utk mengharap sgt2...tp masih berdoa, kalau benar mcm yg u guys punya pengalamn, seronok dan lega hati noris, sbb mmg dah kepingin baby, dah setahun kawen..

tp kalau takder gak bulan ni, noris nak pi consult specialist...doa kan aku..

IP : 219.95.137.60

noridz

19 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 4.04:16 ptg   [Edit]


maaf la lambat reply sebab banyak keje sikit. lagi pun macam tak sedap badan la...ni dah 3 hari tengah jaga machine bypass, dok ngantuk je..balik umah terus tido..pinggang kurang sikit la. ohya, ada yang tanya pasal berapa hari lewat kan?

okay. period sebelumnya tu, noridz kena pada 15 jun dan habis lebih kurang 5 hari. jadi noridz kira 28days cycle tu, kena pada 12 july dan kalau lwat pun sehari iaitu 13/7. noridz tak pernah selwat macam ni. selalunya mesti tepat...noridz baru kahwin, takle baru tapi baru 8 bulan. sekarang ni kalau kira dari hari pertama period kitar lepa, dah 53days dah ni. tapi kalau kira dari hari miss period tu, 26hari lah..

pahtu kan, noridz tengokinternet, hormon yang ada semasa pregnan iaitu hcg (human chorionic gonadotropin) akan dapat dikesan dalam air kencing tetapi ada setengah orang, senang sangat dikesan biarpun amount yang ditrace tu sikit sangat, UPT selalu bleh kesan. tapi ada setengah orang lagi, hormon tu tak cukup kuat. noridz dah buat macam yang kawan2 cakap iaitu kena buat test masa urine yang pertama waktu pagi atau kena tahan dari kencing 4 jam sebelum buat test. tapi tak da la...

dan dari apa yang noridz baca, kalau pregnant, uterus akan start keluarkan fluid yang bertujuan untuk protect feotus dari infection dan fluid ni akan keluar sikit-clear fluid- melalui vagina kita. dan noridz dapat rasa jugak hal ni.

mengenai dokt tu, noridz ingat noridz nak cari doct lain. aridz pun cakap macam tu, dia suh carik doct lain.

pasal kawan noridz tu, betul, tak tipu. dia test, negative tapi, hari makin hari, perut jadik besar. scan2, da 2 bulan lebih...

ingatkan kalau dah tahu result tu, bleh la noridz g tau mum in law esok sebab esok nak balik kg ni...tapi nampaknya masih samar2 lagi...kawan2 semua doakan noridz okay?..

thank you so much for sharing such a valuable info. kalau ada berita nanti, noridz nak share ngan kengkawn, okay?

IP : 203.106.36.54

Mrs.Noris

20 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 5.24:32 ptg   [Edit]
noridz,

tanda2 yg u bg mcm kuar fluid kat vagina tu pun noris ada rasa, penin toksah ckp la...
breast ada sakit tp tak sangat, perut lak sakit kat ari2 dlm 1-3 saat jer pastu ok..pastu ulang balik..

kita pun sama mcm awak...mengharapkan miracle dr Tuhan....sbb bulan lepas dah lambat so harap2 melekat lah...

tanda2 nak pregnant ada ker sakit mcm kita nak period jugak mcm, sakit breast, sakit ari2, pinggang ke punggung?

IP : 219.95.137.60

asmaan

21 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 5.25:01 ptg   [Edit]
nak pregnant sama .. mesti best kan bila pregnant

IP : 219.95.15.25

abgsir

22 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 5.45:39 ptg   [Edit]
kalu satu kedah dan satu kat Kl camner nak pregnant, mesti orang kata sekali sekala pun menjadi?.
abgsir kata mungkin guna guna2 atau pos2, klu tak guna guna2 atau pos2 tentu orang tuduh macam2.
cam as....guna tiori apa lak?

* abgsir tidak guna

IP : 219.93.197.207

asmaan

23 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 5.51:10 ptg   [Edit]
abg sir

as tak de guna teori ape˛ tp ari nie as tak sihat ... kepala asyik pening je .. tak lalu makan, meloya gak sikit˛ apakah maknanye ini ?

IP : 219.95.15.25

abgsir

24 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 6.04:18 ptg   [Edit]
dengki ngan as...

IP : 219.93.197.207

asmaan

25 . Dihantar pada 06hb Ogo 2004 9.07:20 mlm   [Edit]
abg sir

kenape dengki ngan as nie ? apa salah as nie ....

IP : 219.95.15.25

Ashsha

26 . Dihantar pada 07hb Ogo 2004 03.15:32 pagi   [Edit]
sha pulak rasa tanda2 cam pregnant maklum dah pernah lalui dulu tapi buat UPT jawapan -ve. sedih juga tapi hubby dah ingatkan jgn terlalu mengharap.bila takde,kita juga yg meraung kesedihan penuh kehampaan.kalau ada,kita terima dgn penuh kesyukuran.tapi kalau takde,pandai2 la berusaha dgn keras!!

IP : 161.142.226.103

LindaSham

27 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 2.00:38 ptg   [Edit]
noridz

Pengalaman linda dulu, 2 kali wat UPT..Semuanya negatif..Tapi masa tu, badan dah lain macam..cam nak demam, loya dan macam2 lg lah..1st wat UPT kat umah..jawapan negatif..2nd gi jumpa dr, dr wat still negatif...3rd gi jumpa dr lain plak, baru positif..masa tu dr dah sahkan pregnant 7 minggu..sekarang ni dah branak dah pun..2 bulan lepas...heeheee..

Biasalah tu..mula2 kawen dulu pun,. period linda lewat 10 ari..ingat dah pregnant, tup2 tak..period dtg plak..sedih...

Actually, kekadang period lewat ada kaitan ngan hormon, tekanan dll..so jgn tensen2...try lagi ekk...kalau still period xdtg gak, baik jumpa dr O&G..ha...linda bekerja under dr pakar O&G..so, bleh ahh linda rekemenkan...kalau berminat, bg tau lah ekk..key...smile...

IP : 161.142.112.8

Nurcahaya04

28 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 1.40:39 tghari   [Edit]
Ini macam kes kakak saya sewaktu kakak saya mengandung anak yang pertama......serupa betul, dia tak datang bulan kat 1 bulan, bila pergi klinik dokter kata dia tak mengandung.....dia jadi benggang kerana dia dapat merasakan bahawa dia sudah mengandung (ada ayat alquran mengatakan bahawa selepas 4 hari iaitu selepas persetubuhan akan berlaku pembentukan janin dari sehalus kuman sehingga menjadi janin yang besar).....pernah juga berlaku seorang wanita mengandung tetapi masih datang bulan itu dinamakan "bunting pelanduk"
tapi apa yang berlaku pada kakak saya dia yakin dan dapat merasai bahawa dia sudah mengandung. Dokter hanya berjaya mengesahkan dia mengandung setelah dia tak datang bulan selama 3 bulan (baru dokter mengesahkan bahawa dia mengandung).....kakak saya bersalin ketika usia kandungannya 7 bulan (ikut kiraan dokter)......tapi anak kakak saya tu seberat 3.15 kg......

Sama juga seperti kawan opis saya nie dia yakin dia dah mengandung.....selalunya dokter akan tanya apakah warna darah haid yang terakhir?????????? adakah merah darah/merah kehitam-hitaman/hitam pekat...berapa jumlah terakhir datang bulan dan selalunya dokter akan tanya perkembangan periond sepanjang tempah 2 bulan sebelum itu.

IP : 219.93.8.15

cheq

29 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 2.26:04 ptg   [Edit]



untuk semua kawan-kawan saya baru balik dari hospital kerana melihat member bersalin.

saya pegi tengok member tadi ini pun saya baru balik saya nak citer ada sebelah katil member saya tu dia citer tadi

dia kawin 8 tahn tapi tak der rezeki sampaikan dia berubat bermacam-macam semata-mata nakkan anak tapi kuasa Allah siapa pun tak leh menghalang.... sebabnya dia menunggu bertahun-tahun nak anak sampaikan dia naik lali kalau dia tak datang period kiranya dia tak kisah sangat..

last2 dia rasa lain macam dalam perut gerak2 dan baru dia pegi hospital last2 doktor sahkan dia pregnant 7 bulan dia macam tak caya dia bersalin baru nak masuk 5 hari.

saya dengar citer dia macam tak percaya.. tu laaa... kan kuasa Allah

Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berusaha dan berdoa ajer

moga2 Allah akan kurniakan juga rezeki pada kita.

Wassalam.................

IP : 219.93.81.254

March95

30 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 2.36:49 ptg   [Edit]
dari cara awak explain yg selalu mengantuk & letih tu rasa2nya macam org pregnant, sebab dulu kita pun ada sintom2 cam tu jugak, cuba jumpa doktor pakar sakit puan pulak.

IP : 61.6.54.11

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "