Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> PARENTING: : Jus limau boleh cegah hamil ?
(Pengendali : usoPkuChai )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : PARENTING: : Jus limau boleh cegah hamil ?
Liz_Dee

1 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 08.40:17 pagi   [Edit]
Jus limau boleh cegah hamil



BUAH-BUAHAN dari keluarga limau dikenali kerana kandungan vitamin C yang tinggi yang dapat menghindari seseorang daripada penyakit tertentu. Pada abad ke-18 misalnya, seorang doktor Scotland, James Lind, mendapati limau berkesan dalam merawat skurvi, sejenis penyakit darah yang disebabkan kurangnya vitamin C dalam pemakanan.

Pada sekitar abad itu juga, wanita-wanita di persekitaran Mediterranean mendapati, span yang direndam dengan jus lemon dan diletakkan di faraj sebelum mengadakan hubungan seks berkesan bagi mengelakkan kehamilan.

Beberapa kajian yang dijalankan terhadap penyakit HIV, bukti-bukti awal mendapati jus lemon juga mampu bertindak sebagai pelindung terhadap jangkitan seks itu.

Pengerusi, Population and Community Development Association (PDA) yang berpusat di Bangkok, Mechai Viravaidya, berkata berdasarkan kajian yang sudah dijalankan terhadap buah-buahan ini, pihaknya melaksanakan projek Manao (limau dalam bahasa Thailand) bertujuan sebagai satu kaedah merancang keluarga.

Jika sebelum ini kajian hanya dilakukan di makmal, melalui projek ini pihaknya bercadang menjalankan percubaan klinikal terhadap manusia bagi melihat kemampuan dan keselamatan jus buahan ini sebagai bahan penghalang kehamilan, katanya.

Katanya, limau dan lemon yang berasal dari India, China dan Asia Tenggara kini ditanam di kebanyakan tempat di dunia dan di Afrika Selatan harga lima biji lemon sama dengan satu kondom.

Oleh kerana seseorang wanita itu memerlukan hanya tiga mililiter jus (kira-kira satu sudu teh) pada vagina setiap kali mengadakan hubungan, sebiji limau sudah memadai, tambahan pula jus limau tidak merosakkan getah kondom, katanya.

Katanya, dengan jangkitan HIV berterusan merebak terutama di negara membangun, lebih ramai wanita muda mendapat jangkitan berbanding lelaki yang mana keadaan sosial memaksa mereka mengadakan hubungan dengan lelaki tua juga lelaki yang mempunyai virus ini, yang mana mereka ini tidak mahu menggunakan kondom.

Oleh itu apa yang diperlukan adalah perlindungan diri seperti microbicide yang akan membunuh virus HIV sebelum ia sempat merebak kepada mereka, katanya.

Kajian-kajian yang dijalankan menemui bukti menggalakkan bahawa lemon atau jus limau bertindak sebagai penghalang kehamilan dan juga microbicide.

Felo Profesor Wexler di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Universiti Melbourne, Profesor Roger V Short dalam kajian tabung uji yang dilakukannya mendapati, jus lemon mematikan virus HIV.

Keberkesanan lemon dan limau sebagai penghalang kehamilan adalah disebabkan keasidannya yang menghalang sperma daripada bergerak untuk memasuki telur dan seterusnya menyubur.

Jika satu unit jus buahan ini dicampur dengan empat unit sperma, dalam masa 30 saat kesemuanya tidak akan dapat bergerak terus.

Beberapa organisma penyakit jangkitan seks seperti siflis, gonorrhoea, chlamydia dan HIV juga diketahui boleh mati dengan keasidan di bawah pH4, jadi ada kemungkinan bahawa jus lemon atau limau melindungi wanita daripada jangkitan penyakit ini.

Keasidan jus buahan ini disebabkan kandungan asid sitriknya dan bahan ini adalah metabolik semula jadi tubuh yang mana ia juga terdapat dalam air mani, walaupun konsentrasinya tidak cukup tinggi untuk mematikan sperma.

IP : 202.75.160.254

Sweety

2 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 09.20:37 pagi   [Edit]
yer ker.. aku ari2 dok minum teh o ais limau.. jus limau.. dan semua yg berkaitan dgn limau.. tak der pun.. pregnant jugak .. hehehehe.... setahu aku.. kalo org nak kurus ... mkn/minum ... dgn menggunakan limau ler salah satu caranya..

IP : 203.106.8.195

Liz_Dee

3 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 09.24:29 pagi   [Edit]
dia kata bubuh juice tu kat tooot.. Bagi sperma mati. Ini antara salah satu cara. Percentage keberkesanan tak tau lagi.

IP : 202.75.160.254

yazreina

4 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 10.44:12 pagi   [Edit]


hehehhehe.....

kan ada kondom perisa strawberi.. pasni buatla kondom perisa limau plak...

IP : 61.6.67.98

khaironnisa

5 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 2.21:18 ptg   [Edit]
lakulaaaa buah limau lepas ni pakat p beli...

IP : 219.93.79.2

PnAnn

6 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 2.32:43 ptg   [Edit]

Tidak semua limau..yang paling elok limau nipis..kerana kadar asid yang paling tinggi.

Apa pun tidak elok diamalkan..merosakkan kesan kemutan vagina.

IP : 210.19.241.4

Liz_Dee

7 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 2.35:54 ptg   [Edit]
Hehe... nanti bila manis, takut pulak dihurung semut..

IP : 202.75.160.254

nitacyber

8 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 2.39:35 ptg   [Edit]
quote:
Apa pun tidak elok diamalkan..merosakkan kesan kemutan vagina

PnAnn....ekekekee.... bila dipikir2kan balik ada betulnya jugak tajuk nie...jus limau boleh cegah hamil....mana taknya???...bila dah kesan kemutan kurang...projek pon kurang...jadi...kehamilan mmg boleh dicegah........

IP : 202.168.65.251

PnAnn

9 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 2.41:55 ptg   [Edit]

nita
ko bab niiiii...cepat ajeeee.....sebab dah kecut kesan kena air limau....sebab itu tak boleh menjadi..

IP : 210.19.241.4

Ashsha

10 . Dihantar pada 08hb Ogo 2004 1.20:37 tghari   [Edit]
kalau hubby yg minat minum air limau nipis pun wife dia tak jadi le pregnant erk???

IP : 61.6.130.102

abgsir

11 . Dihantar pada 08hb Ogo 2004 7.49:33 ptg   [Edit]
abgsir tau camner nak elak pregnant, sebab sohor ajar bagaimana cara elaknya. sohor kata isteri dia pun tak pregnant bila diamalkan. dia perturunkan ilmu tu pd abgsir sebagai persiapan, abgsir pun belajar. sekarang dah pandai. sohor pesan jangan beritahu orang...rugi.

* abgsir dah lama amal

IP : 219.95.102.176

azlalchedin

12 . Dihantar pada 08hb Ogo 2004 8.14:13 mlm   [Edit]
quote:
Katanya, dengan jangkitan HIV berterusan merebak terutama di negara membangun, lebih ramai wanita muda mendapat jangkitan berbanding lelaki yang mana keadaan sosial memaksa mereka mengadakan hubungan dengan lelaki tua juga lelaki yang mempunyai virus ini, yang mana mereka ini tidak mahu menggunakan kondom.

yer ke.......
donia....donia,...

IP : 210.187.156.126

asmaan

13 . Dihantar pada 08hb Ogo 2004 9.01:36 mlm   [Edit]
oooo... kalau mcm tu kena mengurangkan la makan limau ... tp kan limau baik untuk kesihatan

limau nipis je kan Pn Ann

IP : 219.95.15.122

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "