Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Makan Nestum : Bilakah umur sesuai?
(Pengendali : usoPkuChai )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Makan Nestum : Bilakah umur sesuai?
pak_sheikh

1 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 12.25:32 tghari   [Edit]
Assalamualaikum,

Anak saya baru berumur 3 bulan hari ni.
Dia dah start makan nestum beras semalam.
Pertanyaan saya, adakah apa2 side effect kalau kita bagi makanan ni lebih awal yg sepatutnya 4 bulan ke atas? Sebabnya, kalau kita bg makan nestum ni..dia cepat kenyang...takla sentiasa merengek nak susu ibu dia..maklumlah ibu dia keje pagi,petang baru balik. Susu tepung pun dia minum jugak..tapi nestum pun dia bedal...

Apa kata yg berpengalaman di luar sana?

IP : 202.187.24.11

helda

2 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 12.33:01 tghari   [Edit]
wahhh cepat nya makan nestume....tak boleh tu sbb usus baby lemah lagi...takut tak leh terima makanan lagi...dikhuatiri akan member kesan terhadap kesihatan ususnyer...kalau tanya doktor mau kena marah...even baby 6 bulan pun kalau nak bagi nasi kena kasi betul2 hancur...sbb tu nestume sesuai utk baby 6 bulan...tapi 4 bulan ada yg dh boleh kasi...maybe jgn byk kot...ini drp pembacaan helda and bertanya pada doctor sendiri la...tak tau kalau ada pendapat lain...mungkin sekarang ni kita tgk dia elok jer kenyang...tapi takut masalah tu timbul setelah dia dewasa kelak...wallahualam...

* Mesej ini telah diedit oleh helda pada 06hb Mei 2004 12.34:03 tghari

IP : 219.93.6.7

semutmerah

3 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 12.33:13 tghari   [Edit]
farhan start makan nestum masa umur seminggu!
bancuh cair-cair (tak jauh beza kepekatannya dengan susu biasa)...
nestum yang pekat tu, memang tak pernah bagi kat dia...
masa umur 3 bulan, farhan makan bubur nasi yang dilenyek
(rupa bubur nasi tu sama cam nestum gak lepas dilenyek atau blend
bezanya, bubur nasi tu lengkap dengan lauk dan sayur fresh)
yang penting, seimbangkan dengan jumlah air kosong supaya penghadaman dia lawas..

kalau ikut perubatan moden (doktor) memang tak boleh...
tapi semut gamble ajer sebab mak kata,
"umur ko 3 hari, mak dah lenyekkan nasi impit..."
heheheheheheeee... ganas tuh!

* Mesej ini telah diedit oleh semutmerah pada 06hb Mei 2004 12.35:59 tghari

IP : 203.115.226.145

daun

4 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 12.37:26 tghari   [Edit]
BOLEH BAGI TAPI SEELOK-ELOKNYA MASA NI SAMPAI 4 BULAN GENAP BAGI DIA SUSU+NESTUM CAIR. KALAU BIASA PAK SHEIKH BAGI DIA MINUM SUSU 4 SUDU, KURANGKAN DUA SUDU DAN DIGANTI DENGAN 2 SUDU NESTUM. TAKUT KALAU SUAP NESTUM, USUS DIA TAK TAHAN UNTUK PROSES. BIARLAH CAIR-CAIR SIKIT. SISTEM PENGHADAMAN DIA BARU NAK OPERASI.

4-6 BULAN :
KALAU MALAS MASAK UNTUK DIA, BAGI JE NESTUM IKUT STAGE. TAPI KALAU NAK MASAKKAN UTK DIA, BUSUR NASI + SAYUR, BLEND KAN KEMUDIAN TAPIS. BARU BAGI SAMPAI UMUR 6 BULAN.

6-12 BULAN :
BOLEH BAGI MAKANAN LENYEK JE.

KALAU NAK ANAK SAYANG KITA LEBIH, KENALAH MASAKKAN UNTUK DIA. BIAR DIA MAKAN AIR TANGAN KITA BARULAH ANAK TAK DEGIL.
INSYA ALLAH.

IP : 219.93.8.5

chetam

5 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 12.41:16 tghari   [Edit]
Jiran chetam ada 5 orang anak kecik-kecik. Dia citer yang anak2 dia diberi makan nestum soya semenjak umur 2 minggu. Anak dia asyik merengek jer, bila bagi makan nestum terus senyap, kenyang kut. Bagi pun tak banyak, dalam satu sudu jer. Nestum soya tu kata jiran chetam lagi, halus jadi senang nak bagi baby makan.

IP : 203.121.87.75

daun

6 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 12.46:06 tghari   [Edit]
ha'ah..dulu pon daun kasi nestum soya ngan susu (nestle punyer).

IP : 219.93.8.5

semutmerah

7 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 12.54:47 tghari   [Edit]
yup! semut pun bagi farhan nestum beras + soya (nestle)...
caranya, sama macam daun buat...
kalau bancuh susu 4 sudu, tukarkan 1 atau 2 sudu tu dengan nestum...
bagi 1 atau 2 kali jer sehari...

IP : 203.115.226.145

nur312003

8 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 1.32:14 tghari   [Edit]
la.... cam tu ke??? baby nur pun baru start makan nestum umur dia dah 4 bln... nur sukat 4 skop susu 4 sudu kecil nestum soya.... patut le dia meneran berak ngan muke2 senget...sian le anak mama....

IP : 161.139.186.2

syura72

9 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 1.35:45 tghari   [Edit]
,
Syura rasa 3 bulan umur bayi kasi nestum,ok ape!Tak terlalu awal dan tak terlalu lambat.Lainlah sebulan dah kasi nestum takut nanti ada ape2 side-effect.

IP : 203.124.2.10

semutmerah

10 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 2.39:56 ptg   [Edit]
boleh bagi, tapi jangan la terus bagi yang pekat... kalau kita pun, mau terkujat perut dibuatnya! heheheheheee... bagi sikit-sikit laaaa... Insya Allah, kita latih dia terima makanan tu pelan2...

p/s : semut memang tak berapa suka bagi farhan makan nestum... lebih baik masak sendiri dan campur segala jenis sayur dan lauk... hasilnya, pada umur dia yang nak masuk 2 tahun skang nih, dia suka sangat makan sayur dan lauk... pantang nampak sayur, mesti dikautnya dulu... dah habis sayur baru makan nasi... alhamdulillah, takde masalah nak suruh dia makan sayur... petua juga nih... cubalah!

IP : 203.115.226.145

whitecabai

11 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 2.47:01 ptg   [Edit]
Cemutmeyah... kalo kasik Bubur sayur jek Ok dak?? hehhehehehhe.. lagik berkhasiat semua sayur... nak latih makan sayur jek nih.. ibu dia nih Pong lunch penuh pinggan dengan sayur jek.... kui..kui...kui... kalo baby dah lahir sok tak suka sayur gak tatau laaaaaaaa...

IP : 202.184.114.36

daun

12 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 2.47:05 ptg   [Edit]
nur312003
siannya dia tu.. mesti luka #$%^& dia!!
sian..

pak sheikh
ikut le petua ajar anak makan sayur cam semut merah.
bebudak skang ni bukan reti makan sayur. daun pon dah mula bagi baby makan carrot rebus. kakak yang ajar. baby suka sbb kaler dia yg merah oren tu buat dia geram!!tapi daun bagi masa cuti je..hari lain kat umah baby sitter.
kalau tak ajar payah akan dtg.. cam member sepejabat ni kata anak dia taka pandai makan sayur. bila dia letak sayur dlm mee, anak dia kata 'mama..ni sayur ke rumput..?'

IP : 219.93.8.5

semutmerah

13 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 2.52:34 ptg   [Edit]
daun
sebut pasal rumput nih teringat kat abah akak... bila hidang ulam pegaga atau ulam daun salem, dia akan cakap "makan rumput ke hari nih?" keh keh keh keh keh... sori ek, iklan kejap... errkkk... makan lobak? memang anak akak pun suka makan lobak... sebatang lobak tu boleh sekali bedal ajer! hehehehe...

cabai
weh! dah ada ke? bila due? hehehehe... semut dulu, masa pregnant memang suka makan sayur... tapi kalau bagi anak makan, biar la seimbang... cukup dengan sayur, protein (daging atau ikan)... kalau bagi sayur je karang, tak cukup protein plak anak ko tu... lagipun, ikan bagus sebagai sumber protein untuk pembinaan minda... heheheheee..

IP : 203.115.226.145

whitecabai

14 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 2.59:28 ptg   [Edit]
aaaaaaaa....... aku penat makan dah nihhhh.... moekekkekekkekkeke.... kenKONON berkhasiat habis dah NIhhhhhh ... ikan.. sayur.. buah-buah .. vitamin dr A sampai Z aku kasik masuk dalam perut aku .....

Baby dalam peyut alhamdulillah sihat... IBU dia LAGIKKKKKKK SIHAT .... hahahahahaha... due Ujung Mulan Sembilan... hihiks..

IP : 202.184.114.36

semutmerah

15 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 3.03:26 ptg   [Edit]
cabai
congrats in advance! heheheheheeee... nak mendidik pemakanan dan sahsiah diri anak bermula dari dalam perut tau! semut dah test dah... makanan yang semut suka masa mengandung, itu la yang anak semut suka skang nih... nasib baik masa ngandung dulu semut tak soka asam, tak soka megi, tak soka eskrim, tak soka semua junk food... asyik bedal sayur dan buah... abih tadak pun, kentang goreng jer la junk food yang semut boleh makan... skang nih, farhan soka benor minta, "mamaaaa... acak plaish!" (mama, masak fries!)... keh keh keh...

errrkkk... sori tuan umah... dah lari dari topik asal plak nih...

* Mesej ini telah diedit oleh semutmerah pada 06hb Mei 2004 3.04:17 ptg

IP : 203.115.226.145

ainun

16 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 8.45:59 mlm   [Edit]


Seawal2nya umur 4 bulan boleh beri nestum/cereal. Sebab sebelum tu baby's digest system tak properly develop lagi. Memang baby akan kenyang dan tak menangis tapi effectnya mungkin obesity bila dia besar nanti termasuk kencing manis dikalangan anak2 kecil. Masa ni memang kita tak nampak kesan sampingan dia kesannya jangka panjang.

Kalau dia lapar dan menangis mungkin sebab dia kurang susu. So far experience saya dgn 2 anak memang kedua2nya minum susu sahaja (susu ibu) sampai umur 6 bulan dan vitamin drops (prescribed by doctor). Baru lahir every 3-4 hours, 2-5 bulan every 4 hours minum susu dan 6 bulan saya dah beri makan solid dia menyusu every 5 hours. Alhamdulllilah baby dah 7 months setakat ni tak pernah sakit lagi dan dah ada gigi 2

* Mesej ini telah diedit oleh ainun pada 06hb Mei 2004 8.48:00 mlm

IP : 68.223.226.80

syura72

17 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 8.49:41 mlm   [Edit]
Assalamualaikum,
Betul tu semutmerah.Kita mesti nak latih anak2 makan sayur.Jangan jadi macam Syura ni,anak sulung tak suka makan sayur sebab tak latih dari kecil kan sekarang Syura yg letih asyik suruh dia makan sayur aje.

IP : 203.124.2.13

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "