Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Suntikan MMR : jangan benarkan anak anda disuntik !
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Suntikan MMR : jangan benarkan anak anda disuntik !
se7en

1 . Dihantar pada 05hb Apr 2004 11.19:29 mlm   [Edit]

kempen Kementerian Kesihatan untuk menyuntik kanak-kanak sekolah 7-15 tahun dengan vaksin MMR akan membahayakan kesihatan anak-anak anda !

sila baca artikel dalam laman berikut :

http://www.nccn.net/~wwithin/mmr.htm

jangan benarkan anak anda jadi mangsa projek perniagaan syarikat farmasi dan dalang mereka di Kementerian Kesihatan.

katakan TIDAK kepada suntikan MMR !!!

IP : 218.208.242.156

irdhani

2 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 09.54:36 pagi   [Edit]
pendapat dhani la kan,
jangan terlalu mudah menerima propaganda
ada baiknya kita siasat dulu sebelum sebarkan berita
kalau ia benar, bawa isu ni 'ke atas'...

by the way, dhani tetap bagi boy dhani MMR...
sebab?
kalau dia sakit sok, dah tentu dhani akan cari orang Kementerian Kesihatan gak, kan?
nak cari ubat akar kayu tradisional, dhani tak reti
nak gi kampung2 pun, bukan ada lagi dah bidan/bomoh cam dulu
klinik swasta? hospital swasta?
kan ke semua tu under Kementerian Kesihatan gak?

apa pun, dhani lebih suka pada prinsip
"mencegah lebih baik daripada mengubati"

fikir dulu, baru...

IP : 202.184.189.30

abuzaid65

3 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 10.17:25 pagi   [Edit]
Betoi cakap irdhani tu.. Jangan mudah sangat terpengaruh dgn benda2 baru yg kita dapat.. Buat penyelidikan dulu.. Tanyalah kpd yang pakar..

Anak saya yg no 3 dulu terlupa nak kasi suntikan campak.. Tup-tup kena campak masa umur dia 4 tahun.. siap demam panas dan tarik sekali.. Kami punya panik Tuhan aje yg tahu.. bila bawak ke hospital siap kena herdik dgn doktor pakar kenapa tak kasi suntikan campak tu.. Last2 terima aje la makian dan herdikan depa.. nak buat camna kan? dah kesilapan sendiri..

Jadi, moral of the story : semak la dulu hal itu dgn kawan2 doktor ka.. kalau ada doktor kat sini elok juga.. boleh dengar pendapat mereka..

IP : 211.24.161.2

irdhani

4 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 10.43:53 pagi   [Edit]
quote:
Anak saya yg no 3 dulu terlupa nak kasi suntikan campak.. Tup-tup kena campak masa umur dia 4 tahun.. siap demam panas dan tarik sekali.. Kami punya panik Tuhan aje yg tahu.. bila bawak ke hospital siap kena herdik dgn doktor pakar kenapa tak kasi suntikan campak tu.. Last2 terima aje la makian dan herdikan depa.. nak buat camna kan? dah kesilapan sendiri..

ini yang kita tanak, kan?
part kene marah, telinga kita boleh tahan lagi...
tapi yang tanggung seksa dan sakitnya adalah ANAK KITA!
tengok dia nangis kene gigit semut pun kita dah sedih,
inikan pula seolah2 sengaja mengundang sakit buat anak kecil tu...
eeeiiii... dhani tak sanggup!
9 bulan bawa dia dalam perut,
bertarung nyawa lagi lahirkan dia,
takkan semudah tu dhani biarkan dia...

IP : 202.184.189.30

rusila69

5 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 11.03:20 pagi   [Edit]
alamak.......ini kajian aje ke...?? Ala...menyesal sign borang tu dulu... Lagi pun, anak2 sume dah dapat suntikan tu, dan sume dah kena campak... wat pe lagi suntikan tu ya...

Ala...apa-apa pun, berserah aje pada Tuhan...

Saudara Zaid,

saya ada petua, petua ni pengasuh anak saya yg bagi... Kalau anak kena campak, terutamanya campak keladi, mandikan dengan air kelapa. Dalam 3 hari je...camapak hilang...lepas tu, bedakkan satu badan... Mandi air kelapa tu... gunakan air kelapa semata, tak payah campur air lain. Anak saya yg 3 org tu...ambil masa dalam 2 minggu baru hilang smuanya..........

Kawan2 yang lain, kalau anak kena campak, cubalah.......

IP : 219.93.48.77

abuzaid65

6 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 11.12:04 pagi   [Edit]
Rusila69,
Thanks atas petua yg diberi.. Tapi biasanya budak dah kena campak takkan kena lagi kan? Itu yang saya paham la.

Satu lagi petua saya nak kongsi dgn semua ialah kalau anak kita demam panas sangat sampai tarik. Cepat2 basahkan dia. Kalau kritikal sangat rendamkan terus dlm air. Lepas tu cepat2 bawak ke hospital. Ini petua nurse tempat hospital anak saya warded dulu yang kasi (Hospital Daerah Batu Gajah, Perak).

IP : 211.24.161.2

limaunipis

7 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 11.13:36 pagi   [Edit]
Sebenarnya kita ada pilihan kot untuk tidak memberi suntikan-suntikan seperti ini.. tapi rasanya cam lom terdaya laa nak elakkan. sebab tak sanggup tanggung risiko.

Seperti ceramah yg saya dengar dari Dr. Azizan dulu.. pakar hemeopathi.. mmg semua anak-anaknya ( masa tu 7orang).. langsung tidak disuntik dengan vaksin-vaksin moden yang beliau anggap salah sbg satu cara menyuntik penyakit ke dalam setiap manusia sejak dari lahir.. yg bakal membuatkan manusia akan memerlukan ubat di sepanjang hidup yang setentunya memberikan pulangan kewangan kepada insitusi perubatan barat...

Tapi itu ler.. beliau mmg dah mengkaji + mmg pakar.. kiter ni rasanya lom berani dan cukup confident utk elakkan anakČ kiter disuntik.. cam dhani kater, apa-apa jadi kiter akan refer kpd diorang jugak...

IP : 202.185.40.9

Steffie

8 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 11.24:01 pagi   [Edit]
MMR membawa maksud MEASLES(CAMPAK)/MUMPS(BEGUK)/RUBELLA. suntikan ini biasanya diberikan pada umur 1 tahun dan 5 tahun. manakala suntikan CHICKENPOX diberikan kepada kanak2 berumur 1 tahun ke atas.

memang sedikit masa dulu ada berita yg mengatakan MMR tidak elok diberikan sekaligus. berita itu bukannya dikeluarkan di Malaysia tapi di negara barat. jika suntikan ini membawa musibah, sudah tentu ianya akan dipantau oleh kementerian kesihatan. apa kata kita tanya Dato' Dr. Chua Ah Lek? sebab dia memang seorang doktor. Chua Jung Ming bukan doktor, dia peguam.

selain MMR, suntikan yg penting untuk anak2 ialah suntikan Hib Meningitis.

* Mesej ini telah diedit oleh Steffie pada 06hb Apr 2004 11.24:48 pagi

IP : 219.95.187.178

Asmah10

9 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 11.44:23 pagi   [Edit]
Anak asmah yg 7 thn masa bulan puasa lepas kena chickenpox.
Alhamdullillah, 2 minggu dah baik. Tak de tanda yg teruk. Cuma sesiapa yg anaknya kena chickenpox tu cepat2 pergi kilinik. Cepat baik dan tak memudaratkan. Tak perlu nak lumur daun bambu...ke...yg kita tak tau keberkesanannya.
lagi satu sebab masa anak kita kecik dah dpt imunisasi tu.

Lagi satu kes tu, adik kawan saya (perempuan),lagi dua 2 nak bersanding. Tup-tup kena chickenpox....terus pergi klinik ambik ubat untuk kurangkan kemunculan bintik2 yg tak diingini. Hasilnya dia boleh bersanding juga. Harga injection tu >RM 150.00. Alhamdulillah.....apa-apa pun kena tanya doktor yg arif dengan bidang dia org.


IP : 202.189.56.106

Steffie

10 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 2.15:10 ptg   [Edit]
quote:
bila bawak ke hospital siap kena herdik dgn doktor pakar kenapa tak kasi suntikan campak tu..

ada ke doktor boleh cakap macam tu? anak2 saya masih belum ambil suntikan chickenpox. kalau MMR semua dah masa umur 1 tahun.

kalau anak kena demam panas jangan terus rendam dlm air sejuk nanti dia terkejut. lain pulak jadinya.

* Mesej ini telah diedit oleh Steffie pada 06hb Apr 2004 2.17:13 ptg

IP : 219.95.189.104

helda

11 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 2.51:50 ptg   [Edit]
kalau demam panas..letakkan tuala basah atas dahi...InsyaAllah anak tak kena tarik...sbb suhu yg tinggi biasa nya dari kepala....so...apaČ pun kena turun kan suhu kat kepala dulu...

IP : 219.93.6.7

se7en

12 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 7.26:34 ptg   [Edit]
Kepercayaan orang sekarang terhadap Doktor perubatan allopathy/moden macam taklid buta. Aku syorkan kita jangan jumud dalam pemikiran.

Find out - what really goes behind all these vaccination.


IP : 219.95.201.223

se7en

13 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 7.35:15 ptg   [Edit]
The Pathology Of ILLNESS by Dr AbdalHamid Evans / Dr Muhammad Dalmau

http://webpages.home.net.my/members/r/rumahtangga/pathology.html

Cuba kita renungkan mesej yang cuba disampaikan.
Rencana ini telah berkali-kali di'hilangkan' dari internet.

* Mesej ini telah diedit oleh se7en pada 06hb Apr 2004 7.38:43 ptg

IP : 219.95.201.223

harsha

14 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 7.36:17 ptg   [Edit]
ummm...


lain orang, lain cara pemikirannya. if u're willing to take the risk, and skip the jap, by all means, go ahead. tapi, kalau bebetul nak amalkan cara hidup anti-perubatan-moden.. bila anak sakit demam/selsema/lelah, hatta kalau accident sekalipun... jgnlah ke Dr yg mengamalkan perubatan moden. baru betul...

so... pikir masak masak.. sebelum nak menentang perubatan moden.

quote:
Kepercayaan orang sekarang terhadap Doktor perubatan allopathy/moden macam taklid buta. Aku syorkan kita jangan jumud dalam pemikiran.

Find out - what really goes behind all these vaccination.


aku pulak syorkan, kaji bebetul, before u publish any info. get an official email, letter from Kementerian Kesihatan atau World Health Organisation yg mengatakan kesahihan berita yg bakal di bawa...

Juz my two cents worth



IP : 202.156.2.202

se7en

15 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 7.44:06 ptg   [Edit]

my 2 daughters i tak bagi sebarang jab.
sekarang dah 8 tahun & 6 tahun, so far alhamdulillah...
jarang sakit. kalau sakit pun i tak kasi makan ubat moden.
i kasi minum air madu / barli dan jaga diorang personally.

bila compare dgn cousins diorang yg sama umur [yg kena ntah berapa jab] my daughters lebih kuat body resistance.

i refer kat Prof Dr Nik Omar, pakar homeopathy - dia pun setuju.
sekarang ni dah ramai Dr yang tahu bahaya MMR & vaccination.
ramai yg tak setuju dgn Kem Kesihatan .. tapi takut miss syoru ...

think about it!

IP : 219.95.201.223

attyra

16 . Dihantar pada 06hb Apr 2004 9.02:10 mlm   [Edit]
ermmm.. nak tanya laa kan
abih kalau anak demam ker sakit ke...
takkan tak ghi jumpe doktor kot??
ghi jumpe doktor homeopathy ker??

IP : 219.95.46.164

daunselasih

17 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 07.39:45 pagi   [Edit]
I mmg bagi anak2 i semua suntikan yg diwajibkan oleh governmt tp, I pun tak bangkang dgn saranan se7en tu. Kenapa yek ramai benar ahli mdc yg sinis, propagandalah, mudah terpengaruh lah, sampai ke tahap accident pulak tu.

kenapa mesti beri komen negatif pada org yg hy nak menyalurkan info?

Kita tau barat mmg jahat tapi kita mmg tak berdaya nak menentang rohani mahu pun jasmani, kita usaha sket2 mana yg terdaya dan tawakkal jelah.

Tapi, bila org bg info jgn condemn..satu peel ahli2 mdc yg mmg aku tak bekenan.

Aku akan terus bg suntikan2 tu pd anak2 aku tp, info yg se7en bg tu aku akan siasat. Thks for your info se7en!

IP : 203.106.140.28

Umi_Ainin

18 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 08.42:57 pagi   [Edit]


Anak2 Umi juga mendapat semua imunisasi yg disarankan oleh kerajaan....Alhamdulillah setakat nie tak penah laaa dapat sakit yg berat2....
Anak Umi yg tahun 1 tue baru2 nie ada dapat suntikan di sekolahnya...tak tau laaa Umi suntikan apa...?!
Bila baca risiko pasal suntikan MMR nie....risau juga dibuatnya...tapi bagi Umi segala apa yg berlaku adalah ketentuan Allah....tak kira laaa kita ikut perubatan moden atau homeopathy....

IP : 192.169.41.42

gedempol

19 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 09.03:38 pagi   [Edit]
Dah pernah tanya dengan Pediatrician pasal MMR vaccination...katanya article tu tak betul.
Ntah le.

IP : 202.162.10.7

se7en

20 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 09.18:36 pagi   [Edit]
pemikiran stereotype memang susah nak diubah. saranan baru untuk meluaskan horizon ilmu sering ada tantangan. alah bisa tegal biasa! ahaks...

anak-anak i kalau sakit tak pegi jumpa doktor, i atau wife i jaga 100% ...kitowang amik cuti untuk jaga anak sampai sembuh. ubat kami hanyalah air madu, barli dan doa. sembuh dgn izin Allah. sampai sekarang itulah yang kami amalkan.

orang melayu/islam dah jadi complacent, sampai ke tahap tidak boleh berfikir dgn akal sendiri. kena pinjam 'pendapat doktor', kena turut 'arahan kementerian kesihatan', kena buat apa yg dah 'termaktub' macam lah mender tu wajib hukumnya!

kesan negatif ubat/vaksin akan tercatit dalam sistem tubuh badan tanpa disedari. oleh kerana ianya tak disedari, orang fikir ianya tidak merbahaya. hah! satu lagi social engineering yang diputar di bawah sedar. inilah dikatakan 'brain-washing' atau penCaCaran aqidah yang dilakukan kafir secara senyap. tapi ramai tak sedar, ramai yang alpa dan jadik pak & mak turut.

kenapa sukar ubah paradigma? cerdik pandai islam cakap pasal penjajahan minda. orang islam angguk. tapi bila kepala sendiri dah kena jajah - sendiri pun tak sedar !!!

kalau lembu dicucuk idung
kalau manusia dicucuk...????

THINK - FIKIR !!!! it does not take a rocket scientist to figure it out.
kalau nak faham lebih lanjut perubatan palsu moden, baca buku Ahmad Thomson - "DAJJAL" ada satu kopi di Perpustakaan Islam dekat Mesjid Negara

* Mesej ini telah diedit oleh se7en pada 07hb Apr 2004 09.41:09 pagi

IP : 219.95.149.163

Sirnatinta

21 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 09.26:11 pagi   [Edit]


Wallahualam...
terima kasih kepada yang memberikan info berguna. terpulanglah pada diri masing-masing nak buat pilihan. Kita cuma berusaha, Allah yang menentukan. KetentuanNya kita tak boleh tahu dan tak boleh nak ubah.

Anyway, semua jenis ubat di dunia ni tak banyak tidak mmg ada kebaikan dan keburukannya tak kiralah ubat tradisional ke ataupun moden. Yang penting jaga pemakanan dan kesihatan keluarga supaya terhindar dari sebarang jenis penyakit.

Kalau nak ikutkan di dunia akhir zaman yg serba moden ni.. bukan saja ubat2 tu yg membahayakan malahan makanan & minuman yg kita makan & minum hari2 tu pun dah tak terjamin ketulenan dan kebersihannya. Kebanyakannya pun dah mempengaruhi kesihatan kita sbb semuanya dah tak selamat tu sbb lah mcm2 penyakit baru timbul...

sekali lagi Wallahualam.. saya cuma beri pendapat je

IP : 219.94.52.226

se7en

22 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 09.50:44 pagi   [Edit]
Sirnatinta ... betol cakap u hal pemakanan! .. i nak tambah skit,

kita tak ambil berat pemakanan - lebih teruk lagi ramai orang islam makan mender yang di sediakan oleh orang kafir. pendek citer makan makanan HARAAM.

contohnya, ada satu kedai di PJ yang jual nasi kandar. Ramai orang muslim yg pakai tudung pegi makan kat kedai tu tanpa usul periksa siapa owner yang menyiapkan makanan tu. Pengusaha kedai dan kakitangan yg masak bukan orang islam.

bila orang kita ni, makan pun tak ambik kesah - apa lagi hal ubat ngubat ni.

saya sendiri pernah tanya seorang doktor di sebuah klinik swasta serum apa yang dia guna untuk suntik Hepatitis B - doktor termenung kejap, pastu dia kata culture serum dari animal source. tau animal apa? jawabnya *sensored* - tapi dia kata dharurat.

lepas tu i kata kat dia, ada serum dari Korea yang guna tumbuh-tumbuhan. dia ngaku ... tapi sempat pulak kata yang jenis tu mahal!

hah! ... doktor pun dah jadi salesman untuk syarikat farmasi...

IP : 219.95.149.163

eena03

23 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 11.38:16 pagi   [Edit]


anywhere yg memberi ingo thanks. tapi yg tak nak menerimanya terpulang pada diri masing2. fikirlah yg mana baik.
se7en ni serupa macam abang ipar i. dia pon tak bagi anak2 nya ambil apa2 suntikan daripada lahir. tiada masalah...

IP : 61.6.58.72

kita

24 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 12.08:52 tghari   [Edit]


kita adalah salah sorang yg dari kecik tak penah kena jap

umur sekarang dah 20++

alhamdullillah sihat jer....

IP : 219.93.73.102

celina

25 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 12.13:54 tghari   [Edit]
I'm not an expert when it comes to modern or traditional medicines but I'll not hesitate to bring my children to the clinics or hospitals when they're sick. I will not gamble with my children health.

They're my children and my responsibility, it's entirely up to you on how you want to treat you children coz utimately you're responsible. There's no right or wrong way here, if you believe this is the right thing to do, go for it.

IP : 61.6.38.132

cucu_jebat

26 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 12.26:42 tghari   [Edit]

tak kesah la ubat tradisional atau moden.yg penting berusaha.

takkan lah ubat moden semuanye memudaratkan?dan takkan la pulah ubat tradisional tak berkesan langsung?

jgn esok anak2 dah besar jadik doktor cucuk jarum kat tangan sendiri dah..

ada baiknya seimbangkan perubatan moden & tradisional.kalau dah kena operate,perlukan perubatan moden.takkan lah nak bergantung pada air penawar & bahan2 galian semulajadi semata-mata.dan kalau sakit yg perubatan moden tak berkesan,kita pakai pulak tradisional.

bab2 injek ni..ermm my mum keja kat hospital.abt this injection ..pada yg tak ambek,mungkin pada anak kita tak de apa2.afraid possibilities kesannya nanti pada anak kepada anak kita.(cucu kita)-next generation.

fikir2 dan timbangkan2 lah.semoga semuanya selamat.

IP : 202.189.32.150

DeenaSarah

27 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 12.49:57 tghari   [Edit]


Saja nak mencelah..saya tak kisah moden dan traditional semuanya saya ikhtiar dan cuba. Asalkan anak saya sihat...alhamdulillah kita berusaha ALLAH yang menentukan segalanya.

Kalau anak demam panas letakkan tuala basah di kedua2 celah ketiak dia selain dari di dahi. Sebab kat kawasan tu haba terperangkap paling banyak....

IP : 61.6.163.24

rusila69

28 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 1.04:53 tghari   [Edit]
Andainya apa-apa berlaku pada anak-anak aku...

Aku tak mahu menyesal seumur hidup..kerana kelalaian dan kesalahan aku sendiri sebagai orang tua mereka...

Terus terang...anak-anak aku dapat semua suntikan imunisasi wajib dan tambahan.. tak miss satu pun... Dan aku juga adalah salah seorang ibu yang percaya kepada perubatan moden dan tradisional...

IP : 219.93.48.77

irdhani

29 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 1.25:24 tghari   [Edit]
quote:
pemikiran stereotype memang susah nak diubah. saranan baru untuk meluaskan horizon ilmu sering ada tantangan. alah bisa tegal biasa! ahaks...

anak-anak i kalau sakit tak pegi jumpa doktor, i atau wife i jaga 100% ...kitowang amik cuti untuk jaga anak sampai sembuh. ubat kami hanyalah air madu, barli dan doa. sembuh dgn izin Allah. sampai sekarang itulah yang kami amalkan.

orang melayu/islam dah jadi complacent, sampai ke tahap tidak boleh berfikir dgn akal sendiri. kena pinjam 'pendapat doktor', kena turut 'arahan kementerian kesihatan', kena buat apa yg dah 'termaktub' macam lah mender tu wajib hukumnya!

kesan negatif ubat/vaksin akan tercatit dalam sistem tubuh badan tanpa disedari. oleh kerana ianya tak disedari, orang fikir ianya tidak merbahaya. hah! satu lagi social engineering yang diputar di bawah sedar. inilah dikatakan 'brain-washing' atau penCaCaran aqidah yang dilakukan kafir secara senyap. tapi ramai tak sedar, ramai yang alpa dan jadik pak & mak turut.

kenapa sukar ubah paradigma? cerdik pandai islam cakap pasal penjajahan minda. orang islam angguk. tapi bila kepala sendiri dah kena jajah - sendiri pun tak sedar !!!

kalau lembu dicucuk idung
kalau manusia dicucuk...????

ait? marah nampak? heheheheeee...
tak semua orang bernasib baik macam awak...
dhani dan suami misalnya payah sangat nak dapat cuti
kadang sabtu ahad pun kene paksa keje...
ada sekali tu, anak masuk hospital pun bos tak luluskan cuti
punya la sedih rasa hati ni...
tapi apakan daya, demi sesuap nasi...



bayangkan juga mereka yang tak mampu ke homeopati
hanya mampu ke hospital kerajaan sebab ia free...


by the way, jangan la 'pukul sama rata' ajer beb!

IP : 203.115.226.151

usoPkuChai

30 . Dihantar pada 07hb Apr 2004 1.36:07 tghari   [Edit]

err.. satu jer nak cuit sikit..

mmg kita kena berusaha, mencegah dan berubat.. tapi jangan pulak sampai berkata bahawa kalo anak sakit sebab tak ambil vaksin itu dan ini.. sakit itu datangnya dari Tuhan.. belum tentu ambil vaksin tak sakit dan belum tentu tak ambil vaksin sakit..

kalo sakit jumpa doktor utk mintak nasihat atau mintak tolong usahakan sesuatu mengikut apa yg dia tahu.. doktor tak menyembuhkan penyakit.. hanya Tuhan yg Maha Penyayang yg menyembuhkan segala penyakit..

jangan rasa apa yg kita buat adalah lebih baik dari org lain.. kalo anak kita ambil semua vaksin pun belum tentu anak kita lebih kuat dari anak org yg tak ambil vaksin.. kalo anak tak ambil vaksin jarang sakit tak bermakna cara kita mengurus anak lebih baik dari anak org lain yg ambil vaksin tapi asik dok sakit.. itu semua adalah dugaan Tuhan pada kita.. untuk sesiapa yg mahu memahaminya.. kita tidak lebih baik dari org lain..

wallahualam..

IP : 202.47.196.68

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "