Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Kehamilan : Adakah Aku Mengandung????.....
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Kehamilan : Adakah Aku Mengandung????.....
lina_joe31

1 . Dihantar pada 25hb Mac 2004 5.38:38 ptg   [Edit]
asalamualaikum,

saya ada satu soalan yang betul2 mengelirukan pikiran ini. saya sudah berkahwin selama 3 bulan. selama ini kitaran haid saya normal. tapi pada bulan ini, haid saya datang awal 5 hari.apa yang menjadi kemuskilan saya ialah, haid saya tue sikit sangat & ia tidak ada tanda2 seperti kedatangan haid.saya ada bertanya pada rakan sepejabat, dia kata berkemungkinan saya mengandung,tapi saya masih was2. ada tak sesapa kat luar sana berkongsi pengalaman mengandung anak pertama? sebenarnya saya memang inginkan anak..tolong la...

IP : 195.127.3.126

NuFa

2 . Dihantar pada 25hb Mac 2004 5.42:54 ptg   [Edit]


try belipregnancy kit
n test kat umah
after ur darah kering la
sometimes mmg darah kuwa walaupun kite pregnant
org tua dua panggil bunting pelanduk


ape pun test dulu

IP : 61.6.163.24

mamanisa

3 . Dihantar pada 25hb Mac 2004 5.43:12 ptg   [Edit]
di la buat urin test tu. tak pun beli jer kat farmasi dan test sendiri kat rumah. Better kalau nak test , bangun pepagi tu bila buang air kecil elok sangatlah sebab pepagi hormon kita stabil lagi...Cepat le, jgn dok tunggu lagi..

IP : 218.208.239.169

Sirnatinta

4 . Dihantar pada 25hb Mac 2004 6.37:14 ptg   [Edit]
betul tu pegi beli pregnancy kit buat test kat rmh.. urine pagi2 masa kita baru bangun tidur..

buat masa ni kalau belum pasti and tak nak buat test.. jgn makan, minum or buat benda2 yg membahayakan diri anda jika anda pregnant.. Good luck

kadang2 time conceive mmg ada keluar darah.. mcm period tapi darah dia pinkish sikit..

kalau u buat test sekarang and negative jgn putus asa and kalau period u tak dtg jugak lps seminggu or dua minggu cuba buat test semula.. insyaAllah positive.. Sirna dulu pun first time pregnant buat dua kali test baru kit tu show positive.. first time tu negative sbb buat awal sgt.. hormon belum cukup lagi sirna dah buat test.. tak sabar lah katakan..

IP : 219.94.52.226

lina_joe31

5 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 08.41:08 pagi   [Edit]
ye ke. tapi saya takut la nak buat test. coz sebelum nie dah dua kali saya buat test tapi semuanya negetive. kecewa gila di buatnye. bila agaknye masa yang sesuai untuk buat test tue. coz sekarang darah tu dah kering.

IP : 195.127.3.126

Sirnatinta

6 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 09.09:13 pagi   [Edit]
cuba buat test tu 2 minngu selepas darh tu berhenti or kalau period u tetap tarikhnya, kalau u miss period u for this month.. buat test at least 2 minggu selepas tarikh sepatutnya u period.

IP : 219.94.52.226

hani_ls

7 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 09.20:39 pagi   [Edit]
quote:
tapi saya takut la nak buat test. coz sebelum nie dah dua kali saya buat test tapi semuanya negetive. kecewa gila di buatnye.

buka topik tanya org betul ke aku ngandung???bila org bagi nasihat suruh buat urine test..kata takut nak buat test.....habis...nak nasihat mcm mana dikkkk ooiiii??????

IP : 147.128.2.36

helda

8 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 09.25:47 pagi   [Edit]
lina...jgn la kecewa sampai camtu...baru je lagi 3 bulan...saya pun mcm awak la...dari kawen...tiap˛ bulan harapkan pregnant...tiap˛ bulan kecewa...rupa˛nya saja Allah nak kasi peluang berbulan madu berdua dulu...lepas 7 bulan baru ada...kalau ikutkan saya la...biarlah dah puas rasa idup berdua baru nak ada org ketiga......tapi kalau dah rezeki awal...syukurlah.......helda dulu masa dah 3 bulan luar darah balik....mmg panik giler aaa...ingatkan dah gugur...rupa˛ darah kotor jer...dekat sebulan gak la darah tu kuar...

IP : 219.94.76.10

lina_joe31

9 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 09.26:19 pagi   [Edit]
dalam keadaan sekarang jika saya melakukan hubungan kelamin adakah akan memberi kesan apa2?

IP : 195.127.3.126

eejaa

10 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 09.26:22 pagi   [Edit]
quote:
tapi saya takut la nak buat test. coz sebelum nie dah dua kali saya buat test tapi semuanya negetive. kecewa gila di buatnye.

kalau nak test pregnant pun awak takut, mcm mana nak beranak?... kalau takut result test tu -ve, baik awak tunggu jek.. senang citer kan... dah tu asyik takut jek... beranilah hadapi apa2 keputusan drp dok menunggu without any result..

IP : 219.94.79.234

sofiaaliya

11 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 09.26:27 pagi   [Edit]
Selagi u tak buat test,selagi tu u never know whether u're pregnt or not.U boleh buat after few days u missed ur period.Since u kata u dah pun period hari tu,so maybe u tak pregnant.But kalau nak 100% confirm,buat test and kalau positive,buat scan plak whether to see how the baby progress.

IP : 159.134.212.110

Sirnatinta

12 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 09.30:32 pagi   [Edit]
kalau nak buat hubungan kelamin boleh.. tak jadi masalah.. tak membahayakan pun even if u dah pregnant.. sirna dulu dari first time dpt tahu pregnant sampai le dah nak bersalin masa 9 bulan pun still lagi blh bersama ngan suami....

tu le sirna kata kalau takut frust buat test tu seeloknya u tunggu lps dua minggu dari tarikh 1st day of your period.

amboi.. kak hani garang gitu..

IP : 219.94.52.226

lina_joe31

13 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 10.32:29 pagi   [Edit]
TQ to everybody yg berkongsi..

IP : 195.127.3.126

nitacyber

14 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 10.39:11 pagi   [Edit]
quote:
tapi saya takut la nak buat test

lina...kalau ko takut sgt....tunggu jerr sampai perot tu besar....masa tu tak payah buat test2 lagi dah....mmg sah ko ngandung....selamat mencuba...

IP : 202.168.65.173

mynah

15 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 11.39:21 pagi   [Edit]
saya dulu macam tu gak. period sikit-sikit selama tiga bulan. tanda pregnant dah mula ada but bila check doctor, semua negative, masuk bulan ke 3 baru positive.

IP : 219.94.114.226

rosepurple

16 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 11.59:20 pagi   [Edit]
menyampuk sikit boleh tak?
sebelum ni ada thread pasal ni kan.
jadi nak tanya ada tak sesetengah antara korang yang masa awal pregnancy tu rasa macam PD tu berdenyut2.
rose ni baru lepas 2-3 waktu subur tetiba je rasa macam PD sebelah kiri tu berdenyut2.sebelum ni kalau sakit nak period tu lain rasanya, rasa macam bengkak dan kalau tersentuh sakit tapi yang ini sentuh tak sakit tapi rasa tak selesa rasa berdenyut2.

adakah diri ini mengandung???????????

sorry kalau ter'out' dari topik asal.

IP : 219.95.109.182

celina

17 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 1.02:29 tghari   [Edit]
rose/lina ..

nakkan kepastian buat EPT (early pregnancy test) kat umah, kalau - ve pertama kali, ulang lagi selepas 2 ~ 3 hari.
pasal PD denyut tu celina tak tahu la pulak sbb tak pernah merasai, tapi pernah miss period 3 hari, pastu badan rasa panas skit macam nak demam, bila buat urine test je + ve.

pernah gak period dtg tapi sekejap je sehari, pastu kering, heran gak sbb tak pernah jadi macam ni, buat urine test +ve, gi jumpa gynae utk pengesahan +ve gak, doktor pendarahan sedikit mungkin berlaku ketika pregnancy sac melekat pada dinding rahim.

IP : 61.6.38.132

Rosniena

18 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 1.11:46 tghari   [Edit]
Sabarler lina ek..ros pun dah 3 bulan dah kawin tapi takde baby lagi..belum ada rezeki lagi..mmg pada awal tu ada byk tanda2, org yg veteranler cakap..tapi ros muskil 2 bulan period cam biasa jek tarikh..tetiba yg ketiga ni awal 4 hari..pastu mmg coklat jek..
pernah gak tanya doktor..kenapa...dia mention hormon badan ros tak stabil lagi..so ovum yg berkualiti tak dapat dihasilkan, sometimes perut rasa sakit cam period tapi takdelaa heavy, doktor kata maybe jangkitan kuman sebab tu tak jadi..
lagi satu jgn terlalu berharap..nanti kecewa...hati kene relaks dan enjoy...

IP : 192.228.219.13

lina_joe31

19 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 1.21:28 tghari   [Edit]
risau gak i coz i tak pernah mengalami keadaan mcm nie.sebelum pendarahan ini belaku i ada muntah & sakit kepala pada sebelah pagi. ia belaku selama 2 hari pastu dia ok.than ibuat test tapi negetive, tak lama pastu baru belakunya pandarahan nie.but im so sure ia bukan haid,coz darah tu sikit sgt, ala mcm priod dah nak habis tue.

IP : 195.127.3.126

Rosniena

20 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 1.36:31 tghari   [Edit]
ros rasa period tu tak lawas ler lina..better jumpa doktor...ros dah jumpa doktor, dia bg vitamin dan ubat period bg normal n lawas...kelmarin ros demam.hmmm case yg u alami lebih kurang jek..dgn ros..mmg rasa loya n pening..tapi tu agaknya badan kita in proses nak serasi dgn title kita as wife.

IP : 192.228.219.13

just4fun

21 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 1.51:05 tghari   [Edit]
kalau inginkan kepastian lebih elok jumpa pakar sakit puan. jangan main tembak2 je... tak semua orang mengalami pengalaman yg sama. mungkin mengandung, mungkin ada masalah lain. jangan malu nak jumpa doktor nanti diri sendiri yg susah. ok?

IP : 219.95.183.20

rosepurple

22 . Dihantar pada 26hb Mac 2004 3.04:32 ptg   [Edit]
rose ada terbaca dalam indiaparenting...kalau nak cuba untuk pregnant try amalkan makan vitamin oil of evening primrose dan B complex.'dalam masa 3 bulan cuba lihat hasilnya'..ni kata2 dalam tu lah.rose baru cuba 3 hari.kita cuba berusaha yang menentukan hanya yang maha esa.

IP : 219.95.109.182

ctmira

23 . Dihantar pada 27hb Mac 2004 10.59:42 pagi   [Edit]
rose/lina,

mcm kawan saya kat ofis ni, dia tengah mengandung anak yg ketiga sekarang ni. first kelahiran.. kembar. sebelum dia tahu yg dia mengandung untuk anak ketiga ni, pada tarikh yg sepatutnya dia period, darah keluar tapi sikit sangat, mcm dot2 gitu jer. dia pun biar jelah sebab bg dia mungkin period tu belum keluar habis. tunggu punyer tunggu tak period2 jugak. dia g jumpa doktor, doktor kata kemungkinan dia pregnant tapi bila buat UPT negative. doktor suruh dia tunggu until next month, kalau next month tak de period, maknanya sahlah dia pregnant. memang betul period dia tak datang2, diapun buatlah UPT tu. tengok2 positive.

tapi sebenarnya kita jgnlah terlalu mengharap. itu yg terjadi "kehamilan palsu", iaitu kita merasai mcm kita ni pregnant sebab pening2 kepala, muntah, badan penat dan mcm2 lagi. perkara ni terjadi disebabkan hormon kita tak seimbang sebab kita terlalu memikirkan yg kita ni berkemungkinan pregnant. tu yg keluar tanda mcm2 tu. so.. nasihat ct, rileks dan banyakkan bersabar dan berdoa. lagi satu cuba "bersama" sekerap yg boleh dan jangan hanya tunggu waktu subur ajer, seboleh2nya "bersama" setiap selang sehari. jangan tiap2 hari pulak, takut nanti bilangan sperma kurang. ct tahu ni pun melalui harian metro dlm ruangan sakit puan.

cubalah ye..

p/s: ct ni pun tengah mencuba untuk mengandung kali kedua. anak yg ade sekarang ni dah pun 3 tahun. kesian dia tak sabar nak beradik.. hehehe.

IP : 202.47.162.242

eidadara

24 . Dihantar pada 27hb Mac 2004 12.02:16 tghari   [Edit]


NAK TUMPANG TANYA DLM TOPIK NI BOLEH TAK?
Eida pun macamn lina_joe31. Baru 3 bulan yg lalu kawen. Masuk bulan kedua dah tak period. Sekarang ni dah 2 bulan tak period.

Mula2 chek kat bidan, dia kata sah dah mengandung 2 bulan. Tapi eida tak pening, loya, muntah pun. Then eida and hubby check kat doktor, dia kata tak. Test urine pun negative....

Confuse...sbb bidan tu mmg pakar, dia kata mmg ada kes doktor takleh detect kitamengandung, urine pun negative....
So..nak caya kat sape nih? Ada kawan2 hadapi pengalaman ni tak?

* Mesej ini telah diedit oleh eidadara pada 27hb Mac 2004 12.03:50 tghari

IP : 219.93.124.6

tipahohtipah

25 . Dihantar pada 27hb Mac 2004 12.24:27 tghari   [Edit]

Daripada pengalaman sendiri masa nak try conceive, berpuluh2 test kit beli, sampai pi jumpa pakar, padahal baru 3 - 4 kawin.. bila pakar kata jgn terlalu pikir sgt hal nie.. kak tipah terus conceive!! So moral of the story, jgn terlalu pikir, emotionally kena relax dan byk berdoa pd Allah.. insya allah.

IP : 202.188.158.130

ctmira

26 . Dihantar pada 27hb Mac 2004 12.29:40 tghari   [Edit]
eidadara,

kalau bidan tu kata awak dah mengandung 2 bulan, maknanya bila buat UPT, sure dah nampak. 2 bulan tu memang dah dikira senang sangat diketahui keputusannya sekiranya kita mengandung. kalau buat UPT tak nampak, cubalah buat ultrasound. kalau betul awak dah mengandung 2 bulan, memang nampak clear sangat baby punyer heart beat melalui ultrasound tu. saya rasa eloklah sekiranya awak jumpa doktor pakar di hospital kerana jawapannya mungkin lagi jelas.

IP : 202.47.162.242

eidadara

27 . Dihantar pada 27hb Mac 2004 1.15:17 tghari   [Edit]


Eida ada scan maa jumpe doktor, tak clear sbb eida banyak sgt angin. Doktor suruh tunggu lagi 2 minggu, then check urine. Period eida ni tak teratur sgt. Tapi semenjak bertunang (3 bulan sblm kawen hinggalah lepas kawen) period eida kembali normal tarikhnya.

Rasanya tak pregnant kot...tapi tak period. Nanti lps 1 minggu kena jumpa doktor tu balik, ambik ubat nak keluarkan period.

Sedey ni...dah la suami duduk jauh nun di sana....jumpe sebulan sekali jer....bila nak 'pulun'?

IP : 219.93.124.124

ayu_akashah

28 . Dihantar pada 27hb Mac 2004 7.31:26 ptg   [Edit]


Ayu dah kawin hampir 2 thn. tapi belum ada rezeki lagi. Dulu masa baru2 kawin boleh katakan tiap2 bulan ayu beli test kit, nak tau jadi ke tidak sebab lepas kawin period ayu boleh di katakan kerap lambat hingga 5 hari. tapi selalunya frust lerrr.

Pernah sekali tu.. ayu period tapi dia datang agak lambat dan berlarutan hingga 13 hari. Time tu ayu demam, sakit tekak dan badan rasa tak sihat. First check ngan dr panel dia suruh check kat luar,check dr. kat bangsar waktu mlm, dia kata pregnant tapi tak sure (dr leh tak sure?) suruh datang siang.. At least ayu gi pakar siangnya.. baru tau yang ayu memang tak ngandung pun (ayu sendiri awal2 dah test tapi -ve) Tapi pendarahan tu disebabkan pangkal rahim luka dan perlukan rawatan susulan. Nasib baik gi pakar awal2, kalau ikut ckp dr. kat bangsar tu tak tu ler jadi apa kat ayu.

Selepas tu ada terjadi lagi sekali kes mcm tu, ayu cepat2 gi pakar. So, skrg nie ayu tak gitu beria2 sgt kalau period lewat setakat 5 - 7 hari sebab dah selalu kena mcm tu. Tapi ayu harap agar satu masa nanti ayu akan dapat baby gak.. Pada lina_joe31, cuba2 le gi check kat spital jgn main tunggu aje k..

IP : 202.185.111.123

gigi

29 . Dihantar pada 28hb Mac 2004 00.41:12   [Edit]
eida dara:
quote:
NAK TUMPANG TANYA DLM TOPIK NI BOLEH TAK?
Eida pun macamn lina_joe31. Baru 3 bulan yg lalu kawen. Masuk bulan kedua dah tak period. Sekarang ni dah 2 bulan tak period.

Mula2 chek kat bidan, dia kata sah dah mengandung 2 bulan. Tapi eida tak pening, loya, muntah pun. Then eida and hubby check kat doktor, dia kata tak. Test urine pun negative....

Confuse...sbb bidan tu mmg pakar, dia kata mmg ada kes doktor takleh detect kitamengandung, urine pun negative....
So..nak caya kat sape nih? Ada kawan2 hadapi pengalaman ni tak?

perkara nih dah terjadi kat wife saya, rasa macam dah lewat 4,5 hari period dia.. wat urine test sendiri, tp -tive!..
pastuh frust gile laaaa kan.. tp kita redho la kan.. masa tuh ramai org cakap. hormon tak seimbang lagi.. so biarkan je la.. tp 2 hari pastuh wife sakit dada, so, soh dia jumpa doktor.. pastuh doktor suh test lagi, so result dia +ve..
nak tahu doktor cakap apa... kalau rasa2 period lewat 5,6 hari.. itu normal.. dah test la slpas hari ke 7, kalau nak test urine sdr.. wat waktu pagi.. tadah air kencing selepas bangun tido... insyaAllah..

LINA:
.. projek tak takut ke? hahaha...

test urine sdr diwaktu pagi.. kalau tak puas hati
jumpa doktor utk mintak nasihat lanjutan..
kot2 awak ada s.thing nnti.. tak ke haru....

IP : 199.41.197.23

eidadara

30 . Dihantar pada 28hb Mac 2004 09.19:09 pagi   [Edit]


Betul jugak kata kawan2 ni ek...

Gigi...seronok lah ko yer...ada anak.

Betul kata TipahOtipah & ayu_akashah...eida kena cool down, tak boleh beriya-iya sangat. Kalau ada rezeki tu, ada la...Eida ni bukannya ape, biasalah...org baru kawen...bersemangat nak baby. Bukannya kawen umo muda..dah nak masuk 27 pun. Kami pun duduk separate, chances nak 'buat' anak terhad. Period pun tak regular...so, kalau eida mengandung, itu satu rahmat yg paling besar buat eida.

Apa pun, terima kasih kpd kawan2 yg beri nasihat dan kongsi pengalaman. Kalau ada berita gembira, eida akan sampaikan pada kalian. Lepas seminggu ni, eida kena test urine lagi....

IP : 219.93.124.10

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "