Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Wahai perempuan.. : - yang berbahagia atas kehancuran hati org lain...
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Wahai perempuan.. : - yang berbahagia atas kehancuran hati org lain...
sayu

1 . Dihantar pada 18hb Mac 2004 9.20:13 mlm   [Edit]


Wahai perempuan yang tersenyum atas tangisan orang lain,
Kaum sejenis mu juga yang engkau lukai,
Mengapakah hanya dirimu sendiri yang difikir dan dipentingkan,
dengan alasan hanya berserah kepada jodoh
seolah-olah terlalu lemah untukmu berpaling dan mengelak
tanpa memikirkan perasaan si wanita yang engkau rampas kebahagiaannya
susah senangnya bersama pasangannya
pengorbanannya
dan kini engkau hadir dalam hidup kekasihnya
di kala kekasih berada di puncak kesejahteraan?

Wahai perempuan yang bergirang gembira atas penderitaan orang lain,
Pernahkah engkau meletakkan diri mu
di tempat si wanita itu
di kala kebahagiaan cinta dirasai
dengan keriangan yang tulus
terasa kehangatan cinta di hati
kepercayaan yang diberi untuk kekasihnya
dengan tiba-tiba engkau dapati hati si kekasih
berpaling kepada yang lain
hatinya untuk yang lain
Letakkan diri mu di tempatnya
rasailah, empatilah.

Wahai perempuan yang berbahagia atas kehancuran hati orang lain,
"Engkau tak pandai jaga laki"
"Aku tidak merebut laki mu"
"Aku bukan perampas, ini adalah suratan jodoh"
itulah alasan-alasan mu
Andaikata aku yang tak pandai jaga laki
bagaimana pula dengan dirimu
tak pandai kah jaga maruah diri
sehingga laki orang pun engkau ingini
Andaikata engkau tidak merebut
mengapa engkau tidak berundur awal-awal lagi
masih jua tercegat menanti
memikirkan perasaan diri sendiri
tanpa memikirkan perasaan tatkala kasih sayang yang dibina
diambil dirampas dengan sewenang-wenangnya
oleh perempuan lain
Andaikata ku tolak seseorang dari bangunan tinggi
lalu dia jatuh dan mati
maka, patutkah ku mengatakan
"Aku bukan pembunuh, ini adalah takdir, dia mati hari ini"
Ataupun
sebuah tamparan di wajah seseorang (ataupun diwajahmu)
maka, patutkah ku mengatakan
"Aku tidak melukainya, ini adalah suratan takdir wajahnya ditampar hari ini"
Meninggalkan kesan, bekas dan parut
yang berdarah
Maka tiadakah perasaan serba salah mu
hilangkah malu mu
terlalu lemahkah dirimu
(paling lemah di kalangan yang lemah,
paling lemah di kalangan semua wanita)
di mana emosimu
dan di mana akalmu
tidak bijakkah dirimu
untuk mengelak
ataupun
adakah kebodohan menguasai dirimu?

Wahai perempuan yang mendapat nikmat atas pengorbanan pedih orang lain,
Di saat ini engkau berbahagia
senyumlah, nikmatilah, bergembiralah
dan nantikanlah
tiada daya ku dendami...
tidak perlu ku menadah tangan dan berdoa
untuk mengubati hati batin ini yang dianiayai
ku pasrah
biarlah kuserahkah kepada Yang Maha Kuasa
sesungguhnya hari mu akan tiba jua
merasai kesakitan seperti yang ku alami kini
yang mana hati mu akan
dilukai, dicurangi, dikhianati
oleh insan yang engkau cintai.

Tidak perlulah aku membohongi diriku
dan dirimu
kerana jauh dilubuk hati
masih belum terlintas
masih belum terbuka jiwaku
untuk memaafkan dirimu.


sayu{

IP : 210.195.204.200

EvaJaque

2 . Dihantar pada 18hb Mac 2004 10.11:47 mlm   [Edit]
sayu - sedih baca coretan nie, walaupon eva dah jadi isteri orang eva nak cakap jugak... ok.. jgn salahkan satu pihak jer kalau kita menghadapi situasi begitu.. memang la pompuan jadik yg ke 3 orang kata dia jahat tapi pernah tak kita perati diri kita dlm melayan suami/kekasih kita???? pernah tak kita bertanya adakah kita memang lakukan yg terbaik utk suami tapi suami masih lagi nak mencari org lain? dan pernahkah kita terfikir... aku sentiasa bersamanya di masa suka dan duka??? kalau yg dekat takperla.. what about yg jauh di mata?? salah satu kunci perhubungan yg baik adalah selalu keep in touch.. tak kisah la kalau jauh atau dekat... yg penting ambik berat.. some perempuan bila dah nikah dorang taknak ambik berat sangat about their husbands pastu bila lelaki berpaling arah.. kita laks kelam kabut dan salahkan yg ketiga.

salah isteri adalah mereka sering berfikir dorang lakukan yg terbaik dan perfect tapi kalau ada sumthing yg buat hati lelaki tersinggung atau lelaki tak suka kita tak pernah tanya, malah anggap benda tu sebagai perkara kecil.... salah kita bila dah kawin kita kurang menggoda suami takut nanti dikata mengada-ngada... or sometimes minded kita selalu kata... aku dah kawin dgn dia buat apa aku buat itu semula..kalau isteri menggoda suami dan layan dia seperti raja i bet lelaki takkan pandang isteri sebelah mata. tapi kalau dia tengok pompuan lain jugak, there's something wrong somewhere...

* Mesej ini telah diedit oleh EvaJaque pada 18hb Mac 2004 10.14:04 mlm

IP : 62.252.128.14

Ashsha

3 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 00.04:05   [Edit]
terkedu baca coretan Sayu.sedih rasanya...

IP : 219.92.125.15

EvaJaque

4 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 00.28:14   [Edit]
dendam takkan mengubati luka yg parah...
mungkin jodoh hanya setakat di sana?
buat apa memaksa pada org yg tak sudi..
kan memakan hati..
mulakan la hidup baru..
semua tu kerja Tuhan..
contohnya some netters sini bakal mendapat madu..
ada yg sanggup ada yg tak...
ada yg berpisah setelah minat petunjukNya..
sbb semuanya tu adalah ujian...

ukuran emosi jugak yg dibicarakan..
memang pedih bila kekasih/suami diambil orang..
tapi pernahkah terfikir di dalam hati...
basic perhubungan tu camana?
adakah kita dulu yg beriya-iya mintak dia mengahwini kita
lantaran kerana kita taknak dikatakan anak dara tua?
atau kita memang ikhlas berkahwin kerana Allah?
tanya hati.. tanya otak dan tanya fikiran?
adakah kita nak dia ambil kita kerana kita takut akan masyarakat??
Atau niat berkahwin kerana Allah?
kalau niat berkahwin kerana Allah..
insya Allah selamat...

bagaimana ciri2 perempuan yg merampas tu?
adakah dia betul2 berciri2 penggoda no. satu?
adakah dia mengikis harta suami sehingga kita tak dipedulikan?
atau dia sendiri kalau kita pandang lebih baik dr kita?
kengkadang kita sentiasa berfikir...
argh salah perempuan ketiga..
tapi kita tak pernah tanya diri sendiri..
sebenarnya kita juga adalah penyumbang ke arah itu..
cuma kengkadang kita ego nak admit semua tu..

kalau la perempuan tu mempunyai perangai buruk
atau rupanya tidak secantik kita..
mungkin kita nak kata.. argh.. apa la yg suami aku perati kepadanya?
bagaimana kalau sekiranya dia jenis wanita yg baik akhlaknya?
baik tingkah lakunya... dan ada ciri2 Muslimah sejati??
dan suami terpaut lantaran sikapnya.. yg jauh berbeza dengan kita yg alpa?
adakah kita akan kutuk dia sebagai wanita gatal tak sedar diri?
tak tahu menjaga maruahnya???

dalam hal begini rasanya...
banyak perkara perlu dilihat..
kalau btol suami terpikat kerana
perempuan tu berperangai jahat..
well.. memang la suami jenis buta mata buta hati
tapi kalau rival itu sendiri mempunyai
ciri-ciri yg menepati suri yg sang suami idamkan
dan dialah suami inginkan..
kenapa kita tak berusaha menangi hati sang suami
supaya menjadi lebih bagus dr dia???
tepuk dada tanya selera..
kita berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya?
dendam takkan bawak kita ke mana



* Mesej ini telah diedit oleh EvaJaque pada 19hb Mac 2004 00.43:56

IP : 62.252.128.14

ngah_2

5 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 00.44:54   [Edit]


tak kena,tak tahu...tapi yg pastinya tak ada isteri yg rela tapi dah terpaksa...so terpaksa rela le...apa pun,itu adalah hukum Allah..lelaki dibolehkan tapi ada syaratnya.Masalah timbul bila x cukup syarat tapi nak jugak ntah la...

IP : 62.254.0.12

EvaJaque

6 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 00.49:25   [Edit]
hehe ngah .. ada ke? kengkadang org salahkan perempuan ketiga.. kalau perangai perempuan tu gatal .. asyik sms dan asyik2 miscall laki memang la kita baran.. what about laki kita nak kat dia, pastu perempuan tu baik dr bini dia yg selalu ingkar? what about perempuan tu jenis taat pada Allah dan pada agama??? ahaks.. sbb semua org gambarkan lelaki terpaut dgn perempuan kaki penggoda.. ada jugak lelaki terpaut kerana akhlak dan perangai perempuan lain baik dr isterinya.. camana tu?

IP : 62.252.128.14

irasofea

7 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 06.32:23 pagi   [Edit]
.. saya tumpang lalu angkat tgn nak nyampuk nih boleh tuan rumah? hehe...

agak tak senang sikit la baca sajak kat atas puncak nun... emotional sgt tuh... kalau tak rasa berdendam ..camana boleh ada rasa one day may be the so called perampas alami naseb yg sama?

bak kata responders lain.. tgk situasi la... jgn nnt tak agree dgn poligami lak.. tak baik tuh!! hehe.. (oppss sound like a guy lak)

sdgkan aisyah boleh jeleskan khadijah yg wafat berthn2... normal la kalo rasa cemburu... tapi kan...tapi kan... jgn la dikutuk semua isteri 2nd..3rd..or 4th! kalau marah kat diorg pun kan... ahaks apa faedah dpt? the husband jugak yg tak rugi! kesakitan hati yg dimadu yg sememangnya dah sakit tu bila marah lagik menambahkan kesakitan..bertambah2 sakit dia..

ubat dia bertenang... perasaan marah dlm diri nanti jadik terkumpul! memakan diri cam api dlm sekam.. nnt kang jadik depression! inila kena tahu konsep tawakkal.. moga dgn bermadunya anda siapa tahu.. hanya Tuhan yg tahu ..ada hikmah dibaliknya ..may be lagik membuka jln anda ke syurga.. kenikmatan hidup kat dunia kekadang melalaikan manusia..jadik cinta dunia lak.. may be dgn sedikit derita (or derita yg byk itu)... membuka jln anda ke kebahagian akhirat yg kekal!

itu jek saya nak nyampuk. wassalam.


IP : 62.252.32.5

sayu

8 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 07.42:19 pagi   [Edit]
Tatkala si wanita terlantar di sakit
berhadapan dengan sakit yang membawa maut
si pasangan tiada di sisi
untuk memberi ketenangan kepada diri
alasannya sibuk sepanjang hari
sedangkan terlalu banyak masa
untuk si perempuan yang ketiga
terlalu banyak bukti
yang si dia bersama buah hati
tanpa mempedulikan
sakit pening diri ini
sudah terlalu banyak pengorbanan
untuk si pasangan yang dicintai
diri ini tidak dipedulikannya lagi
si perempuan itu menunjukkan kekayaannya
keberadaannya
dalam menangani hati si kekasih
di depan kekasih dia berbudi
di belakang kekasih dia mencari
menayang dirinya yang seksi
kepada lelaki yang lain
di depan ku, baginya kekasihku milik mutlaknya
tiada bahagian untuk diriku
aku tiada kuasa untuk berdendam
kerana itulah aku pasrah
bukankah yang menyakiti itu
suatu masa dia akan disakiti jua
jika bukan di dunia
maka di akhirat
di situlah dia akan menerimanya
bukankah ini kehidupan fana
biarlah daku memendam rasa
didalam jiwa
jika dilepaskan
mungkin punah segalanya
atau mungkin mengundang dosa
hati mana yang tidak berkecai
untuk memaafkan
biarlah peristiwa ditelan waktu
biarlah hilang dalam ingatan
mungkin ku mampu lupakan apa yang berlaku
tetapi
tidak mungkin ku lupakan apa yang pernah kurasai.

People can forget what you do and say, but people cannot forget how you make them feel.





IP : 210.195.204.157

EvaJaque

9 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 08.15:34 pagi   [Edit]
bersajak itu bagus..tapi kalau bercakap lagi sempurna kerana penyampaiannya lagi jelas... dr apa yang sayu katakan

1. bini sakit lelaki carik buah ati lain n luangkan masa dgn kekasihnya lalu tak sedar tanggungjawabnya utk menjaga sang isteri

2. Lelaki lupa tanggungjawab sbb masyuk ngan cinta gadis ketiga..

3. perempuan mempamerkan kekayaan dan keseksian di depan suami sayu dan lelaki lain lain.. (ini accusation ke atau btol nie??)

4. perempuan tu tunjukkan possessive depan sayu ke?? dah jumpa face to face ke? pesal tak cakap dengan dia???

5. melihat kemesraan dorang, u marah, sakit hati, kecewa, kerana perempuan tu tunjuk control kat husband sayu.. so u marah dan u berdoa agar satu hari nanti sayu akan merasai apa yg dia rasai?? sbb everything dlm dunia ini ada balasan..

6. cukup kurang jelas apa maksudnya tapi nak bubuh quote kat sini

quote:
biarlah daku memendam rasa
didalam jiwa
jika dilepaskan
mungkin punah segalanya
atau mungkin mengundang dosa
hati mana yang tidak berkecai
untuk memaafkan
biarlah peristiwa ditelan waktu
biarlah hilang dalam ingatan
mungkin ku mampu lupakan apa yang berlaku
tetapi
tidak mungkin ku lupakan apa yang pernah kurasai.

sayu tak berani mengatakan rasa tidak puas hati..kerana kalau bersuara akan mengundang perceraian atau di cop derhaka.. so dgn cara tak memaafkan apa yg u ingat.. u akan sentiasa ingat keadaan itu..

parah... ermmm... btol btol parah.. kenapa tidak mintak dilepaskan saja dr berdendam dgn mereka??? buat apa menanggung sengsara.. makan hati melihat yg berlaku di depan mata? sayang dan cinta?? sayangilah diri sendiri...lepaskan la dendam di dada.. kalau kita hidup dgn dendam.. kita takkan jumpa pintu ke arah bahgia.. lepaskan la.. turn back to Allah... kerana mengadu kepadanya akan mengubat luka hati sengsara

IP : 62.252.128.14

unoes

10 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 08.23:29 pagi   [Edit]



Sedutan dari As Sunnah SAW:

... ADALAH ORANG YANG BODOH
tersangat memikirkan soal rezki - JODOH - maut.

NOTA:
Ini adalah jelas kerana telah Allah tetapkan dan tiada sesiapa dapat mengelak JIKA TELAH SEKUFU JODOHNYA, walau anda panggil seluruh JIN DAN MANUSIA di tujuh langit dan tujuh bumi tidak akan dapat menghalangi TAQDIR ILAHI.

ATAU.

Adakah wanita-wanita yang mengaku Islam mahu menjadikan diri mereka dalam kehinaan dengan membiarkan suami mereka melakukan perbuztzn sumbang dan zina kerana anda benar-benar menjadi PENGGERAK ANTI POLIGAMI sebagaimana 'betina-betina YAHUDI, Nasara, athies dan sekular lalu diikuti oleh perempuan-perempuan munafik' yang mengaku Islam agamanya tetapi engkar amalannya.

JANGANLAH MENJADIKAN DIRI SEBAGAI PENDERHAKA KEPADA APA YANG ALLAH TETAH HALALKAN DAN TETAPKAN, atau sengaja mencari jalan kemurkaanNya.

SUNGGUH DURJANA MANUSIA YANG MENGAKU PEMILIK HATI ORANG LAIN
SEDANGKAN SEGALA-GALANYA MILIK ALLAH
KEMBALIKAN LAH KEPADA ALLAH YANG BERHAK,
Innalillahi wa inna lillahiraji'un.
Datang dari Allah kembali kepada Allah.
Diri kita, suami/isteri kita MILIK ALLAH.
Tunduklah dibawah HUKUM ALLAH dan pertunjuk RasulNya SAW
dan janganlah ikuti orang-orang engkar lagi durjana itu.

janganlah jadikan perayu yang menagisi kepada kebinasaan iman Islam hanya kerana Allah berikan ujian IMAN untuk menjadi isteri yang soleha.

Kita tidak dapat walaupun nak 'korek tahi hidung sendiri' tanpa izin Allah, siapakah anda atau saya NAK MENGAKU PEMILIK HATI MANUSIA jika nak korek tahi hidung puntak mampu...

Yang kita miliki apa yang kita pakai dan kita makan, diluar sana bukan milik kita dan entah siapakah yang bakal menggunakannya... kerana maut lebih dekat dari urat leher sendiri.
Astaghafirulah al adzim.

WA.

* Mesej ini telah diedit oleh unoes pada 19hb Mac 2004 08.28:37 pagi

IP : 218.111.116.178

hani_ls

11 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 08.28:48 pagi   [Edit]
..menarik topik ni..ada 'isi'...tapi kalau asyik bersajak..nanti topik ni kena konci dan disuruh pindah ke sembang sastera...hati2....

IP : 147.128.2.36

Qyrana_Biru

12 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 08.34:49 pagi   [Edit]
Apa yg dianugerahkan semuanya Milik Allah belaka..sebagai pinjaman didunia..Atas kuasa dan kebesarannya utk menarik semula apa yg dianugerahkan....Bersyukurlah andai pernah merasa kebahagiaan walau sedetik cuma...Apakah nasib kami yg tak pernah langsung merasakannya...Besyukurla pada segala nikmatNya InsyaAllah anda akan menjadi manusia yg redha

IP : 219.95.17.69

irdhani

13 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.10:44 pagi   [Edit]
opismet dhani dah 2 bulan kat hospital, terlantar kerana kanser... pada hari ke 50 dia dirawat dengan kaedah kimoteraphy (minggu lepas), suami dia datang (selepas seminggu menghilangkan diri) dan beritahu kat opismet dhani tu "abang dah nikah dengan setiausaha abang minggu lepas... abang terpaksa sebab awak dah tak mampu layan abang sedangkan abang masih muda, masih perlu salurkan nafsu abang pada seorang isteri... dah 2 bulan awak tak layan abang langsung, dan doktor sendiri kata awak dah tak ada harapan untuk sembuh..."

kalau korang la opismet dhani tu, apa perasaan korang agaknya?

opismet dhani tu baru keluar wad 3 hari lepas... dia minta untuk tinggal di rumah dengan 4 anaknya dan berjanji dengan doktor untuk berulang ke hospital mendapatkan rawatan... dia terpaksa sebab anak yang sulung (12 tahun) mengadu diorang takut duduk rumah sebab ayah tak pernah balik sejak mama masuk hospital...

IP : 203.115.226.151

unoes

14 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.17:43 pagi   [Edit]


kes irdhani.

Jika dia nak jadi RAJA WANITA relakan suami anda menunaikan hajatnya hanya kerana itulah yang Allah izinkan dan menunaikan kahlifahnya, berniatlah sebagai suatu amalan menunaikan hajat manusia maka Allah akan penuhi hajat didunia sedangkan diakhirat lebih berganda lipatnya, jika dia menemui ajal esuk pagi pasti menjadi seorang soleha yang selamat dan diredhaiNya, InsyaAllah.

Jangan pula minta cerai, alamatlah merusak diri sendiri, kecuali memang suami yang tiada hidayahNYa menceraikan, maka itu diluar bidang kuasa dia.

Berdoalah agar Allah memberikan diri sabar dan solah serta menjadi seorang yang lebih taqwa. Dunia ini hanya sementara dan maut lebih dekat.
WA.

IP : 218.111.116.178

Qyrana_Biru

15 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.20:00 pagi   [Edit]
quote:
Jika dia nak jadi RAJA WANITA relakan suami anda menunaikan hajatnya hanya kerana itulah yang Allah izinkan dan menunaikan kahlifahnya, berniatlah sebagai suatu amalan menunaikan hajat manusia maka Allah akan penuhi hajat didunia sedangkan diakhirat lebih berganda lipatnya, jika dia menemui ajal esuk pagi pasti menjadi seorang soleha yang selamat dan diredhaiNya, InsyaAllah


Dugaan didunia..sekelumit saja...

Cik Eunos... agak2 boleh bersama2 dengan Siti Fatimah Alhamdulillah....payung mas tu...

IP : 219.95.17.69

yus_eija

16 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.26:08 pagi   [Edit]
sayu sungguh baca sajak luahan hati puan sayu....tapi kan...eeerrrmmm.... ...ish entahlah...rasanya mcm menyalahkan satu pihak ajer..

kak eva...sometimes org tak nak pandang silap dia...yg dia tahu...bila husband involve dgn org lain...yg salah...pompuan ketiga tuh...jarang sekali mereka nak bertafakur & memikirkan sebab musabab mengapa husband mereka cari lain...bg saya..semua yg terlibat dlm kes2 mcm ni contribute something..kalau tak byk...sikit...sama2 la fikirkan apa dia...baik yg 1..yg 2..mahupun si suami itu...


quote:
SUNGGUH DURJANA MANUSIA YANG MENGAKU PEMILIK HATI ORANG LAIN
SEDANGKAN SEGALA-GALANYA MILIK ALLAH
masalahnya sekarang manusia terlalu ego mengatakan...SUAMI ITU MILIK MEREKA SEORANG!

Irdhani tu kes laki tak sedar diri...bini duk sakit2...dia sibuk pasal nak salur nafsu ler...aper lah...patutnya dia jaga bini dia...bukan duk sibuk nak kawen lain...ish ish ish...apa punya laki la....

IP : 170.38.99.95

nitacyber

17 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.26:22 pagi   [Edit]
dlm kes kawan dhani tu...suaminya tak salah kerana kawin satu lagi...cuma dia dah berlaku kejam atas isteri yg sakit....& paling kesian kat anak2....dah dpt isteri muda takkan lupa kat anak...darah daging tu....

IP : 202.168.65.173

Melurputih

18 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.27:24 pagi   [Edit]
irdhani

Melur amat bersimpati dgn nasib rakan irdhani. Sedih sungguh dgn apa yang menimpanya,pujuklah dia agar bersabar, kuatkanlah semangat dia.
Rajinlah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. :
pesan Nabi Muhammad s.a.w. : berselawatlah ke atasku, aku akan tolong umatku.
Apa saja yang hendak dia lakukan, sentiasalah ada air sembahyang padanya tak kira selepas waktu sembahyangpun.
Sama-samalah kita sededahkan 'Ya Salam' kepada dia apabila berdepan dgn rakan irdhani kerana dgn itu kita mendoakan kesejahteraan dia dari penyakit yang dihadapi.
Apa sahaja yang berlaku jangan tunjukkan kegagalan pada suami dan anak-anak. InsyaAllah, yang bersabar akan mendapat pedoman yang lebih baik dari yang terbaik.

IP : 204.79.89.3

shaleo758

19 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.30:21 pagi   [Edit]
Pasal opismate Dhani tu...camne keadaan dia sekarang...kesian dia ye..dah la sakit..husband buat camtu lagi la tertekan perasaan dia. Hubby dia tu pun satu...dah dapat yg baru takan la anak2 ditinggalkan camtu jek...

Lihatlah dunia.........

IP : 203.223.133.67

Melurputih

20 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.35:37 pagi   [Edit]

IP : 204.79.89.3

irdhani

21 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.37:45 pagi   [Edit]
terima kasih buat yang bersimpati pada kawan dhani tu...

baru petang semalam dhani dan opismet lain (termasuk bos) pergi ziarah dia, dia mintak tolong dhani bawa dia pergi bank, nak keluarkan duit dari akaun (kad ATM dia hilang ke mana ntah)... dia kata, anak dia nak beli buku UPSR, dan kebetulan beras kat rumah dah seminggu habis... masa kat hospital, jiran dia yang jaga makan minum anak-anak dia (dia anak tunggal yang kematian mak ayah sejak usia 6 tahun akibat kemalangan... so, dia memang tadak sedara-mara)... menitik air mata bos kitorang dengar dia cakap macam tu... time tu juga dhani keluar pergi kedai dengan bos, beli keperluan dapur untuk dia... bawak anak dia gi kedai buku sekali... alhamdulillah, pagi tadi, bos kitorang kata, dia nak bagi pinjam salah sorang maid dia untuk bantu kawan dhani buat kerja rumah...

tapi kuasa Allah, kawan dhani nampak sihat dan kuat, jauh lebih bertenaga kalau nak bandingkan masa dia buat rawatan kat hospital dulu... dia kata "anak-anak adalah kekuatan akak! akak yakin, akak akan sihat semula macam dulu sebab Allah nak akak besarkan anak-anak akak sampai diorang berjaya dalam hidup diorang nanti..."

* Mesej ini telah diedit oleh irdhani pada 19hb Mac 2004 09.39:54 pagi

IP : 203.115.226.151

unoes

22 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.40:19 pagi   [Edit]


Qyranabiru... mudah-mudahan mengikuti jejak Hadzrat Fatimah, namun jika Allah SWT pilih sekadar jadi khadam dipintu Jannah pun sudah sangat beruntung kita ni...

Kes irdhani lagi Ralat )

Pengurbanan isteri !!! lalu ada pulak wanita yang menyatakan kejam suami tuh
anda lebih zalim membiarkan suami itu membeli 'sundal jalanan' atau sumbang mahram

Adakah anda suka suami anda menjalang !!! sedang, FITRAH manusia bukan sebagaimana andaian dan angan-angan kita sebagaimana pembela gerakan KAFIRIN sebagaimana sister in Islam, Women Lib dan semaksud dengannya yang memang mereka adalah sebahagian dari talibarut dakyah anti As Sunnah sama ada sengaja atau tidak sengaja.

BETULKANLAH JANJI SETIA SYAHADAH ISLAM SENDIRI dan hayati betul-betul setiapkali bersyahadah dalam solah atau harus kembali masuk kelas fardhu ain dengan TASKA-TASKI...sama-sama dengan anak-anak sendiri...dihantar pagi-pagi oleh suami...
Astaghafirullah.

IP : 218.111.116.178

nitacyber

23 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.45:09 pagi   [Edit]


unoes...sapa yg marah sapa nieee???? yg dipertikaikan sikap BODOH & KEJAM si suami yg kemaruk bini baru sampai lupa bini yg sakit & anak2 yg keluar dari benih dia sendiri.....

dhani...sebak baca...apalagi kalau menghadapinya...mmg betul anak2 adalah penguat semangat para ibu....semoga Allah beri ketenangan pada kakak tu & anak2nya....

* Mesej ini telah diedit oleh nitacyber pada 19hb Mac 2004 09.47:11 pagi

IP : 202.168.65.173

Melurputih

24 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 09.57:47 pagi   [Edit]
Irdhani

Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Firmannya:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157)



unoes

pertikaian masalah mana ni? suami menghantar anak-anak ke taska-taski. Itu dinamakan tanggungjawab. alhamdulillah.

IP : 204.79.89.3

serilissa

25 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 10.01:06 pagi   [Edit]
betul cakap nitacyber tuh! tindakan suami tu kawin lain kalau ikut islam memang tak salah, tapi takde langsung ke sifat belas kesian terhadap isterinya yang sedang bertarung dengan maut? sepatutnya kalau seorang suami yang baik, di saat-saat macam tu dia memberi sokongan, semangat dan sentiasa berada di sisi, bukan sibuk-sibuk menggatal kawin ngan pompuan lain! pulak tu tanggungjawab sebagai bapa pun diabaikan! macam tu ke islam suruh?

IP : 219.95.176.37

Inaz2205

26 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 10.03:34 pagi   [Edit]
unoes
boleh tak ko bagi hujah2 yang bernas sikit selain daripada meletak hadis2 jer kat sini. biar ianya bersesuaian, hadis dan juga kehidupan sekarang dan juga situasi rumahtangga itu sendiri. kalau setakat letak hadis jer kat sini, aku pun bulih letak. tapi kena bukak balik ler buku2 agama aku kat umah, juga aku kena cari balik tafsir2 alquran yang ada....

IP : 192.228.220.10

senijuju

27 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 10.11:56 pagi   [Edit]
Eva,

entah....la . dalam kekrasan ada kebijaksanaan respons eva tu... Kengkadang betul gak. Kalu pompuan yg dia pilih pucuk muda dan seksi, itu mesti sebab lelaki tu agak ikut ati..

Tapi, bila yg baru tu tak le selawa dan secantik kita. Mungkin kita kena fikir balik...apa kurangnya kita sampai suami leh pandang pompuan tu...Ye tak? Masalahnya, kalu zaman sekarang dah tentu laki tu dah dituduh kena buatan org.... Mungkin kita kena fikir balik pro and con apa yg berlaku.

Lagi satu rasanya jgn bagi peluang atau ruang utk suami tau kelemahan. Dulu macam ayah senijuju sendiri, masa umur dia 40-an, duit byk tapi anak2 semua tgh belajar. Masa tu, pelik jugak tengok emak sanggup ke salon, berjongging, melawa 24 jam. Bila tanya, dia cakap ayah dah sound,dia rasa mak dah macam dah kurg perhatian kat dia. Nasib baik emak muda 10 thn dr ayah. Nampak ler solid lagi. Kain batik dah tak pakai depan ayah. Ayah yg selalu outstation, mak jadi pengikut setia. Terpaksala anak2 tinggal ngan mak cik yg jd pengasuh.

Saya ingat lagi, mak kata anak2 boleh buat lain, tapi suami, dia nak yg tu jugak. Dia sanggup buat apa jer asal ayah ada. Alhamdulillah,sampai sekarang ayah dah lepas tempoh yg menakutkan tu-life starts at 40 konon. Sekarang anak2 semua dah besar... Asyik gi honeymoon jer. Ari tu, gi Haji, saya ikut sebab satu dah rezeki saya. Duanya, memang saya nak berkhidmat utk my parents. Saya nak diaorg buat ibadat dan berdua-duaan jer. Saya yg mencuci dan mengemas. Supaya dua2 selesa mungkin. Saya jarang kacau diaorg berdua. Kata org suami isteri masa kat Mekah, masa tu macam bercouple balik. Besttttt.....tengok.

Sekarang ni, dia pulak yg lebih sensitif. Kalu dia balik mak tak de...jenuh la mulut mak nak menjawab mcm2 soalan musykil. Tergelak jugak kami adik beradik bila dia cakap ' mak kau tu nak cari laki muda la tu. Kuar lama2. melawa. Tak reti nak duduk rumah dah'.

Yang pasti, berkomunikasi selagi boleh. Jangan dah terlambat baru nak cari silap siapa. Jgn bagi ruang....

IP : 218.208.221.253

helda

28 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 10.16:40 pagi   [Edit]
sesungguhnya Allah sedang menguji si isteri dan si suami...siapa yg berjaya dalam ujian ini....

IP : 219.94.76.10

maira70

29 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 10.26:14 pagi   [Edit]
,

Alhamdullillah...di pagi jumaat yang mulia ini...masih hidup kita lagi.

Apa2 pun maira sokong unoes..Maaflah kalau menyinggung hati kaum sejenis. Pendirian maira ialah kita mesti kembali merenung diri sendiri sebagai HAMBA Allah. Kita adalah HAMBANYA! Kalau kita dah memahami konsep HAMBA dan TUANNYA (ALLAH) maira rasa apa juga rintangan dan dugaan waima laki nak kahwin lain, laki tinggalkan kita masa kita sakit ke sengsara insyallah kita akan tetap bahagia apatah lagi TUAN KITA (ALLA) dah janjikan setiap kesengsaraan dan musibah ganjarannya adalah PAHALA kalau kita redha.

Marilah kita berfikir di pagi jumaat yang mulia ini...dah cukup ker pahala dikumpul untuk bekal di akhirat nanti?

IP : 161.142.112.8

nitacyber

30 . Dihantar pada 19hb Mac 2004 10.42:52 pagi   [Edit]
maira...nita pon tak pernah sanggah hukum & ketentuan Allah...cuma isteri & anak2 amat perlukan kehadiran sisuami sekarang....jadi ada kerr pulak hadis yg mengatakan suami boleh tinggalkan isteri & anak2 lepas dah kawen baru....?? itu yg kita sesalkan....

Mmg dugaan ganjarannya pahala...itu yg diajar pd kita dari kecik...tapi hakikatnya dugaan itu amat perit...tak semua manusia mampu hadapi dengan baik....kalau boleh terima takperr...apa plak citer kalau tak mampu tanggung...ikut jln yg sesat....siapa plak yg harus disalahkan???

IP : 202.168.65.173

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "