Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> minta pandangan : pertanyaan kehamilan
(Pengendali : usoPkuChai )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : minta pandangan : pertanyaan kehamilan
budakkampung

1 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 3.15:47 ptg   [Edit]
assalamualaikum semua...

tak tahu lah soalan ni dah pernah keluar ke belum..saya ingin meminta pendapat dan pandangan yang berpengalaman...

kandungan saya sudah pun mencecah 6 bulan... masalah saya sekarang ini, pada bulan pertama dan kedua saya mengikut jadual pemakanan ubat yang diberikan oleh doktor... nama ubat tersebut appeton.. masuk bulan ketiga klinik yg saya pergi telah kehabisan stok ubat tersebut maka diberinya saya ubat yang berasingan... memandangkan saya cukup susah nak makan ubat yg terlalu byk.. sehingga sekarang saya tidak lagi mengamalkan ubat yg seperti mana ibu mengandungi selalu amalkan...

persoalan saya sekarang, adakah terdapat kesan sampingan terhadap anak saya nanti atau pun adakah anak yg bakal saya lahirkan nanti mudah mendapat sakit... tolong lah saya benar-benar inginkan penjelasan dari akak-akak yg berpengalaman dalam hal ini..

terima kasih byk..

IP : 219.93.209.218

anisyah

2 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 4.15:09 ptg   [Edit]


Bagi saye....saye cume makan pil obimin je...lain2 ubat tak penah pulak....pasal apeton2 saye tak tau lah...
saye pun penah mengandung jugak, mase2 ubat hospital kerajaan saye tak amik...cume amik obimin jer....

IP : 219.95.144.50

helda

3 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 4.29:18 ptg   [Edit]
saya check up kat klinik swasta...doc kasi pil pramilet...kdg2 kalau kaki slalu kejang...dia kasi sekali pil (kalsium + vit D)...pil pramilet tu bentuk lonjong kaler pink...katanya dlm 1 pil ni dh mengandungi 3 jenis ubat yg klinik kesihatan k'jaan slalu kasi tu...selain tu minum susu anmum...
alhamdulillah...baby yg kuar tu so far sihat ler...mudah˛an sihat la slalu...

ermmmm ada gak member yg mmg tk suka makan ubat...tak tau la ada effect apa˛ tak sbb dia baru bersalin skang dlm pantang...yg tau...anak dia selsema sejak lahir sampai sebulan lebih....makan ubat doktor abih sebotol tak mau gak elok...sian plak...
then cadangkan anak dia ambil aromatheraphy buat mandi dgn sapu kat idung dgn dada...alhamdulillah...baru selsema dia kering...

IP : 219.94.76.10

Sirnatinta

4 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 4.34:44 ptg   [Edit]
setahu sirna ikut pengalaman masa pregnant dulu.. dan pembacaan sirna, satu-satunya ubat yg blh di ambil oleh ibu mengandung adalah folic acid atau nama lainnya Vitamin B9; Folate; Diet - folic acid; Pteroylglutamic acid. Kalau nama ikut pengeluar ubat tak sure le pulak.. tapi mana2 doktor or hospital kerajaan ker swasta ker mmg akan bg this pill. Pil ni kena ambil every day sepanjang 1st trimester, lbh elok lagi ambik throughout pregnancy.

Folic acid ni fungsinya utk mengelakkan kecacatan pd janin dan bayi yg akan dilahirkan. Lain2 supplement atau ubat blh ambil tapi mesti dptkan nasihat doktor dulu. Melainkan kalau ada lain2 complication.

folic acid tu warnanya merah jambu & bentuknya lonjong

* Mesej ini telah diedit oleh Sirnatinta pada 12hb Mac 2004 4.37:35 ptg

IP : 219.94.52.226

tirana

5 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 4.39:01 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,

pregnant women tidak diberi ubat kalau semuanya ok. yang Dr. beri tu sebenarnya vitamin. Kalau dah amalkan permakanan seimbang, tak payahlah risau sangat. Makan makanan yang berzat terutamanya sayur dan buah-buahan.

appeton tu sejenis vitamin. Ia banyak terdapat di farmasi atau kedai ubat. Jadi boleh beli sendiri...

satu lagi, p'an yang mengandung, perlu jugak menjaga emosi. tak boleh risau dan sedih yang berlebihan, ada kesannya pada bayi. baca Quran banyak-banyak.

IP : 219.95.210.35

nuralisa25

6 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 5.09:09 ptg   [Edit]
Betul tu..

0rang pregnant...acid folic yang paling penting. kalau tak de acid folic tu, boleh effect pada baby.

budak kg..pastikan acid folic mencukupi untuk awak ngan baby. Lagi satu, rajin2lah minum susu, sebab susu pun diperkaya dengan acid folic.

IP : 61.14.55.50

helda

7 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 5.15:34 ptg   [Edit]
memang folic acid tu elok diambil 3 bln pertama...mungkin ke ada byk jenis...sbb yg helda tahu...folic acid tu yg kecil bulat˛ kaler kuning tu....tapi helda rasa lain klinik lain plak jeni pilnya....yg slalu dengar obimin la...

setuju dgn tirana...pemakanan ibu dan emosi tu yg paling penting...vitamin nih sesuai utk ibu˛ yg kurang selera makan...and byk sgt alahan pada makanan....sbb tu doc galakkan ambil vitamin....jarang jumpa bakal ibu yg betul˛ tak de alahan....

disarankan byk˛ baca al-quran...lebih˛ lagi surah al-luqman(anak cerdik dan taat), al-yusof(anak cantik) dan al-mariam(mudah bersalin)....yg palin penting...taat pada suami...agar redha suami bersama kita...InsyaAllah senang bersalin....

IP : 219.94.76.10

eejaa

8 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 5.42:29 ptg   [Edit]
ikut pengalaman eejaa, folic acid tu mmg Dr. akan bg... mmg elok utk baby...

yg penting mknn kene seimbang bak kata tirana.. ubat2 tu utk tambahan... cthnye mcm calcium...

oklah.. 530 dah... nak balik ghumah...

IP : 219.94.79.234

sitislam

9 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 5.48:49 ptg   [Edit]



kehamilan sitislam kali ni doktor beri sitislam appeton ni,tapi vitamin ni best betul sebab bila loya atau nak muntah taklah sampai kuar muntah kuning tu.sebelum ni sitislam tak makan apapun vitamin, konon takut baby besar..tapi tulah bila muntah sampai lembik tubuh badan..tapikan dulu tak makan vitamin pun baby sitislam tak pernah lagi kurang dari 3 kg.tapi satu masalahnya rambut semakin nipis dan gigi cukup senang rosak walaupun tak pernah miss gosok gigi ,jadi terpulang kepada diri memasing.kehamilan kali ni sitislam kurang rasa loya tapi bila dah kenyang automatik loya tu hilang,ish risau pula baby besar...

IP : 202.188.115.100

budakkampung

10 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 6.54:09 ptg   [Edit]
terima kasih kepada semua yg sudi memberi pandangan

nuralisa25
betul ke kalau tak makan folic acid boleh effect pada baby ..

satu lagi tentang pil appeton...
saya ada bertanya pada doktor.. katanya appeton tu adalah ubat supplement multivitamins yang merangsang selera, jika selera baik tidak perlu memakannya.. tapi pengetahuan saya juga, dalam pil appeton tu segala nya ada kat dlm satu pil tersebut, kalsium, zat besi, folid acid dalam satu pil.. dan kalau tidak memakan nya tidak mengganggu kesihatan janin...


IP : 219.93.209.218

Sirnatinta

11 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 7.10:16 ptg   [Edit]
folic acid tu mmg penting.. itu mcm mesti le sbb mmg baik utk tumbesaran baby. Ia juga boleh menghindarkan kecacatan pd bayi seperti spina bifida (tulang belakang bengkok) dsbgnya. Multivitamins tu mmg ada semua but serba sedikit je and tak perlu ambik kalau tak de any complications.. cukup dgn folic acid je..

yg lain2 tu makan je makanan seimbang.. cukup ler vitamins yg ada dlm makanan2 tu jer. bykkan sayur & buah2 an

IP : 219.94.52.226

Alg

12 . Dihantar pada 12hb Mac 2004 8.46:51 mlm   [Edit]
alg dulu masa pregnant dr x de bagi makan apa2 vitamin pun mahu pun folic acid, inisiatif sendiri nak makan apa, mungkin kat sini bila dr check semua ok so x payah makan supplement tapi bila masuk internet, dptkan info baru tahu folic acid bagus.. alg makan folic acid pun dah trimester akhir.. kiranya dah lewat tapi Insya Allah di samping usaha, doa, baca ayat Al-Quran banyak2, kalau boleh biar khatam banyak kali.. biar sebati dgn anak dlm kandungan.. silap haribulan, masa baca tu dia duk nendang je.. mungkin join sama baca.. so jgn risau lah.. pastikan makan makanan yg berkhasiat spt soya, bayam, susu, ikan.. semua ni bagus utk perkembangan otak bayi..

IP : 219.109.150.10

gigi

13 . Dihantar pada 13hb Mac 2004 00.39:21   [Edit]
makan vitamin banyak2 nih..
tak takut baby besar ke? kekeke..


// ... asalkan baby sehat.. tak ada masalah itu tak mengapa.

IP : 199.41.197.3

buazo

14 . Dihantar pada 14hb Mac 2004 12.24:41 tghari   [Edit]
buazo jarang mkn pil vitamin..tp buazo amalkan mknan yg berkhasiat..sama gak kan..

IP : 210.19.203.100

suhaimiez

15 . Dihantar pada 14hb Mac 2004 12.36:29 tghari   [Edit]
Untuk Perhatian BudakKampung....makan ubat tue elok..Setiap Vitamin perlu untuk badan...Jgn Makan Terlampau Banyak ubat...resiko nya, setiap ubat ada kandungan Toxic..kalau terlampau banyak kandungan toxsic nanti Hati tak terdaya nak proses...sebab setiap ubat ada toxsic...bahagian hati tempat proses toxic....Kalau siapa ada pengalam dalam sakit Hati Hyper, mesti dia tahu, kebiasaan Doctor sukar nak bagi ubat..cuma kalau bagi pun sedikit saja..sebab kesan pada Hati persakit itu...Tentang Pada anak saya kurang tahu..mungkin tak kot...

IP : 161.142.112.8

irahasi

16 . Dihantar pada 14hb Mac 2004 4.23:14 ptg   [Edit]


yang penting pemakanan kita dari mula iaitu sebelum mengandung dan bila dah menggandung, keperluan menjadi berganda iaitu untuk ibu dan janin,
Apeton adalah vit yang boleh tambah selera makan kerana sering berlaku tiada selera makan akibat perubahan hormon.
Bukan setakan folic acid, malah semua penting seperti vit yang boleh mengelakkan petumbuhan mata pada bulan kedua menggandung dan sebagainya
Sering kali ibu mengambil vit obimin dan yang lain-lain ikut keadaan semasa.
Apa yang penting pemakanan seimbang dari mula iaitu sebelum , semasa dan selepas

IP : 210.187.156.241

Syiran

17 . Dihantar pada 14hb Mac 2004 4.36:42 ptg   [Edit]
budakkampung, jangan risaukan diri tengak kehamilan ni. Badan si ibu juga membekalkan vitamin yang cukup untuk bayi dalam kandungan. Folic asid terdapat dalam banyak jenis pemakanan, jadi amalkan pemakanan yang seimbang pun sudah cukup sebenarnya.

Kalau takut janin kurang membesar, ambillah obimin ke atau jenis multivitamin yang sesuai untuk ibu mengandung. Atau hanya ambil folic acid sahaja pun cukup. Selain daripada membekalkan khasiat untuk bayi, folic acid untuk membantu menambah pengeluaran darah pada si ibu supaya apabila bersalin nanti tidak menghadapi komplikasi kekurangan darah. Semua para ibu bila bersalin akan mengalami pendarahan rahim.

Pengambilan folic acid ini membantu mengurangkan masalah kekurangan darah kepada si ibu ini tadi. Walaupun dah diperingkat 6 bulan kehamilan, jangan risau teruskan juga pengambilan multivitamin atau pun folic acid sahaja sehingga awak selamat bersalin. Selamat bersalin....

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 194.165.132.239

budakkampung

18 . Dihantar pada 15hb Mac 2004 09.23:51 pagi   [Edit]
assalamualaikum semua

terima kasih bebanyak kepada semua yg sudi memberi pandangan pada saya..

kalau ramai yg mengatakan pengambilan makanan yang seimbang itu penting, agak-agaknya boleh ke saya terus tidak mengamalkan terus pengambilan sebarang vitamin.... seperti yang biasa ibu mengandung amalkan...
manalah tahu ada kalangan ahli disini yg sama seperti saya tidak mengamalkan sebarang vitamin ketika mengandung... saya benar-benar ingin kan pengalaman yg akak-akak lalui...
rata-rata disini ramai mengatakan mengambil vitamin itu penting, saya akui memang ia baik utk kesihatan, tapi.. saya tak leh nak telan, tapi saya nak baby yg akan dilahirkan nanti sempurna sifatnya....

IP : 219.93.209.218

sofiaaliya

19 . Dihantar pada 15hb Mac 2004 09.55:03 pagi   [Edit]
budakkampung,
I pun salah seorng yg masa pregnant dulu tak ambl any supplement pill coz my hubby kata mknn yg i ambik memang cukup nutrient utk i and baby.I mmg amalkan healthy diet masa pregnanat and masa tak pregnant pun dgn ambik segala mknn yg seimbang mcm protein,carbohidrate,vitamin etc..

U jgn risau if mknn u cukup semua tu.Pill ni sama aje mcm mknn yg u ambik,kalau u dah ambik secukupnya dlm mknn seharian,nothing to worry.
Biasalah,kalau pegi clinic memanglah diorg suggest u to take mcm2 pill,coz diorg gak yg buat duit.

About folic acid,actually time yg sesuai utk ambik masa kita tgh plan nak pregnant lagi patutnya dah dimbil that pill and masa first trimester(until 12 week pregnant) u boleh continue ambil pill u coz masa tu organ2 dalaman baby sdg terbentuk.If u dah 6 bln pregnant,tak perlu lagilah ambil folic acid tu coz organ dalaman semuanya dah terbentuk.

But kalau mknn u dah cukup dgn bhn yg ada folic acid mcm ikan,vege and buah,jgnlah risau kalau tak ambik folic acid ni sebelum ni.

Yg penting,masa pregnant jgn ambik mknn yg masih mentah mcm telur separuh masak,hati ayam in large quantity and sentiasa amalkan healthy diet.

Masa i pregnant and bersalin kat sini(ireland),itulah apa yg my hubby and Dr.2 lain bagitau.

IP : 159.134.212.62

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "