Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Produk Info : Share Info Barang Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
(Pengendali : usoPkuChai )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Produk Info : Share Info Barang Untuk Kegunaan Seisi Keluarga
maizana

1 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 2.33:46 ptg   [Edit]
I nak share dengan you all pasal produk yang boleh digunakan untuk kegunaan seisi keluarga, Misalnya..baru2 ni..anak I memang ada problem kulit..gatal2..gatal dia ni akan berkurangan bila semakin membesar..tapi kesianlah kan..kalau tengok dia terkeruk2 waktu malam. I dah pergi doktor pakar..so dia suggest I guna kan efficort cream. I have to spend abt. RM 50.00 sebulan untuk cream tu.

Baru2 ni..I pergi rumah my cousin, dia nampaklah anak I macam menggaru2…so dia suggestkan I gunakan Allano Hand & Body Lotion..mula2 memang I macam tak percaya..so dia applykan kat anak I…dan dia suruh I bawa balik..so..since dah ada..I apply kat badan anak I…quite surprise..memang berkesan. So now..I dah guna kan Allano Hand & Body Lotion..(harganya dalam RM 25..satu tin).

Sebelum ni I risau jugak gunakan Efficort Cream..sebab memang dia berkesan tapi cream ni jenis Mild Steroid..yang mana tak boleh guna continuously.

IP : 202.190.80.250

mamanabil

2 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 2.39:03 ptg   [Edit]
kak maizana,

kalau untuk mak dia boleh guna tak.. coz mamanabil pun sama... gatal sangat.. especially... tang kaki.. sampai banyak parut... let say untuk org dewasa pun boleh pakai.. kat mana nak dapatkannya...

IP : 203.115.226.151

mamanabil

3 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 2.39:56 ptg   [Edit]
kak maizana,

kalau untuk mak dia boleh guna tak.. coz mamanabil pun sama... gatal sangat.. especially... tang kaki.. sampai banyak parut... let say untuk org dewasa pun boleh pakai.. kat mana nak dapatkannya...

IP : 203.115.226.151

baby2.com

4 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 2.53:54 ptg   [Edit]


aaahh, betul tu kak maizana, dulu baby2 masa sekolah2 ada gak pakai lotion tu, mmg berkesan. skrg ni anak baby2 kulitnya sensitif baru baby2 teringat nak beli lotion tu. Rasanye lotion tu keluaran Amway. Boleh dipakai untuk seisi keluarga....kak maizana senang ker nak dpt product tu? sebenarnya baby2 ni dealer amway tp tak aktif....hihihhi ingat nak dptkan satu botol utk family ler...kalu kak maizana bole dptkan cepat ingat nak order ler...

IP : 219.93.8.5

dikme

5 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 3.10:04 ptg   [Edit]
macam mane nak dptkan losyen tu saya pun nak gak sbb kulit gatal-gatal terutamanya kat perut line pinggang kain dan seluar asyik garu je sampai jadi parut buruk betul jadinya.

IP : 61.6.38.132

IjauPujangga

6 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 3.36:55 ptg   [Edit]
nak try gak la...
nak beli kat mana ek kak...coz anak saya pun kulit sensetif

IP : 61.6.39.138

aneezs

7 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 4.01:28 ptg   [Edit]


i pun dealer amway gak. pernah beli Allano tu sebotol utk mak sebab dia gatal2 badan tapi kesannya lambat sikit sebab mak malas nak apply kat body dia tu. produk apa pun kita pakai kena la rajin amalkan.

kalau nak pakai produk amway lebih baik masuk jadi dealer. boleh dapat dengan harga murah. lagi pun produk2nya bagus2. last month i beli sabun SA8, utk cuci pakaian. so far i berpuashati sebab sabun ni tak pudarkan warna pakaian esp pakaian baby. walaupun harganya agak mahal, tapi memang berbaloi. bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai'. chewaahhh nak promote nih.

G&H Complexion Bar pulak adalah sabun yang dibuat dengan campuran madu lebah. Sabun ni memang sesuai utk mereka yang kulit berminyak.

Multipurpose cleaner LOC pun bagus.i guna 10ml je utk cuci carpet bersaiz 6x8’memang bersih dan warna tak luntur.

i juga amalkan tropical herbs formulasi utk wanita. last year bersalin i makan set bersalin tropical herbs. memang berpuashati dengan keberkesanan produk ni sebab dia bertindakbalas dengan cepat walaupun i tak bertungku.

Masa pregnant dulu I minum ceri aserola nutrilite kebetulan dah seminggu sembelit, 2 jam lepas minum terasa pulak nak ke tandas. Alhamdulillah rasa legaaaa sangat.

deodorant pun bagus jugak. kalau mandi sehari sekalipun ketiak masih bau harum. satu botol I guna belum habis lagi, dah nak dekat setahun pun.

dan utk kesihatan I amalkan NUTRILITE Daily dan NUTRILITE Bio-C Plus. alhamdulillah kalau demam pun takde la sampai berminggu2 macam zaman anak dara dulu.

so itu saja la produk2 amway yg I guna .

Yang paling jeles sekali bila gi hq amway, tengok gambar2 dealer yg dah dpt title macam2 tu....banyak pulak kaum India !

sape nak order barang atau nak jadi dealer boleh ctc kak zana ataupun i. rasanya ramai jugak dealer amway kat mdc ni, macam gee67, SriCempaka dan lagi sorang tu dah tak aktif nick ape ntah i dah lupa.


kak zana,

kueh tat dah siap ke? kalau belum, lepas raya cina pun takpe. ataupun hari minggu ni ke.




IP : 219.95.211.250

maizana

8 . Dihantar pada 21hb Jan 2004 5.02:01 ptg   [Edit]
Allano Hand & Body Lotion ni memang product Amway

Sebenarnya I tak suka dengan MLM ni..kalau tak percaya U boleh kli kat sini..I pernah buka topik pasal I hate MLMhttp://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?1.0000001184.

Tapi bila I percaya pada kebaikan produk..I akan jadi ahli untuk menggunakan produknya. I lebih pada kebaikan produk dari bisness dia. Dan apa yang I dah guna..I akan war-warkan disini.

Bercakap pasal Allano Hand & Body Lotion..ni..kandungan bahan
quote:
Lanolin Disari dari bahan bulu biri2 sebagai bahan berfaedah penyediaan kosmetik. Lanolin membantu melicinkan dan melembutkan kulit, juga membantu imbangan semula jadi kulit. Bahan Allantoin yang telah digunakan seawal 200 selepas masehi...oleh orang2 Turki dan bahan ini diperolehi dari akar Comfrey, gandum, padi, pokok chesnut dan daun muda pokok sycamore bagi membantu mengubati luka2. Silikon..bahan yang dihasilkan secara sintesis kimia yang termaju merupakan cecair ringan dan lut cahaya serta mempunyai kesan mengekal lembapan. Bahan ini membentuk lapisan penghalang lembapan yang menagkis air sambil membenarkan kulit bernafas.



mamanabil
Bukan sahaja untuk bayi..malah sesuai untuk seisi keluarga..kalau sesiapa terluka..atau terkena air panas..u cepat2 applykan Allano ni..Insyallah..luka cepat sembuh..dan kulit tak jadi lecur.

Baby, dikme, Ijau
Kalau u all nak dapatkannya..U all boleh call I 016-3863453 insyallah I boleh hantar kat rumah (tapi kalau area KL, Ampang jer lah)..kalau nak murah jadi dealer..tapi kalau nak 1 produk jer..baik tak payah jadi dealer..

IP : 202.190.80.250

aneezs

9 . Dihantar pada 24hb Jan 2004 11.50:13 pagi   [Edit]
betul tu, kalau nak guna 1 produk je takyah jadi member. membazir je. i jadi member pun sebab i nak try kehebatan produk2 amway ni. so far i puas hati dgn kualiti brg2 diaorg ni. tapi budget kena besar la.



kak zana, kueh tat dah siap? 28hb jan jam 6 pagi kena bertolak ke airport.

IP : 219.95.210.170

jan

10 . Dihantar pada 24hb Jan 2004 3.19:27 ptg   [Edit]
Kak zana,
jan bukannya nak tanya pasal lotion tu, sebab jan pun geng Amway gak.

Jan nak tanya pasai biskut tat yang kawan-kawan kat mdc ni order kat kak zana. Yang bergulung ke tu? Jan ade cuba buat baru-baru ni tapi tak menjadi lah. Boleh bagi tips tak? Jan suka makan tat gulung ni. Sedap...Boleh ker...

Pasal Amway ni pulak, Jan no comment. Sebab setakat ni semuanya o.k

IP : 210.187.42.216

gojira

11 . Dihantar pada 25hb Jan 2004 09.52:29 pagi   [Edit]
tips :
1. Allano Losyen - sekiranya kita sapu dipermukaan kulit kita dengan lapisan nipis sekalipun, dan dicucuh api mancis, kulit kita akan tidak merasakan kepanasan seperti biasa. Sesuai juga untuk kulit yang melecur terkena api dan air panas.

2. SA8 - air sabun yang sudah diguna untuk membasuh baju, boleh diambil dan digunakan untuk menyiram pokok bunga dan sayur-sayuran sebagai baja dan penggalak daun.

* Mesej ini telah diedit oleh gojira pada 25hb Jan 2004 09.53:37 pagi

IP : 211.24.65.140

unta2020

12 . Dihantar pada 25hb Jan 2004 4.08:28 ptg   [Edit]

IP : 210.186.79.154

Syiran

13 . Dihantar pada 26hb Jan 2004 02.44:52 pagi   [Edit]
Kak Zana kalau nak beli Allano lotion tuh, leh hantar tak kat Bandar Seri Permaisuri? Syiran ni kat luar negeri, nak jadi dealer pun tak berbaloi. Baby ngan anak no 2 ni, kulit gatal2. Sesuai ler cuba lotion tuh kot. Kalau leh hantar bleh Syiran call mak suh contact kak Zana. Dia pun kulit gatal2 gak boleh beli lebih dari satu. Harga RM25 tu harga dealer ke harga biasa?

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 194.165.132.132

M_74

14 . Dihantar pada 26hb Jan 2004 02.49:58 pagi   [Edit]
Assalamualaikum..

tak tidur lagi budak nih..

IP : 219.95.210.97

maizana

15 . Dihantar pada 26hb Jan 2004 09.09:13 pagi   [Edit]
Aneezs,

Kalau ambil 27hb. sebelah malam boleh tak?.

Jan.
Bukan Tart gulung tapi Tatr bungkus..macam nenas tu.

Syiran,
Kalau nak hantar ke Bandar Seri Permaisuri..boleh..Syiran bagi kontek number..nanti I hantarkan.

IP : 202.190.80.250

aneezs

16 . Dihantar pada 28hb Jan 2004 11.06:24 mlm   [Edit]



quote:
SA8 - air sabun yang sudah diguna untuk membasuh baju, boleh diambil dan digunakan untuk menyiram pokok bunga dan sayur-sayuran sebagai baja dan penggalak daun.



kat kedah ada juga petani yang sembur kat pokok padi. memang menjadi betui padi depa.



nampaknya takde rezki la kak zana. kek yg ditempah pun tak sempat nak buat. husband balik tgn kosong juga kali ni. bulan julai nanti insyaAllah nak tempah tat sekali lagi.

IP : 219.95.60.158

EvaJaque

17 . Dihantar pada 28hb Jan 2004 11.28:23 mlm   [Edit]
kak zana u really business minded .. esok2 kalau bukan syarikat bleh ke Eva mintak keja jadik promoternya?? .. gurau je eiks...

nak tanya lotion nie ok ke kat orang kena eczema??? bukan apa cian kat hubby... asyik tergaru garu je... Eva laks marah kat dia sbb asyik mengaru badan

IP : 62.252.128.14

Syiran

18 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 04.18:56 pagi   [Edit]
Kak zana, Syiran dah amik no hp akak. nanti bila ada orang nak datang ke sini, Syiran suh mak call Kaka zana ekk? Tq.

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 194.165.132.141

maizana

19 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 09.11:50 pagi   [Edit]
Aneezs

Sian kat aneezs... mintak maaf ya aneezs.. Kak Zana dah siap buat jem.. special untuk aneezs.

EvaJaque

Nak jadi promoter..ishh..memang boleh sesangat lah tu.
Pasal Allano Lotion tu..anak Kak Zana yang ke 4 tu memang ada eczema pun... tu sebab bila pergi rujuk doktor pakar..dia suggest efficort cream..tapi tak boleh apply continously...

Since Kak Zana guna Allano Lotion ni...Kak Zana dah tak payah guna efficort cream..lagi..dan baby pun tak mengaru2..macam dulu.

Kak Zana memang tak suka dengan MLM ni..tapi since Kak Zana tau product ni ok..Kak Zana joint jadi ahli..kalau tak nak buat bisnes..boleh pakai barang2 dia. Macam Allano Lotion ni..Kak Zana suggest kat kawan dan bila kawan dah ambil satu..dia nak lagi...untuk mak dan adik beradik dia.

Kalau setakat kena air panas..minyak panas..kalau lepas kena..kita apply kan cepat2..insyallah..tak akan ada kesan gelembung dek melecur tu...Kalau terluka ke..terkena pisau..apply kan..luka tu cepat bertaut.

Syiran
Talipon jer Kak Zana bila nak nanti.

Hari ni Kak Zana nak share lagi satu produk

Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan GLISTER

Kerana nafas yang sihat, segar adalah suatu kemestian!
Mengandungi agen pelelas/penggilap yang dipaten dipanggil LS-928 yang dengan lembut menanggalkan plak dan kotoran tanpa menjejaskan lapisan enamel. Fluorida dimasukkan untuk membantu mencegah kaviti.

Rumusan multitindakan (SEMUA DALAM SATU):
Membantu menentang plak
Membantu mencegah kaviti
Mengilatkan gigi
Membantu menanggalkan kotoran di permukaan yang tidak teruk
Menyegarkan nafas



Nak pergi breakfast dulu..nanti sambung lagi.

IP : 202.190.80.250

aneezs

20 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 12.34:05 tghari   [Edit]


nak kena jenguk slalu kat topik ni sebab aneezs jadi ahli amway tapi kureng info.

malam esok ye kak zana, jangan lupa. pagi sabtu nak drive balik kg. ataupun gi ambik kat opis kak zana pun ok gak, tapi kat mana ye?

IP : 219.95.215.241

gojira

21 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 12.57:40 tghari   [Edit]
mai
bulan ni dapat dah beg galas dari ELF tu..
hehehe.. gunalah barangan AMWAY walaupun mahal...

Contoh : Ubat Gigi Glister..
Harga : RM16.30
Tetapi, disebabkan ia bercirikan bukan bahan kimia,
ia tidak menghakis dan menipiskan gigi. Dengan unsur
kepekatan, penggunaan yang minima boleh juga menghasilkan
keputusan yang memuaskan.

Gojie sekeluarga pakai obat ni, sebotol boleh tahan dalam
4-5 bulan.

AWAS : Penggunaan tanpa pengawasan oleh Kanak-kanak
boleh membuatkan ubat gigi ini cepat habis.

* Mesej ini telah diedit oleh gojira pada 30hb Jan 2004 08.35:11 pagi

IP : 202.174.152.185

maserra

22 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 2.05:38 ptg   [Edit]
Maaf yea rasa cam dh masuk line Sembang Niaga lak ni.ahaks!

Nak tanya, losyen tu boleh apply dekat perut yg pregnant tak, kalau ade rasa gatal kat kawasan pusat tu...

IP : 170.38.99.120

maizana

23 . Dihantar pada 29hb Jan 2004 3.23:40 ptg   [Edit]
maserra

Memang nampak macam iklan...tapi yang penting information tu... sekadar kita berkongsi. Kalau tak ok.. I tak akan hebah2 kan kat sini. Sebelum ni.. I guna amway hanya untuk make up (artistry)..tapi tak pada benda2 lain.

Sebenarnya Allano ni..memang hand and body lotion...tapi dia ada 1 bahan...Bahan Allantoin bagi membantu mengubati luka2 kecil, ruam dan gatal2. Sesuai untuk seisi keluarga.

gojira

Tahniah ler...dah dapat beg tu..I pun nak belilah untuk kereta husband. Kereta I biasanya guna minyak honda.

IP : 202.190.80.250

maizana

24 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 10.25:20 pagi   [Edit]
Sekadar berkongsi lagi...pasal ALLANO Lotion.

Semalam Kak Zana ada problem sikit dengan maid...(nanti kita cerita kat topik maid)..dia tengah gosok baju..dan ditinggalkan iron kat lantai...dan anak kecil Kak Zana (1 tahun 8 bulan)..pegi usik iron tu..apa lagi..bila terkena panas..menjeritlah dia...

Kak Zana tengok tangan dia dah merah...memang rasa meradang betul dengan maid pada waktu tu...tapi sebab kesiankan anak melalak-lalak...Kak Zana cepat-cepat ambil Allano Lotion dan sapukan keseluruh tapak tangan yang kena iron tu. Still dia melalak..apa tak nya..mesti sakit..tangan kecil lagi lah katakan.

Susah jugak nak cool kan anak Kak Zana...puas tiup..bila foam lotion tu habis...sapu lagi...at last..baby tertidur..kalau selalu tangannya suka menggaru..semalam..sebelah tangan tak buat apa pun. Bangun pagi tadi..Kak Zana check tapak tangan dia..memang ada kesan merah..tapi alhamdullilah..tak mengelembung (melecur)..dan baby dah tak menangis...rilex jer macam biasa.

Pada yang ada anak-anak kecil tu, Kak Zana suggest..simpan ler 1 Allano Lotion..sebagai first aid di rumah

IP : 202.190.80.250

mamanabil

25 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 2.53:03 ptg   [Edit]
kak maizana...

mamanabil pun dah cuba.. allona lotion nie... memang berkesan especially kalau kita gatal-2 kat badan..

since pantang.. makan jamu... then naik gatal-2 yang teruk sangat kat kaki.. then my auntie recommend... pakai allano lotion.... since dah tak tahan mengaru belilah jugak nak cuba..alhamdulillah since dah pakai nie until now.. kalau gatal kena gigit nyamuk terus sapu this lotion.. immediatelly hilang gatal... & disamping itu ia juga boleh menghilangkan parut coz i tengok parut kat kaki dah semakin pudar...

betul kak zana elok bagi yang ada baby simpan satu botol coz kegunaannya banyak...

IP : 203.115.226.151

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "