Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> tanggungjawap : isteri sepenuh masa(surirumahtangga sepenuh masa)
(Pengendali : usoPkuChai )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : tanggungjawap : isteri sepenuh masa(surirumahtangga sepenuh masa)
nana67

1 . Dihantar pada 11hb Okt 2003 11.55:56 pagi   [Edit]
Assalamualaikum/salamsejahtera,

kengkawan dah terbaca banyak isu diruangan ini, dan kebanyakkan drp kaum bapa selalu mempersoalkan "BETUL KE ISTERI NIE SIBUK". Nana terpanggil untuk menjawap soalan ini terutama kepada TUAN MSWA. Ini adalah apa yang nana alami sendiri setelah mengambil cuti selama 1 minggu ini duduk dirumah.

Memang nana angkat tabiklah pada semua surirumah di Malaysia ini tak kira bangsa, yang bersungguh-sungguh berbakti kepada SANG SUAMI TERCINTA.Nana akui nana sebagai surirumah berkerja tidak terlawan dengan sumbangan bakti mereka-mereka ini. Ikuti lah dairy nana ini dan renungilah wahai para suami semua.

1) Bangun kul 5.00 pagi uruskan anak-anak suami pergi sekolah/kerja.
2) baru nak baring-baring dah sikecik merengek mama,mama nak yak...bangun gie toilet uruskannya.baru nak duduk kejap kul 7.00 mama,mama, nak mandi.
3)Kul 8.00 hantar anak gie tadika.
4)8.15 hingga kul 12.00 sibuk nak kemas rumah,nak masak, disulami dengan kerenah sikecil kejap nak tu, kejap nak nie. dlm pada tu 11.45 berhenti jap nak ambik anak drp tadika pulak.
5) terus-terang nana cakap duduk kat umah kul 11.00 pagi tak tentu dapat minum pagi lagi berbanding duduk kat pejabat kul 8.45 dah boleh minum pagi.
6)12.15 sambung masak balik, pass tu nak angkat kain lak, lipat kain lak, gosok baju lak, sedar-sedar dah kul 4.00.dlm pada tu kul 1.00 ambik anak drp sekolah lak dan kul 2.00 nak hantar sekolah agama lak.
7)kul 4.00 nak sediakan sarapan petang lak.sambung gosok baju balik, by the time rumah dah sepak balik. nak kena cuci balik kang suami balik tengok rumah sepak boring pulak. sedar-sedar kul 6.00 dah nak ambik anak sekolah lak.
8) kul 6.45 dah nak pasang badan lak kang suami balik comot bising lak.
9) suami balik nak layan suami lak makan-minumnya. kul 7.00 nak jenguk-jenguk kat luar rumah lak kesian bunga-bunga/sayur-sayur tu drp pagi tak minum lagi.
10) 8.00 nak sedia makan malam pulak anak nak ngaji/buat kerja rumah/mana nak gie tuition nya lagi. mana yg nak uruskan yg nak tidur lagi.

sooo mana masa nak mandi sama/mana masa nak mintak-mintak(rujuk isu yg di utarakan oleh MSWA) .

Nana rasalah kan surirumah sepenuh masa ni tiada waktu rehatnya....
HIDUP PARA SURI SEMUA............

IP : 202.188.130.254

siapa

2 . Dihantar pada 11hb Okt 2003 12.03:12 tghari   [Edit]
...ni kalu buat nyerr anak seploh...mau maut nihhh....
jgn kata nak minum pagi...
..suri rumah nak berak pun tak dan...manjang pospon jerr...
kena cari umah kecik sket aaa kot...
..tapi...semak lakk...
hmmm..anak jgn reramai aaa...baru leh menten...nak mandi samer pun senang..
takda gangguan..

..somi...tulun aaaa sesikit taim ari cuti tuhhh...
sian oooooo kat isteri kita...


oh apammm...

IP : 219.95.212.87

mamasiber

3 . Dihantar pada 11hb Okt 2003 12.06:12 tghari   [Edit]

sokong tu......sebab teman sekarang ni dah hampir 5 tahun jadi surirumah tangga sepenuh masa!!

Kekadang tu rasa nak pergi kerja opis...tapi mengenangkan anak-anak KENA LAH BERKORBAN!! Kena anak-anak berceloteh , bergurau senda tak ingat dunia ..tension jugak sebab ending nya ada yg menangis!





IP : 210.187.125.251

siapa

4 . Dihantar pada 11hb Okt 2003 12.26:55 tghari   [Edit]
..tulah dia mama...pengorbanan seorg isteri..

sori yer...aku nak ketengahkan satu kisah yg cukup meruntun ati aku yg baru jer belaku dlm minggu nih...

baru2 nih..sorang bekas staf partime opis aku nih ada dtg...
..dtg utk meminta sumbangan derma ikhlas utk suami yg skang terlantar kat sepital...disebabkan eksiden jln raya...
habis berbulan wat rawatan...beribu ringgit terbang...
..rupa nya masalah tak selesai kat situ..si suami nih tadi perlukan pembedahan susulan utk kali ke-2 setelah kali yg pertama tak berhasil...
..pembedahan tulang bahagian betis utk kuarkan tuang sum-sum yg dimaklumkan dah berkuman...
jika lambat wat pembedahan..besar kemungkinan kaki suaminya terpaksa dipotong akibat kuman dah merebak...

..hati aku cukup tersentuh sampai skang nih bila aku kenangkan betapa kuatnya semangat si isteri nih...sanggup tebalkan muka ke merata tempat merayu ehsan org demi suami tersayang...

InsyaAllah..lepas abis kejer nanti...boss jepun aku ngan staf yg len akan pi melawat dia dan suami nyerr...



oh apammm...

* Mesej ini telah diedit oleh siapa pada 11hb Okt 2003 12.35:26 tghari

IP : 219.95.212.87

tuanSENTANG

5 . Dihantar pada 11hb Okt 2003 1.23:55 tghari   [Edit]
kekeke itu pon bakal suami dok bersungut hantaran kawen mahal...kekeke
yer laa katakan laa hantaran tu rm10k...pas tu nak hidop bersama sampai mati...katakan 20 tahun...kalau bahagi tengok baru jatuh sari kalu nak bagi gaji
11 sen....kekeke kekekekeke

IP : 192.55.6.36

Wali9

6 . Dihantar pada 11hb Okt 2003 1.55:22 tghari   [Edit]
eemmm....seronok juga ya jadi surirumah....suami kasi allowance tak? atau bonus akhir tahun??

IP : 192.169.41.42

Diana_ros

7 . Dihantar pada 12hb Okt 2003 12.41:16 tghari   [Edit]
nana67
den tak leh tahan le jadi surirumahtangga sepenuh masa je
mesti ader something yang den nak buat juga......dulu kerja pejabat
terhad sangat , jadi bila den belajar dalam bidang hairstylist ni mana tahu
leh buka sendiri pada masa akan datang, sambil kerja sambil tengok anak
org kata lebih selasa sikit sambil tu leh melaram le sikit

siapa
biasa isteri sanggup jaga suami biar aper keadaan sekali pun dan
sanggup buat aper saja daripada melihat penderitaan suami tapi
tak ramai suami yang sanggup lakukan sedemikian bila si isteri
berkadaan demikian.....tak pun akan berkahwin lain sebab istri
tak mampu.........kesian istri kan..kan

IP : 202.188.76.217

Syiran

8 . Dihantar pada 12hb Okt 2003 4.11:10 ptg   [Edit]
W'salam nana,

Betul kata nana. hanya yang dah melalui merasa payahnya jadi surirumahtangga. Mmm, Syiran dulu time nak buang air besar pun kena bukak pintu sebab 2-2 anak masih kecik, takut si kakak pukul si adik. Nak mandi pun tak sempat. Makan nasi semalam kalau ada lebih la kalo tak makan roti tapi anak make sure makan bubur nasi fresh setiap hari. Hubbybalik jer, baru ler sibuk masak apa yang patut. Dia makan dulu baru Syiran makan sebab anak2 kenakasik makan dan kena jaga jugak. Lepas dia makan baru Syiran dapat makan...

Lepas makan, basuh pinggan baru leh mandi. Malam gosok baju sementara hubby tolong jaba budak ye la..kalo tak mo tolong jaga esok pagi baju dia berkedut la kan. Siang hari takleh buat kerja rumah sebab kalo si kakak tido adik jaga, kalo adik tido akak jaga, so camno? Itu baru 2 orang anak..Masa belum kawen dulu tak sangka lak begini teruknyer jadi surirumah... atau Syiran yang tak pandai nak bahagi masa? Nasib baik keadaan camtuh seminggu jer sebab minggu depannya hubby amik maid sebab kesian benor nengok Syiran terkial-kial.

Alhamdulillah, hubby understanding sampai sekarang walaupun tak kerja dia bagi Syiran maid. Pasai elaun? Hmm...kim salam ler nak kasi. Kalo kasik alahai..bertuahnyer badan tapi kalo pi shopping ambik je la apa nak, sebab dia yang bayor kan..jangan lepas peluang..ehehehe... So hargailah isteri anda yang bekerjamahu pun tidak sebab rasanya yang bekerja pun tak lepas dari kena buat kerja rumah walau pun tak sebanyak mana kan...




IP : 194.165.132.168

maizana

9 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 10.19:51 pagi   [Edit]
nana67,

Memang tak dinafikan jadi isteri sepenuh masa..memang memenatkan. I rasa bersyukur sebab I bekerja. Kadang-kadang kesian tengok isteri2 yang surirumah sepenuh masa, tak dapat lari dari kesibukan. Dah lah duit mengharap ihsan suami..lepas tu sibuk pulak..buat itu dan ini.

Tapi kalau I jadi surirumah sepenuh masa...I rasa I akan ada plenty of time. Yang penting you kena pandai bagi masa. Part tak ada masa nak mandi tu..I rasa tak menjadi masalah..kalau I..mandi sama-sama dengan anak2 (anak yang kecil lah). Kalau masak..lepas breakfast..terus masak untuk lunch...so tak payah spent time kat dapur. Kalau I cuti...I siap boleh buat cookies lagi ataupun menjahit...sambil tengok tv..sambil tu lipat baju....petang2 bawak anak-anak pergi main-main kat taman.

Tapi bila I nak jadi suri rumah sepenuh masa ni ya

* Mesej ini telah diedit oleh maizana pada 13hb Okt 2003 10.20:57 pagi

IP : 202.190.80.250

yatideen

10 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 10.52:07 pagi   [Edit]
assalamualaikum


setuju ngan maizana. sebenarnya kita ni kena pandai bahagi masa.
saya pernah jadi surirumah sepenuh masa.. masa tu anak2 kecil2 lagi..
4 orang pulak tu..tapi saya tak pernah 'mis' buat sarapan dan minum petang... suami saya siap balik makan tengahari lagi. rumah pun alhamdulillah..
tak ler macam 'tongkang pecah'...he he he..

sekarang ni anak2 semua dah besar... dan saya pun dah bekerja semula..
bila sempat, saya masak pagi2... siap bawa bekal ke pejabat.. kalau tak
sempat... beli jer kat kedai.. yang penting, keperluan anak2 semua dah sedia.
bila cuti........ wow, itu ler hari yang ditunggu2.. 1/2 hari dok kemas
rumah... apa2 yang patut.. petangnya pulak, buat taik mata...



IP : 219.95.188.154

usoPkuChai

11 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 11.36:08 pagi   [Edit]

ironisnya.. walaupun para isteri tahu betapa sibuknya menguruskan rumahtangga dan berharap para suami faham.. masih byk yg memilih utk bekerja dgn alasan nak tolong suami.. in one sense alasan tuh acceptable.. tapi bila para isteri dah buat decision utk tolong suami dgn cara bekerja maka dia dah sain kontrak juga utk sibuk siang dan malam.. org lelaki mmg kebykannya mengambil kesempatan..

ini dikatakan akhir zaman.. bila isteri dah keluar bekerja.. suami expect takyah bagi isteri belanja.. sebab dia ada duit sendiri.. sapaikan barang rumah pun ada yg lepas kat isteri.. sebab alasan yg sama.. kata nak tolong suami.. lama2 laki naik lemak lupa nak beli susu anak.. bini saja yg dok beli.. pastuh sebab isteri dah punya pendapatan.. dia dah ada trend sendiri dan kemahuan yg lebih dari yg laki dia mampu.. so dia tak mau berenti.. sebab laki pasti takleh nak tampung perbelanjaan extra tuh.. dan lagi bila isteri punya pendapatan lebih dari laki dan handle urusan kewangan.. laki dah lost face.. sebab isteri akan jadi bossy.. sebab penat.. dan laki makin lama makin weak.. so keturunan pun jadi weak.. akhirnya womens rule! lelaki? bila dah rasa rendah maka byk pula yg start mengadu dgn pompuan lain yg lebih sekufu.. kalo pun dia kawin lagi.. kemudian biarkan isteri baru dia bekerja.. and the cycle diteruskan.. ini akhir zaman.. para isteri mentadbir suami.. ini dah byk terjadi..

IP : 202.152.30.6

maizana

12 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 11.55:24 pagi   [Edit]
usoPkuChai ,

I setuju dengan you. Bagi I..sebagai seorang isteri...siapa yang tak nak duduk rumah..siapa yang tak nak spent the time dengan anak2...semua isteri nak jadi begitu.

Tapi masalahnya..kalau isteri melihat suami dalam kepayahan nak menyediakan itu dan ini...isteri tak akan senang duduk berdiam diri...sebabnya..kalau dibiarkan..isteri juga yang susah..anak2 juga yang dapat tempiasnya.

Cubalah you bayangkan... suami hanya mampu menyediakan keperluan dalam rumah tangga..tapi nak mematuhi kehendak semasa..amatlah sukar. Sedangkan anak2..dilahirkan dengan keadaan zaman sebegini...celik mata..dah ada iklan..mcdonald... kawan2 bercerita itu dan ini... tak kan kita nak tengok anak telan air liur sahaja.

Sebagai isteri..tak sampai hati nak membiarkan suami menanggung perbelanjaan rumahtangga sendirian. Sebagai isteri bekerja..selalu membantu...tak cukup...suami ditolong...tapi sampai satu ketika..suami macam spoon feed...dah tau..buat apa nak susah-susah...kalau tak cukup..wife ada..wife mesti tolong..lama2 jadi lemak.

Sebenarnya kaum lelaki yang selalu mengambil kesempatan...kalaulah masih ramai kaum lelaki yang tak nak usik duit isteri..alangkan bahagianya para isteri...

IP : 202.190.80.250

Syiran

13 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 1.34:53 tghari   [Edit]
Syiran setuju dengan pendapat UsoPkuChai dan Maizana. Kaum suami selalunyer lupa bila isteri bekerja dan membantu dalam hal belanja dapur. Pendek kata, kalau dah start naik lemak tu, memang susahn ak tengok duit dia keluar sendiri. Apa pun si sisteri hendaklah bijak menangani masalah ini. kalau dah tahu suami berat semacam jer nak bayar harga barang-barang next month toksah bayar ler. Kena lah pandai menangani masalah suami yang tak mahu kuar duit nih, sebab itukan suami mereka sendiri, hanya mereka yang faham pe'el suami mereka kan.




HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 194.165.132.132

nana67

14 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 2.19:51 ptg   [Edit]
Terima kasih pada kengkawan semua yg memberi sumbagan idea, nana kan apa bile selalu mswa kate betul ke isteri nie sibuk, jawapannya ya. Betul kate maziana/yanti pembahagian masa itu penting untuk tujuan pengurusan dlm rumah tangga. Tapi pada pandangan peribadi nana surirumah tetap berkerja 24 jam.tiada masa rehat yg panjang berbanding dengan kite yg berkerja. paling kurang kite boleh relex 1 jam .

Macam nana rasa tak sanggup , sekarang nie disamping mempunyai 4 orang nana(11/9/6 dan 4 tahun) nana juga menjaga ibu mentua(78 tahun dan nenek 80 tahun) so faham lah kan pada usia emas mereka nie masalah ke toilet pasti tak dpt dielakkan nana rasa 2 jam sekali mesti nak mop lantai dan basuh toilet.

Keadaan nana sekarang , nan buat sekali sehari sahaja iaitu balik kerja bila waktu nana berkerja, katakanlah nana sepenuh masa dirumah rasanya banyak dosa nana dengan mereka nie. SORRY lari drp tajuk sikit.

Terima kasih kengkawan semua.

IP : 202.188.130.254

harsha

15 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 2.19:56 ptg   [Edit]
suri rumah??? phewww..masa mula mula berenti kerja, anak sorang. tu pun rasa cam nak pengsan. lepas 3 bulan berenti kerja, pregnant pulak...ishkk..nasib baiklah ada mertua yg rajin angkut si kakak pergi ke rumahnya...dapatlah sha rehat sikit.

sekarang ni, si adik dah menjangkau setahun. kakak 3 tahun 2 bulan. . sibuknya bukan main. untunglah hubby selalu outstation, jadi, taklah sibuk nak memasak tiap hari. kita ni, makan ala kadar jer, yg pasti, anak makan bubur nasi or sup ayam yg dimasak setiap hari.

kenalah pandai bahagikan masa if nak rehat lebih. . .cuba aturkan masa tidur anak..supaya dorang nap pada masa yg sama, so mommy bolehlah tidur sama.

take a break? sha mesti ada masa utk diri sendiri. terutama kalau hubby around.. dia akan jaga anak, sha pergilah ke mana suka. selalunya ke library, sebab sha suka membaca..atau ke baking class. . belajar buat kek dan roti. rasanya kalau takde break...boleh jadi apa agaknya?

IP : 202.156.2.202

IRONMAN

16 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 2.43:29 ptg   [Edit]
quote:
Nana rasalah kan surirumah sepenuh masa ni tiada waktu rehatnya....

....

amanah yang Maha Esa kurniakan...tu tak masok bab melayan kerenah laki yang mengalahkan lipas kudong

IP : 61.6.39.138

Syiran

17 . Dihantar pada 13hb Okt 2003 9.17:35 mlm   [Edit]
quote:
amanah yang Maha Esa kurniakan...tu tak masok bab melayan kerenah laki yang mengalahkan lipas kudong

Hehehehe.... nasib baik hubby Syiran tak macam lipas kudung, kalo dia ngalah lipas kudung Syiran nak ngalahkan sapa lakss????



HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 194.165.157.133

celina

18 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 11.52:24 pagi   [Edit]
nana..

sebab tu lah syurga di bawah telapak kaki ibu. Org yg terawal bagun dr tidur setiap pagi dan yg terakhir tidur di malam harinya. Walau bagaimana penat pun ibu akan tetap tersenyum melayan kerenah anak2 dan suami tercinta.

To all husbands out there, don't take your wife for granted.

quote:
Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya memperlakukan wanita
sebaik-baiknya sebagaimana sabdanya: "Mereka yang paling sempurna di kalangan
mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang
terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (HR
At-Tirmidzi)

IP : 61.6.38.132

airmas_sz

19 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 12.43:53 tghari   [Edit]
Isteri aku pun suri rumah tangga jugak
pagi pagi antar anak pegi sekolah jugak
tapi masih ada masa untuk mandi bersama dengan aku
mandi bersama bukan bermakna mandikan aku
mandi dua dua ...aku gosok engkau engkau gosok aku
gosok jangan tak gosok

aku rasa kalau kasih sayang tu terjalin indah
masaalah privacy dalam bilik air tu tak boleh pakai
sebab kalau kita mandi bersama suami isteri tu
duabelah pihak dapat nikmat bukan satu pihak sahaja
ketawa gembira berdua-duaan

kalau kita tau main peranan memang syok lar
tapi kalau macam kerbau main rodok ajer
tu yang masaalah berat tu

dia tak nak sebab dia tak selesa
tapi kalau pandai bagi dia selesa
tu yang dia boleh tarik sendiri tu

IP : 211.24.40.37

maizana

20 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 12.47:34 tghari   [Edit]
airmas_sz ,

Macam mana ni..awal2 dah silap room. Ni bukan topik pasal mandi bersama isteri/suami, ni topik isteri sepenuh masa. Jangan melalut.

IP : 202.190.80.250

tuanSENTANG

21 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 12.54:10 tghari   [Edit]
kekekek time2 ujan2 nii//...paler asyik .ingat mandi aaa ..maizana....

IP : 192.55.6.36

hani_ls

22 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 12.56:00 tghari   [Edit]
..masa topik mandi manda tu dia tak sempat nak citer kut zana..kasi chan la...ekekekekekekkekee...

IP : 147.128.2.36

harsha

23 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 1.32:13 tghari   [Edit]


apa saja si airmas_sz...silap alamat!

IP : 202.156.2.202

nana67

24 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 2.29:58 ptg   [Edit]
siapa,mama,tuansentang,wali,diana,syiran,maizana,yatideen,usop,harsha,ironman,celina,airmas, sebenarnya nana bekerja, tapi cuma nak nak bawa kengkawan semua rasakan yang kite sebagai isteri separuh masa nie sama-sama merasai kelebihan kita di pejabat mempunyai waktu rehat yg terancang, walau apa pun pangkat kite. dan bagi para suami untuk bayangan kerja isteri nie.

Apa-apa pun pembahagian masa baut kata maizana tu penting, tapi kalau kite ada anak rapat-rapat yg sedang membesar rasanya tak terbahagi juga masa.

Alhamdulilahlah kalau dapat kelebihan macam syiran suami sediakan pembantu, tapi kalau yg pendapatan yg sederhana tu kesian juga kan. Contoh sepupu cam sepupu nana asal cikgu , suami suruh berhenti kerja duduk umah jagan anak, so melahirkan anak setiap setahun hingga menjadi 7 orang. daripada badan cantik seksi/muka cantik, kalau tengok sekarang riak muka menjadi lebih tua drp usia, dah suami komplen pulak tak cantiklah, malulah pula isteri tak bekerja, kate orang ingat isteri dia tak cerdik, haiii entah agaknya rezeki dia dapat suami m acam tu nak buat camana, apa-apa pun nana bersyukur suami izinkan nan bekerja hingga ke hari ini.

Sekali lagi terima kasih pada kengkawan yg memberi respon pada topik nana nie.TQ

IP : 202.188.130.254

airmas_sz

25 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 3.27:55 ptg   [Edit]
quote:
sooo mana masa nak mandi sama/mana masa nak mintak-mintak(rujuk isu yg di utarakan oleh MSWA) .


tu aku ambik dari nana67 punya .....
aku kalau baca mesti baca sampai abis ....
kalau baca sekerat sekerat
maklumat yang dapat pun sekerat-sekerat
kalau dengan lawyer dah tentu kene kerat
kalau dah baca sekerat ajer kan ker kene tipu pulak nanti

kan dia suruh rujuk isu MSWA tu ...
MSWA punya citer kan ade mandi mandi
bukan aku nak melalut tak tentu hal

kat situ yang aku nampak dia terkilan tak dapat mandi dengan laki dia
bukan aku silap ...aku nak jelaskan kat dia.....
lagi pun aku memang suka mandi dengan dia....isteri aku lar

IP : 211.24.39.210

maizana

26 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 3.35:44 ptg   [Edit]
airmas_sz ,

Kalau bab-bab mandi bersama ni memang cepat tangkap.

IP : 202.190.80.250

celina

27 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 3.40:55 ptg   [Edit]
airmas_sz

cerita je lah ... kalau dah nko suke sgt bab2 kat bilik mandi ni, nko bukak la topik lain tak payah nak explain2 kat sini.

IP : 61.6.38.132

IRONMAN

28 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 3.43:36 ptg   [Edit]
quote:
sebab tu lah syurga di bawah telapak kaki ibu. Org yg terawal bagun dr tidur setiap pagi dan yg terakhir tidur di malam harinya. Walau bagaimana penat pun ibu akan tetap tersenyum melayan kerenah anak2 dan suami tercinta.


eerrrr....rasanye kurang tetap kalau kata isteri bangun awal dan tidur lewat...saya lebih suka menyuruh isteri tidur awal dan bio saya tido lewat...kerana saya akan memastikan dia cukup rehat..dan bila bangun pagi biarlah awal dari saya...tapi pagi tadi saya bangun dulu dari dia...5.30pagiiiii....tapi tak lak kejut dia...

IP : 210.187.4.82

airmas_sz

29 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 4.06:48 ptg   [Edit]

maizana memang aku cepat tangkap .....ekekekek

celina ....aku tak suka sangat kes mandi bersama tapi isteri aku yang suka maka terpaksalah aku pun suka

Ironman....betulah tu ...isteri aku pun selalu tidor awal dari aku tapi bangun awal dari aku ....aku pulak kalau tidor awal tu mesti ada pasal punya...heheheh

IP : 211.24.39.210

IRONMAN

30 . Dihantar pada 14hb Okt 2003 4.31:29 ptg   [Edit]
airmas...nko tu tido awal pasal ada hajat

part mandi dgn bini ni aku teramat segan...

IP : 210.187.4.82

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "