Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Keluarga & Rumahtangga >> Kabinet Dapur : ABS Hardboard/ABS vs Nyatoh Ply
(Pengendali : usoPkuChai )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Kabinet Dapur : ABS Hardboard/ABS vs Nyatoh Ply
lilo_stitch

1 . Dihantar pada 18hb Dis 2002 09.48:50 pagi   [Edit]
Tak tau samada topik ni sesuaai post kat sini tapi harap2 abg2/akak2 or adik2 boleh bantu.

Nak tanya sesiapa yg expert bab kayu kayan ni. Lilo nak buat kabinet dapur utk rumah baru nanti. Antara ABS/Hardboard dan nyatoh ply mana yg lebih baik? Agak2 mana lebih mahal? Lilo tau kalau solid nyatoh lebih baik, tapi harga lagi mahal. Skrg ni Lilo tgh kompius samada nak beli kabinet dapur dari kedai2 kabinet cam Advance Kitchen, etc. atau suruh tukang kayu buat.

IP : 210.19.249.105

ashra

2 . Dihantar pada 18hb Dis 2002 10.06:48 pagi   [Edit]
yg baik adalah dari kayu nyatoh..tp mcm biasa la kalu mende baik
harga dia mesti la mahal kan..kalu nak juga kena la simpan duit
alang2 pakai tu biarla yg elok sket..takya nak tuka2 lain..kalu aku kan..biarlah tak pakai dulu..agak2 dah cukup baru beli..heheheh

IP : 203.115.201.66

dinni

3 . Dihantar pada 18hb Dis 2002 10.06:50 pagi   [Edit]
dinni ngan hubby pun sekarang nie tengah bz dok cari kitchen cabinet yg sesuai utk rumah baru kami. Sekarang nie tengah dok compare price yg mana cukup utk buget kami.

Rasanya kami prefer pergi kat interior design coz kita boleh pilih design yg sesuai utk citarasa kita. Tang bab nie, hubby serahkan kat dinni nak pilih yg mana satu coz dlm sibuk-sibuk nak pindah rumah nie, bab bahagian dapur yg dinni paling suka sekali.

Kalo bab kayu, dinni prefer solid nyatoh coz tahan lama. W/pun harganya agak mahal skett tapi kalo kita nak pakai utk long term rasanya berbaloi gak.

Sekarang nie problem dinni lak tak tau nak pilih concrete table or table top. Ingatkan nak pakai concrete table tapi org kat interior design suruh dinni pakai table top aje coz boleh tahan lama gak...hemmm conpius..conpius....

IP : 61.6.64.98

lilo_stitch

4 . Dihantar pada 18hb Dis 2002 10.49:27 pagi   [Edit]
Mmg ler nyatoh tu elok & mahal. Tapi according to interior design tu kan, pinewood lagi bagus & elok & mahal. Ada perbezaan antara nyatoh solid & nyatoh ply. Nyatoh solid tu mmg really nyatoh, tapi nyatoh ply tu macam plywood jer.

lagi satu interior designer tu kata ABS Hardboard elok gak sbb permukaan kayu ni disalut ngan melamine. so kalau kotor2 kena minyak sbb kita masak kat dapur byk pakai minyak senang nak lap & colour tak ler defect. kalo pakai nyatoh ply tu lama2 kaler dia boleh ilang, kira berbelang2 ler nanti.

table top tu lilo guna concrete table, sbb kat dapur lilo kira heavy cooking utk we all anak beranak. takut kalau guna table top, lama2 rosak gak. tapi kalau nak bagus gunalah granit, kelas gitu. semlm lilo pi jumpa interior designer, dia kata ada satu customer pilih table top granit. table top jer kos dah RM 5K, belum lagi kabinet dapur tu.

IP : 203.121.0.15

maizana

5 . Dihantar pada 18hb Dis 2002 3.23:13 ptg   [Edit]
Lilo.

Kalau i...lebih baik gunakan nyatoh ply...dari hard board, sebab kalau nyatoh ply..rupanya dari jauh macam solid nyatoh (boleh dapatkan profile line dia - macam solid nyatoh). Hardboard ni kurang lawa..lepas tu kalau warnanya pudar..u boleh cat semula..nampaklah macam baru balik.

Solid nyatoh..memang cantik..tapi buat rugi jer...mahal. Rumah i guna solid nyatoh...bila anak kecil i ketuk2....rasa nak melenting pun ada. Kalau I tau dari dulu i gunakan nyatoh ply.

Kalau sesiapa nak buat kitchen cabinet...i boleh bagi advice (free consultation) lepas tu terpulanglah nak buat dengan siapa...kalau nak dapatkan tiles murah pun i boleh bagi tau kat mana..cat murah pun i boleh tolong dapatkan...tapi jangan lah ramai2.

IP : 161.142.100.81

lilo_stitch

6 . Dihantar pada 19hb Dis 2002 01.51:18 pagi   [Edit]
maizana, lilo nak dptkan khidmat consultation dari maizana ler bab kitchen cabinet nih. boleh email kat lilo ? nayli_27@yahoo.com

IP : 161.142.100.81

maizana

7 . Dihantar pada 19hb Dis 2002 11.10:47 pagi   [Edit]
Lilo...call jer i...kalau u nak i layoutkan kitchen u ke...match kan warna dinding u ke...kalau nak layoutkan kitchen u..bagi plan kat i...

27715551

IP : 161.142.100.81

abeja

8 . Dihantar pada 19hb Dis 2002 3.49:14 ptg   [Edit]
Solid - kayu betul dari pokok
Ply- papan lapis
Hardboard - rencam kayu

Pada kawe semua ada lebih & kurang, terpulang apa yng kita nak.

Kalu cepat boring dgn susun atur kat dapur, baik buat yng murah . Blh tukar selalu..... dua,tiga thn sekali ke .... jenis ply & hardboard sesuai sbb bhn nih hayatnya dlm 5thn kalu selalu kena air & harganya lebih murah

Kalu nak yng tahan lama sampai dah boring pon kabinet tuh gah lagi , solid memang sesuai. Itu tak termasuk rosak kerana askar-askar dlm rumah maizana menyerang.

kalu nak cantik mata memandang, itu selera masing-masing.... kalu pandai memilih, solid ke, ply ke, hardboard ke .... tetap cantik, kena pulak designnya ngam ....

IP : 161.142.100.86

usoPkuChai

9 . Dihantar pada 19hb Dis 2002 6.01:43 ptg   [Edit]

satu lagi.. kalo nak cantikkan rumah sendiri..
jangan kira sangat budget tuh.. spare lebih sket..
alang2 buat biar berbaloi..
jgn psal nak murah lepas tuh asik maki hamun kabinet jer..

IP : 61.14.34.251

takKacauOrg

10 . Dihantar pada 24hb Sep 2003 09.02:17 pagi   [Edit]
up

IP : 210.19.57.14

PnAnn

11 . Dihantar pada 24hb Sep 2003 10.33:03 pagi   [Edit]
TKO
apa soalannya ?

IP : 203.121.30.140

krismann

12 . Dihantar pada 24hb Sep 2003 9.35:00 mlm   [Edit]
Dua-dua tok sah. Why not stainless steel?

IP : 210.186.103.79

erstes

13 . Dihantar pada 24hb Sep 2003 9.47:41 mlm   [Edit]
umak aih, civil engineer ke nih.. pakai stainless steel laks

IP : 211.28.230.232

krismann

14 . Dihantar pada 25hb Sep 2003 2.12:46 ptg   [Edit]
erstes: Betul ni, macam kat restoran, dapur hotel dan kedai nasik kandak tu. Sekarang ada design yang kontemporari, buat ikut sukatan dapur sendiri. Senang cuci dan anai2 benci!

IP : 219.93.79.150

sangprabu

15 . Dihantar pada 25hb Sep 2003 3.31:12 ptg   [Edit]
Setuju....Pakai stainless steel saperti yang dicadangkan olih kawan kita,
bersih dan senang cuci,
I pun tengah plan nak replace my solid nyatoh kitchen tu...
Tapi wall kita kena cat warna contrast baru nampak bold sikit..

IP : 203.106.5.194

takKacauOrg

16 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 09.05:52 pagi   [Edit]
Assalammualaikum..

Puan Ann,

TKO sebenarnya tak tahu nak soal apa sebab tak habis baca content lagi.. sebenarnya tgh survey2 juga pasal kabinet dapur ni..
1)Especially pasal hud dapur.. jenama apa yg bagus Fujioh ke Ariston ke Pacific? Mahal2 pula jenama ni..
2)And pasal kabinet pula, mana yg tahan lama dan tahan dengan cara masakan Malaysia.. Kayu Nyatoh tu tahan kan tapi tak sesuai dengan masakan kita. ABS melamine pula luaran nampak kukuh, tapi macam was-was ketahanannya.. TKO suka konsep kedesaan, tapi bila nyatoh tak sesuai dengan masakan malaysia nanti buat mahal2 rosak dek masakan.. kan sayang..
3)Table top tu yg mana elok dan tahan lasak.. concencrete table, table top, granit apa tu.. apa bezanya..

4) Dapur kering untuk 'display' or makan2..dapur basah untuk masakan.. betulkah konsep yg TKO faham ni.. Patut ke TKO letak kabinet untuk kedua-dua ruang dapur ini..
5) Apa elemen2 yang boleh menampakkan dapur kita supaya gaya 'English' terserlah..
6) Gelas berukir pada pintu nampak menarik, ada yg nampak seperti garis2 putih.. ok kah jenis ni?

banyak soalan tu.. anyway, sementara TKO survey dekat kedai2.. nak juga feedback awal pada yg berpengalaman.. nanti sampai kedai tercengang2 and tak nak tertipu..almaklumlah harganya pun..

Sang Prabu,

kan sayanag nak replace solid nyatoh di rumah awak tu.. why solid nyatoh tak bagus ke?


* Mesej ini telah diedit oleh takKacauOrg pada 26hb Sep 2003 09.10:39 pagi

IP : 210.19.57.14

sangprabu

17 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 10.06:00 pagi   [Edit]
TKO,
cabinet nyatoh tu dah lama,nak dekat 10 tahun ,dah dua kali varnis,
tu rasa bosan.Alah macam kereta jugak bagus macammana pun tiba rasa jemu ,nak tukar le.
Takkan satu citarasa sepanjang hayat.
Kalau TKO minat nyatoh saranan i,u pilih ligh varnis dulu,
after 5 years kalau nak revarnis semula tak de masaalah.

regards

IP : 203.106.5.194

maizana

18 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 1.12:33 tghari   [Edit]
Kalau ikut pendapat I,

Kalau nak lawa dan murah..gunakan nyatoh ply...rupanya seakan solid nyatoh, cuma dia gunakan 'nyatoh ply veneer'. Oleh sebab tak semahal solid nyatoh..so kalau dah rasa boring..kita pakai sampai 10 tahun..lepas tu tukar baru...jenis lain lak.

mengenai work top..i cadangkan gunakan 'concrete top' dengan homogenious tiles (ukuran 8" x 8" or 12" x 12")...sebab ianya tahan lama dan tahan lasak..air tak 'licking' dan cantik jugak.

hood dapur..terpulang pada budget masing2...ada yang boleh sedut asap rokok jer..ada yang betul2 function...harga dalam RM 400 keatas. Dari pengalaman i..kadang2 hood ni lebih jadi perhiasan dari fungsi sebenarnya.

IP : 202.190.80.250

takKacauOrg

19 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 4.25:44 ptg   [Edit]
Sangprabu,

ooo.. okie

maizana,
suggestion anda ni bagus juga.. harganya cheaper lah ya.. mana tahu rumah dapat kat anak dia nak tukar futuristic style pula.. tak terkilan rasanya betul tak..

terima kasih..

IP : 210.19.57.14

PnAnn

20 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 4.57:05 ptg   [Edit]

TKO
Macam cadangan Krisman memang molek..dapur stenless steel..sebab tahan lama, terjamin kebersihan dan senang di jaga..apa pun rega memang mahal..

IP : 203.121.30.140

erstes

21 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 7.00:36 ptg   [Edit]
krismann

stainless steel berapa ni? 304 ke 316 ke 316L ke 324 ke etc etc yang biasa orang guna kat dapur?

IP : 211.28.230.232

krismann

22 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 7.44:24 ptg   [Edit]
Ir.Erstes: Kita mencadangkan kabinet dapur yang ada ciri2 "industrial look" untuk kawan kita tu sebagai alternatif kepada kayu, bukannya sebuah peralatan precision yang hi-tech. Saya yakin woksyop berkenaan akan dapat mencadangkan spesifikasi yang sesuai untuk kegunaan domestik dan sesuai dengan bajet pelanggan.

IP : 219.93.79.150

erstes

23 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 9.01:12 mlm   [Edit]
baiklah Ir. krismann, terima kasih kerana memberitahu perkara tersebut.. ingatkan ada spesifikasi tertentu untuk dapur ni.. mana lah tahu kalau-kalau jenis˛ stainless steel tertentu diperlukan untuk menahan haba yg tinggi, tekanan daripada gas yang digunakan untuk memasak atau stress drpd periuk yg penuh dengan masakan yang lazat

IP : 211.28.230.232

erstes

24 . Dihantar pada 26hb Sep 2003 9.03:38 mlm   [Edit]
quote:
..ada yang betul2 function...harga dalam RM 400 keatas.

mahal betul.. beli kat mana tu, cik maizana?

IP : 211.28.230.232

maz3d

25 . Dihantar pada 28hb Sep 2003 00.24:22   [Edit]
Assalamualaikum.....

Tak sangka ramai jugak yg minat pasal kabinet dapur ni ye..
Ko orang pernah dengar nama SIGNATURE KITCHEN tak?. Nak cantik pegi ler kat situ. Branch dia tu banyak dan ada ISO, sure okey punya ler. Tak yah nak pening pasal service dia. Kalau nak 12 bulan 0 interest installment pun ada jugak hehehe....

* Mesej ini telah diedit oleh maz3d pada 28hb Sep 2003 00.25:46

IP : 202.151.200.243

abede

26 . Dihantar pada 28hb Sep 2003 11.33:01 mlm   [Edit]
aku sokong dapor cadangan krismann "stainless steel"...sebab tu stainless steel menjadi pilihan dapor dapor tukang masak terkenal macam chef hotel dan kedai nasi kandar hehehe..
harga pun mahal gak..mesti tak malu nak quote harga kat member-member korang biasa la barang mahal kan....bleh ler ego sket..
Tahan lamer
cantik siap berkilat-kilat lagi
senang cuci

IP : 192.198.147.96

tuanSENTANG

27 . Dihantar pada 28hb Sep 2003 11.50:07 mlm   [Edit]
kelebihan lagik....tak makan dek anai2....

IP : 192.55.6.36

celina

28 . Dihantar pada 30hb Sep 2003 11.25:07 pagi   [Edit]
wah! seronoknya bincang pasal dapur ...saya setuju dgn stainless steel utk wet kitchen ..tahan lasak (heavy duty) ..kalau maid pakai pun okey ..maklumlah ganas skit dia org ni bekerja dah byk brg2 dapur saya rosak, setiap kali tukar maid tukar la brg2 kat dapur tu ... dry kitchen lak saya prefer solid nyatoh ..walaupun bertahun-tahun masih cantik.

Baru-baru ni tengok kabinet dapur dlm catalogue IKEA pun okey gak ... cantik2 belaka ... rasa macam nak ubah-suai dapur pulak.

IP : 61.6.38.132

saujana

29 . Dihantar pada 01hb Okt 2003 3.38:31 ptg   [Edit]

Hai Lilo-stich,

Kalau u berminat nak pasang kabinet dapur, contactlah i kat 013-275 1272, semua jenis kayu ada ABS Hardboard/Nyatoh ker, I bagi special price. Kalau u tanya pendapat I tentang kabinet nie..kalau nak cantik dan elegance pilihlah ABS Hardboard, kalau nak nampak klasik dan tradisional pilihlah Nyatoh. Tapikan kalau setakat nak letakkan barang2 rumah, pinggan2 yang banyak tu ABS Hardboard dah cukup cantik dah..budget pun ok..kira tak mahal dan tak murah. Lagipun berapa kali sangat u nak pegi kat dapur tu memasak. Kalau dah confirm nanti I boleh tengok layout plan dapur u.

IP : 210.186.221.159

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "