Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kerjaya >> Jawatan Kosong : Julai 2004
(Pengendali : abe )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Jawatan Kosong : Julai 2004
shamzshamrie

1 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 6.47:18 ptg   [Edit]
Suruhanjaya Perkhimatan Awam

IKLAN JAWATAN KOSONG

1. Maklumat Jawatan

i) Pembantu Akauntan

Gred : W17
Kod Skim : 3406
Kumpulan : Sokongan/Perkhidmatan Kewangan
Kem/Jab :Jabatan Akauntan Negara
Jadual Gaji :

P1T1 Rm 657.51 P1T24 RM 1722.31
P2T1 RM 698.65 P2T24 RM 1819.11
P3T1 RM 741.00 P3T24 RM 1919.54


Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan ( Simpan Kira-Kira ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi
( Perakaunan ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau

(iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9); dan

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

ii) Juruaudio Visual

Gred : N17
Kod Skim : 4925
Kumpulan : Sokongan/Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kem/Jab : Kementerian Penerangan
Jadual Gaji :

P1T1 Rm 656.30 P1T24 RM 1721.10
P2T1 RM 697.44 P2T24 RM 1817.90
P3T1 RM 739.79 P3T24 RM 1918.33


Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(ii) Memiliki lesen memandu kelas D;

(iii) Berpengalaman mengendalikan peralatan yang berkait rapat dengan alat-alat elektronik siaran serta berkebolehan memasang, menyelenggara dan membaiki kerosakan kecil.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau

d) Kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Cara Mengemukakan Permohonan

2.1 Permohonan pendaftaran menjawat jawatan di Para 1 di atas boleh dibuat melalui internet dengan mengisi Borang SPA 8i di Laman Web SPA http://www.spa.gov.my atau melalui Borang SPA 8 Pin 1/2003 yang boleh didapati ditempat-tempat berikut:

i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA.

ii) Pusat Temu Duga
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Jalan Cenderasari
50520 KUALA LUMPUR

iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Tingkat 6, Blok E, Bangunan KWSP
Jalan Karamusing
88100 KOTA KINABALU
SABAH.

iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93520 KUCHING
SARAWAK.

v) Semua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Semenanjung.

vi) Semua Jabatan Tenaga Kerja Negeri/Daerah.


3. Borang Permohonan

3.1 Borang SPA 8 Pin 1/2003 boleh didapati secara bayaran wang tunai di tempat-tempat seperti di perenggan 2.1 (i), (ii), (iii) dan (iv) atau dengan menggunakan wang pos bernilai RM3.00 atas nama Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di semua tempat di perenggan 2.1 (i), (ii), (iii), (iv).(v) dan (vi).

3.2 Borang SPA 8 Pin 1/2003 berserta Buku Panduan Memohon Jawatan/Latihan Dalam Perkidmatan Awam juga boleh diperolehi melalui pos dengan cara menulis surat berserta Wang Pos bernilai Rm3.00 atas nama Setiusaha, Suruhanjaya Perkihdmatan Awam Malaysia dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 28 sm X 40 sm bersetem RM3.50 dari tempat-tempat seperti di perenggan 2.1 (i), (ii), (iii)dan (iv) di atas.

3.3 Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada :

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhimdatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blik C7, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA.


4. Keterangan am

4.1 Pemohon yang mengisi Borang SPA 8 Pin 1/2003 perlu mengisi dan menghitamkan ruang seperti kod skim jawatan seperti dalam iklan. Hanya calon-calon yang telah mendaftar dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh SPA akan dipanggil temu duga.

4.2 Sila catatkan nama jawatan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat semasa mengemukakan permohonan.

4.3 Borang yang tidak diisi dengan lengkap akan ditolak.


5. Tarikh Tutup Permohonan:

5.1 Semua permohonan sama ada melalui Borang SPA 8 Pin 1/2003 atau Borang SPA 8i perlu sampai ke SPA sebelum atau pada 19 JULAI 2004.

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

2 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 6.48:37 ptg   [Edit]
Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Pembangunan Sumber Manusia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang merupakan pemegang amanah dan pengurus Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1. Jawatan : Penolong Eksekutif Kontrak (6 bulan)
Kekosongan 1 jawatan
Gred : M6

Gaji : RM1,356.00 RM3,501.00

Kelayakan :

Mempunyai Diploma Pentadbiran Awam dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau yang setaraf;
Berkebolehan berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan;
Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah; dan
Sanggup menjalankan tugas luar (out-station).


2. Jawatan : Kerani Kontrak (6 bulan)
Kekosongan 1 Jawatan
Gred : C2

Gaji : RM974.00 RM2,346.00

Kelayakan :

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya dan mempunyai kepujian Bahasa Malaysia termasuk ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
Mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer; dan
Mempunyai personaliti, berdisplin dan komitmen kerja yang tinggi.
Cara Memohon
(a) Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat dengan memberikan maklumat data peribadi, kelayakan akademik, pengalaman bekerja, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sjil kelayakan dan lain-lain serta satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport.

(b) Permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada :-

Ketua Eksekutif
Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Tingkat 7, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
(u/p : Bahagian Hal Ehwal Korporat & Sumber Manusia)

Tarikh tutup pada atau sebelum : 15 Julai 2004

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

3 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 6.50:38 ptg   [Edit]
KUMPULAN KARANGKRAF

KEKOSONGAN JAWATAN DI KUMPULAN KARANGKRAF

Kami adalah antara penerbit, pencetak dan pengedar majalah yang terbesar di Malaysia dan telah beroperasi di Malaysia sejak lebih dari 20 tahun lalu. Kami menerbit dan mencetak sebanyak 29 buah majalah tempatan. Kami juga merupakan salah sebuah pencetak komersial yang terbesar dan mempunyai mesin-mesin pecetakan dan penjilidan yang tercanggih di Malaysia.

Ekoran daripada perkembangan dan peningkatan yang memberangsangkan di Kumpulan Karangkraf maka kami dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi kelayakan bagi mengisi kekosongan-kekosongan berikut :

1. AKAUNTAN

Bidang tugasan :

Menyediakan belanjawan syarikat, unjuran aliran tunai, penilaian pelaburan dan konsolidasi laporan kewangan kumpulan.
Melaksana dan mengendalikan audit, cukai syarikat dan hal-hal berkaitan pendaftaran dan saham syarikat.
Menyediakan laporan akaun yang lengkap (full set of accounts) serta pengurusan debit dan kredit.
Menyelia dan mengurus beberapa eksekutif akaun di bawah anda.
Membantu dalam mengimplementasi polisi-polisi akaun syarikat
Memastikan keberkesanan kawalan akaun dalaman
Kelayakan:

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan profesional dalam Perakaunan.
Minima 2 tahun pengalaman dalam bidang tugasan seperti di atas. Keutamaan diberi kepada mereka yang berpengalaman bekerja di syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Boleh bekerja tanpa seliaan yang rapi, bertanggungjawab, berdedikasi dan bersedia bekerja lebih masa bagi mencapai tarikh sasaran yang ketat.


2. EKSEKUTIF PEMASARAN

Bidang Tugasan :

Mencadangkan dan mengimplemen strategi dan pelan pemasaran bagi meningkatkan jualan dan pegangan pasaran bagi majalah-majalah kami dan iklan-iklan di dalamnya.
Mencadangkan dan mengimplemen aktiviti-aktiviti promosi, pengiklanan dan PR bagi menjayakan strategi pemasaran.
Membantu Pengurus Pemasaran di dalam pengurusan dan perancangan Jabatan Pemasaran.
Kelayakan:

Kelulusan minima Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan.
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik.
Bersedia bertugas pada hujung minggu termasuk di luar kawasan Lembah Klang.
Mempunyai komitmen dan kreativiti yang tinggi dan boleh bekerja tanpa seliaan yang rapi.

3. EKSEKUTIF JUALAN IKLAN

Bidang Tugasan :

Menjual ruangan iklan di dalam majalah-majalah kami.
Membuat prospecting, sales presentation dan aktiviti-aktiviti jualan yang lain kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi.
Memastikan tempahan iklan yang berterusan daripada pelanggan yang berkualiti serta membuat kutipan inbois yang tertunggak dan telah sampai tempohnya.
Bekerjasama dengan Jabatan Grafik dan Editorial dalam menghasilkan rekabentuk iklan dan lain-lain projek yang dikehendaki oleh pelanggan.
Kelayakan:

Minima 3 tahun pengalaman dalam bidang jualan, keutamaan dalam penerbitan.
Memiliki kenderaan sendiri dan kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia .
Boleh bekerja tanpa seliaan, mempunyai komitmen untuk mencapai sasaran jualan. Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai rekod jualan yang cemerlang.
Ganjaran: Gaji asas + elaun + komisen


4. PEMBANTU KAWALAN MUTU

Bidang Tugasan:

Membantu pengawalan mutu di bahagian operasi serta membuat aduan/laporan tentang masalah kualiti.
Menyediakan sample untuk klien dan membantu dalam segala aktiviti yang terlibat di dalam Sistem Pengurusan Kualiti termasuk ISO 9001 : 2000.
Membantu Eksekutif Kawalan Mutu dan Pengurus Kawalan / Jaminan Mutu.
Kelayakan:

Kelulusan minimum SPM dengan kredit dalam Matematik.
Berpengetahuan dan minat di dalam bidang kualiti.
Boleh bekerja syif dan lebih masa.


5. PEMANDU PERIBADI

Bidang Tugasan:

Pemandu peribadi kepada pengarah eksekutif dan keluarga beliau.
Melakukan tugasan-tugasan lain bagi membantu tugasan peribadi dan rasmi beliau.
Kelayakan:

Lelaki berumur 30-an dan telah berkahwin.
Sekurang-kurangnya setahun pengalaman sebagai Pemandu Peribadi.
Bersedia bertugas pada hujung minggu dan ke luar kawasan Lembah Klang.
Memahami selok-belok jalan di kawasan Lembah Klang.
Mempunyai personaliti yang baik, mesra dan sopan.
Sentiasa menjaga kebersihan diri dan kelihatan kemas.


6. JURUFOTO

Bidang Tugasan :

Mengambil gambar-gambar yang diperlukan / diarah oleh editor majalah.
Memastikan kuantiti, konsep dan kualiti gambar yang dihasilkan memenuhi keperluan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan.
Mengetengahkan idea-idea baru bagi menghasilkan foto yang kreatif dan bermutu tinggi.
Kelayakan:

Kelulusan minima Sijil /Diploma dalam bidang Fotografi
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang fotografi.
Berumur di antara 20-35 tahun dan mempunyai kenderaan sendiri atau lesen memandu.
Boleh mengendali pelbagai jenis peralatan fotografi. Kemahiran di dalam kamera digital akan diberi keutamaan.
Mempunyai daya kreativiti serta mampu memberi idea-idea bernas, personaliti yang baik dan boleh menerima arahan dan menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.
Bersedia bekerja lebih masa pada bila-bila masa dan sanggup ditugaskan ke luar kawasan Lembah Klang.


7. PEREKA GRAFIK

Bidang Tugasan :

Mengimplementasi idea & konsep menerusi layout majalah, gambar dan grafik.
Merancang aliran kerja agar dapat menepati tarikh sasaran kerja atau deadline.
Berusaha untuk mengekal dan mempertingkatkan mutu dalam rekabentuk untuk setiap tugas yang diberikan.
Kelayakan :

Kelulusan minima Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang rekabentuk grafik atau berkaitan.
Mempunyai kreativiti yang tinggi dan latar belakang rekaletak majalah.
Berpengalaman dalam perisian Photoshop, Illustrator dan In Design / QuarkXpress.
Sanggup bekerja lebih masa bagi mencapai deadline.
Pengetahuan dalam proses repro dan proses percetakan adalah satu kelebihan.
8. EKSEKUTIF AKAUN
Bidang tugasan:

Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan invois, debit & kredit notes, jurnal dan lain-lain
Menyediakan kos kerja (job costing), penyelarasan keseimbangan akaun dan penyata bulanan.
Menyedia dan mengeluarkan jurnal untuk penyelarasan
Menyediakan laporan akaun yang lengkap (full set of accounts).untuk pihak pengurusan.
Memasukkan data berkaitan pembayaran, penerimaan dan lejar ke dalam rekod/sistem perakaunan

Kelayakan:

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
Sekurang-kurangnya pengalaman 2 tahun dalam mengendalikan kredit/debit, pengendalian lejar akaun dan penyediaan laporan akaun yang lengkap (full set of accounts).
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
Boleh berurusan dan bekerja tanpa seliaan yang rapi, bertanggungjawab, berdedikasi dan sanggup bekerja lebih masa jika perlu.

Gaji yang ditawarkan adalah bergantung kepada pengalaman dan kelayakan. Calon yang berminat dikehendaki menghantar permohonan berserta resume lengkap, gaji sekarang dan gaji dipohon, nombor telefon, gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan salinan sijil-sijil akademik ke alamat seperti di bawah sebelum 13 Ogos 2004:

PENGURUS BESAR JABATAN SUMBER MANUSIA
KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD (Co No:54179-V)
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Sila tulis jawatan dipohon di sebelah kiri atas sampul surat
Calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.
Mereka yang tidak dihubungi 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

4 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 6.53:22 ptg   [Edit]
Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan UPM

Calon-calon yang berkelayakan dan berminat dalam bidang penyelidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan dipelawa untuk menyertai Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir N41 (Kontrak).
SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR

Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Gred N41 : P1T1 RM1469.81 - P1T27 RM4035.01

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan;

c) i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3 )

iii) ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4) dan

d) kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

e) Keutamaan dan keperluan tugas ; calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan diberi keutamaan.

f) Calon hendaklah mempunyai kemahiran dan fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

2. Taraf Jawatan : Kontrak
3. Kemudahan : Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM170.00), Imbuhan Tetap Perumahan (RM165.00) , Kemudahan Cuti Rehat dan Kemudahan Perubatan yang tertakluk kepada peruntukan yang diberi oleh Universiti Putra dari masa kesemasa.
4. Permohonan :

Borang permohonan boleh diperolehi di Pejabat :

Pentadbiran,
Institut Pengajian Komuniti & Keamanan (PEKKA),
Tingkat 1,
Bangunan Dewan Kuliah Pusat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 03-8946 8573

5. tarikh Tutup : 31 Hb. Julai 2004.
6. Calon-calon yang berjaya dalam saringan akan dijemput untuk temuduga.

Lain-lain Jawatan : Pembantu Penyelidik, Juruteknik Komputer

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

5 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 6.54:39 ptg   [Edit]
KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR

Kolej Teknologi Timur memerlukan segera bagi jawatan :

1. PENSYARAH PEMBANGUNAN MANUSIA
Keperluan : Ijazah Sarjanamuda Pembangunan Manusia Dari mana-mana Universiti. Lulusan dari UPM diutamakan.
Kekosongan SEGERA.

Kepada yang berminat untuk menjadi warga KTT bagi mengisi kekosongan jawatan di atas sila hubungi pihak KTT untuk sesi temuduga atau hantarkan resume anda dengan segera.

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR
7-G-A, Jalan Kenanga 1/2, Taman Kenanga, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900, Sepang, Selangor
Tel : 03-87060181
Fax : 03-87060180

atau telefon Puan Premavathi atau emailkan resume anda pada haire02@hotmail.com

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

6 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 6.58:30 ptg   [Edit]
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

AKAUNTAN GRED W41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Skim Perkhidmatan : Akauntan

Syarat Lantikan
1.
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-
(a)
(i)
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan Gred W41: P1T8) atau
(ii)
Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan Diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan Gred W41: P1T8) atau
(iii)
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikthtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan Gred W41: P1T9) atau
(iv)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji Permulaan Gred W41: P1T10)
(ii)
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2.
Pemohon yang mempunyai kelebihan di bawah adalah diberi keutamaan:-
(a) Pengalaman sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun dalam bidang berkaitan;
(b) Berkemahiran menggunakan komputer terutama dalam penggunaan perisian Spreadsheet & Word Processing;
(c) Berdikari dalam menjalankan tugas.

DAN
3.Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan.

Sila hantar permohonan ke alamat di bawah:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU
IBUPEJABAT BDA
WISMA BINTULU
NO.1, JALAN KIDURONG, PETI SURAT 55
97007 BINTULU.

TARIKH TUTUP PENERIMAAN PERMOHONAN: 16 JULAI 2004

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

7 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 7.01:58 ptg   [Edit]
Majlis Perbandaran Taiping

http://www.mptaiping.gov.my/modules/Downloads/umum/jaw_kosong_260604.pdf

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

8 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 7.05:56 ptg   [Edit]
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

http://www.nre.gov.my/pengumuman/iklan/iklan.html

* Mesej ini telah diedit oleh shamzshamrie pada 07hb Jul 2004 7.06:26 ptg

IP : 219.94.76.10

mleo

9 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 1.05:50 tghari   [Edit]
assalamualaikum wbt..

jumpa dlm satu email..

quote:
ini bukanlah pengumuman dari agensi mencari pekerjaan tetapi cuma membantu beberapa teman yang syarikatnya mahukan pekerja. berikut ialah antara pekerja yang dicari

Penyambut tetamu / kerani
Seorang penyambut tetamu yang mampu membuat beberapa kerja pengkeranian dikehendaki. Bekerja dengan sebuah syarikat pembangunan. Pejabat di Bandar Tasek Selatan, Cheras. Berpenampilan menarik (perempuan), menguasai bahasa inggeris dan bahasa melayu dengan baik (bahasa lain merupakan satu kelebihan).

Eksekutif Jualan (hanya untuk 2 bulan ogos / sepTember)
55 orang eksekutif jualan diperlukan untuk kawasan melaka, negeri sembilan, kuala lumpur, selangor, perak, penang, kedah. Mampu berkomunikasi dengan baik. sistem elaun menarik kuasai bahasa selain dari melayu dan inggeris boleh dapat elaun bahasa, jangan takut Bukan jalan kaki jual barang kepada orang ramai. (perempuan diutamakan)

Lulusan universiti tempatan / luar negara dalam bidang bio teknologi dikehendaki segera.
Sebuah syarikat berasaskan bio teknologi sedang dalam perundingan dalam memindahkan teknologi bio tek dari India. jesteru itu syarikat memerlukan ramai anak tempatan lulusan bidang bio tek untuk terlibat dalam perkembangan ini. Gaji dijamin memuaskan.

kepada mereka yang berminat dengan tawaran pekerjaan di atas boleh menghantarkan resume / curiculum vitea beserta beserta gambar terbaru dengan segera kepada :

Pager Malaysia Sdn Bhd,
No. 4 & 5, Taman Sri Putih,
Jalan Tok Ungku, 70100 Seremban.

kepada yang layak akan dipanggil untuk temuduga oleh syarikat yang mahu mengambil anda bekerja itu sendiri.

IP : 202.185.107.195

shamzshamrie

10 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 3.55:38 ptg   [Edit]
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

At KTM, we are extremely proud of what we are a household name providing safe, efficient and reliable integrated rail services for both people and goods.

We believe that our greatest strength lies in our talented team of employees who are indeed our intellectual assets. Quality people of diverse talents and capabilities whose teamwork and synergy have been instrumental in KTMBs ability to provide exceptional value-added services. We are looking for more of such quality people to join Malaysias preferred land transport provider.


MANAGEMENT TRAINEES

Civil Engineer - 2 positions
Electrical/Electronic Engineer - 2 positions
Operations/Marketing Executive - 5 positions
Accountant - 1 positions


Responsibilities;

Successful applicants shall undergo a hands-on training program for 18months. This program is designed to provide Management Trainees with the exposure to various aspects of the railway operations, finance and administrative functions through attachment to various departments. Upon completion of the training program, they will be considered for permanent employment as Executive and will be assigned to appropriate departments.

Requirements;

Age between 21-25 years old
An honors degree from a recognized university in any of the following disciplines: Accounting, Engineering (Civil/Electrical), Business Administration, Marketing (Fresh graduates are strongly encouraged to apply)
Strong oral, written communication and interpersonal skills
Passionate, agile and possess dynamic personality and leadership traits;
Computer literate

If you meet the above criteria and would like to build a career with us, we invite you to write to us together with your detailed resume and a recent non-returnable passport-sized photograph to the following address:

General Manager, Human Resources
Human Resources Department
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tel: 03-2263 1120 or 03-2263 1312
E-mail: ismawati@ktmb.com.my

Closing Date : 10/07/2004

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

11 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 3.58:50 ptg   [Edit]
TATI Tganu - LECTURER

RUANE-TATI SDN BHD

Training & Examination in Inspection and Non-Destructive Testing (NDT)

We are the first established training centre in Asia accredited by The British Institute of Non-Destructive Testing (BINDT). In view of further development and expansion we are inviting hardworking Malaysian to apply for the following position:-

NON-DESTRUCTIVE TESTING (NDT) LECTURER

Academic Qualification Diploma or Degree in related field
Technical Qualification PCN Level 2 in UT, MT, PT and MLVK RT Level 1
Minimum 5 years working experience in related field
Ability to converse fluently in English and Bahasa Melayu
Permanent basis

Interested candidates, please forward detailed resume stating qualifications, experience, current and expected salary together with recent passport sized photograph (non-returnable) and contact telephone number to:-

Ruane-TATI Sdn Bhd
K 148/1A, Bangunan MPK
Simpang Empat Kijal
24100 Kijal
Kemaman
Terengganu

Tel: 09-863 1033
Fax: 09-863 1034
E-mail: admin@ruanetati.com
Website: www.ruanetati.com

closing Date : 31/07/2004

IP : 219.94.76.10

Abg_Jaws

12 . Dihantar pada 09hb Jul 2004 12.02:31 tghari   [Edit]
quote:
6. JURUFOTO

Bidang Tugasan :

Mengambil gambar-gambar yang diperlukan / diarah oleh editor majalah.
Memastikan kuantiti, konsep dan kualiti gambar yang dihasilkan memenuhi keperluan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan.
Mengetengahkan idea-idea baru bagi menghasilkan foto yang kreatif dan bermutu tinggi.
Kelayakan:

Kelulusan minima Sijil /Diploma dalam bidang Fotografi
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang fotografi.
Berumur di antara 20-35 tahun dan mempunyai kenderaan sendiri atau lesen memandu.
Boleh mengendali pelbagai jenis peralatan fotografi. Kemahiran di dalam kamera digital akan diberi keutamaan.
Mempunyai daya kreativiti serta mampu memberi idea-idea bernas, personaliti yang baik dan boleh menerima arahan dan menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.
Bersedia bekerja lebih masa pada bila-bila masa dan sanggup ditugaskan ke luar kawasan Lembah Klang.

macam menarik keje ni.... tapi aku tak de sijil amik gambor

* Mesej ini telah diedit oleh Abg_Jaws pada 09hb Jul 2004 12.07:50 tghari

IP : 202.171.43.34

azfa_510

13 . Dihantar pada 09hb Jul 2004 12.43:59 tghari   [Edit]
Pentadbiran,
Institut Pengajian Komuniti & Keamanan (PEKKA),
Tingkat 1,
Bangunan Dewan Kuliah Pusat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Tel : 03-8946 8573 <--- takde sape jawab pun bile
ditelefon..

Betul ke iklan ni ? sahih ke idak ni ?
musykil la..

IP : 210.195.25.186

sanidya

14 . Dihantar pada 09hb Jul 2004 5.11:23 ptg   [Edit]

JAWATAN KOSONG SEGERA!

Mechanical Engineer keutamaan kpd mereka yg mempunyai pengalaman dlm bidang
pengurusan projek minimum setahun.

Pengetahuan dalam perkhidmatan bangunan (building services) adalah digalakkan.

Minat? Marilah segera call 03-62758187 atau fax ke 03-62758068 segera

IP : 219.95.166.231

shamzshamrie

15 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 09.03:36 pagi   [Edit]
Universiti Malaysia Sarawak

http://www.unimas.my/forms/iklan.doc

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

16 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 09.15:48 pagi   [Edit]
Kumpulan Utusan

Jawatan : Pegawai Pemasaran, Kerani dll.

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

17 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 09.17:09 pagi   [Edit]
Kerajaan Negeri Terengganu

sesape ada info.. atau terbeli paper 2-3 hari lps.. bleh kongsi kat sini..

IP : 219.94.76.10

shamzshamrie

18 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 11.16:38 pagi   [Edit]
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH



JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut:

1.Nama Jawatan :: Pembantu Penguatkuasa (N17)
Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Sokongan
Kontrak

JADUAL GAJI GRED N17 :: P1 T1 RM 656.30 - P1 T24 RM 1721.10

SYARAT LANTIKAN


1.Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) terdiri daripada warganegara Malaysia
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan, atau
(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan ;
d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangya 48kg bagi lelaki dan 6kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nagas 48sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan serta lulus ujian fizikal yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 2(c ) (i ) atau (ii ) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf denganya oleh kerajaan.

CARA-CARA MEMOHON

Borang permohonan (berharga RM1.00) boleh didapati daripada Jabatan Khidmat Pengurusan , Majlis Perbandaran Alor Gajah dengan datang sendiri atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 sm x 35 sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri atau dimuat-turun melalui laman web kami diruangan e-borang

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas
sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut:-


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA

D. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 15 JULAI 2004

E. CATITAN AM
Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dilayan.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan adalah dianggap tidak berjaya.

IP : 219.94.76.10

nieyza

19 . Dihantar pada 11hb Jul 2004 11.08:52 pagi   [Edit]
IKLAN KERJA KOSONG DI KERAJAAN TERENGGANU
seacrh website : www.spn.terengganu.gov.my
ok...good luck

IP : 219.95.99.236

emaira

20 . Dihantar pada 11hb Jul 2004 11.11:37 mlm   [Edit]
cam ner nak apply jawatan kat kumpulan utusan?

IP : 210.186.155.201

shamzshamrie

21 . Dihantar pada 13hb Jul 2004 10.35:54 pagi   [Edit]
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

http://www.johordt.gov.my/mpjbt/terkini/iklanjawatan.htm

IP : 219.94.76.10

muhibbah

22 . Dihantar pada 13hb Jul 2004 12.04:52 tghari   [Edit]
,
rasanya tajuk topik ni kena tukar or at least open new topic untuk tidak mengelirukan.

IP : 203.82.65.66

mleo

23 . Dihantar pada 14hb Jul 2004 12.15:25 tghari   [Edit]
assalamualaikum wbt..

1. Manager, Quality Assurance
2. Sales Executive
3. IT Executive - Web Development
4. Account Assistant

Closing Date: 7 August 2004


more info : http://www.nationwide2u.com/employment.htm

IP : 202.185.107.195

anala

24 . Dihantar pada 14hb Jul 2004 12.16:59 tghari   [Edit]
all

Baru dapat mail dr kawan.

hah... ini dia detailnyss


WALK-IN INTERVIEW

DATE : 17 July 2004
TIME : 8.00 am 3.00 pm
VENUE : Malaysia Airports Holdings Berhad
Terminal 3
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
47200 Subang

POSITIONS
1. Executive (Airport Fire & Rescue Service) (Males
only)
Degree in Science (Chemistry/Physic), or Engineering
(Mechanical/Electrical/ Electronic/Civil), or IT, or
Management, or Sports Science from a recognized
institution of higher learning
Not more than 35 years of age

2. Officer (Airport Fire & Rescue Service) (Males
only)
Diploma in either Engineering, or Science, or IT, or
Management, or Sports Science from a recognized
institution of higher learning
Not more than 35 years of age

3. Fireman (Males only)
SPM with credit in Bahasa Malaysia, and pass in at
least 4 other subjects. Preference will be given to
those with credit in either Mathematics or Science or
English
Not more than 30 years of age

PHYSICAL REQUIREMENT
Height - minimum 1.57 m
Weight - minimum 48 km
Chest - minimum 81 cm normal, 86 cm expended
Vision - V/6/9 in both eyes without the aid of
glasses
No color blindness or hearing disabilities

PHYSICAL TESTS
Able to
Lift a weight of 54kg:
Raise and hold upright an Ajax ladder
Climb a 16.5m extension ladder;
Scale a dangling rope

TRAINING
Successful candidates are required to complete a 6 to
10 month basic Airport Fire & Rescue Training prior to
appointment. During training, they will be provided
with

Monthly Training Allowance of - RM1000.00 for
position 1.
- RM750.00 for position 2.
- RM500.00 for position 3.
Free accommodation and meals

REMUNERATION PACKAGE
Starting salary of - RM1970.00 for position 1.
- RM1190.00 for position 2.
- RM 840.00 for position 3.
Monthly salary
Medical benefits
Uniforms
Housing and Vehicle Loans
Shift Allowance
Annual Leave of 15 days
24-hour GPA insurance coverage
Competency based career growth and development

WALK-IN INTERVIEW ON 17 JULY 2004
Please bring along the following for the interview:
Indentity Card
(Original document and Photostat copy, front and back
on an A4 paper)
Academic Documents
(Original documents and Photostat copies)
2 recent passport-sized colour photographs
(Please write name on back)
T-Shirt, shorts and sports shoes

TEMUDUGA TERBUKA

TARIKH : 17 Julai 2004
MASA : 8.00 pagi 3.00 petang
TEMPAT : Malaysia Airports Holdings Berhad
Terminal 3
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
47200 Subang

JAWATAN
1. Eksekutif Bomba Dan Menyelamat (Lelaki sahaja)
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains (Kimia/Fizik)
atau Kejuruteraan (Mekanikal/Elektrik/Elektronik/Awam)
atau IT atau Pengurusan atau Sains Sukan dari
institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
Umur tidak melebihi 35 tahun

2. Pegawai Bomba Dan Menyelamat (Lelaki sahaja)
Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau Sains atau IT
atau Pengurusan atau Pentadbiran atau Sains Sukan dari
institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
Umur tidak melebihi 35 tahun

3. Ahli Bomba (Lelaki sahaja)
SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus
sekurang-kurangnya dalam 4 matapelajaran lain.
Keutamaan akan diberi kepada mereka yang mendapat
kredit dalam Matematik atau Sains atau Bahasa Inggeris
Umur tidak melebihi 30 tahun

KEPERLUAN FIZIKAL
Tinggi - Minima 1.57 m
Berat - Minima 48 km
Dada - 81 cm (biasa) 86 cm (tarik nafas)
Penglihatan - V/6/9 pada kedua belah mata tanpa
bantuan cermin
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat

UJIAN FIZIKAL
Boleh
Mengangkat berat seberat 54 kg;
Menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
Menaiki tangga penyelamat 16.5 m
Memanjat tali

LATIHAN
Calon-calon yang berjaya dalam temuduga ini
dikehendaki menjalani dan lulus Latihan Asas
Pekhidmatan Bomba dan Menyelamat antara 6 hingga 10
bulan sebelum dilantik ke jawatan tetap. Semasa
latihan mereka akan diberikan:

Elaun Latihan jawaran - RM1000.00 sebulan bagi
jawatan 1
- RM750.00 sebulan bagi jawatan 2
- RM500.00 sebulan bagi jawatan 3
Tempat tinggal dan makan percuma

PAKEJ GANJARAN APABILA DILANTIK
Gaji permulaan - RM1970.00 bagi jawatan 1.
- RM1190.00 bagi jawatan 2.
- RM 840.00 bagi jawatan 3.
Gaji bulanan
Kemudahan Perubatan
Pakaian seragam
Pinjaman perumahan dan kenderaan
Cuti tahunan 15 hari
Perlindungan Insuran Kemalangan Berkelompok 24 jam
Perkembangan dan kemajuan kerjaya berasaskan
kompetensi

TEMUDUGA TERBUKA PADA 17 JULAI 2004
Sila bawa bersama perkara-perkara berikut semasa
menghadiri temuduga:
Kad Pengenalan
(Dokumen asal dan salinan fotostat depan dan belakang
atas kertas A4)
Sijil-sijil persekolahan
(Dokumen asal dan salinan fotostat)
2 keping gambar warna terbaru berukuran passport
(yang dituliskan nama dibelakangnya)
Baju-T, seluar pendek dan kasut sukan

Ada masa lagik ni utk prepare pergi gymnasium.

ws

IP : 219.95.160.247

muhibbah

25 . Dihantar pada 14hb Jul 2004 1.53:13 tghari   [Edit]
Solutions Architect

Responsibilities :-

Pre-sales activities in exploring business opportunities and assist marketing team as the technical advisor

Leading a team of technical people in a pre-sales call or proposal preparation as the Solution Architect

Involved in presentation like doing Technology Updates to customers

Experience in doing architectonic or designing IT solutions, and professional consultancy service.



Yrs.of experience:

At least 3 years working in a consultancy line and have wide knowledge in IT Technology in all the following areas :-

Network/Infrastructure/Security

Storage/Systems

Application

Any soft skills

Degree in Comp.Science, IT or any related discipline



Product Specialist



Responsibilities:

The Product Specialist will be responsible for pre-sales and technical support primarily on IBM TotalStorage servers and solutions.

He/she will:

- assist the account and SI teams in designing server solutions for proposals and tenders

- provide pre-sales technical support for enterprise servers and solutions, including systems assurances

- achieve the group's quarter and annual sales targets

- assist the account teams in marketing/selling IBM TotalStorage servers

- liaise with customers both directly or indirectly including making presentations, proposals and follow-ups on marketing activities



Technical Requirements:

Degree in Computer Science or Information Technology

One to two years experience as a Systems Engineer with exposure to supporting open system storage environments

Familiar with technologies associated with networking in general and storage networking in particular.

Familiarity with the IBM product range is an advantage.



Core Competencies:

In depth knowledge of the IBM TotalStorage products and technologies, inlcuding open and IBM proprietary systems.

In depth knowledge of competing brands and products.

Architecting IBM storage server configurations to meet customer requirements.

Systems assuring IBM storage server solutions

Hantar resume ke hkama2002@yahoo.co.uk

IP : 203.82.65.66

mleo

26 . Dihantar pada 14hb Jul 2004 2.01:40 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,

Kementerian saya iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang mencari penterjemah, untuk menterjemahkan kandungan laman web kementerian dari BM ke BI. Mana-mana organisasi yang berminat bolehlah menghantar Quotation ke nombor fax berikut 03-26919426, untuk perhatian Cik Endah Senjawati, selewat-lewatnya pada 16 Julai 2004 (Jumaat). Sekian terima kasih.

p/s: jumpa lagik..

IP : 202.185.107.195

peedoot

27 . Dihantar pada 14hb Jul 2004 2.59:29 ptg   [Edit]
mleo,

kalau individual nak buat translation tu, boleh ke?

IP : 203.106.1.108

firwanies

28 . Dihantar pada 15hb Jul 2004 10.14:10 pagi   [Edit]
MLEO,



You kat department mana?Takde ke jawatan kosong sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar sekarang nie? Kalau ada, tolonglah inform ye. T.Q

IP : 218.208.242.139

mleo

29 . Dihantar pada 15hb Jul 2004 4.19:54 ptg   [Edit]
assalamualaikum wbt..

mungkin ada yg keliru..
mungkin ada yg tak perasan yg sy katakan saya jumpa iklan tu..

utk makluman semua, bukan jabatan @ organisasi tmpt sy berkerja yg mengeluarkan iklan tersebut..
cuma jalan2 then terjumpa..
sila berhubung dgn person in charge..


firwanies..
sy bukan bekerja di tmpt tersebut..
w'pun, jika ada yg akan sy warwarkan..


shaliana..
sy dpt your email..
but ada prob ngan outlook..
tak dpt nak reply..
sy tiada contoh quotation..
harap maaf..


harap maaf diatas segala kesulitan..

IP : 202.185.107.195

aspirasi

30 . Dihantar pada 16hb Jul 2004 4.14:51 ptg   [Edit]
From: Aziah Mohd Tahir [mailto:aziah@hijrahmedia.com]
Sent: Wednesday, July 14, 2004 5:48 PM

Subject: PHP Developer Urgently Required!

Assalamualaikum wr,

ade vacancy kat Hijrahmedia untuk post PHP/Web Developer.
urgently required untuk projek di Johor. Contract basis selama 6 bulan, ogos
2004 - januari 2005.

insyaAllah gaji boleh dirunding

kepada sesiapa yg berminat,
sila hantar resume kepada saya dan minta tolong fwd kepada kawan2 yg lain.

w'salam
Aziah Mohd Tahir
012.302.7607

* Mesej ini telah diedit oleh aspirasi pada 16hb Jul 2004 4.15:52 ptg

IP : 210.19.76.2

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "