Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> Beza : Atos dan Kenari
(Pengendali : zacks )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Beza : Atos dan Kenari
zettyhani

1 . Dihantar pada 01hb Ogo 2004 4.59:26 ptg   [Edit]
Mana lebih baik antara Atos dan Kenari? Mulanya ingat nak beli kenari tapi terpengaruh pula baca dalam satu artikel yang mengatakan antara kenari dan atos, atos lebih bagus. Jadi nak tanya sipenjual kereta dan sipengguna kereta, antara keduanya mana lebih sesuai dari segi segalanya.

IP : 219.95.204.195

hyppo

2 . Dihantar pada 02hb Ogo 2004 08.08:07 pagi   [Edit]
si penjual kata:

ATOZ nampak lebih besar dari Kenari..
spare part pun skrg dah senang sbb pasang kat Kulim..
skrg tgh promosi.. bayar RM2,500 je dah bole kuar keta..
kalau x cukup bawah lagi dari tue pun boleh disscuss..
mmg x dinafikan ATOZ nie lagi power dari Kenari..
hmmm.. x pasti pulak kenapa sbb x pernah pakai Kenari..
dgr org cerita jerkk..
cuma kalau tgk papan pemuka (dashboard) dia kureng sikit..
sb semua jenis bulat2..

IP : 202.187.231.197

srox

3 . Dihantar pada 02hb Ogo 2004 10.26:43 pagi   [Edit]
topik ini pernah keluar dulu.

ini sedikit sebanyak aku bagitahu perbezaan dia.

1.Kenari pakai DOHC(Double Overhead Cam) manakala ATOS (SOHC)
2.Kenari bagi kaset player manakala ATOS bagi CD player.(kecuali kenari spesial edition,yang kaler hitam atau merah)
3.Kenari ada drink holder, ATOS takde.
4.Kenari - ruang belakang terbuka,Atos ruang belakang tertutup.
5.Kenari - Ada ionizer (utk menyerap bau yang kurang menyenangkan),Atos takde.
6.Kenari ,speaker belakang di atas kepala,Atos di bahagian tepi pintu.
7.Kenari - Auto lebih pikat dari ATOS Auto (mungkin sbb DOHC)
8.Kenari - 6 angka (K.E.N.A.R.I) , Atos 4 angka (A.T.O.S)


tu jelah..hehe..nak lagi lanjut kena tanya org lain yang pernah guna.
Tepuk dada, tanyalah poket...jangan tanya Dealer sbb of course dealer akan claim they are the best...Tapi kalau kau tanya aku, musti aku suh nkau amik je KIA Picanto...sbb rega lebih kurang , tapi Picanto 1.3 CC

* Mesej ini telah diedit oleh srox pada 02hb Ogo 2004 10.29:29 pagi

IP : 192.228.129.114

zettyhani

4 . Dihantar pada 02hb Ogo 2004 6.17:44 ptg   [Edit]
Bila keluar topik ni sebab kita kalau tak ada sebab tak buka sembang ni..?

IP : 218.111.4.9

paksi

5 . Dihantar pada 04hb Ogo 2004 12.38:29 tghari   [Edit]
quote:
Jadi nak tanya sipenjual kereta dan sipengguna kereta, antara keduanya mana lebih sesuai dari segi segalanya.

setengah org nak confort
setengah org nak pick-up
setengah org nak design
setengah org nak feature

rasanya hyppo dan srox dan kasi serba sedikit tengah mana yg lebih sesuai..
tp kalau zettyhani dpt perincikan lagi dr segi apa kan baguih..

IP : 202.157.192.162

satu23

6 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 08.57:25 pagi   [Edit]
hai...
1 nak bg pendapat sikit sbg pengguna kenari. Mmg best dan best lahhhhh. tmpt letak air tu mmg sesuai utk jadikan kenari sbg family car. Paling cantik kalau dpt kenari yg 'superman' tu mmg menawan tak perlu nak 'touch-up' lagi. Keseluruhannya 1 mmg puas hati...

IP : 202.185.196.1

Lynnda

7 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 09.43:17 pagi   [Edit]


lynnda pakai KENARI merah....

takde nak komplen apa sbb mmg puas hati pakai KENARI tu.... 2 taun dulu d/payment RM 5000++.. bulanan byr RM 500++

ruang nya lapang, orang tua pakai mmg selesa sbb tak perlu tunduk masa nak masuk keta
dari segi sound system mmg cukup puas hati sebab satu keta leh dengar..
pastu leh bawak barang banyak

tentang ATOS.... tak tau sebab tak penah naik dan tak penah pakai

IP : 218.208.18.131

Babyhubby

8 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 1.05:47 tghari   [Edit]
Saya tak pakai kenari or atos,

So, boleh bagi komen tentang rupa aja lah. Pada saya kenari lagi cantik n sporty. Atos pulak (pada saya) kereta tu macam cacat especially lampu depan dia. Tapi kalau kenari aerosport tu memang cun gillers!
Just an opinion...

IP : 203.106.1.108

OoooD

9 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 1.27:20 tghari   [Edit]
sumer,
od memang aim nak ambik kenari dlm thn ni gak, memula nak sambar picanto, tapi anak kurang suka...kenari bes tinggi bleh lompat2...
tapi od looking 4 2nd hand jer...takndak bli baru...
tak larat nak bayor instalment memeahal...first car dah mahal bulanan, 2nd car kena carik yg bulanan rendah le....
ada sesiapa nak jual?,.....nak yg manual, auto tak bes..

IP : 192.228.129.114

Zaiman7

10 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 5.08:23 ptg   [Edit]
Dah pakai ATOZ dengan KENARI kena make sure kita jaga dengan betul. Nanti bila cuci kereta tu atau tukar minyak hitam kereta tu, jgn. lupa jadi pengguna yang bijak. Beli minyak hitam yang berkualiti.

http://www.cybershop2u.net?member=zaiman66

IP : 219.93.77.170

zizann

11 . Dihantar pada 14hb Ogo 2004 11.16:52 pagi   [Edit]
Salam....

Kenari Aerosport pandangan memang berbeza... SYOK HABIS!!!

IP : 202.184.41.62

ajes2002

12 . Dihantar pada 14hb Ogo 2004 3.10:52 ptg   [Edit]

i pakai kenari manual metalik,semua dah siap cd player,system audio,luas, puas hati,minyak save utk long distance,siap sportrim..yg penting servis bagus 4year jaminan..

utk yg bujang senang dpt awek...

IP : 219.95.183.81

zettyhani

13 . Dihantar pada 14hb Ogo 2004 3.44:09 ptg   [Edit]

Terimaksih semua. Tapi kan, kita dah booking Atos dah. 1.1. Belum keluar lagi. Tunggu respon lambat sangat, hubby pula dah berkenan kat Atos, so booking terus lah. 1.1 tu versi baru. Belum keluar lagi.

Kalau hari tu ramai cakap Kenari best, ada lah reason kuat sikit nak argue dengan hubby sebab kita memang minat Kenari. Whatever, nanti dah dapat Atos, kita bagitau bagaimana ya?

IP : 218.111.6.123

jamd

14 . Dihantar pada 16hb Ogo 2004 08.46:59 pagi   [Edit]
jamd drive kenari...my hubby yg prefer kenari coz nak modified leh dapat dihatshu move punya brg.

mula2 drive masa nak ambil corner cam terangkat sikit coz kenari tinggi...tapi lepas tukar rim 14"....memang best masa buat corner....kira confident sikit

minyak memang jimat....seminggu pegi balik keje....minyak dlm RM35 sebab jamd drive auto.

parking & etc senang sebab kete tak besar sgt.

cuma side mirror tu prob sikit...coz tak leh nak nampak kete kat tepi....tapi leh tukar dgn mirror yg design baru....

* Mesej ini telah diedit oleh jamd pada 16hb Ogo 2004 08.48:16 pagi

IP : 202.187.94.4

diablo

15 . Dihantar pada 16hb Ogo 2004 11.29:24 pagi   [Edit]


Kenari is better... Spacious and comfy. Boleh berdiri masa bawak kereta pasal bumbung tinggi. Kenari senang maintain dan tak banyak problem macam kereta proton.
Boley taruk washing machine dan peti ais kalau nak pindah umah.

IP : 210.19.76.2

Babyhubby

16 . Dihantar pada 16hb Ogo 2004 12.24:33 tghari   [Edit]
Ala zetty

Alamak .....sayang nya!!! Kenari la besh!!! Atos?....

IP : 203.106.1.98

zettyhani

17 . Dihantar pada 16hb Ogo 2004 6.59:46 ptg   [Edit]
Itu lah. Agaknya sini ramai yang pakai Kenari kot. Tak apalah, kita sekarang sedang menunggu Atos. Dah cakap degan hubby, ramai yang syorkan Kenari tapi dia ada reason dia sendiri.

Nanti ya, bila dapat keta, kita reply. entah bila pun tak tau, minggu ni or minggu depan. Harap2 sebelum 31 Ogos sebab nak balik kampung dengan keta baru. Sebenarnya kita dah ada keta Waja. Yang ni untuk second car. Kononnya kita pun nak keta kita sendiri sebab Waja nama husband tapi yang ni pun dia bayar juga, cuma nama saja kita punya...Sebab tu kena ikut cakap dia. Janji keta kita...he he he...

IP : 218.208.224.108

zettyhani

18 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 9.19:33 mlm   [Edit]
Kasi up skit sebab mungkin dalam minggu ni dah boleh dapat Atos 1.1 tu..

IP : 218.208.225.56

tasha75

19 . Dihantar pada 02hb Sep 2004 11.33:52 pagi   [Edit]
beza mungkin banyak, persamaan hanya satu.... iaitu kedua-duanya berbentuk kasut hi-cut jangan maraaa...

IP : 61.6.163.24

tepungjagung

20 . Dihantar pada 02hb Sep 2004 1.49:48 tghari   [Edit]
Ada sesapa nak jual kenari.

IP : 219.93.8.15

Raplaa

21 . Dihantar pada 02hb Sep 2004 3.02:50 ptg   [Edit]
tasha... heh hehh.. kelakar gilerr...

IP : 192.228.129.114

sofiaaliya

22 . Dihantar pada 10hb Sep 2004 06.06:27 pagi   [Edit]
I think Kenari kereta nya okay and kalau u all nak tahu,i ada tgk program kereta kat sini.Slalunya mat salleh kat UK slalu comment kereta made in malaysia kurang quality,but when it comes to Kenari,diorg puji kenari bagus.
Then it's the cheapest car in UK around 5000 pound aje.

IP : 159.134.213.212

zettyhani

23 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 8.44:56 mlm   [Edit]
Mula-mula dapat keta Atos, nak naik tu rasa lawak pulak. Macam keta mainan tapi reganya boleh tahan juga.Walaupun rasa kelakar, naik juga dan bila start bawa, mak ai, syoknya. Rasa sayang sesangat sampai hubby perli, pergilah tidur sebelah kereta tu.

dan memang best lah...Sayang atosku sayang...

IP : 218.111.71.171

sribayu

24 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 10.50:47 pagi   [Edit]


PICANTO PUN MCM BEST GAK....TGH PK NIE NAK BELI ATOS OR PICANTO.....

IP : 210.19.78.142

zettyhani

25 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 2.06:59 ptg   [Edit]
sri, hari tu kalau akak belum beli Atos memang akak akan beli Picanto tapi masa tu dah booking baru nampak Picanto. Whatever sekarang dah sayang Atos. Tapi Picanto memang design dia lebih cantik dari Atos.

IP : 218.208.225.211

MusangPulut

26 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 2.11:49 ptg   [Edit]
Kenari saya tak penah pakai tapi kalau atos 1.1, saya baru jer beli minggu lepas. Harga Rm 40,700, Downpayment Rm 1700, monthly Rm469(semilan tahun)kira second car la nie. Ada CD player (single disk), tempat letak minuman ada 2,pemanduan selesa, ada heater, banyak ruang nak letak barang cthnya henfon, buku, syiling, surat dan macam2 lagi, aircond controler dia nampak latest, nampak bulat jer kat dashboard, iarcond fin jenis tahan lasak, spot light, ada frame no plat kat depan. interior lamp terang, bentuk lebih aerodinamik untuk melawan angin tapi kurang power bila panjat bukit sebab single overhead cam (Soch)kalau kenari pikap sikit (Doch).

IP : 218.111.216.122

pompuan

27 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 11.24:59 pagi   [Edit]
orang kata Atos pakai minyak kuat
then after a year, break mesti problem

err betui ka musang?

IP : 202.188.174.9

MusangPulut

28 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 10.45:28 pagi   [Edit]
Masa mula2 keluar petrol kuat sikit, lepas 3 kali servis, dia reduce lebih kurang kancil, sbb aku pakai kancil ngan atos senang nak compare, tapi aku kaji ikut comsumption, rm10 boleh tahan 2 hari , sama cam kancil aku. So far aku belum try kaji rm10 berapa km boleh pergi. Susah nak compare ngan kenari sbb takder sorang pun kawan aku pakai kenari.

IP : 218.111.216.122

hazdi

29 . Dihantar pada 02hb Nov 2004 2.09:01 ptg   [Edit]
,

saya pun tgh survey nak beli 2nd car.
hari isnin lepas dah gi tgk ATOS & KENARI.
yang saya tahu kenari guna 3 cylinder compare tu atos yg guna 4 cylinder yg tunjukkan atos is better than kenari.

beza harga lak (kalau auto la) lebih kurang dalam RM 2000.

so tgh pk jugak ni.....


off topic sat

kelisa (auto) versus atos (auto) ???
kelisa (auto) versus kenari (auto) ???




IP : 61.6.163.24

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "