Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> pendapat : kelebihan dan kekurangan Toyota Unser
(Pengendali : zacks )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : pendapat : kelebihan dan kekurangan Toyota Unser
sitislam

1 . Dihantar pada 25hb Mei 2004 2.07:29 ptg   [Edit]



Sitislam ingin tahu lebih lanjut mengenai kereta ni kerana sitislam berura-ura nak tukar kereta ni.So sesiapa yang pernah pakai atau tahu mengenai kereta ini sudi-sudikanlah memberi pendapat.Buat masa ni sitislam pakai rusa 1.6.kereta ni tak pernah meragam sebab bawak pi kerja dan balik kampung jer dan selalu pi servis.Sebab nak tukar minat sangat nak kereta ni.wassalam

IP : 202.188.115.100

cooyard

2 . Dihantar pada 25hb Mei 2004 2.28:13 ptg   [Edit]
pakcik pon ngah servey gak. Dok pikir Unser and CRV.

IP : 203.115.205.210

sitislam

3 . Dihantar pada 25hb Mei 2004 2.35:25 ptg   [Edit]


cooyard..kawan sitislam ada pakai kereta Honda CRV..dia baru beli RM153K kalau tak silap.memang cantik tapi tak der air-cond untuk orang belakang.lagipun tempat duduknya cam kereta jer.unser ni sitislam suka salah satunya ada air-cond untuk orang belakang.kesian kat anak-anak bila balik kampung waktu t'hari mereka mengadu panas.wassalam

IP : 202.188.115.100

airod

4 . Dihantar pada 25hb Mei 2004 2.37:11 ptg   [Edit]
ni sekadar pengalaman beberapa org kawan yg pakai unser...kesimpulannya saya dapati Unser kuat makan minyak..sebab cc kecil badan besar..tetapi ada yg komen..unser pakai minyak banyak bila bukak aircond..sebab body besar air con power pun kena besar..Wassalam

IP : 219.94.69.90

sitislam

5 . Dihantar pada 25hb Mei 2004 2.45:21 ptg   [Edit]


airod..pendapat awak saya rasa betul sebab unser pakai minyak banyak tapi saya rasa mana-mana kereta yang pakai air-cond depan belakang mesti kuat makan minyak..kalau rusa saya sekarang ni full tank kalau pi balik kL-ipoh,ipoh k.L cukup sebab air-cond kat depan sahaja manakala kat belakang pasang kipas.wassalam

IP : 202.188.115.100

CAM51

6 . Dihantar pada 25hb Mei 2004 3.26:27 ptg   [Edit]
apa la... air cond depan ke belakang ke.. compressor dia satu je.. so pakai minyak serupa la .. yg ada air cond belakang tu .. blower je... kat depan pun.. van toyota hi ace aku pun cam tu la... lubang air cond belakang tu buatla macam bas express punya.. sampai penumpang kat belakang sekali pun dapat rasa air cond dia...

IP : 202.184.143.243

sitislam

7 . Dihantar pada 26hb Mei 2004 08.52:39 pagi   [Edit]



iye ker cam51...saya bab-bab kete ni memang fail, reti bawa jer

IP : 202.188.115.100

siapa

8 . Dihantar pada 31hb Mei 2004 1.23:47 tghari   [Edit]
siti..
..unser bukan tak baguih..tapi ok laa..kena ngan rega nyer..
cuma...kita takleh mengharapkan yg lebih selesa dari serena baru yg cam kotak tuh..

spare part nak kata mahal sgt..pun tak jugak..
..pemanduan kalu kat lebuhraya..ok..tapi kalu jln2 kampung yg berbonggol berlopak..siap laa org belakang..boleh muntah ooooo...

kalu ko pentingkan reka bentuk...mmg unser nih pada pendapat aku kurang kemas..lebih2 lagi kemasan dlman..cam lori pikap jer..

walopun unser nih ada abs dan airbag..tapi dlm satu2 keadaan..ia tak sesuai utk dipandu dlm tergesa2..prestasi kat selekoh pun cukup cuak..maklum jer laa..tinggi..dan suspensi agak keras sket...

jadi...keseluruhan dari 10 bintang..unser leh dpt 4 stgh jer..
...apa pun..rasanya..ko lebih tahu keter cemana yg ko perlukan sesuai ngan bajet ko..



oh apammm...

IP : 219.94.80.225

sitislam

9 . Dihantar pada 31hb Mei 2004 1.43:58 tghari   [Edit]



Siapa...boleh tak ko cadangkan kereta yang seangkatan dengan rege Unser ni sebab budget siti ialah dalam area unserlah nak tukar ke naza Ria rasanya tak mampu lagi.wassalam

IP : 202.188.115.100

siapa

10 . Dihantar pada 31hb Mei 2004 1.55:20 tghari   [Edit]
siti...
..errr..keter/mpv yg seangkatan ngan unser ni..tak banyak kott...
alahai..ko jgn ler risau pasai komen aku tuh..
..unser nih bukan tak baik langsunggg..kalu idak..ngapa ada org yg beli..

takpa...ko beli jer kalu mampu...yg penting anak2 ko happy..
jgn hirau pasal harga jual balik...
..dlm mesia nih..takda keter yg dapat harga cam asal kalu dijual semula..

oh lupa lak nak tanya..errr..unser nih pakai gear manual ker auto..???
..bukan aper...
kalu manual..walopun leceh nak bawak..tapi ada pikap sket..minyak pun leh jimat..tapi teruk laa ko kalu jln jem..
..kalu auto...mmg tak jadi masalah kalu jln jem..tapi kena siapkan duit minyak lelebih sket ler..



oh apammm...

* Mesej ini telah diedit oleh siapa pada 31hb Mei 2004 2.00:10 ptg

IP : 219.94.80.225

sitislam

11 . Dihantar pada 31hb Mei 2004 6.00:21 ptg   [Edit]



siapa...unser ni kalau tak silap ada auto dan manual..sitislam tak kisah kalau hubby nak beli auto ke atau manual lagipun berulang kerja cuma dari balakong ke upm.Jalan balakong tu pun dah tak berapa jem sejak jalan dah jadi 3 lane.cuma yang jem masa kat Mines tu pun saya selalu ikut shortcut keluar ikut Millon.Setengah orang kata tahun 2005 harga kereta akan turun dah tentunya harga kereta yang sudah dipakai kalau nak jual dah takder value tambah van rusa yang saya pakai ni.kalau orang yang baru nak mempunyai kereta o.klah.wassalam

IP : 202.188.115.100

keriminkeri

12 . Dihantar pada 01hb Jun 2004 10.56:59 pagi   [Edit]
kita nie dah dekat 2 tahun pakai unser ..so far ok tak pernah lagi meragam ......minyak tu memang rasa tarik sikit kalau compare ngan Waja yang kitaorang pakai dulu ...tapi last month hubby dah pasang menatang apa tah yang connect kat coil tu rasanya ok sikit ...last week gi K'tan & T'ganu , isi minyak RM160 jer ....tak sampai RM200 pun ...legaaaaa

IP : 202.188.127.61

ampmeter

13 . Dihantar pada 01hb Jun 2004 1.30:23 tghari   [Edit]
amp tak pernah memiliki unser....tapi pernah memandu unser utk jarak jauh....fuel consumption sgt mengerikan....kuat sgt....dari segi pengendalian juga rasa tak berapa selamat utk kelajuan tinggi....terutama bila dilanda angin lintang....jadi fikir2kanlah dari segi ekonomi dan keselamatan.

* Mesej ini telah diedit oleh ampmeter pada 01hb Jun 2004 1.30:53 tghari

IP : 202.160.25.85

sitislam

14 . Dihantar pada 01hb Jun 2004 2.47:18 ptg   [Edit]




Pada pendapat sitislam pula kalau jenis van atau unser ni memang tak leh nak bawa laju contohya kalau tang corner kalau kata 60km jer memang kena bawa kelajuan banyak itu jer.selalu kalau siti bawa dalam 70Km kelajuan pun dah rasa nak terbalik sebab rasanya tinggi kot.

keriminkeri..boleh siti tanya bulan-bulan bayar berapa?

IP : 202.188.115.100

keriminkeri

15 . Dihantar pada 01hb Jun 2004 4.25:12 ptg   [Edit]
bulan2 kami bayar RM701 ....memang perit jugak pada kitaorang yg hanya makan gaji nie ..tapi yang penting keselesaan dan keupayaaan .....

IP : 202.188.127.61

siapa

16 . Dihantar pada 01hb Jun 2004 5.21:00 ptg   [Edit]
siti...
..setiap kenderaan yg diciptakan secara kasarnya sama jer..
tapi tahap pengendalian cukup berbeza..
..so...ko pun dah ada pengalaman ngan rusa..
jadi..aku rasa ia tak menjadi masalah utk ko dan hubby mengendalikan unser nih..

...tapi apa yg lebih penting..
tahan atau tidak..baik atau buruk sesebuah kenderaan itu bergantung ngan cara pengendalian yg dah disyorkan..melakukan penyenggaraan mengikut jadual..elakkan dari menggunakan alat2 ganti yg kurang kualitinya...
..dan pandu mengikut hadlaju...



oh apammm...

IP : 219.95.247.213

sitislam

17 . Dihantar pada 01hb Jun 2004 5.42:48 ptg   [Edit]
Assalammualaikum semua


keriminkeri ,leh tanya kalau ko bayar camtu berapa downpayment?



Siapa..dari segi penyelenggaraan ni memang hubby saya titik beratkan,sebab itu rusa kami tak pernah rosak,paling teruk bateri weak atau tayar pancit,lagipun hubby saya kurang berminat bab-bab kereta ni jadi kalau bab-bab modify ni kuranglah sikit,jadi selamatlah sikit kereta tu dari 'tikus membaiki labu' dan salah satu sebab bila beli kereta sitislam prefer yang baru.

IP : 202.188.115.100

CAM51

18 . Dihantar pada 01hb Jun 2004 7.41:19 ptg   [Edit]
siti... setahu saya unser ni bukan jenis MPV.. road tax dia pun rendah sikit dari kereta mpv MPV.. unser ni dalam kategori off road la 4 x 4... walau pun di abukan 4x4..... tapi sebab dek dia ada 4 pintu tu yg jatuh dlm kategori ni. tak cam mpv..tak cayo cekla ngan JPJ

IP : 218.224.136.95

samurai_jack

19 . Dihantar pada 06hb Jun 2004 01.43:26 pagi   [Edit]
Aku dah penah naik Rusa, tapi aku tak boleh tahan lah sbb bising bunyi engine nya menerobos masuk ke dalam. Pada aku, Toyota Angsa ni lebih baik, sbb injin ke depan dan air con dia tersangat lah power, sejuk perut ibu yg mengandung. CC nya cuma 1.8 aje. Berpadanan lah dgn saiz bodynya. Kalu 1.4 mungkin penggunaan petrolnya tinggi spt ford spectron atau mazda bongo.

Abang aku pun ada sebijik, dari KL ke Penang full tank dah lebih dari cukup.

IP : 219.95.173.183

Encik_Mu

20 . Dihantar pada 06hb Jun 2004 09.34:05 pagi   [Edit]

Anak kak siti ramai ke?

IP : 219.93.197.8

sitislam

21 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 1.15:30 tghari   [Edit]
Assalammualaikum semua


samurai_jack...sitislam rasa kebisingannya taklah ketara sangat sejak sitislam pakai hampir tujuh tahun..yang tak tahan air-corn yang tak berapa power tu yang tak best tu.


Encik_Mu ...anak saya ada 3..insyaallah bulan 10 ni masuk no 4.Saya suka yang ada 7 tempat duduk ni kerana saya dan suami saya dua-dua anak sulung..jadi adik beradik ramai dah tentu bila nak kesana kemari memerlukan kenderaan yang agak banyak tempat duduk terutama bila time hari raya..kalau beli kereta bukan adik beradik jer tak leh tumpang..ibu-bapa nak tumpang pun tak boleh nak tumpang juga.Lagi satu bila berjalan jauh anak-anak saya suka tidur,jadi dengan kenderaan yang sebegini memberi keselesaan untuk anak-anak saya tidur.wassalam

IP : 202.188.115.100

cooyard

22 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 5.13:20 ptg   [Edit]
Soalan....
1. Tul ker unser ni tak ader ABS?
2. Better unser auto, better gear ratio.
crusing kat highway auto = +/- 100@3000rpm
manual = below 100@3000rpm.???
3. unser not MPV neither SUV. what???

IP : 203.115.205.210

Mat_Spanar

23 . Dihantar pada 14hb Jun 2004 8.42:48 mlm   [Edit]
assalamualaikum...

mat pakai kater sorong aje...
jimat tak perlu minyak kelajuan
pecut 1.06 km sj aje...s0

IP : 165.21.154.12

rockgirl

24 . Dihantar pada 15hb Jun 2004 02.18:24 pagi   [Edit]
Toyota Unser?

kelebihan :-

murah
ok la
dia sejenis mpv

kekurangan :-
not suitable for family
ruang kecik
tinggi sangat
model x cantik

IP : 218.208.242.130

cooyard

25 . Dihantar pada 15hb Jun 2004 5.14:16 ptg   [Edit]
rockgirl.....family ko berapo ramai?
rerasa unser bukan MPV.
ruang kecik tuh dibanding ngan aper? bas?

IP : 203.115.205.210

rockgirl

26 . Dihantar pada 16hb Jun 2004 5.18:56 ptg   [Edit]
cooyard,

unser tu mpv la....setau aku
family aku 7 org..apsal?
aku bandingkan unser (sebab dia mpv)dengan toyota previa atau honda steamyx...kalau bandingkan dengan rusa pun,unser still kecik...

IP : 218.208.248.234

shaliana

27 . Dihantar pada 17hb Jun 2004 12.19:25 tghari   [Edit]


siti kalau awak nak tukar unser...tolong laaa jgn pilih warna hijau...buruk laaa... colour tu!

IP : 219.95.3.91

cooyard

28 . Dihantar pada 17hb Jun 2004 12.28:49 tghari   [Edit]
me waitimg for unser replace model. ppl said
that it will lunch this sept.

IP : 203.115.205.210

CAM51

29 . Dihantar pada 17hb Jun 2004 1.22:08 tghari   [Edit]
girl..
ko tau apa tu MPV... kenderaan serba guna

unser bukan jenis mpv sebab pintu dia cam keta biasa... bukan sliding door...

IP : 202.184.143.243

sitislam

30 . Dihantar pada 17hb Jun 2004 1.38:14 tghari   [Edit]
Assalammualaikum semua



shalina..kalau ada rezeki saya nak kaler hitam,biru atau merah..tapi bukan kaler hijau sebab sayapun tak berapa minat kaler tu.wassalam

IP : 202.188.115.100

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "