Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> cuti : balik kampung...berhati2 di jalan raya
(Pengendali : zacks )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : cuti : balik kampung...berhati2 di jalan raya
zacks

1 . Dihantar pada 22hb Nov 2003 08.23:55 pagi   [Edit]


Selamat Bercuti dan selamat balik kg...berhati2 di jalan raya...pandulah secara berhemah sepanjang masa..


Malaysia Speed Traps Information

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG

North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sungai Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sungai Dua Toll.
*Penang Bridge at island end. Speed limit 80km/h.

South Bound
*Penang Bridge island end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed, limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK

North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.



SPEED TRAPS IN CENTRAL REGION

PLUS North Bound
*Under a bridge at about 456km, Sungai Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchanges.
*Under the overhead restaurant at Sungai Buloh.
*Under the last bridge before Sungai Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sungai Buloh lay by.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sungai Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h

NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going toward Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3 km and 25.7km, 80km/h!
*From Jalan Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jalan Duta, at the underpass at Sungai Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound
*At Sungai Besi side of East Bound Toll.

Kuala Lumpur City
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Toward Klang direction, at about 13km milestone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamiliar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR

North Bound
*No known location.

South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction
* At 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.



Area Highway dalam KL/Selangor

Tak payah nak takut-takut.... salah satu nak tahu ada mat bond mengendap ke tidak ialah melalui kereta limo/teksi KLIA... diaorang akan slow kalau ada mat bond mengendap kerana diorang dapat info dari member diorang kerana dalam limo/teksi tu terdapat radio yang boleh berhubung antara satu sama lain.... kalau satu beritahu semua limo/teksi akan dengar.... bermakna diaorang tahu kedudukan mat bond... kalau limo/teksi tu laju maknanya tak ada mat bond buat operasi... sumber nie aku dapat dari pemandu limo juga....

Kat kawasan Rawang nie:

- Highway PLUS Utara-Selatan betul-betul dibawah jejambat selepas simpang interchange ke Rawang/Batang Berjuntai. Depa tembak dari dua arah (utara-selatan). Biasanya start pukul 10 pg sampai 4 ptg. Speed limit 110 km/j.

- Zebra line depan Shell Templer Park Golf Club jalan lama dari KL menghala ke Rawang. Depa selalu buat-buat lepak kat stesyen bas Shell tuh atau pun depa dok nyorok kat barisan pokok palm (macam pokok kelapa sawit).

- Berhati-hati ngan semua jalan double line dari Rawang ke Tanjung Malim (jalan lama) pasai Trafik Rawang dan Batang Kali suka rewang-rewang kat situ.

IP : 202.184.226.17

zacks

2 . Dihantar pada 22hb Nov 2003 08.31:22 pagi   [Edit]
...

Langkah2 keselamatan dan Tips pemanduan

Sebelum Memandu


- Pastikan kenderaan berada dlm keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan perkara berikut berfungsi dlm keadaan baik dan selamat :

1) Enjin
2) Brek
3) Semua lampu
4) Pengelap Cermin
5) Tekanan angin tayar/tayar spare
6) Minyak petrol yg mencukupi
7) DLl.

- Dapatkan rehat yg mencukupi
- Jgn menggantung tuala atau pakaian pada tingkap kenderaan utk menghalang cahaya matahari kerana ia akan menghadkan pandangan anda
- Jgn mengambil sebarang minuman yg mengandungi alkohol atau ubat yg boleh mendatangkan kesan mengantuk
- Pastikan anda berada dlm kedudukan yg selesa dengan :
1) Menyelaraskan tpt duduk
2) Membetulkan kedudukan cermin pandang belakang dan cermin sisi
3) Memakai tali pinggang kaledar


Semasa Memandu

- PAtuhi had laju
- Patuhi semua tanda isyarat yg dipamerkan di lebuhraya
- Pandu di lorong yg bersesuaian dgn kelajuan kenderaan :

1) Lorong kiri - Memandu perlahan
2) Lorong Tengah - Memandu laju
3) Lorong kanan - Memotong

- Sentiasa memandu di lorong sebelah kiri kecuali ketika memotong
- Awasi kenderaan yg keluar dari hentian sebelah atau yg masuk ke lebuhraya dari persimpangan bertingkat
- Gunakan gear yg sesuai terutama ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit
- Ekori kenderaan lain dlm jarak yg selamat.
- Dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan sbg laluan memotong atau tpt berehat
- Dilarang berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan
- Berhati2 terhadap kenderaan yg berhenti di lorong kecemasan dan pemandu motosikal yg berhenti di bwh jambatan ketika hari hujan
- Gunakan isyarat lampu tinggi jika mahu memotong kenderaan yg berada di hadapan
- Jgn makan, minum atau menggunakan telefon bimbit ( tanpa hand free )ketika memandu
- Jgn memandu ketika keletihan dan mengantuk
- Elakkan memandu berterusan melebihi 2 jam
- Berhentikan kenderaan anda di kawasan rehat yg disediakan selepas setiap 2 jam perjalanan.
- Berhati2 ketika memandu semasa hari hujan, kabus, waktu mlm dan keadaan permukaaan jln yg licin dan tidak rata.
- Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yg sesuai. Jgn sekali-kali menukar lorong di saat2 akhir


Cara terbaik memandu di lebuh raya

- Pemandu2 yg memandu secara perlahan dan kenderaan berat hendaklah sentiasa memandu di lorong sebelah kiri bagi membolehkan kenderaan yg laju memotong dgn mudah di sebelah kanan
- Tentukan anda telah mengekori kenderaan di jarak yg selamat. Gunakan peraturan 2 saat "two seconds rule"
- Perhatikan lalulintas di hadapan,jika kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan dipandu dgn kelajuan 80 km/j bererti pertemuan antara kedua2 kenderaan adalah 160 km/j. Oleh sebab masa speuluh saat diperlukan utk melintasi antara satu sama lain ketika memotong, kenderaan lain yg dtg dari hadapan, jarak minimum yg selamat yg dicadangkan antara kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan ialah 50 meter
- perhatikan kenderaan di belakang anda sebelum menukar lorong. Perhatikan kenderaan melalui cermin, kemudian kawasan tidak boleh diperhatikan ( Blind spot )
-Berikan isyarat sebelum menukar lorong
- Tukar lorong utk memotong
- Tambah kelajuan kenderaan anda semasa memotong
- Berikan isyarat kpd kenderaan yg dilintasi dgn membunyikan hon atau gunakan lampu.
- Berikan isyarat jika anda bercadang utk memasuki lorong yg betul
- Selepas memotong, padamkan lampu isyarat dan masuk ke lorong yg betul secepat yg mungkin iaitu apabila anda dpt melihat kenderaan yg dilintasi melalui cermin pandang belakang.
- Bergeraklah dgn kelajuan yg dibernarkan selepas anda melintasi kenderaan2 yg dipotong.

Kerosakan kenderaan

- Berhenti di lorong kecemasan
- Nyalakan lampu kecemasan
- Arahkan penumpang keluar dan berkumpul di belakang rel penghadang
- Letakkan tanda isyarat segi tiga kecemasan di belakang kenderaan sekurang2nya 15 meter di belakang kenderaan yg rosak
- Hubungi peronda lebuh raya atau mekanik utk bantuan kerosakan atau tunda kenderaan
- Sebaik2nya berhenti di tpt yg terang jika berlaku kerosakan pd waktu malam.

Kemalangan

- Berhenti di lorong kecemasan sekiranya boleh
- Hubungi pihak polis ( 999 ) ,ambulan ( 999 ) atau peronda lebuhraya utk bantuan kecemasa.
- Beri maklumat kpd pihak polis apabila diminta
- Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam


TALIAN KECEMASAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebihraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lenuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999

* Mesej ini telah diedit oleh zacks pada 22hb Nov 2003 09.04:15 pagi

IP : 202.184.226.18

ikang

3 . Dihantar pada 22hb Nov 2003 08.52:55 pagi   [Edit]
Terima kasih atas tips tersebut....Ari nie balik Kg...Yea yea ....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.....

IP : 192.228.220.10

semutmerah

4 . Dihantar pada 22hb Nov 2003 09.11:24 pagi   [Edit]
kampung aku : 13 km dari rumah (arah selatan)
kampung suami : 13 km gak dari rumah (arah utara)

jarak masa perjalanan : 15 - 20 minit...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
teringin nak rasa balik kampung jauh2 cam korang...

IP : 192.228.143.35

zacks

5 . Dihantar pada 22hb Nov 2003 09.57:44 pagi   [Edit]


ikang...balik mana ?

semut.....tu la, org suh pindah muadzam shah tanak..hehe


KEMALANGAN jalan raya antara masalah utama di Malaysia. Hampir 6,000 kematian disebabkan kemalangan yang menyebabkan kerugian lebih RM6 bilion dilaporkan setiap tahun.

Mengikut kajian dan pemerhatian Jabatan Pe-ngangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, 95 peratus kemalangan jalan raya di negara ini disebabkan kecuaian pemandu.

Bagi mengurangkan kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan, kerajaan mengadakan pelbagai kempen dan operasi. Namun, usaha itu tidak berkesan sepenuhnya kerana jumlah kemalangan pada musim perayaan terus meningkat.

Di mana silapnya? Adakah undang-undang lalu lintas tidak memadai, kempen jalan raya gagal atau pemandu berdegil dan mempunyai kepentingan sendiri.

Mengikut perangkaan Kementerian Pengangkutan, jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara didapati meningkat iaitu sebanyak 250,429 kes pada 2000, diikuti 265,175 kes (2001) dan 275,111 kes (2002).

Di samping itu, jumlah kenderaan berdaftar turut meningkat dari setahun ke setahun iaitu 9.1 juta kenderaan pada 1998 kepada 11.3 juta (2001) dan 12.01 juta (2002).

Dalam pada itu, kematian disebabkan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan menerusi operasi polis seperti Ops Pacak, siri Ops Statik (1997-2000) dan siri Ops Sikap (Disember 2001 – Januari 2003).

Berdasarkan statistik, seramai 6,035 kematian akibat kemalangan dicatatkan pada 2000, 5,849 kematian (2001) dan 5,886 kematian (2002).

Ini menjadikan jumlah kematian berdasarkan 10,000 kenderaan berdaftar menurun daripada jumlah kematian. Pada 2000, 5.72 (jumlah kematian) berbanding 10,000 kenderaan, diikuti 5.17 (2001) dan 4.90 (2002).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, dipetik sebagai berkata, sasaran kerajaan untuk menurunkan kadar itu kepada empat kematian berbanding 10,000 kenderaan berdaftar pada 2010 dan tiga kematian pada 2020.

“Perbezaan jelas dilihat pada kadar kematian bagi negara maju iaitu antara satu hingga dua.

“Oleh itu, sikap pemandu perlu diperbetulkan terhadap diri sendiri kerana kerajaan sudah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan keselamatan jalan raya berada pada tahap amat baik.

“Kita mahu setiap usaha mendapat kerjasama erat kerana ia untuk kebaikan semua,” katanya.

Di samping itu, Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima) beranggapan operasi polis trafik ketika musim perayaan masih mempunyai peranan dan kebaikannya demi keselamatan pengguna jalan raya di negara ini.

Cuba bayangkan tidak ada sebarang kempen atau operasi dijalankan pada musim perayaan. Mungkin peningkatan kadar kemalangan termasuk kematian meningkat berdasarkan tingkah laku pemandu sekarang.

Sehubungan itu, jurucakap Pima, menaruh harapan terhadap pasukan polis trafik supaya tidak jemu-jemu mengadakan operasi seperti Ops Sikap.

“Ini kerana setiap operasi dilaksanakan itu ada membawa kebaikan dalam mewujudkan kelompok pemandu berhemat.

“Secara tidak disedari, sejak pelbagai operasi trafik dijalankan lebih enam tahun lalu, pemandu sedar betapa penting menghindarkan kemalangan. Ini kerana ia bukan setakat mem*sensored*tkan satu pihak, malah banyak pihak lain.

“Operasi itu sekurang-kurangnya berjaya mengubah persepsi pemandu di negara ini walaupun kadang-kala terpaksa menakutkan mereka daripada dikenakan tindakan,” katanya.

* Mesej ini telah diedit oleh zacks pada 22hb Nov 2003 09.59:11 pagi

IP : 202.184.226.17

semutmerah

6 . Dihantar pada 29hb Nov 2003 09.26:11 pagi   [Edit]
zek
ngeri gak aku baca statistik kemalangan jalan raya sempena raya nih... ingat nak kena tukar nama laaaa... raya puasa tukor jadik raya korban (korban jalan raya, korban mercun... dll)... tapi tu la, kita dah ada raya korban dah... yang sedihnya ialah mereka yang terkorban akibat kecuaian orang lain... errrmmm alahai...

errrkkk... pindah muazam shah? eeeeeiiiii idak ler temaaaann.. rela la aku tak merasa balik kampung jejauh... hehehehe...

IP : 161.142.78.82

syauqina

7 . Dihantar pada 01hb Dis 2003 11.01:56 pagi   [Edit]


terima kasih tuan dan puan pemandu yang sentiasa berhemat di jalan raya ... alhamdulillah selamat kita tiba dan kembali


tips paling baik jgn lupa baca doa naik kenderaan dan bykkan berzikir sambil memandu

IP : 219.93.8.6

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "