Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> umum : cari no plat pilihan
(Pengendali : zacks )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : umum : cari no plat pilihan
smh

1 . Dihantar pada 23hb Jun 2003 1.52:39 tghari   [Edit]
camana cara nak cari no plat yg kita nak?
saya nak cari JR 1711 atau apa saja huruf tetapi no nya tetap 1711.
berapa kos yg perlu dibayar?
bagaimana pulak nak tukar no tu dgn no kereta sedia ada?
jpj banyak songeh tak dlm soal nih?

btw...kalau ada sesiapa yang tahu cara2nya pls bagitau.


IP : 202.188.0.12

safa2020

2 . Dihantar pada 23hb Jun 2003 3.01:51 ptg   [Edit]
smh


safa tumpang sekaki...coz safa pun nak cari no plat AX 83 ataupun X mesti ade & 83... yg depan negeri mane pun takpe...
kalau ade jgn lupe kasi tahu ye...asap

IP : 202.185.111.122

jasmyra

3 . Dihantar pada 23hb Jun 2003 5.56:12 ptg   [Edit]
Kalau no lama tu Myra tak tau la..tapi kalau no baru tu kena la booking kat JPJ. Tapi dengan syarat beli kenderaan baru. Tak kira la beli kereta atau motor. Nak booking, start RM200...kalau takde lawan, dpt la no tu.

Kalau nak tukar no baru tu dgn no keta sekarang...beli jer moto dgn no pilihan...pastu boleh tukar no tu dgn keta lama..maknanya keta lama pakai no bari..moto baru pakai no lama.

IP : 219.93.124.8

tauhu

4 . Dihantar pada 25hb Jun 2003 09.45:23 pagi   [Edit]
akum...kalau kita nak register no lain tak kisah le lama ker baru...syarat die just kereta yg nak amik number tu mesti blum register..that's mean,kereta baru..
kat sini ade satu number nak dijual...offer paling tinggi dari sorang tokey cina..RM 5000..number nye..PV13

IP : 61.6.58.72

safa2020

5 . Dihantar pada 25hb Jun 2003 11.59:59 pagi   [Edit]
mmm tauhu

alangkah baiknyer kalau PV83 dah tentu safa beli sekarang jugak...tak kisahlah takde X pun yg penting 83 tu ....

IP : 202.185.111.123

smh

6 . Dihantar pada 25hb Jun 2003 3.16:46 ptg   [Edit]
tauhu

cantik gak no tu. tapi hasrat di hati nak 1711 jugak2. mmg
rate no kereta tu boleh mencecah rm5000?? mahal gak ye!

safa2020

sama2lah kita tunggu iek! sure 83 tu ada cerita tersendiri kan!


jasmyra

thankx for the info

IP : 202.188.0.12

tauhu

7 . Dihantar pada 25hb Jun 2003 3.22:18 ptg   [Edit]
rate tu bkn owner die yg letak...dah org yg offer...
tapi owner die syg nak jual kat ciner tu..

IP : 61.6.58.72

ampmeter

8 . Dihantar pada 25hb Jun 2003 6.37:39 ptg   [Edit]
plat motor aku JDM 115.....plat motor pakcik aku plak WAJ 115.....kitorang mmg mat motor masa muda2 dulu...eeekekek!!......sayang woooo nak jual motor tu........

IP : 219.95.42.245

whitecabai

9 . Dihantar pada 25hb Jun 2003 7.05:55 ptg   [Edit]
Berapa ek aku beli no aku duluk?? RM 250 kalo tak silap .... nombo baru senang la... nombo yg value tinggi lagi mahal... lagi cantek lagik mahal... nak tau berapa depa beat tok MAX 15? .. ala-ala Maxis .. RM 500,000 bebehhh !!...

kalo nombo plate lama tuh payah nak cari laaaa ..g la JPJ gituk.. kena carik kek owner dia la.. pastu bayar.. itupon kalo owner nak jual... nak kasik dia jual.. tawar la ribu riban.. kes..kes..kes...

rasanya lebih mudah ammik no baru ... booking jek no yg dikehendaki tuh.. 83 ke.. 1711 ker... lebih mudah. Bukan senang nak dapat nombo lama lelebih lagi no yg cantik... dulu member aku ader berkenan satu nombo... kuhnun nak beli.. sekali tengok no tuh dipakai oleh keter mecedis gituk.. kah..kah..kah... ada brani nak beli itu nombo? hehhehehe ...

IP : 202.184.114.36

eddy_855

10 . Dihantar pada 26hb Jun 2003 6.43:32 ptg   [Edit]
aku ada no BEQ66 dan BEV66..ada yang berminat tak???

IP : 202.188.0.12

maizana

11 . Dihantar pada 27hb Jun 2003 10.31:28 pagi   [Edit]
smh,

kalau setakat 1711 tu rasanya senang nak dapat...just go to JPJ...tender for that number...rasanya RM 210 jer. Kat sana ada screen..bila number 1711 tu keluar...u pergi lah kat kaunter..bayar...tapi mesti ada doc. nak beli kenderaan baru.

Kereta pertama I...9266...pakai kereta selama 2 tahun..pernah eksiden sekali jer...lepas tu tukar kereta baru number 4465 (baru pakai 1 bulan..windscreen pecah..3 bukan lepas tu eksiden)..rasa malang jer..I jual...beli kereta baru, tender no. 5151...cuma 200 jer..pakai lama jugak..hamppir 5 tahun..lepas tu bila tukar kereta baru...I beli 1551....RM 800...baru pakai setahun kereta tu hilang...rasa number tu paling malang...sekarang ni..I guna nombor 5550...free tak payah bayar...harap2 kekal sampai habis hutang.

eddy_855,

Berapa nak jual nombor tu ya?...nice number...I lahir tahun 66.

IP : 161.142.78.84

lilo_stitch

12 . Dihantar pada 27hb Jun 2003 1.27:16 tghari   [Edit]
aikkk…. korang semer citer pasal no. plat keter ek…??? Boleh lilo tumpang sekaki..??? My dream no : 3669, my birthdate. Masa beli keter 2 thn lepas, lilo bg tau kat saleswoman yg lilo liaise.. dia kata payah ler.. susah ler… last2 amik jer apa no. yg dah diregisterkan, 8312. Cam tak best jer kot.. sbb dah 2x keter lilo kena cium dr belakang, paling last 2 minggu lepas.

Wokay about no. 3669 nih lilo ingat nak amik plat ‘ J ‘ (org Johor kan !). Hari tu ada terbaca yg skrg kita boleh book plat no. negeri lain dari mana2 tempat. Eg. kalo kita kat KL, kita boleh pilih plat Kedah or Melaka or whatsoever dan boleh terus dr KL tak yah pi that state. So, camna ek.. ada sesiapa boleh bagitau procedurenya.

Zana :

Masa lilo amik keter dulu, lilo paling takut dpt no. 44. Sbb chinese tak suka no nih.. kalo tak silap meaning ‘mati’. Depa paling suka no. 88 (luck or kaya), 99 (prosperity). Tak percaya cuba ler tender no. 8888 musti payah nak dpt nyer ! Dulu keter asbend 5744, pakai dlm setahun dah xciden. Pastu kitaorang amik keter lain, no. lain.

IP : 203.121.0.8

whitecabai

13 . Dihantar pada 27hb Jun 2003 4.40:13 ptg   [Edit]
Merepek jek Tuh.. Kalo nak eksiden tuh eksiden la.. Cuai dan segala sbb musabab yg lain ... mukan sbb pakai no 44... agak2 kalo pakai no 8888 tuh gerenti tak eksiden ker? kes..kes..kes...

IP : 202.184.114.36


UGLY


14 . Dihantar pada 27hb Jun 2003 5.09:10 ptg   [Edit]
dulu aku pernah tanya PIAN pengendali lama.. aku cari CAP113 pastu dia suruh kawan dia checkkan untuk aku.. 2-3 hari kemudian kawan dia cakap " kalau nak beli gie temerloh jumpa tokey balak yg pakai no tu guna kereta perdana V6"

hahahah aku terus kansel nak beli no tu.. mau mahal kalau aku nnak beli dari apek cina tu

IP : 61.6.67.22

krismann

15 . Dihantar pada 05hb Jul 2003 9.14:59 mlm   [Edit]
Rasa terpanggil untuk selit sepatah dua:
Mll pengalaman, nombor plat idaman itu akan menjadi milik anda sekiranya langkah2 berikut diikuti:

1. PLAT BARU:
(i) Pergi ke JPJ dan buat booking ( atau suruh salesman anda ), jika plat yang sama menjadi buruan orang lain, maka kenalah lawan harga. Yang paling tinggi menang, JPJ kenyang.
(ii) Awas: Nombor plat yang boleh ditafsirkan sebagai carut marut tidak dibenarkan sama sekali. Nombor satu digit boleh didapati jika kerabat2 dan VVIP lain tak teringin dengannya. Atau jika anda berani lawan harga dengan mereka.
(ii) Pecah tabung dan pergi beli sebuah kereta/motor yang paling sexy di mata anda dan gantungkan plat baru itu dengan penuh bangga.
2. PLAT LAMA
(i) Jika anda bukan pemiliknya, cuba beli dari pemilik asal dan buat tukar milik kepada nama anda. Mesti ada geran, Vespa di kebun pisang tu tak yah consider lah.
(ii) Cari duit dan pergi beli sebuah kenderaan baru (mesti baru dan berenjin, basikal tak achi noo!) dan beritahu mereka yang anda mahu buat "number retention." Jangan alih bahasa, itu istilah mereka.
(iii) Bawa kenderaan lama bernombor plat idaman itu ke Puspakom untuk diperiksa sebelum boleh ubah nombor. Bila OK, kereta baru anda akan pakai nombor lama (tetapi menawan), dan motor lama tu pakai nombor baru.

Itu saja. Dalam kedua2 hal, kenderaan penerima nombor pilihan itu mesti baru koyak plastik.

pssst: Ada nampak KR 11?

IP : 219.93.79.150

CankerSaurus

16 . Dihantar pada 10hb Jul 2003 3.11:33 ptg   [Edit]
no. plat sekadar nak bagi lawa... takder kena mengena dgn eksiden. cuma kekadang tu org lain asyik dok "kira" no kita... tak tersedar dah langgar blkg.

tapi... kalo jantina drebar mmg ada kena-mengena dgn kekerapan eksiden (langgar atau kena langgar)

<CAUTION! WOMAN DRIVER ON THE ROAD>

IP : 219.93.21.20

maizana

17 . Dihantar pada 11hb Jul 2003 08.15:26 pagi   [Edit]
CankerSaurus,

Bukan nak cakap besar lah...I drive semenjak umur I 18 tahun (1986)...sampai sekarang....belum lagi I langgar kereta orang...macam tu jugak..orang lain belum lagi langgar kereta I..bila I drive. Tapi husband I..dah banyak kali melanggar dan dilanggar.

Tapi adalah sekali tu..I pakai kereta auto..lepas tu make up dalam kereta (masa jam)...tak perasan kereta I bergerak sedikit..dan terSENTUH kereta orang depan...cuma plat number jer yang patah...

IP : 161.142.100.87

smh

18 . Dihantar pada 11hb Jul 2003 09.46:29 pagi   [Edit]
ampmeter
patutla sayang nak jual...kira seksi la no nko tu iek.

whitecabai
MAX15 sampai rm500,000??? baik beli umah klu gitu.

eddy
maizana dah berkenan no tu. berapa rm nak jual???

maizana
tentu ada silap tang mana2 kut. apapun semoga selamat selalu
dgn no 5550 tu. lain kali jgn make-up sambil driving kay!

lilo
tu hanya pendapat kaum cina je. saya penah gak naik bas
no 4444 banyak kali berulang alor setar-kl. but so far
selamat. yg penting enjin kenderaan tu dijaga baik dan
pemandunya tak mamun@berkhayal.

ugly
tak de rezeki la tu.

krismann
ada nampak no KR11 tu. kenapa?

cankersaurus
sebab nak lawakan kereta tu la org berlumba2 nak beli no plat tu.


anyway..tx all atas maklumat dan respon yg diberi.

* Mesej ini telah diedit oleh smh pada 11hb Jul 2003 09.47:40 pagi

IP : 219.92.143.76

akulah

19 . Dihantar pada 11hb Jul 2003 4.32:21 ptg   [Edit]
safa,
Aku ada jumpa yang no 83 tuh.
Tapi bukan ada X.
BBV 83. RM 6,000.00.

http://auc.buysell.com.my/Auc/List/DetailSale.asp?ProductID=450359

Selamat mencuba.

IP : 202.188.217.54

safa2020

20 . Dihantar pada 11hb Jul 2003 4.48:30 ptg   [Edit]
a'kum...

akulah

time kacih banyak2...seronoknyer...ape2 pun safa kene kasi tahu hubby dulu...sebab duit die....

IP : 202.185.111.123

ShahNizam80

21 . Dihantar pada 12hb Jul 2003 09.06:27 pagi   [Edit]
pie buat tender laa kat jpj......tapi rase nyer kalau no cam 2 memang tak ader harga.....hihihihi

kalau nak cepat pergi hari rabu ,sabtu & ahad....kat kedai magnum 4d.....hihihihi

tak yah barto.....hihihi

IP : 202.188.130.254

pesona

22 . Dihantar pada 18hb Jul 2003 7.22:49 ptg   [Edit]
hmmm.. abang ipar pesona beli plat angka 1 untuk BMW 5 series dia, W** 8 dengan harga RM79,000. Fuyohh.. beli apartment sebijik dapat dah tuh..

IP : 210.187.121.19

Zidane

23 . Dihantar pada 23hb Jul 2003 3.43:01 ptg   [Edit]
Untuk pengetahuan kamu semua disini aku ada 2 plate no2 lama dan 1 plate baru. kesemua nyer mau dijual la...... antara no nyer nyer A* 79, DA* 7799 dan last skali T* 82 harga nyer boleh dirunding la..... aku baruu sajer jual satu no ngan moto buruk skali plate nyer ABD 62 harganyer RM 13,000.00. Memang mahal la skit bg yang tak minat no, tp bg yang minat dia beli jugak laaaa.... au ader sapa nak beli btau jer la.... ok.....

IP : 219.94.41.90

jebong77

24 . Dihantar pada 06hb Jan 2004 12.00:45 tghari   [Edit]
assalamualaikum

saya ader no BFR8776..ader sesiapa
nak beli..?
please call 019-333 8776
starting price 20K

IP : 202.188.114.40

webweb

25 . Dihantar pada 06hb Jan 2004 1.07:33 tghari   [Edit]
pepehal no keter aku NAQ2228 gak cantik

IP : 202.95.69.226

montel

26 . Dihantar pada 06hb Jan 2004 8.17:02 mlm   [Edit]
cara2 nak tukar no plat.

ada 2 senario

1- nak tukar no plat kereta yang sedang dipakai
2- nak pilih no plat utk kereta baru


1- nak tukar no plat kereta yg sedang dipakai.

mula2.. kita kena cari pengganti utk no lama tadi. cthnya kita beli motor baru.. tapi pakai no plat lama dan no plat baru kat kereta lama. selalunya kalau u tanya kedai jual motorsikal dia akan settlekan semua as an agent la. dia akan gunakan no plat lama u kat motor baru tapi ada service charge la.. kalau no biasa dlm RM 500 dah settle.

prosesnya macamni :

-cari kenderaan yang belum didaftar utk pakai no plat lama
-booking no plat di jpj (minimum RM 200) kalau takde owg bid, u untung la.
-pegi bank mintak surat kebenaran tukar no plat
-tunggu sampai tarikh tamat auction no plat tamat, pegi jpj, bawak all the document.. settle la.


2- nak pilih no plat utk kereta baru

yg ni quite straight forward.

-beli kenderaan
-once loan dah approved, pegi jpj
-book no plat
-tunggu sampai tamat tarikh auction
-anda dpt no plat pilihan utk kenderaan anda

selalunya harga no plat ni bergantung kpd siapa bid paling tinggi. paling tinggi saya pernah dengar no plat : MAX 15 harganya RM 500,000. tapi depends gak.. hari tu pegi jpj seremban tgk senarai pemenang no plat NBK 44 RM 400 je. takde owg lain bid, menang la.

saya nak cari no plat MAX 77 or MAX 1977. kalau nak jual dlm below 1k sanggup la. kalau lebih, baik beli benda lain..



hah!, krismann dah xplain dgn lebih tepat.. heheh

* Mesej ini telah diedit oleh montel pada 06hb Jan 2004 8.27:25 mlm

IP : 219.95.21.80

krismann

27 . Dihantar pada 07hb Jan 2004 01.07:35 pagi   [Edit]
OK per Montel, kira ulangkaji ler tu

Dulu aku teringat ada seorang pelakon keturunan Cina pakai sportscar nombor BAB 1; dia kata sempena nama timang-timangan dia "Baby"! Puas aku eja, tak gaks jadi bebeh -- bunyi macam kerbau pendek ader ler!

IP : 210.186.103.64

akulah

28 . Dihantar pada 09hb Jan 2004 10.05:10 mlm   [Edit]
Ala...

No plate nih memang pelik.
Arwah datuk aku nyer motor buruk orang nak beli 8 ribu.
Tapi dia tak jual.

Orang tuh bukan nak motor, tapi nak nombor.
DD *11*.

Pakcik aku, ada 4 bijik kete.
Sumer no sama 99.

Abg ipar aku lak, 2 bijik kete, satu moto.
Sumer no 5005.

Nombor keter aku RM 1,800. WJ* 373.
Tapi cina cakap mati sbb 3+7+3 = 13 =1+3 = 4.
Bior la..

IP : 161.142.112.8

Qyrana_Biru

29 . Dihantar pada 10hb Jan 2004 11.27:42 pagi   [Edit]
Plat no. lebih mahal dr kete

lebih baik naik beskal

Kalau QB nak plat nak plat ni la tapi sampai mati pun takkan dapat QB 1

IP : 219.95.20.120

dezul

30 . Dihantar pada 11hb Jan 2004 08.32:14 pagi   [Edit]
kat umah aku ada sebijik keta plat 1711..tapi bukan utk dijual..
no plat tu memang aku beli dr jpj rega rm 200 je..
kalau ko nak no kena le booking kat jpj..biasanya no 1711 ni tak ramai yg mintak...boleh beli kat mana jpj seluruh msia..macam aku..keta beli kat png..no plat beli kat phg..

IP : 219.92.200.13

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "