Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> baiki kereta : kalau anda ada masalah pda kereta 'saya blh tolong
(Pengendali : zacks )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : baiki kereta : kalau anda ada masalah pda kereta 'saya blh tolong
Mat_Spanar

1 . Dihantar pada 26hb Mei 2003 9.01:07 mlm   [Edit]
assalamualaikum...
di sini saya bukanlah nak menunjuk bakat atau pandai
tertapi untuk memberi tahu pada umum bahawa sekiranya
anda mempunyai masalah pada kenderaan anda insakallah
saya boleh tolong...beri tahu aje apa masalah pada kereta
anda...mungkin saya tahu masalah kereta anda dan saya jugak
boleh memberi komen tentang harga untuk membaiki,kos sperpat
atau memerlukan khimat servisec saya...

dan saya jugaks pecialist dalam jenis kenderaan seperti berikut:

nissan: sefiro, tranor, sarena, sentra ,sunny,zx3000(sport car)
proton: saga,wira,iswara,arena,perdana,putera,waja,
honda: segala jenis honda
hyundai,mercedes benz,bmw,ctroen,audi,

sekiranya anda ada memiliki salah satu kenderaan di atas
dan kater anda mempunyai kerosakan yang anda tidak tahu
anda boleh kemukakan masalah anda di topik ini....


* Mesej ini telah diedit oleh Mat_Spanar pada 27hb Mei 2003 1.58:50 tghari

IP : 219.92.206.143

al_amin

2 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 01.50:32 pagi   [Edit]
bagus˛...nanti keta aku kalau ade masalah aku refer kat hang dulu yek....

IP : 202.188.56.50

tirmidzi

3 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 08.38:58 pagi   [Edit]
Volvo? Rx7? toyota?
tak lee... kalau rosak boleh lee cari ko nanti... eshh Produa pun tak ada.. problem betui lah..... pajero boleh?.. aku selalu pakai kereta jenis ni.. buat masa ni wira jeelah aku panggil ko.

bagi contect no.


* Mesej ini telah diedit oleh tirmidzi pada 27hb Mei 2003 08.41:17 pagi

IP : 61.6.39.138

mamatcyber

4 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 5.50:17 ptg   [Edit]
a'kum mat spanar....letaklah no phone ko dlm profil keahlian....senang aku nak call....ko punya bengkel kat mana...?? aksesori kereta ada jual tak...??

IP : 202.184.1.5

Mat_Spanar

5 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 7.18:40 ptg   [Edit]
assalamualakum...

al-amin:
tirmizi:
mamatcybe:

buat sekarang ni saya tak ada telifon lagi...
telifon saya baru aje hilang so nak beli baru
makan masa sikit lah...

nanti kalau ada saya kasi...
kalau ada masalah tentang kate anda
bagi tahu saya...

IP : 219.92.206.104

chimm

6 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 7.34:54 ptg   [Edit]
mat spanar

aku ader masalah jugak tentang kereta..tapi..disebabkan ko hanyer specific terhadap kenderaan berikut shj..maka aku secara tidak langsung..tidak lah jadie tuk bertanyer dekat engkau...

IP : 161.142.112.8

Mat_Spanar

7 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 7.49:01 ptg   [Edit]
assalamualaikum...

chimm:
apa2 kenderaan pon boleh... tertapi lebih
ke pada yang di tertera di atas...ada masalah
dengan kate kesayangan awak tu jangan malu2 untuk
menyatakan ke topik ini...

IP : 219.92.206.182

chimm

8 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 8.19:26 mlm   [Edit]
mat spanar

orang nak tanyer..selalu kalau allgnment kereta lari..beraper kena yer..tuk kancil ler..takder ler teruk sangat larinyer..tapi..larilah kan...

IP : 161.142.112.8

nettbiru

9 . Dihantar pada 28hb Mei 2003 08.28:40 pagi   [Edit]
keta je ke? moto takleh?

IP : 202.157.192.162

anai2

10 . Dihantar pada 28hb Mei 2003 11.14:35 pagi   [Edit]
a'kum... aku nak tanya skit... keter aku tu berbunyi 'kletak' 'kletik' bila melalui jalan yg tak rata, terutamanya bila terlanggar lopak... bunyi tu aku rasa datangnya dari bahagian belakang... aku pernah tanya kat w/shop... dorang kata absorber... so aku pun tukar ler dedua absorber blakang tu... tapi baru seminggu... bunyi tu masih muncul... apa masalah sebenarnyer yer mat spanar...

IP : 161.142.100.85

ramboi

11 . Dihantar pada 28hb Mei 2003 4.55:55 ptg   [Edit]
wei aku ade masalah ..kereta wira 1.3 injection aku..bila naik bukit semput giler kekadang kalu bukit tinggi langsung tak naik..bebaru nih clucth plate aku abis.. sebab aper ah?injector aku rosak ker?

IP : 202.47.162.242

Mat_Spanar

12 . Dihantar pada 28hb Mei 2003 7.58:06 ptg   [Edit]
assalamualaikum...

nettbiru:
mat tak pandai sangat tentang motor...
sikit2 boleh lah...sebab mat belajar automotif
aje...

anai2:
mat rasa mungkin di sebab kan 2 pekara...
1:nut pada am di bawak longar dan harus di
taiten ke semua nut2
2:assober anda perlu di pereksa semula...
mat tak tahu sama ada anda mengunakan gas
atau minyak...kalau anda mengunakan jenis
minyak anda tengok pada batang assober
berminyak tak...kalau berminyak bermana
assober anda bocor

kalau gas anda perlu tekan belakang kereta anda
henjut dan lepas kan tengok sama ada ianya bamping
3 kali atau sekali dua...kalau sekali dua bermakna
ok lagi...kalau 3 kali bermakna rosak...

dan terakhir sekali anda perlu pasang getah paip
di spering...atas dan bawah...

* Mesej ini telah diedit oleh Mat_Spanar pada 28hb Mei 2003 7.59:07 ptg

IP : 219.92.206.144

Mat_Spanar

13 . Dihantar pada 28hb Mei 2003 8.10:59 mlm   [Edit]
assalamualaikum...

ramboi:
anda sudah menukar clucth plate dah berapa lama???
kalau baru lagi bermana anda perlu periksa pada...
1.spark plug
2.air filter
3.anda perlu periksa taiming
4.anda perlu mengunakan elektrik system
untuk tuning ianya sejenis alat compuietar
yang di pangil comsap...kerana engine anda
mengunakan compuitear sistem dan injitcon
bermana ianya set sendiri...kalau ada kerosakan
pada enjine anda ia akan beri tahu kerosakan itu.

kesimpulanya anda perlu tuning engine...

* Mesej ini telah diedit oleh Mat_Spanar pada 01hb Jun 2003 6.00:03 ptg

IP : 219.92.206.83

tempoyak114

14 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 09.28:52 pagi   [Edit]
pakcik mat spanar,
aku nia ada masalah keta, sebenornye senang je, tapi aku maleh nak carik solution. sebab pakcik dah menghafal kitab keta so aku tanye ajelah kat pakcik. aaa, aku pakai wira 1.5gli, masalahnye lampu dalam keta aku takleh idup, radio takleh idup, central locking tak function (skang bleh bukak pintu depan jek, buduh kan...), ape lagi aa... soklannya, kat mana aku nak cari fuse untuk mende2 tu? kat kotak fuse tu takde tulih pun...

IP : 210.187.116.34

anai2

15 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 10.43:40 pagi   [Edit]
mat... tq for your response.... pasal absorber aku nyer gas... so aku dah pun check cam yg ko suggest tu... dan its OK.. tapi am aku lom sempat nak check lagi... anyway TQ...

IP : 161.142.100.85

Mat_Spanar

16 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 6.44:59 ptg   [Edit]
assalamualaikum...

chimm:

kalau allgnmant awak lari awak kejar lah dia sampai dapat
wakakakaka....

hehehe...gurau aje...
kos untuk buat allgnment dalam ringgit malaysia 17.00 aje...
itu pun kalau camber dan kastear tak lari...kalau ianya lari
sangat jauh dalam -o1.00...kena lah pakai ajus nut yang berharga
ringgit malaysia 35.oo setiap satu... ok bye bye...



tempoyak:
ni tempoyak kl ke...
mat nak tanya...kenapa pangil pacik mat...
mat spanar ni belum lagi kawin dan masih muda gitu hehehe..
entah2 tompoyak lebih tua dari pada mat...

tempoyak...kotak hitam mana yang ko cari tu...
wira ada dua tempat untuk kotak fuse...depan satu
di dalam engine room dan satu lagi di dalam bodi room
kat bawah deshboxs ????????

ok sekarang ni fuse tu kat dalam kereta...
dekat bawah desboxs ada satu kotak fuse
yang berwarna hitan...cek fuse no 20a
kalau fuse tu putus...tukar yang baru.






































* Mesej ini telah diedit oleh Mat_Spanar pada 29hb Mei 2003 7.38:53 ptg

IP : 219.92.206.247

chimm

17 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 6.55:35 ptg   [Edit]
mat spanar

oraNG BARU jer pergi allignment kereta tadie..kena 20.00 ringgit..

yang malangnyer orang kener..orang punyer chamber dan kastear lari..

kiri 1.25 kanan-1.45..

orang buat dua-dua belah..kenalah 90...sebelah kira 45 ringggit.mahal sangat
ker atau ok.....

IP : 161.142.112.8

whitecabai

18 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 7.06:13 ptg   [Edit]
woii bebehhhhhhh... keter baru berapa hari Udah G allignment kaa?? haiyaaa ...

Chamber udah lari kaaaa?????? haiyaaaaaa ... akunyer chamber patah duluk kena ratus gak la.. tak ingat ... tuh ganti baru laaa ... kena pakuk la leher ko ... RM90.. perghhh ...

aku wat allignment dan balancing biasa FRee ... ikut rezeki laaa... kenkadang bayo.. kenkadang tak...

IP : 202.184.114.36

chimm

19 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 7.23:56 ptg   [Edit]
whitecabai

aku buat kat kedai dekat-dekat umah aku nie jer ha.tak kenal pong insan-insan yang menghuni bengkel tu.malas nak gi bengkel member aku kaT pj..kalau buat kat dia..dia kasik free jer..
aku pun tak tau..allignment lari..tak dapek nak kejar..wakaka..
bengang aku...baru sebulan dapat kete..dah melayang beringit-ringgit..
kekeke..cina tu cakap aku ganeh bawak kereta..siot jer...

IP : 161.142.112.8

Mat_Spanar

20 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 7.43:11 ptg   [Edit]
assalamualaikum...

chimm:
kira ok lah tu...harga biasa...kira awak tak kena ketuk...

IP : 219.92.206.82

chimm

21 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 8.53:15 mlm   [Edit]
mat spanar

oh..ok..kalau macam tu boleh lah orang pergi kedai tu lagie lepas nie..

ok layanan nyer..siap kasik ayor minuman lagie..wakaka...

pasal gua dah buat muker toyer..nunggu kat situ...

IP : 161.142.112.8

mannix

22 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 9.12:24 mlm   [Edit]
Assalamualaikum...
shukurlah ada insan yang berhati mulia seperti mat spanar yang boleh memberi khidmat nasihat tentang otomotif
saya ada kereta lama jenis colt mirage 1.4 .asap keluar berkelun dari ekzos tapi tak makan minyak engin. bila tekan clutch dan berhenti ditraffic light dia punya timing 2000rpm bila free gear.
harap dapat mat spanar membantu. wms

IP : 136.182.2.221

najiffaizal

23 . Dihantar pada 29hb Mei 2003 9.47:45 mlm   [Edit]
keta aku iswara aeroback..
dia punya enjin macam problemm...
kuat makann minyak..
sehari isi sepuluh : pun boleh nak habis..
pas tu..masuk gerar 3 dia tak der pick up nak potong..
bila tekan pedal habih.. tara tu.. jugak..
patutnyer gear 3 paling pick up..
lepas tu dia punyer dash board gegar habih... nak nak bila gear 3 masa belok 20 kms..
dekat belakang ader bunyi e eeek e eeek e eeek .. tu yg heran tu..

IP : 219.93.206.210

GitarTua76

24 . Dihantar pada 30hb Mei 2003 09.50:29 pagi   [Edit]

Mat Spanar:

Ko takder kedai ker? Kalau ader aku nak datang. Bagi tau location dia.

Aku nak tanya ko;

Bagus tak wira 1.5 dipotong spring supaya nampak ranggi sikit. Sbb aku guna tayar 16. Atau kita tukar sport spring jer. Brp harga standard sport spring?

Yang mana lebih bagus?
Potong Spring ker atau tukar Spring sport?
Spring sport ni keras tak suspension dia?

Berapa harga kedai potongsepasang absober depan?
Berapa harga kedai baru sepasang absober depan?

IP : 161.142.112.8

tempoyak114

25 . Dihantar pada 30hb Mei 2003 10.16:53 pagi   [Edit]
mat spanar
mekasih, nanti gi check kat keta... tu l itu hari dah rasa macam ada lagi satu fuse box tapi tak ingat kat mana. hahahhaha, alasan...

lagi satu aaa, aku dah tulis kat topik lain itu hari... keta proton ni kalau engine mati, dienye power stereng, brake pun tak mati jugak... takde ke cara nak buatkan mende2 tu function bile kite onkan keta (maknanya engine tak running la)... bukan apa, itu hari pernah terexperience engine mati mase tengah bawak keta, time tu tgh nak tukar gear, tekan brake tak stop dan nasib baik jalan straight takde keta, kalau tak tak tau le... cube bayangkan kalo tengah jalan kat bukit putus ke, tak bahaya tu....

aaa. satu lagik, mane nak dapat disc brake blakang aaa utk wira. kire murah punye la, sape nak yg mahal kan...

IP : 210.187.116.34

Teja_77

26 . Dihantar pada 30hb Mei 2003 11.45:55 pagi   [Edit]
he he malula nak tanya mat-spanar.maklumla pompuan.
bukannye ghete sgt kete ni.
selalunye kan bateri kete tahan berapa lama. ada mekanic tu kata setahun je.pah tu teja beli la buat spare. la ni dah dua 2 tahun belum tukar lagi. tak pe ke? betul ke kalau tak pakai alarm jimat bateri?

Tima aceh!!!!!

IP : 219.95.17.223

putrikembara

27 . Dihantar pada 30hb Mei 2003 2.32:10 ptg   [Edit]
abg mat...hehehe
nak tanye soalan senang jer ni.

kalo tayar kete...cemana kita nk tau bila kena ganti.
kalo dah pakai 2 taun kena ganti x?
citer psl tayar sket..

IP : 210.187.40.194

sangprabu

28 . Dihantar pada 30hb Mei 2003 4.59:52 ptg   [Edit]
mat spanar,
ni lah lah kerja contoh yang wajib pakcik TQ...
Besor pahala ko dapat mat..

My Problem
Waja pakcik tu adala.. 1.4 years umurnya
Lately ada problem kat deskboard..
start jalan je kek kak..2.kek kok..
ni buat pakcik tension..puas pakcik belek tak jumpa juga
Dulu stering problem masa corner bunyi kong kang...
tapt USPD dah settlekan problem tu.
Ko rasa pasal ape a...MAT

Regards

IP : 203.106.5.194

chimm

29 . Dihantar pada 31hb Mei 2003 00.55:19   [Edit]
mat spanar

maner awak pergi da..ramai orang yang perlukan khidmat nasihat awak nie..

hehe..hari tu sorilah..orang kat luar tu..

jalan-jalan carik makang..lapar seeh....

ha..nie lagie satu orang nak tanyer...
orang nak pergi potong spring kereta nie..
agak-agak awak..nak potong beraper yer ..kasik keta rendah..tapi..tak ler
sampai mencecah jalanrayer..ckp lah setakad senget skit...dah boleh lepas
bumper...orang nak gi buat kat kedai nie.
so,nak tau beraper ranking dia...beraper selalu dia ambik..
leceh lah nak pj ..bengkel member tu..seganlah pulak..
pasal dah lamer sangat tak pergi jumper diaorang...

IP : 161.142.112.8

Klon

30 . Dihantar pada 31hb Mei 2003 09.45:34 pagi   [Edit]
Mat Spanar
Aku ader masalah tentang keter satria aku, harap-harap ko boleh bantu.

Pertama sekali mengenai lampu reverse kerete aku asyik menyala jer. Baru-baru ni jer baru aku pie repair dan mekanik tu tukar suis gear reverse di kotak gear (RM42) and than ok lah tapi masalah jer dia ok selama 3 hari jer lepasa tu asyik nyala balik, aku on kan suis kerete jer terus nyala dan masalahnya tempat aku tukar suis gear tu di kg isteri aku (kedah). kalau kat kl nie aku gie jer balik kedai tu. So adakah suis di kotak gear tu rosak balik dan kalau rosak takkan benda tu tahan 3 hari jer kot. Untuk pengetahuan mat spanar , aku cabut sambungan wayar ke tempat suis tu untuk mematikan lampu reverse tu. Adakah sebab-sebab lain yang menyebabkan suis tu rosak. Aku pernah cek kekacang suis gear reverse tu tapi dia masih ok, bila aku masukkan jer dalam gear box, dia tak berfungsi balik, adakah ia ada kaitan dengan gear box coz bila aku cabut suis tu aku tekan kekacang suis dia, dia nyala dan bila aku lepas dia(lampu reverse) padam tapi masuk jer dalam kotak gear, bila aku masuk gear reverse 2,3 kali dia tak berfungsi balik.

Kedua mengenai apabila nak start keter aku. Bateri masih lagi baru and than keter aku satria tahun 1999. Masalah nie kadang2 jer terjadi, bila nak start susah nak hidup, 6 ke 7 kali stat baru hidup tapi enjin tak bunyi ( apabila tekan suis bunyi dia ktak ktak ktak ktak ktak 4 lima kali baru hidup), Tapi dia terjadi bila aku travel jauh tapi yang pasti nya dia akan hidup juga. So adakah relay ataupun starter yang rosak. Jika starter, berapa kos dia ataupun aku hanya perlu tukar karbon dia sahaja.Ataupun adakah aku perlu servis altenator.

Harap mat spanar dapat membantu.
tima kasih

IP : 61.6.39.138

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "