Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> Mitsubishi PAJERO : Nak pilih yang mana
(Pengendali : zacks )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Mitsubishi PAJERO : Nak pilih yang mana
skykeris84

1 . Dihantar pada 24hb Mei 2003 11.59:40 mlm   [Edit]
Apa kelebihan dan kelemahan PAJERO tahun 96,97,98.....yang automatik, yang manual, yang guna petrol, guna diesel. Yang mana lebih bagus dari segi keselesaan, ekonomi, kelajuan, pick-up, harga, maintenance dan apa saja yang kawan-kawan tahu. Tolong crita sikit.
Tengah cari yang 2nd hand, tapi tak tau nak pilih ni. Pening.. rupanya banyak jenis juga kereta ni. Automatik 3.0 V6 Auto, V34 Diesel, V32 Petrol 2.6 Manual/Auto,2.4i Petrol Auto,2.4 Petrol Manual,2.5 Manual, ada lagi yang saya tak tau. Semoga pengalaman kawan-kawan dapat membantu saya buat keputusan. Malu bertanya sesat jalan.

IP : 216.252.253.98

ampmeter

2 . Dihantar pada 25hb Mei 2003 2.30:33 ptg   [Edit]
aku takde la pengalaman sgt kalau bab komersial ni....tapi aku mmg penah pakai pajero....L4 Diesel Turbo....tapi tu modified turbo......keta company plak tu.....mmg sedap pakai engine turbo, aku drive dari KL-kuantan 2 jam 40 minit je.....then pakai manual transmission......mmg bergaya bila bab offroad.....sangkut kat pasir ke, lopak ke.....selamba je...tukar ke 4WD mode...mmg rasa mcm camel trophy.....

tapi tu la...kalau dah diesel engine....mmg cari penyakit.....engine aku masa tu plak dah sakit.....asap hitam jgn cerita la......mmg tak de penawar selain tukar engine baru....roadtax plak RM 4000++ setahun.....larat ke?

kalo ko nak cari yg second hand, make sure engine tiptop condition.....transmission ok.....sbb benda2 tu semua bukan murah......pakai petrol?...mahal sikit la.....tapi berbaloi kot.....




IP : 219.93.98.119

skykeris84

3 . Dihantar pada 25hb Mei 2003 4.48:44 ptg   [Edit]
Terima kasih ampmeter
Maklumat macam ni sangat berguna untuk aku. Aku hargai.
Ada sesiapa lagi di mdc yang pernah guna PAJERO... tolong cerita.

IP : 216.252.253.98

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "