Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> aircond keter : sekejap sejuk sekejap panas
(Pengendali : zacks )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : aircond keter : sekejap sejuk sekejap panas
tia75

1 . Dihantar pada 02hb Mei 2003 5.08:35 ptg   [Edit]
ni pasal air cond keter ni. ahad lepas air cond keter tia jadi panas...ingat gas habis. ari isnin pegilah cari kedai aircond...letak gas..tak sampai 1 jam panas balik. tia biar ajelah..tak pakai aircond bukak tingkap ajer.jimat sikit minyak. tapi tak tahan bila ujan lahh...berkabus kat cermin..tak nampak..
nak bukak tingkap ujan pulak. air cond tia jadi cam ner tau..kejap panas..kejap ok...bila panas tu off balik...lepas tu on balik sejuk balik...boleh pakai dalam masa 15 mint dia jadi panas balik. cam tu lah dia..
semalam tia dah tak tahan sangat sbb panas, tia off terus air cond tu. tia cari kedai yg ada service air cond. jumpalah 1 kedai (semalam byk kedai tutup sbb cuti ari pekerja). cina tu cek lah..lepas tu dia on lah aircond tu...laaa sejuk lah pulak air cond tu..dia cakap tak de masalah lah kalau aircond sejuk. tia cakap ni sejuk sekejap..nanti dia panas balik..bocor ker kat mana-mana. dia cakap tak..kalau bocor gas tentu kurang..tp gas byk lagi. dia cakap kalau sejuk tak boleh nak cek. tia tunggu setengah jam jugak kat kedai dia..tak jugak panas aircond tu. dia cakap aircond u memang tak de problem...so tak payah tukar apa-apa. bila tia balik..belum sampai rumah dah panas balik air cond tu.
nak tanya lah pada pendapat warga MDC yang arif tentang bab keter ni...apasal yerk jadi cam tu. ada bocor mana-mana ker..atau tersumbat ker.

IP : 192.228.137.71

burung

2 . Dihantar pada 03hb Mei 2003 02.34:34 pagi   [Edit]
mungkin aircond kompresser ada problem. atau pun kompressor bearing dah abis. kekadang boleh jadi jugak switch kat panel tuh rosak. ada masa switch tuh ada contact ada masa ilang contact. kalau camtu masa tuh mesti angin aje yang keluor. tuh sebab panas.

Wallahualam

* Mesej ini telah diedit oleh burung pada 03hb Mei 2003 04.08:26 pagi

IP : 210.187.89.7

cowboy

3 . Dihantar pada 06hb Mei 2003 6.06:51 ptg   [Edit]
kau pakai kereta ape??

kereta wira aku pernah kena camni.. rupa2 nya aircond punya stablizer yg rosak.. benda tu kotak 4 segi warna hitam dia letak dekat ngan coil aircond. aku tukar benda tu kena la dlm RM80... aku rasa prob kau tu sama mcm kereta aku la nie...

IP : 202.188.127.61

Nurdini

4 . Dihantar pada 06hb Mei 2003 8.23:59 mlm   [Edit]
assalamualaikum ...wth

Salam sejahtera buat tia 75 dan kengkawan yng lain.Dini pernah alami keadaan yang sama seperti mana yang tia75 alami.cuma nak tahu u pakai keta ape.Dini pakai keta iswara 1.3 .apa yang dini buat macam tia75 juga pi kat kedai service aircon.Pomen tu bagi tau puncanya disebabkan oleh kipas motor kipas aircon yang tidak berfungsi dengan baik dimana kadar kitaran kipas tu kurang laju berbanding keadaan normal.Bila berlaku keadaan demikian maka aircond akan menjadi panas.Jadi bila Dini tukar motor kipas aircond keadaan pulih seperti biasa.

IP : 202.188.135.71

tia75

5 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 08.34:18 pagi   [Edit]
uwaaa aircond tia tak elok lagi ni. berpanas dalam keter..cam mandi
sauna. kenelah time jem ker time ujan ker...perhhhh jgn cakap lah..
cam mandi dok dalam keter.
tia pakai keter proton saga 1.5...pomen tu kata tak dapat nak trace apa
puncanya. dua kali tia pegi kedai dia...bila dia nak cek ajer aircond
sejuk balik. ingat petang ni nak cari kedai lain pulak..

IP : 192.228.137.71

kamahar

6 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 11.08:15 pagi   [Edit]
saya punya keta pun cam tu jugak ..saya pakai wira 1.3 ,masalahnye bila keta tu jalan aircond rasa sejuk ,tapi bila berhenti lebih lebih lagi waktu tengah hari..masa jam,..aircond rasa panas...waktu malam tak de masalah langsung...

boleh tak kekawan semua apa masalah dia...atau masalah saya sama ngan tia75 ni atau masalah lain.

IP : 219.93.8.21

man_timmus

7 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 4.56:39 ptg   [Edit]
2 pengalaman aku tentang air cond ni. Air cond tu mula2 sejuk tapi bila dah jalan 1/2 jam kemudian dia panas.
1. Coil dia dah diselaputi air batu dan ini menyebabkan blower fan tak dapat nak hantar air cond tu ke dalam kereta. Servis air cond dan suruh dia cuci coil tu takut ada banyak algae. Expansion valve pon kalau boleh tukarlah jugak.

2. Radiator dah tersumbat (temperature naik). Bila temperature naik melebihi had yang pon tak tau berapa darjah celcius, secara otomatik compressor air cond tak jalan dan itu menyebabkan kereta tu panas walaupon suis air cond dah di buka dan cuma dengar blower fan je yg jalan. Tapi jenis kereta aku je yg ada sistem macam ni, tak taulah kalau kereta yg lain. he..he..he... So aku tukar radiator tu terus ok...nak servis radiator RM60 tak berbaloi sbb dah 7 tahun tak pernah tukar...takut jadik balik...

Walaumacam mana pon, nak tahu lebih lanjut tanyalah sifoo air cond.... dia lagi terer... kalau dia tak tau maknanya dia tak terer... okeh dokeh bebeh

IP : 161.142.100.85

seleut

8 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 11.41:09 mlm   [Edit]
kebiasaan nyer cooling coil tu dah bocoq la tu pasai aku dah kena last month...rabak la rm300 tukaq baru...APM jer...siap taruk minyak sekali.Petua lain kali service 7,8 bulan sekali dalam rm80.00 kat kedai aircon jalan TAR kl tu...atau maner2 kedai.Satu lagi petua hang nak kena tanya aa foremen tu dulu "u pandai ke" kalau dier cakap banyak hang carik kedai lain maknanya tak pandai la tu atau kau cakap ngan "my money my choice" bole carik kedai lain.TQ

IP : 210.186.26.77

kamaroy

9 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 09.23:44 pagi   [Edit]
tia75 : aku rasa keta ko dah makan biskut chipsmore kot.. Pasal tu kejap ader kejap takder...

Erk gurau jer.. Aku taktau aper2 pasal keta... tau bawak jer...

tumpang lalu sket....

IP : 210.186.9.9

Nurdini

10 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 1.37:04 tghari   [Edit]
lagi satu la compressor aircon Dini tue dah bunyi nyaring..bila gi kat pomen dia kata tak pe..boleh guna sampai compressor rosak terus.kemudian baru tukar baru..Dini ingat nak repair je...sebenarnye kenapa compressor boleh bunyi bissing cam tue ..sesapa yg tau tolong jelaskan..

IP : 202.188.135.71

Diana_ros

11 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 9.43:00 mlm   [Edit]
tia75

biasalah tia Aircond ni mamang selalu rosak.....bila terlebih baik ader kala boleh jadi beku pulak.....mcm-mcm tak reti nak buat macam mana.....yg si pomen tu pun......entah reti entah tidak......sekajap kata ni rosak kejap kata ni rosak.......habis duit kat situ je.

IP : 203.106.76.33

ampmeter

12 . Dihantar pada 11hb Mei 2003 1.58:08 tghari   [Edit]
assalamualaikum.......sorry sbb tak perasan topik ni......insyaAllah amp boleh tolong advice......kalau aircond tu boleh sejuk walaupun berubah menjadi panas kemudiannya, tiada kebocoran yg berlaku......tengok kemungkinan2 ni.....

blower fan motor rosak......blower fan motor ditugaskan utk distribute angin ke dlm cabin, mempunyai kelajuan yg ditetapkan mengikut keperluan air flow yg diperlukan. kalau pusingan kipas menjadi perlahan akibat kehausan carbon brush atau winding coil yg tak elok.......akan menyebabkan berlakunnya frost pd permukaan cooling coil dan menyebabkan sistem menjadi choking. resolusi.......tukar blower fan motor atau tukar carbon brush saja.

system choking.......mungkin berlaku kesumbatan pd txv, iaitu metering device yg mempunyai saluran paling halus di dlm system. resolusi........tukar txv.

cooling coil blocked........bila cooling coil terlalu kotor, akan menyebabkan berlaku frost, sama spt keadaan bila blower fan tak dpt berputar mengikut rpm yg sepatutnya.resolusi........overhaul air cond system, cooling coil memerlukan chemical cleaning, tukar txv, filter drier & recharge.



thermostat rosak......thermostat ni berfungsi utk mengawal operasi system air cond. terdapat tombol utk melaras suhu di dlm cabin, manakala sensing bulb diletakkan di hadapan cooling coil. tapi benda ni jarang rosak.

nasihat utk tia.....buat overall checkup ke atas seluruh system.....suruh dorang tengok keadaan cooling coil tu....jgn lupa pi survey tempat yg bagus & murah.

kpd yg lenlain.....aku nak bagi info psl part2 air cond yg korang perlu tau....

1. compressor (pemampat) > berfungsi utk kompres refrigerant ke seluruh system.
2. condensing coil/condenser (pemeluap) > bukan radiator spt yg korang selalu sebut tu, berfungsi utk menyahkan heat yg di serap dari dlm cabin ke atmosphere.
3. txv/thermostatic expansion valve > berfungsi utk merendahkan tekanan refrigerant di dlm sistem.
4. cooling coil/evaporater (penyejat) > berfungsi utk menyerap heat di dlm cabin.
5. refrigerant (R-12 atau R-134a) > benda yg korang selalu sebut gas ni sebenarnya ada 2 keadaan di dlm sistem iaitu gas & liquid. berfungsi utk menjadi perantara bagi memindahkan heat.
6. thermostat > berfungsi utk mengawal suhu.

aku harap dpt membantu sedikit-sebanyak ttg sistem air cond.....harap penerangan aku tidak terlalu technical.


IP : 202.188.45.53

chargeman

13 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 09.56:03 pagi   [Edit]
salamsejahtera,

Spt kata Ampmeter,

blower fan motor rosak......blower fan motor ditugaskan utk distribute angin ke dlm cabin, mempunyai kelajuan yg ditetapkan mengikut keperluan air flow yg diperlukan. kalau pusingan kipas menjadi perlahan akibat kehausan carbon brush atau winding coil yg tak elok.......akan menyebabkan berlakunnya frost pd permukaan cooling coil dan menyebabkan sistem menjadi choking. resolusi.......tukar blower fan motor atau tukar carbon brush saja.

Saya syorkan beli satu lagi blower fan motor 2ndhand(sekitar RM30-40) tambah di bhg depan condensor fan. Kalau pusingan motor tu slow, tukar carbon brush baru RM5-6 je(aku service sendiri).

Penerangan teknikal kawan kita dah mencukupi. Amp, kat mana TXValve tu kat dlm kete ha? Dlm unit ACond besar kat bgn aku tau lah. Amacam keje sane OK?

IP : 61.6.38.132

ampmeter

14 . Dihantar pada 14hb Mei 2003 12.08:56 tghari   [Edit]
good sugestion mr chargeman!......pasal harga parts2 tu mmg aku tak tau.....kay, kalau building ko tu guna AHU, ko boleh dapati TXV tu kat cooling coil inlet, siap dgn equalizer dia sekali (benda ni dipanggil sotong je). senang nak tengok sbb biasanya ada access door kat AHU for maintenance purpose. tapi utk air cond keta, benda juga terletak kat cooling coil inlet, masalahnya ialah cooling coil, txv & blower fan concealed sekali kat dlm dashboard......so kalau teringin sgt nak tengok, kat kedai service air cond le....bawak duit sekali....eeekekekek!!!

IP : 210.186.121.64

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "